CHAPTER 3
" UNCLE? " Tuan Yoo tersenyum memandangnya. Sambil membawa satu beg plastik.
" Aunty mana? " Taehyung menyoal.
" Dia ada kat rumah.. Oh ya, ni barang kamu.. kamu lupa bawa tadi.. " ujar Tuan Yoo sambil menghulurkan plastik itu kepada Taehyung. Taehyung ambil dan membuka plastik itu.
" Oh.. ok gomawo uncle^^ "
" Nae.. ingat, makan ubat nae? Lepas lunch and makan malam, pastikan Tae makan ubat tu.. Jangan tak makan ehh? Tu pesan dari aunty dengan uncle.. " Taehyung sekadar angguk sambil mengenggam plastik itu. Tuan Yoo memandang diri Taehyung. Rambut yang basah seperti baru lepas mandi. Muka sedikit kemerahan. Tuan Yoo ingin menanya tetapi dibatalkan sahaja niatnya. Mungkin tadi dorang berjemur kat padang. Mungkin.
" Oklah, uncle pulang dulu.. Kamu hati² ya.. ingat pesan uncle tadi.. " Tuan Yoo ingin melangkah pergi meninggalkan Taehyung.
" Nae.. jaga diri.. Kirim salam dengan aunty.. "
" Nae.. " Tuan Yoo mengusap rambut basah Taehyung. Taehyung tersenyum kelat.
***
- Garaj -
Tuan Yoo mengosok hidungnya yang gatal. Tiba tiba dia terbau sesuatu dari tangannya. Tuan Yoo menghidu bau tangannya yang menyentuh rambut Taehyung.
" Bau mee sup? "
***
Yoongi mengorak langkah ke kelas. Dipandang Jungkook yang sedang tunduk mendiamkan diri. Yoongi mengeluh kecil dan perlahan² menghampiri tempat duduknya. Jungkook tidak mengendahkan Yoongi malahan terus menunduk dan diam.
Tiba tiba Taehyung masuk kedalam kelas sambil membawa plastik hitam. Disorokkan dibelakang badannya. Yoongi hanya memandang.
" Apa tu, Taehyung? "
" Hmm? Hurm.. pa.. pakaian.. tadi uncle aku datang.. dia bawa pakaian ni sebab aku lupa bawa tadi.. ehhe.. " Taehyung memberi alasan. Cepat² dia memasukkan kedalam laci mejanya. Jungkook mengangkat muka dan memandang Taehyung.
" Hi.. " Taehyung menyapa Jungkook dengan sengihan. Jungkook turut tersengih.
" Hi.. "
Yoongi hanya memandang. Sementara itu beberapa pelajar dalam kelas itu memandang kearah Taehyung. Ada yang berbisik bisik. Yoongi yang menyedarinya terus bangun dan menghalang dari pelajar pelajar itu memandang kearah tempat duduk Taehyung dan Jungkook.
" Waeyo? " soal Taehyung
" Nothing.. ehhehe.. " Yoongi tertawa kecil.
• Skip •
Selepas habis pembelajaran, Taehyung mengemas barang barangnya. Dan dia keluar dari kelas. Nak ke tandas. Yoongi dan Jungkook ditinggalkan.
Selepas 5 minit melepaskan hajat, Taehyung bersiap untuk keluar. Tiba tiba ada seseorang menyapanya.
" Woii budak baru.. " orang itu menarik beg Taehyung sehingga badan Taehyung kebelakang.
" Apa kau nak? " lelaki itu tersenyum sinis.
" Apa yang aku nak? Buli kau! Heh.. dengar sini, kau buat homework kitaorang yang Miss Jiyeon bagi tadi! Kau kena siapkan malam ni then bagi kitaorang besok! Pastikan siap! Kalau tak, tau apa yang akan jadi kan? " Taehyung merenung lelaki itu.
" Kenapa kau tak buat sendiri? Kan ada tangan kau tu? Jari semua ok, takde cacat.. takde patah pun.. buatlah sendiri.. aku tak nak.. tepi! " Taehyung menolak kasar lelaki itu. Lelaki itu mengeluh kasar.
" Berani nya kau kan? Yah Kim Taehyung! Aku Kim Hanbin! Aku ada hak suruh kau buat kerja aku..! Faham tak? ! " Hanbin bertindak menarik badan Taehyung dan menghempas ke locker dengan kuat. Taehyung menahan kesakitan. Tiba tiba...
" Kim Hanbin? "
Hanbin terhenti dan memandang kearah empunya suara itu. Dia perlahan lahan melepaskan kolar Taehyung.
" A.. appa.. " Pengetua Kim merangkap bapa Hanbin menghampiri Hanbin.
" Kamu buat apa dengan dia? " soal Pengetua Kim. Hanbin mulai serba salah. Konco konco Hanbin hanya membatu.
" Huhh.. Kim Hanbin, Kim Jinhwan, Kim Jiwon, Goo Junhoe, Song Yoonhyeong, Kim Donghyuk, Jung Chanwoo.. Ikut saya sekarang.. " arah Pengetua Kim. Hanbin mengeluh sambil matanya menjeling Taehyung. Kebetulan Yoongi dan Jungkook ada disitu. Hanbin turut menjeling Yoongi. Yoongi buat tak tahu sahaja.
" Taehyung.. kau ok? " soal Yoongi. Taehyung hanya angguk dan matanya memandang kearah kelibat Hanbin yang semakin menghilang. Pandangannya sangat tajam masa itu.
' Tahan, Taehyung. Tahan kemarahan kau. Huhh.. '
" Hurm.. Yoongi? " tiba tiba ada seseorang menyapanya. Yoongi menoleh.
" err, Seolhyun? Wae? "
" Nampak Hanbin tak? " soal gadis yang bernama Seolhyun itu. Jungkook yang ditepi itu menjeling tajam kearah Seolhyun.
" Hanbin? Hurm.. dia pergi pejabat Pengetua . " jawab Yoongi . Seolhyun angguk kecil dan matanya terpandang Taehyung. Senyuman terukir dibibirnya.
' Boleh tahan handsome dia ni. '
" Siapa ni? Budak baru ke? " soal Seolhyun sambil matanya tak putus putus memandang Taehyung.
" Hurm.. ha'ah.. " Yoongi membalas malas.
" Ohh.. nama u siapa? " Seolhyun mendekati Taehyung. Taehyung hanya buat tidak tahu. Seolhyun memegang bahu Taehyung.
" Janganlah sombong u,. I tanya nama u je.. " Seolhyun mengusap pipi Taehyung lembut membuat Taehyung rasa tidak selesa. Taehyung menepis dan menolak Seolhyun lalu pergi dari situ. Sempat juga Taehyung memberi jelingan tajam kepada Seolhyun.
" Seolhyun.. jangan kacau Taehyung.. cukup la kau dah ada Hanbin.. Jangan buat macam MANGSA kau dulu lagi.. " Yoongi menjeling Seolhyun lalu meninggalkan Seolhyun disitu. Jungkook pula masih merenung Seolhyun dengan renungan tajam sebelum mengikuti Yoongi. Seolhyun menghentak kakinya.
" Apa aku peduli kata kau, Min Yoongi. Yang penting aku nak dapatkan dia.. walau bagaimana cara sekalipun.. heh.. " Seolhyun tersenyum jahat lalu beredar dari situ.
• Skip •
" Taehyung!! "
" Taehyung!! "
" Taehyung!! " tiga kali Yoongi memanggil Taehyung. Taehyung menoleh kebelakang.
" Hhmm? "
" Cepat sangat kau jalan! Penat aku kejar.. uhhu.. " rungut Yoongi kepenatan.
" Mian.. aku cuma nak balik dorm.. rehat.. btw Jungkook mana? " soal Taehyung. Yoongi tersentak.
" Jungkook? Hurm.. a.. ak.. "
" Aku kat sini.. " Tiba tiba Jungkook ada disebelah Taehyung. Terkejut Taehyung dibuatnya. Jungkook tersengih sambil mengosok belakang lehernya.
• Skip •
2 minggu sudah berlalu, Hanbin tidak lagi menganggu Taehyung atas gertakan Pengetua Kim. Tau takut XD cuma bila dikelas, Hanbin kadang kala menjeling Taehyung.
***
Taehyung duduk dibirai katil, sambil mengenggam satu botol kecil.
' Kenapa aku kena makan benda ni? Aku bukannya sakit.. hurm.. tapi aku kena dengar cakap aunty & uncle untuk makan ubat ni selalu.. walaupun bagi aku, ubat ni langsung tak bagi kesan pada aku. '
Taehyung berbisik dalam hati. Dibuka penutup botol itu dan ditumpahkan sedikit ke tangannya. Air mineral dicapai dan diteguk sekali dengan ubat nya tadi.
" Ughh.. " Taehyung menunduk sambil memegang kepalanya. Dia cuba mencari ketenangan. Tiba tiba..
" Tae, kau makan apa tu? "
- TBC -
Hi ^^ ! Mtk tlg bole, guys? Please tgok acc QuNepalKpopperz and Parkhyunra03 nae? Then baca ff dorang ok? ^~^ uhuhu.. tq♥♥♥
Vote[√]
Comment[√]
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro