Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 22 : Tuduhan


Wendy yang tersedar dari pengsannya terus memegang lehernya kerana terasa seolah-olah dicekik oleh seseorang. Dia tercungap-cungap cuba untuk menghirup oksigen ke dalam tubuhnya.

Wendy termengah-mengah memandang sekeliling. Tiada orang disana meski hari sudah pun siang. Mereka mungkin sudah berada di dorm sekarang.

Kepala gadis itu terasa pening. Dia cuba untuk berdiri dan duduk diantara ruangan jendela gergasi.

Kepalanya cuba memproses apa yang telah berlaku sehinggakan dia berada disini.

"Lupakan hal semalam," arah Chanyeol yang datang entah dari mana.

Wendy tersentak. Lelaki itu merenungnya dengan wajah yang beku. Dia datang kearah Wendy seolah-olah seorang putera yang dalam keadaan murka sambil memegang pedang dan bersedia untuk membelah sesiapa yang berani menentangnya.

Kolar baju Wendy ditarik dan gadis itu ditolak ke dinding dengan sekuat hati. Wendy mengerang kesakitan. Chanyeol mengangkatnya keatas sehingga membuatkan Wendy tak dapat menyentuh tanah.

Wendy menumbuk-numbuk tangan Chanyeol agar menurunkannya tetapi Chanyeol mengebalkan dirinya.

"Kau buat apa dekat situ semalam?!" soal Chanyeol, garang. Nada suaranya masih dikawal.

Wendy tak dapat menjawab memandangkan dia hampir-hampir tercekik.

"Kau ikut kitorang?! Kau tahu sampai mana rahsia kitorang?! Jawab!!" jerit Chanyeol.

Wendy menggeleng-geleng. Dia terus meminta simpati agar diturunkan. Chanyeol terus melepaskannya.

Terbatuk-batuk Wendy dibuatnya. Dia terjatuh menyentuh lantai sambil melindungi lehernya yang tercedera itu.

"Jawab! Kenapa kau ikut kitorang?! Apa lagi muslihat kau? Dan rantai tu, kenapa ada dua? Kenapa kau pentingkan diri sendiri ni?!" marah Chanyeol.

Dia terus-terusan mendesak Wendy sedangkan gadis itu sudah pun tiada tenaga. Dia sudah kehilangan tenaganya sejak semalam lagi. Tapi Chanyeol tak tahu dan tak mahu tahu langsung.

"Aku.. tak.. pentingkan.. diri.." jawab Wendy.

"Macam mana tak pentingkan diri kalau kau pun berlagak macam ni? Atau rantai ni sebenarnya yang dapat lindungi Bella, tapi kau putar-belit je sebab aku ni nampak dungu?" jerkah Chanyeol.

Chanyeol mencekik Wendy sekali lagi dengan begitu agresif. Matanya dijegilkan seolah-olah ingin keluar dari kantungnya.

"Chan..yeol..kau..salah..faham.." ujar Wendy.

"Chanyeol! Sudah-sudah lah tu sayang!" Rose datang mendekat dengan wajah yang selamba badak sahaja. Dia memandang Wendy tanpa belas-kasihan sebaliknya menyampah. Wendy kenal gadis ini. Dia kekasih Chanyeol, gadis Dumstrang.

Rose melepaskan tangan Chanyeol daripada mencekik Wendy. Mungkin gadis ini datang bercuti ke sini juga.

"Leave this poor girl alone. Dia curi buku je. Bukan apa pun, sayang. Serius sangat kenapa?" ujar Rose, tidak tahu hal sebenar.

Yang dia diberitahu oleh Chanyeol, Wendy selalu mencuri darinya. Tapi tak sangka pula Chanyeol boleh jadi seganas ini.

"Kau selamat kali ni!" kata Chanyeol dan terus beredar bersama Rose.

Mereka berpelukan keluar dari Hogwarts meninggalkan Wendy yang sedang dalam kesakitan itu. Wendy mengepal penumbuknya. Urat sendinya menimbul dek kerana terlalu geram.

Belum sempat berbuat apa-apa, badan Wendy terasa lemah semula dan sudah tidak berdaya lagi untuk berdiri. Badannya disambut oleh Sehun yang telah bersembunyi disebalik koridor sejak lama tadi.

Sehun mengangkat Wendy masuk ke dalam bangunan Hogwarts menuju ke bilik rahsia. Bilik yang mana hanya keluar saat diperlukan sahaja.

...

Sehun mengelap luka pada leher Wendy dengan air suam. Dia kelihatan gugup memandangkan ini kali pertama dia melihat tulang leher seorang gadis dengan begitu dekat. Lebih-lebih lagi gadis ini istimewa buatnya.

"Kau ikut kami ke, Wen?" tanya Sehun, lembut.

Wendy mengangguk, perlahan. Dia tidak menoleh walau sedikit pun pada Sehun.

"Kenapa ikut? Bahaya tahu? Kalau Irene tahu.." ujar Sehun.

"Aku tak akan biarkan korang korbankan nyawa seseorang tak kira lah siapa dia dan walau apa pun sebabnya. Nyawa mereka pun berharga," jelas Wendy.

Memanglah dia faham perasaan itu memandangkan dia pun seorang muggle. Sehun mengeluh.

"Kau tak faham. Kau mungkin cuma dengar satu per empat daripada apa yang kitorang bincangkan," ujar Sehun lagi.

"Aku tak perlu tahu semuanya pun. Aku cuma tak nak korang libatkan diri dalam kes-kes berat seperti membunuh ni. Korang kawan aku," jawab Wendy.

Sehun tersenyum manis.

"Walaupun lepas apa yang Chanyeol buat, kau tetap anggap dia sebagai seorang kawan?" soal Sehun.

Wendy mengangguk.

"Jangan cakap aku bodoh. Aku cuma tak boleh bencikan dia. Aku tak nak ada musuh dekat sini,"

"Kau ni naif, Wen,"

"Naif kenapa?"

"Orang tu jelas-jelas tak nak kau, Wen. Kenapa masih berusaha? Kau tak nampak ke orang lain yang cuba untuk bersama kau dan akan terima kau dengan sepenuh hatinya?"

Wendy tersenyum lemah.

"Mianhae. Aku dah tak boleh buka hati untuk orang lain,"

"Jahatnya.."

"Kalau Bella boleh berusaha untuk dapatkan Chanyeol, kenapa tidak aku kan?"

Sehun meneruskan sahaja mengubati leher Wendy. Dia kagum dengan Wendy.

Walau disakiti sebanyak mana pun, dia tetap setia. Dan itu adalah masalahnya.

Hubungan yang Wendy cipta ini adalah hubungan toksik. Tak mungkin dapat bersatu walau apa pun caranya. Kalau diawalnya dah menyakiti antara satu sama lain, apatah lagi bila dah bersama.

Hati manusia susah untuk berubah. Apatah lagi hati seorang ahli sihir berketurunan Slytherin yang berdarah suci. Lagilah sukar dijangka.

Wendy seperti jenis-jenis wanita naif yang akan setia dengan suami walaupun mereka didera kerana atas dasar cinta. Cinta sebelah pihak yang tak bermakna. Dan akan tetap setia demi masa depan anak-anak, yang mana itu tidak sepatutnya berlaku.

Wanita sepatutnya dapat bersama lelaki yang betul-betul dapat menghargai mereka. Bukannya lelaki yang menyia-nyiakan mereka.

"Teruskan guna ubat ni dan jangan degil. Majlis prom dah dekat dan kau pasti tak nak orang nampak apa-apa kesan luka kan?" nasihat Sehun.

Wendy menyentuh lehernya sendiri pada cermin. Ianya merah disebabkan perbuatan kasar Chanyeol.

"Kalau aku datang..." balas Wendy, sayu.

to be continued


Selamat berpuasa. Jangan marah-marah na

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro