Part 36
Dewan akhirnya dibuka. Pasangan-pasangan mulai memasuki dewan bersama-sama. Hantu-hantu guru juga turut sama bersama memandangkan mereka boleh melepasi dinding begitu sahaja.
Chanyeol dan Cedric sudah pun berada didalam dewan terlebih awal. Sebenarnya, pelajar lelaki yang paling awal datang kerana mereka ingin rupa pasangan wanita mereka menjadi kejutan buat mereka.
Macam dalam cerita fantasi.
Lelaki akan terpegun sewaktu melihat pasangan wanitanya dan mula mengajaknya menari. Kemudian, mereka melafazkan cinta dan berkahwin dan bahagia selama-lamanya. Dongeng semata-mata.
Wendy memegang dadanya yang terasa berdebar-debar sejak tadi. Dia berada diluar dewan, tidak berani untuk masuk sendirian.
Dirinya telah pun disolek oleh Taeyeon and the gang sebentar tadi. Mereka memujinya tidak habis-habis sehingga buatkan dia malu.
Pelajar perempuan mulai berkurangan. Tinggal beberapa orang sahaja lagi yang belum masuk bersama Wendy.
Wendy menyentuh rantai yang diberikan oleh Cedric tempoh hari. Ianya sepadan dengan gaun kuningnya. Macam dah dirancang pun ada. Pandai Chanyeol pilih warna.
Wendy mulai melangkah masuk dengan berhati-berhati memandangkan dia memakai kasut tumit tinggi. Orang-orang disekeliling memerhati secara senyap.
Mereka terpegun saat melihat Wendy yang selama ini berpenampilan seperti nerd, kini kelihatan seperti seorang puteri raja. Ada yang sampai terkeluarkan semula air yang mereka minum.
Cedric dan Chanyeol memandang kearah Wendy serentak. Mereka kaku. Wendy nampak begitu cantik dimata mereka. Sama seperti didalam cerita dongeng.
Wendy berhenti ditengah dewan. Dirinya diperhati beratus pelajar yang tidak percaya dengan apa yang mereka lihat. Wendy tersenyum manis kearah Chanyeol.
(korang boleh bayangkan baju lain yang korang nak..)
Baru sahaja dia mahu menghampirinya, Cedric terlebih dahulu tiba dihadapan Wendy.
"Wendy. Kau nampak cantik sangat!" puji Cedric.
Dia memegang bahu Wendy dan memerhati sahabatnya dari atas ke bawah. Wendy mengangguk kecil tapi matanya masih tertancap pada Chanyeol yang nampaknya tak berani untuk mendekatinya.
"Ced aku--"
"Terima kasih sebab pakai baju yang aku bagi ni!" ujar Cedric lagi.
Wendy terdiam. Matanya teralih pada Cedric pula.
"H--hah? Kau yang bagi baju ni?"
"Yelah. Kan aku dah tulis huruf C dekat nota dalam kotak hadiah tu? Kau ingat siapa?"
Wendy mengelamun seketika.
"Kau ingat Chan--"
"Mestilah aku tahu ni dari kau! Kau je yang tahu apa yang aku suka." dalih Wendy. Cedric gembira. Dia hargai juga akhirnya.
Ingatkan Wendy ingat Chanyeol yang mati.
"Jom menari?" ajaknya.
Dia menghulurkan tangannya kepada Wendy. Wendy menyambutnya walaupun dalam hati, dia berharap dapat bertukar tempat sekarang. Dia nak menari dengan Chanyeol.
Muzik mulai bergema didalam dewan.
Pinggang Wendy dipegang erat oleh Cedric. Mereka menari mengikut rentak seperti yang dipelajari didalam kelas.
Pusingan pertama, pasangan akan bertukar dengan orang disebelah. Cedric dan Wendy melepaskan pegangan mereka.
Seseorang mulai menyambut tangan Wendy daripada dirampas orang lain.
"Chanyeol.." ujar Wendy perlahan.
Keduanya diam sekarang. Mereka hanya mengikut rentak. Wendy tak memandang mata Chanyeol.
Manakala Chanyeol, dia merenung rantai Wendy. Cantik. Sesuai dengan Wendy.
Para gadis berpusing untuk kali kedua. Tapi kali ini, Chanyeol tak melepaskan Wendy. Dia menarik semula Wendy ke dalam pelukannya. Itu membuatkan Wendy terkejut.
Kenapa Chanyeol nampak agresif sangat ni?
'Aku patutnya bagi gaun tu pada kau, bukan Bella' keluh Chanyeol dalam hati.
"Kau suka baju ni?" soal Chanyeol.
"Heung. Cedric yang bagi. Kenapa?"
"Tak ada apa. Kau nampak cantik sangat,"
Wendy malu. Wajahnya merah dan panas saat dipuji oleh Chanyeol.
"Bella confess pada aku tadi," Kata Chanyeol.
"Confess apa?"
"Dia suka aku,"
Tarian Wendy terhenti. Mereka betul-betul ditengah-tengah dewan sekarang. Dia cuba berpura-pura gembira.
"Baguslah. Kau pun suka dia kan?" kata Wendy.
"Kau tak kisah?"
"Kenapa aku nak kisah? Dari awal pun kau memang suka dia."
Chanyeol mengeluh.
"Aku akan bawa dia jumpa omma dengan appa aku nanti,"
Mereka berhenti dari menari. Wendy menepuk bahu Chanyeol. Seolah-olah bergembira untuk lelaki itu.
"Baguslah tu. Kau dengan dia memang sesuai. Aku gembira untuk kau,"
"Betul ni?"
"Heung. Erm. Sekejap ye, Yeol? Aku dahaga sangat ni." Wendy terus beredar keluar dari dewan dengan mata berair.
Chanyeol pula terus disapa oleh Bella. Gadis itu merangkul Chanyeol dengan gembira sekali.
Chanyeol merenung Wendy yang sedang keluar dari sambil teresak-esak. Dia sedar yang dia tak patut cakap macam tu pada Wendy. Kenapa dia bodoh sangat untuk buat macam tu?
Bella menarik dagu Chanyeol supaya fokus padanya. Chanyeol hanya mampu menatap Bella dengan pandangan kosong. Nak sahaja dia berlari mendapatkan Wendy sekarang. Tapi Bella tak akan membenarkannya.
Sementara Wendy, dia menangis diluar dewan. Dia jatuh terduduk sendirian diluar sana.
Apa yang dia harapkan daripada Chanyeol?
"Omma.. Wendy nak balik.."
to be continued
bersedialah korang esok 😢
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro