Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 4 : Weird


Cedric menggeleng kecil seraya memasuki common room Hufflepuff. Sebentar tadi, hallway Hogwarts kecoh dengan pergaduhan antara Wendy dan Chanyeol.

Wendy menghamburkan sihir untuk mendiamkan seseorang iaitu Silencio. Chanyeol sampaikan terpaksa dibawa ke hospital dan dirawat disana.

Wendy pula sempat bertemu Professor McGonagall tadi. Wanita itu menolak 10 markah daripada Hufflepuff disebabkan apa yang telah Wendy lakukan kepada Chanyeol. Tapi Wendy tak pedulikan langsung tentang hal itu. Lagipun dia boleh kumpul lagi markah itu.

"Dia lukakan kau lagi?" Cedric memberikan tisu kepada Wendy.

Wendy menyambut tisu tersebut seraya mengelap air matanya. Dia ketawa perlahan. Cedric mengelus belakang badan Wendy.

"Apa berlaku? Dia silap nama kau ya?"

Wendy merenung Cedric lama lantas mengangguk.

"Dia tak kenal pun aku,"

"Tapi bukan korang sekelas? Maksud aku, kita semua sekelas?"

Wendy mengangguk.

"Korang kan pernah jadi deskmate?"

Wendy mengangguk lagi.

"Korang kan pernah jadi satu team?"

Wendy mengangguk, lagi dan lagi.

"Dan dia masih tak kenal kau?"

"Okey jangan angguk. Aku faham,"

Kemudian keduanya sama-sama ketawa.

"Dah agak dah. Don't get me wrong tapi Chanyeol tu memang agak lembap sikit," ujar Cedric.

"Jangan kutuk dia,"

"Opps, sorry maam."

"At least, kau berjaya kenakan dia tadi," Puji Cedric sambil terkenang saat melihat Chanyeol menjerit meminta tolong saat bibirnya hilang.

Cedric masih tak percaya dengan apa yang dia lihat. Wendy yang baddass mengenakan crushnya.

"Kau bangga?" Soal Wendy.

Cedric mengangguk sambil ketawa lagi.

"Sekali-sekala, kena ajar jugak dia supaya tahu apa yang dia dah buat. It's rude tahu kutuk orang yang kita tak kenal, apatah lagi yang kita kenal. Dah lah dia bangkitkan kejadian aku kena buli dulu. Nasib baik kau ada dulu. Aku hampir hilang nyawa kot masa tu," ujar Wendy.

Cedric mengangguk, setuju. Dia merenung Wendy yang masih mengelap air matanya.

Kadang dia pelik. Apa yang Wendy nampak dalam diri Chanyeol sedangkan masih ramai lagi lelaki di Hogwarts yang dia boleh dapatkan dengan kepandaian dan kecantikannya. Walhal, Chanyeol tak pedulikan kewujudannya pun.

Bahkan Bella sekalipun, Chanyeol tak peduli. Gadis yang turut sama Cedric cintai sejak pertama kali bertembung dengannya dahulu. Gadis secantik itu pun Chanyeol tak peduli, mustahil Chanyeol nak kenal Wendy.

"Kita berdua ni memang selalu bernasib malang kan?" ujar Wendy.

"Hm?"

"Cinta kita sama-sama tak dibalas," jelas Wendy.

Cedric terdiam. Pandangan mata Bella bermain dimindanya. Ada sesuatu dimata Bella yang buatkan dia rasa gadis itu ingin memberitahunya sesuatu tapi dia tidak berani.

Adakah Bella turut sama merasai apa yang dia rasai?

Kalau begitu, kenapa Bella tak cuba untuk memberinya sebarang petunjuk?

"Macam ni lah. Jom keluar? Kita jalan-jalan?" Ajak Cedric. Dia menarik tangan gadis itu untuk keluar.

"Tak nak lah,"

"Dah jom-jom. Alang-alang tu tenangkan fikiran," pujuk Cedric. Wendy mengalah. Mereka keluar dari dorm dan mengelilingi Hogwarts sekarang.

"Oh? Itu Irene kan?" soal Wendy kepada Cedric sambil menghalakan jarinya kearah Irene.

Gadis itu nampak tergesa-gesa ke suatu tempat.

Dibelakangnya, Chanyeol dan Sehun mengekori. Mereka nampak mencurigakan.

Wendy dan Cedric segera mengikuti langkah Irene, Chanyeol dan Sehun.

Mereka memasuki Room of Requirements disebalik dinding Hogwarts. Itu membuatkan Wendy dan Cedric tertanya-tanya.

Tak! Tak! Tak!

Bunyi tapak kaki seseorang menuju kearah mereka. Cedric menarik Wendy masuk ke dalam ruangan berdekatan dengan bilik tersebut. Kedudukan mereka teramat rapat sekarang.

"Itu Siren..." bisik Wendy.

Cedric mengangguk perlahan. Dia tahu. Dia pun nampak.

Kenapa semua ahli Slytherin berada disini sekarang? Ada perjumpaan keluargakah?

Sebaik sahaja tiada orang disana, Cedric dan Wendy keluar. Mereka membersihkan jubah mereka yang terkena habuk-habuk disebalik dinding.

"Cedric.. Wandy? Korang buat apa dalam tu?" soal Bella yang datang entah dari mana.

Cedric dan Wendy terkejut. Seorang lagi yang tak tahu cara menyebut nama Wendy datang. Mereka blur. Tak tahu ingin menjawab apa kepada Bella.

"Kami.."

"Friend things. Wen—Wendy suka duduk dalam tempat sempit.." jawab Cedric, gugup.

Bella membuntangkan matanya begitu juga Wendy.

"M—Me?"

"Yes, you are!" Tegas Cedric, cuba memberi isyarat agar Wendy turut sama mengikuti alur cerita rekaannya. Wendy menoleh kearah Bella.

"Ya.. Aku.. suka.. tempat sempit.. dengan.. kawan.. lelaki.." jawab Wendy pula dan kedengaran pelik sekarang.

"Haah. Gelap-gelap. Kau suka sangat kan?" sokong Cedric.

Wendy menjegil kearah Cedric supaya dia diam. Cedric menunduk, takut. Sekali cukup lah. Ini nak ulang-ulang lagi.

Bella jadi kekok. Dia memeluk bukunya dan perlahan-lahan pergi.

"Maaf menganggu. Teruskan," ujarnya.

Wendy terus memijak kaki Cedric sebaik sahaja Bella hilang dari pandangan. Cedric menjerit kesakitan.

"Apa tadi tu?! Aku suka tempat sempit? Seriously? Mesti Bella ingat aku ni yang bukan-bukan! Gosh!" marah Wendy.

"Well it's not my fault! Siapa suruh lambat jawab?" balas Cedric, tidak mahu mengalah.

Wendy mencubit pinggang Cedric.

Cedric ketawa tapi Wendy bengang.

"At least dia yang tangkap kita bukan Mr. Flich dengan kucing menakutkan dia tu," ujar Cedric.

"Lagi rela kena tangkap dengan kucing tu daripada Bella,"

Wendy sebenarnya tidak bersetuju dengan Cedric tapi dia pura-pura je. Sungguh dia tak rela kena tangkap dengan Mrs.Norris, kalau tidak, mati mereka kena masuk kelas tahanan.

Bella mengintip Wendy dan Cedric yang sedang ketawa bersama itu. Bibirnya mengukir senyuman. Langkahnya diteruskan menjauhi kedua sahabat baik itu.

"Apa yang korang ketawakan?" soal seseorang dengan suara dinginnya.

Bae Irene, merenung tajam kearah Wendy dan Cedric.

Dibelakangnya, ada Chanyeol, Sehun, Jongin, Kris dan ahli Slytherin yang lain-lain.

Wendy dan Cedric terdiam. Bahu Wendy ditarik mendekatinya.

"Tak ada apa. Cuma bergurau sikit. Kenapa? Nak jugak?" jawab Cedric, tenang.

"Korang tak sepatutnya ada dekat sini," jelas Irene.

"Korang pun sama. Apa yang korang buat malam-malam ni ramai-ramai? Ada party-party eh? Wuhuu tak ajak kitorang pun?" tanya Cedric pula,  sengaja mempermainkan Irene.

"None of your business," jawab Irene.

Chanyeol memandang Wendy tanpa berkerdip. Wajahnya berkerut. Keningnya terjongket melihat betapa rapatnya gadis itu dengan sahabatnya, Cedric Diggory. Gadis yang telah menyerangnya petang tadi. Dia masih berdendam dengan apa yang telah berlaku.

"Garangnya, Rene. Nanti cepat tua—"

Api pada lampu diatas kepala Cedric terpadam disebabkan oleh kerana kemarahan Irene. Terus lelaki itu meminta maaf.

"Woo. Tenang, Rene. Macamlah kita tak pernah bergurau?"

Irene melangkah ke hadapan mendekati Cedric.

"Sebab kita tak pernah lah, aku tak suka!" balas Irene dan menolak Cedric ke tepi untuk pergi. Dia merengus kasar kearah lelaki itu.

Chanyeol mengejar Irene kerana tidak mahu berada lama disana.

"See you after this summer, Wen," ujar Sehun sambil menepuk bahu Wendy. Wendy membalas senyuman Sehun.

Mereka mengiringi kepergian ahli Slytherin dengan pandangan mata sahaja. Wendy mengeluh perlahan.

"It's gonna be a hard summer, for me." kata Wendy kepada Cedric.

"Absolutely, correction."

to be continued

Promote 🕥🔽

Janga lupa baca dan vote! 😜

Wnas04

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro