Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 23 : Almost Die


Perlawanan Quidditch dilangsungkan hari ini. Hari agak mendung dan sepertinya akan hujan ditengah-tengah perlawanan.

Wendy bersedia dengan penyapu berkuasa tingginya yang diberikan oleh McGonagall. Wanita itu tidak teragak-agak menghadiahkan penyapu terbang mahal itu memandangkan Wendy merupakan salah satu pemain Quidditch terbaik didalam pasukan Hufflepuff. Nak dia ulang sekali lagi ke yang dia pelajar terbaik di Hogwarts?

Wendy melihat Bella yang sedang masuk ke dalam padang bersama-sama dengan Chanyeol. Mereka berpisah kerana berbeza rumah. Hari ini, Hufflepuff akan berlawan bersama Slytherin.

Cedric terbang menuju kearah Wendy dan disisinya sebelah lagi adalah Bella. Wendy tersenyum melihat peningkatan dalam hubungan Cedric dan Bella. Keduanya sudah boleh menyapa satu sama lain sekarang.

"Wen, chaser ya? Bella, jaga gol," arah Cedric.

Wendy memberikan pandangan paling pelik yang dia tak pernah buat selama dia hidup. Budak pendiam dan lemah-lembut macam Bella jaga gol?

CEDRIC CUBA NAK BUNUH DIA KE?!

Masing-masing pemain bergerak ke tempat mereka. Wendy masih runsing akan Bella. Posisi Bella sepatutnya chaser sepertinya tapi kenapa Cedric tiba-tiba mengubah posisi ni?

"Ced, tukar aku dengan Bella!" arah Wendy.

Cedric tak mendengar jeritan Wendy. Para penyokong mulai bersorak dengan kencang.

Wendy memandang ke tempat khas untuk guru-guru. Dia nampak Mr. Ethan disana dan lelaki itu sedang merenung Bella dengan fokus sekali. Tangannya yang berada didalam kot dikeluarkan dan dia nampaknya sedang memegang tongkatnya. Ini membuatkan Wendy semakin risau.

Permainan dimulakan. Slytherin bergerak dengan lincah sambil diarahkan oleh Chanyeol yang merupakan kapten pasukan.

Lelaki itu merenung Wendy dengan pandangan bengis. Mereka bertentang mata seperti seekor singa dan kancil.

Chanyeol memukul bola dengan kuat menuju kearah Wendy secara tiba-tiba. Dia nampaknya sengaja menyasarkan Wendy agar gadis itu keluar dari permainan dalam keadaan tercedera.

Wendy mengelak dan melarikan diri daripada Chanyeol.

Bola-bola lain terus dimasukkan ke dalam gawang oleh pasukan Slytherin. Penyokong Hufflepuff tidak berpuas hati kerana gawang mereka sering ditembusi oleh pasukan Slytherin.

Mata diperoleh sekarang adalah 5-0.

"Jangan kejar aku lah mamat tak guna!" ujar Wendy pada dirinya sendiri.

Chanyeol sepertinya dalam mood memburu sekarang. Dia fokus pada Wendy sahaja sekarang.

Dari arah pukul 10, satu bola menuju kearah Bella yang dalam keadaan tidak berjaga-jaga. Wendy ternampak dan terus terbang untuk melindungi Bella.

Kan dia dah berjanji untuk melindungi Bella demi Chanyeol.

Bola tersebut disepak olehnya kearah bertentangan. Bella hampir sakit jantung dibuatnya.

"Thanks, Wendy." ujar Bella.

Wendy mengangguk. Dia berkerut menahan sakit pada kakinya. Dia memandang kearah Mr. Ethan yang nampaknya tidak berpuas hati.

Wendy pasti bola tadi telah dijampi. Kakinya terasa berdenyut-denyut sekarang.

"Wendy! Kejar bola!" arah Cedric.

Wendy mengikut arahan. Dia terbang melepasi kawanan Slytherin yang seperti serigala kelaparan itu. Wendy menolak pemain Slytherin agar jatuh dari penyapu ajaib mereka. Pedulilah, lagipula Slytherin selalu main kasar.

Dia merampas bola ditangan mereka menuju ke gawang pihak lawak. Saat itu, Chanyeol terbang betul-betul disebelahnya sambil tersenyum sinis. Kaki Wendy yang sakit tadi disepak olehnya.

Wendy menjerit kesakitan lalu melontar bola tersebut ke dalam gawang dan ianya berjaya melepasinya.

"5 markah untuk Hufflepuff! Seri!" jerit pengadil.

Chanyeol menampar hujung penyapunya. Ini tidak boleh jadi.

Manakala Wendy pula, dia naik tinggi ke udara agar keadaannya tidak diketahui oleh sesiapa. Dia menahan dirinya daripada menangis. Kakinya terasa seperti ingin patah. Wendy nampak kilat yang sedang menyambar disebalik awan.

"Omma.. sakit.." ujarnya.

Kenapa Chanyeol seksa dia macam ni? Apa lagi salah dia? Kenapa dia terpaksa menerima seksaan ini?

Dosa besar apa yang dia buat?

Wendy mengelap air matanya. Dia tak sepatutnya berada disini selain daripada seekers.

Dengan pantas dan licik, Wendy turun mencari pemain yang membawa bola Quidditch bersama mereka.

Nampak sahaja sasaran, dia terus terbang kearahnya dan merampasnya semula. Dan sekali lagi, Chanyeol menjadi halangannya.

Lelaki itu merempuh badan Wendy sehingga laluan Wendy sedikit terganggu. Tapi nasib baiklah dia sempat menjaringkan gol seterusnya buat Hufflepuff.

"10 markah untuk Hufflepuff!!"

Chanyeol menjerit geram. Dia semakin naik angin.

Wendy cuba sedaya-upaya untuk bertahan.

"Macam yang boleh kita jangkakan daripada pemain terbaik Hufflepuff! Son Wendy!"

Dia semakin buntu sekarang samaada nak berhenti atau tidak. Penyokong nampaknya berharap sepenuhnya pada dia.

"Cedric cepatlah cari Golden Snitch tu sebelum aku bunuh kau!!!" marah Wendy. Dia memang betul-betul terdesak sekarang.

Wendy pelik. Kenapa Chanyeol tak jadi seekers harini? Kenapa dia biarkan Sehun yang mengambil posisinya?

Wendy berdiri dihadapan Bella untuk mempertahankan gadis itu. Mr. Ethan masih ada disana.

Perlawanan bersambung semula. Pemain Slytherin mara ke gawang dan membaling bola namun Wendy menahannya dengan penyapu ajaibnya.

Wendy nampak Mr. Ethan kembali membacakan mantera kepada bola agar ianya menjadi lebih kuat.

Penyapu edisi terhadnya semakin lemah disebabkan tendangan yang ia lakukan. Bella pelik kenapa Wendy seperti sedang mempertahankannya.

"Wendy pergi jaringkan gol aku boleh jaga sini!" arah Bella.

'Diamlah sebelum aku pukul kau!' Marah Wendy dalam hati. Menyesal dia benarkan Bella bermain hari ini. Sebelum ini pun, Bella bukannya bagus sangat pun.

Wendy tak menghiraukannya. Bola demi bola dia tahan supaya Bella tidak tercedera.

Namun disebabkan serangan tanpa henti itu, Wendy jadi hilang kawalan. Kepalanya pening. Dia berlanggar dengan Bella sehingga membuatkan mereka berpusing-pusing dan melukakan pipi Bella dengan hujung penyapu.

Chanyeol yang ternampak apa yang terjadi menjadi bengang.

Saat pasukannya menghantar bola, dia mula terbang dalam kelajuan yang sama.

Wendy kembali ke tengah untuk menahan bola tersebut dengan badannya.

Dan saat bola tersebut betul-betul hampir dihadapannya, Chanyeol merempuh Wendy dengan kuat sehingga membuatkan Wendy terjatuh dari ketinggian 20 meter.

Wendy tak dapat menggapai penyapunya untuk bertahan dan dibiarkan jatuh tanpa bantuan.

Serentak itu juga, Cedric berjaya mendapatkan Golden Snitch. Lelaki itu keluar dari longkang besar diantara tempat perlawanan dengan penonton dalam keadaan gembira namun disambut dengan suasana hiba.

Para penonton termasuk guru-guru juga terkejut. Bola yang sepatutnya menghempap Wendy tadi musnah dengan sendirinya.

Golden Snitch terlepas dari tangan Cedric.

Badan Wendy kejung diatas tanah dengan muka yang bercalar-balar. Mulutnya mengeluarkan darah. Pelanggaran dengan Chanyeol tadi bukanlah main-main.

Cedric terus turun dari penyapunya dan berlari mendapatkan Wendy. Dia menjerit kerana tidak menyangka dengan apa yang sedang berlaku.

Guru-guru mulai turun untuk membantu Wendy.

Manakala Chanyeol, dia kaku terbang ditempatnya. Dia tak menyangka apa yang dia lakukan mampu mencederakan Wendy dengan sebegitu rupa.

"Oh tuhan.. Chanyeol terima kasih selamatkan Wendy! Kalau kamu tak ada tadi, apa lah nak jadi!" ujar Mcgonagall kepada Chanyeol.

"Bola tadi kena sihir. Kalau Chanyeol tak tolak Wendy mungkin boleh jadi lebih parah," sahut para pelajar yang lain.

Mereka sendiri tak sedar apa yang telah berlaku.

Chanyeol bingung. Dah kenapa orang ingat dia nak selamatkan Wendy pula ni?

"Chanyeol, terima kasih selamatkan Wendy!" ujar Bella sambil memegang bahu Chanyeol. Dia turun ke padang dan pergi bersama Cedric untuk membawa Wendy ke hospital sekolah.

Chanyeol terkedu.

Hujan mulai membasahi bumi.

Chanyeol melihat Wendy yang seperti nyawa-nyawa ikan itu sedang diangkat oleh Cedric menuju ke hospital sekolah.

Chanyeol kaku.

Dia hampir nak bunuh Wendy ke tadi?

to be continued

Jangan marah-marah ya? 😂 Baru first day pose ni. HAHAHAHAHA

btw korang jgn judge tau. aku tido lepas subuh tadi, pastu bangun pukul 2. Gila rasanya. Nasib baik tak bangun sebelum berbuka.

Kalau tak, orang kata boleh dah practice mati 😭😂😂

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro