Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

11 ; Gone

" Gomawo, Baekhyun ah. " kata Jimin sambil tersenyum. Baekhyun hanya mengeraskan diri sambil matanya memandang sekujur badan Mark yang diselimuti kain tebal.

" Mark demam. Aku tak tahu kenapa dia boleh demam. " kata Jimin lagi. Mata Baekhyun beralih kearah Jimin.

" Jaga dia " Baekhyun terus melangkah keluar dari bilik itu.

" Ar-arraseo. " Jimin membuat muka pelik dan menutup daun pintu .

-------------------

" HUUAAARRGHHHH!! " ini dah masuk 15 kali Jimin menguap. Serupa singa menguap pun ada. Sampaikan Joohyuk cuba memasukkan kasutnya kedalam mulut Jimin. Berani kau, Joohyuk? Kena humban pergi luar tingkap la alamatnya .

Nasib Hiroto baik hati mengambil kasut Joohyuk dan menyimpannya didalam locker yang berkunci. Mana tak menangis merayu Joohyuk dibuatnya.

" Pulangkan la!! Pulangkan la kasut aku!! Nanti aku berjalan, stokin aku koyak macam mana? " Joohyuk mengoyangkan bahu Hiroto.

" Daripada kau masukkan kasut kat mulut Jimin, baik aku simpan sementara. Biar ini sebagai denda kau! " Hiroto menolak Joohyuk. Joohyuk mula merengek tapi ada Hiroto kisah? Tak dilayannya perangai Joohyuk tu.

Jimin pula sudah buat kilang air liur disebelah meja Hiroto. Nyenyak dia tidur. Masa tu cikgu tak masuk, ada hal agaknya.

-------------------

" Mark? " Mark membuka matanya.

" Ji.. Jimin? " Mark mengosok matanya, kepalanya masih sakit dan berat. Dipandang orang itu. Ternyata orang itu bukan Jimin, tapi...

" Baekhyun? Ma.. Macam mana kau boleh masuk? " soal Mark membetulkan duduknya. Baekhyun mengeluarkan bubur panas dari bekal.

" Makan bubur tu. Sementara masih panas. " arah Baekhyun serius. Mark hanya akur. Dia mengambil bekal itu dan membukanya. Bubur ayam. Kegemarannya.

" Kau beli kat kantin ke Baekhyun? " soal Mark sambil menyudu bubur itu dan menyiupnya supaya panasnya berkurang. Baekhyun hanya angguk menandakan iya.

Mark memakan bubur itu dengan selera sekali. Baekhyun hanya memandang .

" Mark. " Baekhyun bersuara. Mark hanya 'hmm' sahaja sambil mulutnya mengunyah ayam itu.

" Cuti sekolah nanti.. kau balik? " soal Baekhyun sambil tunduk.

" Balik? Hmm tak. Sebab parents aku sekarang kat Japan. Ada urusan bisnes. Kau? "

" Aku takde keluarga. "

" Hmm? Saudara mara kau? " soal Mark lagi. Baekhyun hanya mengeleng.

" Takda "

" Ohh.. Jadi kau stay kat sini? " soal Mark tanpa memandang Baekhyun yang mulai merenungya.

" Ya. Sini je tempat aku yang boleh tinggal .." Suara Baekhyun mendatar.

" Gwaenchanha! Kau tak balik kan? Jadi aku kat sini boleh temankan kau! " Mark tersengih. Baekhyun mengangkat kening.

" Jinjja? "

" Nae, chingu! Kau kan kawan aku? Kawan mana tak nak temankan kawan sendiri bila keseorangan? Melainkan kawan tu tak guna. "

" Jadi kita kawan? " soal Baekhyun ragu.

" Laa.. jadi aku sorang jelah anggap kita ni kawan? Yes la .. kita kawan ^^ ! And thanks sebab bagi aku makanan ni.. " Mark menghabiskan satu sudu bubur yang terakhir dan tersengih. Baekhyun yang muka nya serius itu, tersenyum sedikit.

" Nae. Thanks too Mark.. "

-------------------

" Aku dah ada kawan. Aku harap dia tak macam kawan aku yang sebelumnya! Aku harap dia tak mungkir janji dan tipu aku! "

- Library -

" Baekhyun ah ~ ini macam mana nak buat? " soal Mark sambil mengaru kepalanya. Dia menunjukkan kerja maths yang dia susah nak buat dan fahami itu kearah Baekhyun. Baekhyun meneliti dan meletakkan buku itu diatas meja.

" Macam ni.. kau darab dulu 12 dengan 8 ni pastu kau bahagikan dengan punca kuasa dua.. baru kau dapat jawapannya. "

" Ohh okk.. aku try jap " Mark menulis formula yang Baekhyun ajar tadi.

" Yes! Dapat. Gomawo Baekhyun. " Mark tersengih. Baekhyun hanya angguk dan meneruskan pembacaannya terganggu tadi.

Tiba² kerusi disebelah Mark berbunyi seperti ditarik seseorang.

" Boleh aku.. duduk sini? ^^ " soal orang itu. Mark dan Baekhyun serentak memandang orang tu.

" Oh? Hiroto ^^ duduklah.. " Mark tersenyum kearah Hiroto. Hiroto meletakkan bukunya diatas meja dan duduk disebelah Mark. Baekhyun disebelah hanya memandang, tetapi bukan pandangan biasa. Ianya seperti jelingan.

" Jimin mana? "

" Jimin? Dia dah balik pergi asrama tadi. Penat katanya.. ngantuk sangat. " jawab Hiroto sambil memandang Mark.

" Oh.. kesian pula.. sebab semalam dia jaga aku.. "

" Jaga kau? Oh. Dia ada bagitahu juga pasal tu. Kau demam kan semalam? Aigoo kenapa keluar lagi petang² macam ni? Sepatutnya kau bilik, rehat. " Hiroto memegang dahi Mark. Kepanasan nya berkurangan sedikit dari yang sebelumnya.

" Ahh.. na gwaenchanha^^ "

" Jinjja? OK. Balik nanti jangan lupa makan ubat! " Hiroto mengusap rambut Mark.

SREEERTT..

" Baekhyun ah ~ kau pergi mana? " soal Mark, tetapi tiada respon Baekhyun. Baekhyun terus pergi dari situ meninggalkan mereka berdua.

" Mungkin dia tak selesa aku kat sini kot. " celah Hiroto.

" Ehh.. jangan fikir macam tu. Baekhyun tu memang macam tu.. its ok.. " Mark menepuk bahu Hiroto. Hiroto tersenyum sikit.

" OK. "

-------------------

" Baekhyun! Tunggu aku!! " Mark berlari² kearah Baekhyun yang sudah jauh itu. Baekhyun berhenti tanpa menoleh.

" Kenapa kau cepat sangat jalan? Aigoo. Penat aku kejar. "

" Jangan kejar la kalau penat " mendatar sahaja suara Baekhyun.

" What wrong? Yahh.. marah pasal Hiroto tadi tu ke? Mianhae. Dia cuma nak duduk sana je. " Mark merangkul bahu Baekhyun.

" Kenapa perlu minta maaf? Kau takda buat salah pun Mark. " Baekhyun mula melangkah, berganding dengan Mark.

" Takut kau marah? Ahha "

" Marah apa? Taklah. Aku cuma nak pergi tandas je. " kata Baekhyun tanpa menoleh Mark.

" Ahh.. macam tu? Ok aku faham ^^ " Mark angguk. Baekhyun hanya diamkan diri.

- Asrama -

Sesampai sahaja didepan asrama tiba² sahaja Baekhyun menghentikan langkahnya.

" Wae? " Mark menyoal Baekhyun yang merenungnya dari tepi.

" Nak tahu sesuatu tak? " soal Baekhyun. Mark mengangkat mukanya. Tiba² Baekhyun ternampak seorang lelaki sedang berketawaan dengan roomate Mark, Jimin. Matanya fokus memandang lelaki itu sahaja.

" Hiroto.. " nama itu terpancul dari mulut Baekhyun. Mark menyengetkan kepalanya.

" Hiroto? Kenapa dengan dia? " Baekhyun mengalihkan pandangan kearah Mark.

" Dia.... " sebut Baekhyun sepatah.

" Macam suka kau. " selesai sahaja Baekhyun berkata, dia terus berjalan tanpa mendengar respon Mark.

" Mwo? Whatdaa.. Yah Baekhyun!! " Mark tergelak sambil berlari mengejar Baekhyun.

• Skip •

Hyungwon melangkah masuk kedalam bilik, pintu biliknya ditolak dan tiba² ada tolakan dari sebalik pintu itu.

" Nuguya! " Hyungwon menyoal. Lelaki yang bermask hitam itu hanya diamkan diri, dia masuk dan tutup pintu itu atau lebih tepat dia menguncinya.

" Kau siapa!?? Apa kau nak? "

" Mati. " itu sahaja lelaki itu berkata. Hyungwon mengerutkan dahinya.

" Mati? Apa kau cakap ni hah? Kau siapa!? " Hyungwon dengan pelik.

" Seolma.. takkan kau pembunuh kawan² aku?! " Hyungwon menuding jarinya kearah lelaki itu. Lelaki itu membuka mask hitamnya dan senyuman sinis terpamer diwajahnya.

" Keurae.. Maja.. ( Ya ~ betul ) aku yang bunuh dorang.. dan malam ni giliran kau!! " Lelaki itu mengeluarkan pisau dari belakang baju dan terus menyerang Hyungwon.

Hyungwon menahan tangan lelaki tersebut.

" Ha.. Hajima.. jebal.. "

Lelaki hanya tersengih. Sengihan sinis. Sengihan gila. Sengihan menakutkan!

" Andwae.. selagi kau belum mati, selagi tu aku tak senang!! Oleh kerana kau aku tak sempat serang malam tu, malam ni bagi aku kesempatan serang kau pula! " Lelaki itu melepaskan genggaman Hyungwon dan bertindak mencengkam leher Hyungwon.

" Annyeong, Cho Hyungwon " pisau itu pantas dilepaskan oleh lelaki itu. Jeritan Hyungwon kuat seperti disembelih gitu. Darah memercik ke muka lelaki tersebut.

Selepas beberapa minit, lelaki itu melepaskan Hyungwon dan tersengih melihat mayatnya yang sudah dipenuhi darah pekat. Lantai dan dinding juga ada percikan darah Hyungwon.

" Selamat malam. " Lelaki itu mengambil mask hitamnya dan memakai. Dia terus menutup rapat pintu bilik Hyungwon dan beredar dari bilik itu.

- TBC -

My birth is coming XD ♥ AHHAHA. Seminggu lagi ♥♥

Vote & Comment!♥

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro