15 ; Acid
" Erhmm.. erhmm.. Kau kenal Yoongi ke? " soal Jimin. Mark mendiamkan diri sejenak.
" Kenapa kau nak tahu ? " soalan berbalas soalan. Mark memandang Jimin.
" Sebab Yoongi chingu aku. Dan aku nak tahu apa hubungan kau dengan dia? Kawan? Atau ada pertalian keluarga? " Jimin memberanikan diri untuk menyoal. Mark mengeluh kecil.
" Dia cousin aku. " Jimin terkejut. Cousin? Serius?
" Tujuan aku datang sini nak cari dia. Because dah lama tak meet dia beberapa tahun yang lepas. Dan sorang lagi cousin aku, Kim Hanbin. Aku dengar dorang berdua sekolah sini, so aku pindah kesini dan cari dorang. Jangan ingat aku simpan gambar lelaki sebab aku homo. Aku simpan gambar Yoongi, Hanbin dan aku tu sebagai tatapan je. " kata² Mark membuat Jimin terdiam.
' Di.. dia tak tahu lagi? '
" But aku langsung tak nampak dorang kat sini. Or wrong school? Tapi alamat sekolah dorang, kat sini! " Mark memeluk tubuhnya.
" Mark.. "
" Hmm? "
" Kau betul² tak tahu? " soal Jimin terketar. Mark mengerutkan dahinya.
" Tahu apa? "
" Takkan kau tak tahu Yoongi dengan Hanbin dah mati setahun yang lalu!?? " kata Jimin sedikit sedih. Mark terpempan.
" What? "
-------------------
" Kesakitan. Keperitan. Sentiasa ada disetiap jiwa manusia. Begitu juga aku, aku sakit dan perit dengan dia. Mianhae, chingu. "
- Makmal Bio -
" Asid ini sangat bahaya, jika terkena pada kulit kita. Ianya akan melecur(?) dan kulit kita akan jadi cacat. Tidak dapat diubati melainkan membuat pembedahan. Boleh juga membawa maut kepada kita. Jadi sesiapa mengunakannya sila berhati². " kata Sir Hyunwoo. Semua pelajar dimakmal itu hanya angguk dan menyebut ' NAE '.
Baekhyun fokus memandang kedepan mendengar apa yang Sir Hyungwoo bebelkan, sedangkan Mark dari tadi memandangnya. Bukan apa, dari awal masuk kelas tadi Baekhyun tidak melayannya. Bila dibawa bercakap, satu tolehan pun pusing, cakap? Apatah lagi satu patah perkataan pun takda keluar.
Mark mengeluh kecil. Mungkin Baekhyun takda mood nak bercakap kot. Entahlah.
• Skip •
" Baekhyun ah. "
" Baekhyun.. "
" Baek.. "
Belum habis Mark menghabiskan sebutannya, Baekhyun terus bangun dari duduknya dan keluar makmal. Mark ditinggalkan disana. Mark mengeluh.
" What wrong with you, Baekhyun? "
-------------------
" Wehh.. Wehh.. ada berita!! Ada berita!! " Joohyuk terus lompat naik atas meja. Tak da adab punya manusia.
" Apa lagi? "
" Ada yeoja mati semalam woi!! " Joohyuk memukul² bahu Jimin.
Jimin menyepetkan matanya.
" Kalau ye pun, tak yah la nak pukul bahu aku! Rimas! Kau suka pula ehh?? "
" Yelah! Sebab sekolah kita ni kan sekolah lelaki? Mana ada perempuan dibenarkan masuk melainkan ada urusan. Dan aku dengar yeoja tu dari sebelah sekolah ni. Sekolah perempuan. " Joohyuk membuka cerita. Jimin menongkatkan dagunya.
" So? Dia mati dekat mana? "
" Dia mati kat belakang sekolah. Aku tak tahulah cara mati dia macam mana. Aku tahu sebab aku nampak orang kerumun(?) kat belakang sekolah tadi. Tak sempat nampak mayat perempuan tu. "
" Belakang sekolah? " Joohyuk angguk. Jimin hanya diam.
" Oh ya.. mana mamat Jepang tu? Tak nampak pun. "
" Dia pergi toilet. "
" Buat apa? " apa punya soalan kau ni Joohyuk?
" Entahlah.. menari kot.. " Jimin membaringkan kepalanya diatas meja, malas nak layan Joohyuk. Mengarut je lebih².
-------------------
Hiroto mengelap mukanya dengan sapu tangan yang dibawanya. Dia keluar dari tandas. Dia teringat tentang kejadian semalam. Senyuman kecil terukir dibibirnya.
" Im ok "
BAKK!
Hiroto memegang belakang kepalanya, sakit yang bukan kepalang.
BAKK!
Kali kedua benda keras itu terkena kepalanya. Badan Hiroto terebah keatas lantai.
-------------------
• Skip •
Seharian Mark dan Baekhyun tidak bercakap. Bukan Mark tak nak bercakap tapi Baekhyun. Entah kenapa budak tu tetiba tak nak bercakap. Perangai lama dah datang balik ke?
Mark berjalan sambil menyepak batu² kecil itu. Sambil memikir tentang Baekhyun tiba² tentang semalam lagi tiba² menerjah masuk kedalam fikirannya. Tentang Yoongi, Hanbin dan.. Hiroto.
• FLASHBACK •
" Takkan kau tak tahu Yoongi dengan Hanbin dah mati setahun yang lepas? " kata Jimin sedikit sedih. Mark terpempan.
" What? "
" Kau tak tahu ke, Mark? Mustahil kau tak tahu, tapi family kau lain tahu. Hah Mark? " Jimin menghampiri Mark yang masih terkejut. Mark mengeleng.
" Aku.. aku tak tahu, Jimin. Seb.. " Mark tidak dapat meneruskan katanya. Takut nanti terlepas pula. Tapi sungguh, dia langsung tak tahu!
" Takpa.. ini hal keluarga kau.. Kalau kau tak tahu, meh sini aku ceritakan.. dulu aku dengan bekas roomate aku, Hoshi selalu pergi kat bilik Yoongi. Kami selalu lepak sama². Dulu Hanbin pembuli disini. Dan juga dia kumpulan iKON, dia juga selalu buli Jungkook, Jeon Jungkook. Kawan rapat aku dengan Yoongi. "
" Jeon.. Jungkook? "
" Nae.. Jeon Jungkook. Jungkook tu sebenarnya dah lama mati, tapi aku sorang je tak tahu. Takda siapa nak bagithu termasuk Yoongi sendiri. Aku tahu sebab hari tu aku ada ikut Yoongi jumpa Hanbin. Aku sembunyi tepi dinding dan dengar perbualan dorang. Kau nak tahu tak Mark? Hanbin cousin kau tu, dia dah bunuh Jungkook! Dia tolak Jungkook dari atas bangunan sampai mati! Aku sakit hati bila tahu hal tu, tapi aku diamkan diri dan buat² happy depan orang. Tapi sebaliknya hanya aku tahu macam sedihnya hati aku. Sekarang ni, aku luahkan kat kau. Joohyuk tak tahu pun pasal ni. Dan pasal Yoongi dan Hanbin mati tu, masa cuti semester tahun lepas. Macam aku bagitahu kau hari tu, ada kematian masa cuti semester n aku la salah sorang yang selamat masa tu. Dan bilik D354 tulah bekas bilik Yoongi, Jungkook dan Taehyung. Yang sekarang jadi bilik Byun Baekhyun." kata Jimin sambil mengesat air matanya yang sedikit mengalir.
" Jap. Taehyung? Dia siapa pula? "
" Taehyung pelajar baru kat sekolah ni dulu. Dia sebilik dengan Yoongi, rapat dengan Yoongi. Aku tak tahu sama ada dia tahu tentang Jungkook atau tidak. Dan masa cuti semester tu la, Hanbin, Yoongi dan Taehyung terbunuh disini. Sekolah ni. Tidak ketinggalan, kawan² Hanbin juga. Dorang pun mati. Lepas kejadian tu, tiada siapa berani buka cerita pasal dorang lagi melainkan aku sekarang tengah ceritakan dekat kau. "
" Jadi.. Hiroto tahu pasal ni? " soal Mark teragak². Jimin angguk.
" Dia memang tahu. Sebelum dia transfer sini lagi, dia dah tahu. Sebab, kes Jungkook dah tersebar lepas kejadian cuti semester tu. Jungkook tiada saudara kandung melainkan Hiroto sorang. "
" Jap! Saudara kandung? Jadi Hiroto dengan Jungkook tu... "
" Yes. Dorang kembar seiras.. adik beradik tapi dorang terpisah dulu, sebab Hiroto kena hantar pergi belajar kat Jepun dan Jungkook dihantar ke sekolah sini. So dorang terpisah. Hiroto transfer sini tak sempat nak jumpa kembar dia. Siapa tak sedih? Jungkook je la saudara kandung yang dia tinggal. Tapi sekarang, dia keseorangan tanpa Jungkook. Tapi aku dan Joohyuk selalu temankan dia sampai sekarang. Jeon Hiroto, Jeon Jungkook. Dua dua muka yang sama. Bila aku pandang Hiroto, aku selalu teringat Jungkook. Ahh.. Jungkook ah, Bogoshipdaa.. " Jimin memandang ke luar tingkap. Mark pula terdiam seribu bahasa.
' Jadi.. Hiroto abang Jungkook, dan Jungkook tu mati oleh Hanbin? Dan Jungkook juga kawan Yoongi dan Jimin? Jungkook.. Hiroto.. '
• END FLASHBACK •
-------------------
Hiroto membuka matanya. Kepalanya agak sakit dan berat masa itu. Dia memandang sekeliling tempat itu, seperti didalam sebuah stor. Dia ingin berdiri tetapi tidak dapat kerana dia merasakan dirinya seperti diikat. Dia melihat dirinya dan ternyata betul dirinya diikat! Tetapi tidak tahu siapa yang ikat dia. Dia cuba mengingati hal tadi. Dia keluar dari tandas. Dan... dia kena pukul? Kan?
" Kau dah sedar? " kata seseorang. Hiroto memandang orang itu. Lelaki yang memakai mask hitam dan topi hitam.
" Siapa kau!!? Aku kat mana ni? "
" In hell, dude :) " lelaki itu tersenyum. Dia membuka sebotol kaca. Hiroto meneliti botol kaca yang berada ditangan lelaki tersebut. Mata Hiroto membulat.
" Apa kau nak buat dengan benda tu??! " soal Hiroto cuba menjarakkan dirinya kerana dia rasa curiga dengan benda yang dipegang lelaki itu.
" Ini hadiah kau. Cubalah rasa sikit.. confirm kau suka.. " Lelaki itu menuang air yang berada didalam botol kaca itu ke lengan Hiroto.
" ARRRRGGHHHHHHHH!!!! " Hiroto menjerit² seakan orang gila. Kerana apa? Lengannya mulai melecur!
" BERHENTII!!! AARRGGGHHHH!!! " rayu Hiroto sambil menjerit². Sakit yang amat. Lelaki tersebut tersenyum mengejek. Dia menyeluk poketnya dan mengambil botol kaca yang berisi garam. Dia menuang ketangannya dan menghamburkan ke lengan Hiroto. Makin kuatlah Hiroto melolong merayu menghentikan perbuatan kejam itu.
" JEBALLLL BERHENTI!!!!! " rayuan Hiroto tidak dihiraukan. Malahan lelaki itu ketawa dengan kuat melihat kesengsaraan Hiroto. Baginya sangat seronok!
- TBC -
너무 귀여워 . ㅋㅋㅋ
Vote & Comment ♥
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro