Part 7 : It's Wendy!
"Oh tolonglah. Bagi aku tinggal dekat rumah kau?"
"Tak boleh! Kau yang datang sendiri, kau pandai-pandai cari tempat berteduh!"
"Kitakan kawan?"
"Aku tak nak berkawan je!"
Chanyeol menjongketkan keningnya. Bibirnya tersenyum sinis.
"Ma—maksud aku.. sebab kau busuk! Bau macam sampah! Jadi tak boleh masuk rumah aku!" Jelas Wendy, gugup.
Dia menyorokkan wajahnya yang sedang memerah kerana malu. Chanyeol tersenyum dalam diam.
"Wendy? Apa yang menjerit kuat sangat ni?" Soal Puan Son kepada anak gadisnya itu.
Dia merenung Chanyeol dan anaknya secara bergilir-gilir. Senyumannya aneh. Pasti dia sedang memikirkan hal yang bukan-bukan.
"Omma. Kata balik lewat?" Soal Wendy, pelik.
"Omma tertinggal barang. Dan kamu ni dari Hogwarts juga ke?" Jawab Puan Son seraya berbalik kepada Chanyeol pula.
Chanyeol mengangguk laju. Sengaja dia menayangkan beg bajunya agar Puan Son faham akan keadaannya. Puan Son yang termakan penipuan Chanyeol terus bersuara.
"Kenapa tak ajak kawan kamu ni masuk? Kesian dia," arah Puan Son.
Chanyeol tersenyum manis. Dia mengekori Puan Son masuk ke dalam rumah sambil menayangkan wajah mengejek pada Wendy. Chanyeol mengenyitkan matanya kepada Wendy sehingga membuat jantung gadis itu hampir tercabut.
Wendy memegang dadanya kuat. Jantungnya tak berhenti berdegup saat menerima kenyitan tersebut. Dia menggigit bibir bawahnya.
Tangannya dikepal. Hujung kakinya tidak dapat berhenti menari. Wendy menjerit keriangan sehingga memecahkan pasu bunga milik ibunya itu.
Wendy melompat-lompat kegirangan kerana tak mampu mengawal rasa bahagianya. Beberapa jirannya menggeleng kecil saat melihat kelakuan anehnya itu.
Hampir sahaja Wendy membuka mulut untuk menyanyi seolah-olah didalam cerita dongeng, suara ibunya mengganggu fantasinya.
"Wendy! Omma rasa kawan kamu ni perlu mandi lah!"
Urgh.
...
Wendy menggumam perlahan didalam bilik air sementara menyediakan air hangat buat Chanyeol. Dia menyanyi kecil kerana terlalu bahagia sekarang.
Buat pertama kali, Chanyeol menyedari kehadirannya. Chanyeol ada dihadapannya dan menapak didalam rumahnya sekarang. Boleh bayangkan tidak?
Walaupun Chanyeol masih tak dapat menyebut namanya dengan betul, dia masih gembira. Sekurang-kurangnya, dia tak perlu berhalusinasi lagi.
"Apa yang gembira sangat sampai buatkan kau menyanyi?" soal Chanyeol dihadapan pintu tandas.
Wendy terkejut dan menjerit sehingga terlempar sabun buku yang berbentuk 'love' ke dalam tab mandi. Nasib baiklah Chanyeol tak nampak bentuknya itu kalau tidak, mati dia.
"Tak ada apa. Apa yang kau buat dekat sini? Aku belum siapkan lagi air mandiannya," balas Wendy. Chanyeol tersenyum manis.
"Omma kau bagitahu yang aku boleh tinggal selama mana aku nak. Dia suruh kau sediakan makan malam untuk kita nanti dan juga tempat tidur untuk aku," jelas Chanyeol, nampak angkuh.
Wendy membersihkan tangannya yang basah lantas bercekak pinggang. Dia mendekati Chanyeol dan merenung lelaki itu dengan pandangan tajam.
"Hello? Aku nampak macam maid ke?" soal Wendy.
Chanyeol mengangguk.
"Confringo!"
Hujung baju Chanyeol terbakar sebaik sahaja sihir itu dikenakan keatasnya. Lelaki itu berlari masuk ke dalam tandas dan membuang jaketnya.
Manakala Wendy, dia menjelirkan lidahnya dan menutup pintu bilik mandi lantas berlari ke biliknya.
Sekali lagi Wendy menggunakan non-verbal spell. Harapnya Chanyeol fahamlah bahawa lelaki itu tidak boleh bermain-main dengannya.
"Hei Son Huangdy!!"
"Wendy! Wendy! Wendy! Susah sangat ke nak sebut nama aku?!"
...
Wendy memerhati Chanyeol yang sedang menikmati makan malam sendirian dibawah sana. Dia tersenyum memandang wajah lelaki yang disukainya itu.
Tawanya hadir saat melihat betapa comotnya Chanyeol saat menikmati makanan yang lazat.
Seperti anak kecil. Tak sangka Chanyeol, si Slytherin tahu bagaimana ingin menikmati makanan muggle dan tidak menghinanya. Selesai mencuci mata, Wendy naik ke biliknya dengan senyap.
Wendy menutup pintu biliknya dan berjalan kearah tingkap.
Hatinya tidak pernah terasa begini. Seolah-olah kesemua hajatnya telah pun ditunaikan oleh tuhan.
Langit malam dipandang.
Indah sekali.
Bagaikan ada permata yang bertebaran diatas sana. Membahagiakan pandangan sejagat.
"Heungdy! Ada pencuci mulut tak?!"
"It's Wendy!! Cubalah sebut nama aku betul-betul!!"
"Whatever! Ada tak?"
Wendy merengus kasar. Dia keluar dan turun semula ke dapur hanya untuk melihat Chanyeol yang sedang menikmati aiskrim miliknya. Wendy ternganga.
"Bagi balik!" Jerit Wendy. Chanyeol bangun dan terus mengelak daripada Wendy. Dia menggeleng laju.
"Chanyeol! Itu aku punya!"
"Takde-takde. Apa yang kau punya, aku punya!" Balas lelaki itu. Chanyeol mengangkat bekas aiskrim itu tinggi ke udara supaya Wendy tak dapat mengambilnya. Wendy menghentak kakinya, geram.
"Kau berdendam ke apa dengan aku?" Soal gadis pendek itu. Chanyeol tersenyum sinis dan menghampiri Wendy. Wajah mereka begitu dekat sekarang.
"Yes,"
"Sebab?"
"Jangan ingat kau boleh terlepas lepas buat aku masuk hospital haritu. Disebabkan hal tu, kau dah hutang aku," jelas Chanyeol. Wendy mencebik.
"Okey aku minta maaf,"
"No. No. Aku tak nak permohonan maaf. Aku nak kau buat benda lain,"
"Apa?"
"Adalah,"
Chanyeol mengusutkan rambut Wendy seraya menyerahkan bekas aiskrim yang hampir kosong itu kepada gadis itu. Dia terus naik ke biliknya yang sudah ditunjuk petang tadi.
Sebaik sahaja masuk, senyumannya terus hilang. Chanyeol mengeluh perlahan. Cincin yang diberikan oleh kekasihnya itu ditilik. Ianya perlahan-lahan dibuang dan disimpan didalam beg.
Apa tujuan sebenar Chanyeol ke sini?
to be continued
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro