Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 34 : Wendy mana?


"Cukuplah pasal Chanyeol! Tak habis-habis jantan tu! Kau kenapa suka buat orang merana macam ni?!" marah Cedric.

Wendy menangis kerana ditengking sebegitu.

"Mana aku tahu.."

Sejak pergaduhan mereka terjadi, Cedric tak menegur Wendy langsung. Harini, mereka digemparkan dengan penemuan mayat seorang lagi anak daripada ahli Kementerian Magik.

Hogwarts semakin kecoh. Sudahlah besok ialah majlis prom. Wendy memerhati Mr.Ethan. Dia risaukan Bella sekarang ni. Bella dan guru lelaki tersebut sedang berbual akan kerja sekolah mereka.

"Wen, cakap sikit boleh?" ajak Chanyeol. Wendy mengangguk perlahan. Mereka pergi dari kelas secara senyap dan bersembunyi disebuah bilik yang kosong.

"Kau dah ada dress ke?" tanya Chanyeol.

"Hah? Kenapa?"

"Esok kan prom. Takkan tak ingat?"

Wendy terdiam. Betul ke ini Chanyeol yang berada dihadapannya? Kenapa dia macam tak peduli sangat dengan Bella sedangkan hari dimana Bella mungkin mati sudah dekat.

"Yeol, Bella dalam bahaya.." jelas Wendy.

Chanyeol tersenyum menyeringai.

"Jadi kenapa?" Balasnya.

"She's.. dia anak ketua kementerian kita! Kau pun tahu. Kau sendiri yang nak lindungi dia dan minta aku untuk sertai kau. Kenapa kau macam tak ingat langsung ni?" jelas Wendy lagi.

Senyuman Chanyeol semakin melebar. Dia menjarakkan diri daripada Wendy. Wendy menjongket keningnya. Dia pelik dengan tingkah-laku Chanyeol sekarang.

"Chanyeol? Kau okey?"

Chanyeol mulai menggeliat-geliut seperti ulat beluncas. Wajahnya dikoyak sehingga membuatkan Wendy hampir terpekik melolong meminta pertolongan. Selepas itu, kulit yang terkoyak itu dibuang ke lantai.

Mata Wendy terbeliak saat melihat Mr.Ethan yang berada dihadapannya. Kakinya bagai digam ke lantai. Guru lelaki itu mendekati Wendy dan terus memegang pergelangan tangannya dengan kasar. Wendy lupa untuk memakai rantainya hari ini. Patutlah Mr.Ethan boleh nampak dia.

Rupa-rupanya, Wendy dipukau tadi. Dia menyamar sebagai Chanyeol untuk mengumpan Wendy.

"Jadi, mangsa sebenar aku ialah Bella Swan? huh?" soalnya dengan suara garau.

Wendy memejamkan matanya sambil menggeleng. Mr.Ethan mengeluarkan giginya yang bertaring tajam sehingga membuatkan Wendy ketakutan.

Gigi-gigi tersebut mampu merobek apa-apa sahaja dihadapannya dengan mudah sekali.

"Tak sia-sia aku perhatikan kau dan kawan-kawan tak guna kau.." ujarnya lalu menyentuh rambut Wendy.

Bauan yang keluar daripada mulut Mr.Ethan membuatkan Wendy hampir pengsan. Lendir-lendir mulai keluar saat lelaki itu berbicara.

"Jangan apa-apakan kawan aku.." pinta Wendy. Seluruh badannya menggeletar. Mr.Ethan ketawa.

"Sayangnya.. Pembalasan dendam aku tak akan pernah berhenti selagi aku tak puas hati wahai Son Wendy.."

Mr.Ethan berbisik ditelinganya. Wendy rasa telinganya seperti ingin menggelegak sekarang. Hawa panas yang keluar dari mulut Mr.Ethan menyakitkan dia.

"Jangan dekat dengan kawan kau kalau nak mereka selamat.. hehehe.."

Mr.Ethan terus menghilangkan dirinya sebaik sahaja memberi amaran kepada Wendy. Walaubagaimanapun, mereka tetap akan dicederakan samaada Wendy ada berdekatan atau tidak.

Wendy terjatuh sebaik sahaja makhluk mengerikan itu hilang. Dia menekup telinganya.

"Kena.. lindungi.. diorang.."

ujar Wendy, lemah sebelum pengsan.

...

Para senior menghias dewan dengan begitu riuh sekali seolah-olah lupa yang mereka menerima berita kematian pagi tadi. Ini adalah majlis terakhir mereka jadi ianya tetap perlu berjalan lancar tak kira apa yang berlaku.

Pentingkan diri?

Jadi kenapa?

Bukan mereka yang mati.

Mcgonagall sendiri tak dapat menghalang mereka.

Ahli EXO menolong memandangkan mereka ialah lelaki. Segala barang-barang berat diangkat oleh mereka memandangkan senior-senior perempuan tidak membenarkan mereka untuk menggunakan magik.

Dasar batch pembuli.

"Kau ada nampak Wendy tak?" soal seorang gadis kepada rakannya.

"Takde. Kenapa?"

"Senior cari dia. Diorang dah marah-marah tu sebab Wendy curi tulang. Aku takutlah nak pergi bagitau," jawabnya.

Chanyeol dan Cedric memasang telinga mendengar perbualan tersebut. Memang dari pagi tadi lagi Wendy tidak bersama mereka. Chanyeol sendiri sibuk dengan Bella yang tiba-tiba nak berkepit dengan dia sedangkan Cedric sibuk merajuk.

Mereka bertambah risau sekarang.

"Cedric! Ada nampak Wendy tak?!" soal gadis itu. Cedric menggeleng pantas.

"Macam mana kau tak tahu sedangkan Wendy kawan kau? Pergilah bagitahu senior bagi pihak aku. Please??" rayunya.

Cedric turun daripada tangga dan mengangguk sahaja. Senior-senior perempuan tu kalau tak diikut arahan, diorang akan meletup seperti belon panas.

"Wendy mana?!" bentak mereka.

"Dia tak ada. Biar aku yang buat,"

"Ah! Takde! Kau pergi panggil dia sekarang! Tak boleh ada satu pun pelajar junior yang mengelat bila senior mintak tolong!!" marah salah satu senior.

Cedric memekakkan telinga. Dia mengambil sahaja kain yang ingin dihias itu dari mereka.

"Hoi! Aku cakap suruh Wendy buat!"

"Kau tak nampak ke yang dia tak ada?! Kau ada tangan kan kau buat lah sendiri!!" Cedric melawan.

Keadaan semakin tegang.

Taeyeon yang paling berani terus menghampiri mereka.

"Dah-dah jangan gaduh. Ced, biar aku yang buat. Korang ni pun, macam lah Wendy sorang yang pandai mengait. Sini aku tunjuk kehebatan aku,"

Taeyeon menghalau Cedric dan menenangkan keadaan.

Sementara itu, Tao berlari masuk ke dalam dewan dan menerpa kearah Cedric.

"Ced! Wendy pengsan weh!" ujarnya.

Dengan pantas, dia berlari keluar dari dewan tanpa menunggu Tao memberitahu lokasinya. Tao tercungap-cungap letih tapi dia kembali mengejar.

"Setor sukan! Setorr.. sukaann.." Tao lelah.

"Kenapalah semua orang suka berlari bila cemas?" rungutnya.

to be continued


jangan lupa vote 💚

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro