Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 26 : Berubah

OST : Taeyeon-If (Mohon baca sambil dengar lagu ni sampai menangis)

Chanyeol menarik Wendy agar kekal didalam kelas sebaik sahaja semua pelajar keluar.

Wendy menunggu Chanyeol untuk berbicara. Mereka kekal diam walaupun sudah tiga puluh minit berlalu.

"Ada apa ni?" tanya Wendy tanpa memandang kearah Chanyeol. Mereka ditemani oleh cahaya matahari sahaja ketika ini.

Chanyeol menunduk. Entah kenapa dia nak ceritakan semua ini pada Wendy. Rasanya, cuma Wendy orang yang sesuai untuk mendengarnya. Tapi dia gementar.

Flashback

Chanyeol curi-curi keluar dari Hogwarts tanpa sesiapa yang tahu lagi kali ini. Lelaki itu menutup dirinya dengan Invisibility Cloak dan menuju ke Hogsmeade untuk bertemu seseorang.

Di pub The Hog's Head, Chanyeol hampir tertangkap kerana masih dibawah usia 18 tahun. Seorang gadis terus menariknya masuk ke dalam dan mengenakan sihir Confundus kepada penjaga disana.

Mereka duduk ditempat tersorok dan memesan Firewhisky. Ini bukan kali pertama Chanyeol bertindak nakal sebegini. Semuanya sejak dia berusia sebelas tahun lagi, sampailah dia bertemu kekasihnya yang turut sama boleh dikatakan sebagai liar, iaitu Rose. Mereka berciuman disebalik Invisibility Cloak.

Akan tetapi, ciuman kali ini terasa kosong bagi Chanyeol. Dia bahkan tak fokus dengan cerita Rose seperti selalu. Fikirannya menerawang kepada kata-kata rakan-rakannya. Mereka semua tidak suka dengan gadis ini.

Sedang Chanyeol dan Rose berbual sebentar, Chanyeol terpandang guru mereka yang memasuki pub itu juga. Mr. Ethan kelihatan mencurigakan.

Beberapa kali lelaki itu menggeletar seperti lupa meminum ubatnya. Sebaik sahaja Mr. Ethan pergi, Chanyeol terus pergi meninggalkan Rose untuk mengejar Mr. Ethan.

Lama juga Chanyeol mengekori sehinggalah sampai dihutan larangan. Saat itu, dia nampak sesuatu yang amat mengejutkan. "Wendy.."
Dan elaki itu terus melarikan diri.

End flashback.

"Mianhae," ujar Chanyeol. Dia bermain-main dengan jarinya.

"Untuk apa?" soal Wendy.

"Atas apa yang aku buat pada kau," jawab Chanyeol. Dia memandang kaki Wendy.

Rasa bersalah mulai menebar dalam dirinya.

Wendy tergelak sinis.

"Tiba-tiba je. Kita kan musuh," jawab Wendy. Chanyeol merenung Wendy. Gadis itu nampaknya tidak mahu memandangnya langsung.

Wendy betul-betul nak jadi musuhnya ke sekarang? Tak seronok lah macam ni.

"Maaf. Aku lukakan leher kau. Aku cuma rasa dikhianati sebab aku ingat kau nak cederakan keluarga aku. Kau, faham kan?"

"Aku faham, Chanyeol," Wendy mendongak.

"Aku pun dikhianati tiap-tiap hari," sambungnya.
'Dan dikhianati perasaan aku sendiri. Perasaan pada kau,' luah Wendy dalam hati pula.

"Aku tak berniat untuk cederakan kau. Aku ingatkan nak tolak kau sikit je. Aku takut kau nak lukakan Bella je sebab apa yang aku buat pada kau. Aku layan kau dengan teruk," jelas Chanyeol.

Wendy menggeleng perlahan. Dia memejamkan matanya lantas mengeluh. Jahat sangat ke dia?

"Dahlah, jangan buat macam ni, Park Chanyeol," rayu Wendy.

Kening Chanyeol terjongket. Mata mereka kini bertaut.

"Jangan buat hati aku rasa macam ni. Tolong jangan baik dengan aku. Aku mohon sangat," rayu Wendy. Anak matanya bergetar.

"Tapi kenapa?" Chanyeol tak faham.

"Tolonglah jahat dengan aku. Tolong hina aku. Tolong buli aku. Buat semua benda yang kau boleh supaya aku benci kau. Buat macam sebelum ni. Asalkan kau tak berubah baik pada aku," pinta Wendy. Dia rasa terseksa sekarang. Dia tak mahu jadi gadis yang mudah memaafkan selepas disakiti.

Dia teringat pula pada ramalan yang dia nampak disebabkan Trelawney tempoh hari.

Chanyeol bingung.

"Wen, aku tak bodoh. Dan-Dan aku cuma nak kita sama-sama kalahkan makhluk tu. Kenapa kau macam nak jauhkan diri dari aku? Aku tahu aku jahat sebelum ni tapi cuma ini peluang yang ada," kata Chanyeol, bersungguh-sungguh.

"Kan aku dah kata jangan buat macam ni! Jangan bercakap dengan nada lembut macam ni depan aku! Jangan buat aku luluh depan kau lagi! Jangan seksa aku macam ni!" pinta Wendy sehinggakan dia mengalirkan air mata.

"Hei hei. Aku belum buli kau pun kenapa kau menangis ni? Atau dia ada sakiti kau?" soal Chanyeol, risau.

Chanyeol cuba untuk memeluk Wendy.

"Kau tak faham Chanyeol! Kalau kau baik dengan aku, aku mesti lagi suka pada kau! Aku mesti lagi sayang pada kau sampai aku tak sanggup untuk pergi nanti! Kau tak faham!"

"Apa?"

Wendy berdiri dan menjauhkan dirinya daripada Chanyeol. Chanyeol nampak terkelu.

"Kau-kau suka aku ke.. Wendy?"

Baru sekarang ke baru kau faham Park Chanyeol?

Ke mana kau selama ini?

...

Hari demi hari, Wendy semakin menjauh daripada Chanyeol. Chanyeol perasan akan hal itu. Dia pelik dengan tingkah Wendy. Ada sesuatu yang perlu dia tahu kah sampai Wendy berkelakuan sebegini? Ini ada kaitan dengan guru mereka itu ke?

Dia masih teringat kata-katanya pada Wendy haritu.

"Kau suka aku ke Wendy?"

"Ya. Aku suka kau. Jadi sila bencikan aku sekarang,"

Saat ujian dijalankan pun, Wendy meminta agar diletakkan dihadapan sekali, jauh daripada Chanyeol yang sepatutnya berada dibelakangnya.

Wendy berpura-pura seolah-olah Chanyeol tak wujud. Itu membuatkan Chanyeol tersinggung. Macam ada sesuatu yang tidak lengkap.

Chanyeol berjalan ke Hogsmeade lagi hari ini untuk menghilangkan stressnya. Dia berhenti dihadapan kedai gaun yang baru sahaja dibuka.

Gaun yang ditayangkan dihadapan kedai itu menarik minatnya. Kalau dia hadiahkan untuk Wendy, agaknya diterima ke tidak?

Chanyeol masuk ke sana dan bercakap dengan pemilik kedai.

Sementara itu, Wendy dan Cedric sedang berada di pondok Hagrid, memberi makan kepada burung Hippogriff. Mereka bergilir-gilir menjaganya dengan memberinya bangkai ferret. Wendy juga kerap berlatih melawan Mr.Ethan.

Wendy masih lagi tidak berputus asa meskipun kakinya masih lagi sakit. Setiap kali tongkat sihirnya dihalakan kearah sasaran, wajah Chanyeol sentiasa bermain dimindanya.

Saat dia melihat Cedric, dia ternampak ramalan tersebut. Dia tak mahu menumpahkan air mata buat mana-mana pihak lagi.

Buku sihir kuno yang diberikan oleh Rowoon tempoh hari dibuka.

Sihir melupuskan. Sihir untuk membuat seseorang lupa akan si penggunanya. Tiada sesiapa yang akan mengingati pengguna sihir buat selama-lamanya. Salah satu sihir paling gelap dan sadis didunia.

Sihir yang menakutkan tapi mengurangkan rasa kesakitan.

"Gunakan buku ni bila perlu je. Aku bagi pada kau sebab cuma kau je yang suka baca buku dalam ramai-ramai orang yang aku kenal. Apa-apa pun, jangan guna untuk benda lain ya? Setiap tindakan, ada akibatnya."

Kata-kata Rowoon tempoh hari terngiang-ngiang dikepalanya. Rowoon sepertinya memberi petunjuk kepadanya dengan menyerahkan buku ini. Dia pun salah satu ahli sihir dalam prophecy tu ke?

Wendy mengeluh perlahan. Berjam kemudian, mereka kembali ke dorm semula.

Wendy meniup lilin yang menerangi biliknya. Keadaan menjadi gelap-gelita dan hanya ditemani oleh cahaya bulan sahaja.

Wendy mengambil bingkai gambar ibu bapanya. Dia mulai rasa sebak sekali lagi. Dia satu-satunya barang berharga yang ibu bapanya miliki. Macam mana dia nak tinggalkan mereka sementara mereka menunggu kepulangannya?

Wendy buntu. Tak ada cara lain kah?

Siapa yang perlu dia jumpa untuk mencari jalan penyelesaiannya? Ada sesiapa boleh bantu tak?"

"Merlin's beard! Siapa yang tak pasang lilin ni? Oh god! Wendy? Kau menangis?"

to be continued

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro