Part 17 : Learn
"Tujuan kami panggil kamu semua ke sini adalah satu sebab sahaja," ujar Mrs. Andrea.
Slide yang memaparkan tentang sekolah-sekolah di Eropah ditayangkan disana. Wendy mendongak, sedia mendengar dengan khusyuk.
Dia merenung Mrs. Andrea, menanti penjelasan guru tersebut. Pelajar Beauxbatons, Durmstrang dan Hogwarts berkumpul disana bersama-sama. Ada yang nampak bosan, nampak bersemangat dan selebihnya hampir tertidur atau sudah pun tertidur. Mrs. Andrea mulai bercerita tentang sejarah ketiga-tiga sekolah tersebut namun nampaknya dia tidak dapat menarik minat Wendy.
Hal ini kerana, Wendy sudah pun menghafal sejarah-sejarah tersebut sejak tahun pertama di Hogwarts. Tiada benda baharu. Wendy membuka buku kuno tersebut untuk dibaca.
Para pelajar mulai bising. Hagrid menepuk-nepuk tangannya agar mereka tidak berbuat bising.
"Vendigo adalah makhluk mitos yang pernah menjadi salah satu pengikut Gellert Grindelwald namun kewujudannya tidak diketahui dek kerana kuasanya yang mampu menyerupai sesiapa sahaja yang dia inginkan. Satu kelemahan Vendigo adalah, dia mudah berasa marah apabila tidak mendapatkan apa yang dia inginkan. Ianya memerlukan suatu kuasa kuno kuat untuk mengalahkannya-"
Bacaan Wendy didalam hati terganggu saat mendengar bunyi pelajar lelaki dari Durmstrang bersiul kearah pelajar perempuan. Urgh.
Dia meneruskan bacaan lagi. Menurut sumber, ia amatlah dahagakan darah dan jiwa ahli sihir.
Dan yang dapat menghalangnya daripada berbuat demikian adalah dengan loket yang dibuat tempoh hari. Loket yang diratakan dengan posyen pembunuh.
"Kamu semua akan ditempatkan di kem di belakang sekolah untuk membuat kajian ini. Ingat, kajian ini dapat menambahkan markah akhir tahun kamu pada tahun terakhir nanti. Jangan sia-siakan peluang ini untuk menggunakan herba termahal dan paling terhad didunia," ujar Mrs. Andrea. Beauxsbaton, terkenal dengan herba-herba yang sukar didapati didunia.
Para pelajar dibawa ke tapak kem untuk bersedia membuat kajian mereka tersendiri. Setiap pelajar ditempatkan di kem mengikut sekolah masing-masing.
Wendy merenung bunga-bunga bercahaya yang berada diseberang tasik sana. Itulah salah satu herba yang terhad yang dikatakan oleh Mrs. Andrea.
Disini, mereka dapat menggunakan kesemuanya tanpa dihalang oleh sesiapa.
"Wendy?" panggil Bella kepada Wendy yang sedang menilik barang-barang untuk membuat posyen. Wendy membuat keputusan untuk mencipta posyen daripada bunga-bunga bercahaya yang dia lihat tadi. Cita-citanya adalah menjadi sehebat Newt Scamander, ahli magizoologist yang juga hebat dalam membuat posyen.
Bella tersenyum manis kearahnya.
"Ya? Kenapa kau kat sini? Nanti Chanyeol marah-"
"Dia tengah sibuk. Aku datang nak minta tolong sesuatu," jelas Bella.
Wendy sedia mendengarnya. Walaupun dia agak cemburu yang Bella banyak mendapat perhatian daripada Chanyeol, dia tak sepatutnya mengabaikan Bella bila gadis itu meminta pertolongan.
"Tolong apa?" soal Wendy pula.
Bella masuk ke dalam khemah agar perbualan mereka tidak didengari oleh orang lain.
"Kau suka baca buku kan?" soal Bella.
Wendy mengangguk.
"Jadi kau ada banyak koleksi buku-buku?"
Wendy mengangguk lagi.
"Aku nak pinjam salah satu buku kau boleh?"
Wendy terkejut. Sejak bila Bella suka membaca ni? Selalunya dia asyik nampak Bella termenung sendirian merenung ke luar jendela dan kemudiannya mengganggu Chanyeol dengan menggoda lelaki itu.
"Hah? Kau suka baca buku ke?" tanya Wendy. Bella menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal. Tidak mahu Bella berasa tidak selesa, Wendy terus menanyakan soalan lain.
"Kau nak buku apa?"
"Twilight?" jawab Bella.
Wendy mengeluarkan sesuatu dari beg kecilnya. Beg kecil itu berfungsi sama seperti poket Doraemon. Ia mampu menyimpan beribu-ribu barang didalamnya dalam satu masa.
"Kejap. Betul ni?" Soal Wendy lagi. Bella mengangguk.
"Buku muggle?"
Bella nampak teragak-agak sekarang.
"Nah. Bagus jugak citarasa kau ni. Cedric suka sangat cerita ni. Dia selalu suruh aku bacakan walaupun dah khatam lebih dari dua puluh kali. Kisah ni pasal Edward si vampire yang berjumpa jodoh dia dalam situasi tak terduga. Heroin dia namanya Bella Swan-"
Wendy terhenti dari menjelaskan tentang cerita tersebut. Dia merenung Bella, dalam ke dalam anak mata gadis itu.
Dihadapannya ini adalah Bella Swan versi manusia yang sebenar. Bella cuma tersenyum kekok memandangnya.
Bella merampas buku tersebut daripada Wendy dan menunduk hormat kepadanya. Dia ingin berlalu pergi namun dihalang oleh Wendy.
"Bella, kau tak pernah suka membaca pun kan?"
Bella diam.
"Kau baca sebab Cedric suka buku ni ke?"
Bella tak menoleh. Dia pergi begitu sahaja tanpa menghiraukan panggilan Wendy.
"Peliknya.." ujar Wendy.
Saat itu, seseorang datang menepuk bahu Wendy.
"Hai, Wen?" Sapanya.
"Eh! Senior Rowoon?"
Rowoon tersenyum lebar.
"How are you?"
"Sihat. Senior?"
Rowoon mengangguk. Dia memandang ke sekelilingnya dan menghirup udara segar disini.
"Perancis lain sikit kan? Dekat Durmstrang, sejuk sampai boleh membeku. Jangan nak dapat matahari macam ni," ujar lelaki itu. Wendy mengangguk kecil.
"Ouh ya. Masih minat nak belajar tak?" tanya lelaki itu. Kening Wendy terjongket. Rowoon ini mahir dalam sihir kuno kerana itu aliran yang diambilnya. Di Durmstrang, mereka memang diajar secara terang-terangan tentang Dark Arts.
"Aku nak ajar kau sesuatu sebagai tanda persahabatan kita. Lagipun aku ada terjumpa sesuatu yang menarik," ujar lelaki tu.
"Seriuslah?"
"Iyalah. Nak ke tidak? Jawapannya ya atau tidak sahaja,"
Rowoon menghulurkan tangannya kepada Wendy. Wendy meremas tangannya. Kalau senior Rowoon dah cakap macam tu, mana boleh dia tolak.
Dengan pantas, dia menyambut tangan Rowoon.
...
Seulki menolak Jennie dan Krystal yang sedang bergaduh sesama sendiri itu. Gadis itu marah besar. Ditamparnya pipi kedua gadis tidak guna menurutnya itu.
"Jangan rapat dengan kekasih aku lagi! Berapa kali aku nak bagitahu?!" marah Seulki.
Jennie dan Krystal mendengus kasar. Mereka tidak berpuas hati.
"Dia kekasih aku!" Ujar kedua gadis berwajah beku itu. Mereka merenung antara satu sama lain dan menarik rambut masing-masing.
"Diamlah! Korang berdua tak layak untuk Jongin!" marah Seulki.
"Ouh ya? Kalau macam tu kenapa dia datang pada aku?"
"Kau tu bukan taste dia yang sebenar. Sedar diri tu," sindir kedua gadis itu kepada Seulki.
Mereka menolak Seulki sehingga hampir terhantuk pada batu besar. Ketiga-tiga wanita itu berebutkan seorang lelaki sekarang.
Jennie mengeluarkan tongkat saktinya. Dia ingin mengenakan sihir pada Seulki kerana telah membuat dia bengang.
Baru sahaja Jennie ingin membacakan sihir, kedengaran suara Seulki dipanggil seseorang. Jennie dan Krystal melarikan diri secepat mungkin.
"Tak guna. gadis ular.." kutuk Seulki.
Dia berdiri dengan bersusah-payah. Tangannya terluka kerana tergeser pada batu.
Disaat itu, Jongin memunculkan dirinya.
"Seul, awak pergi mana? Puas saya cari-"
Badan Jongin ditolak dengan kasar. Jongin terkejut. Padahal, dia mahu sekali memeluk Seulki kerana berasa lega.
"Jangan dekat dengan aku," arah Seulki.
Jongin memegang pergelangan tangan Seulki. Cuba untuk memujuk gadis itu supaya tidak merajuk lagi.
"Awak ni kenapa? Dah lah lari masuk hutan jauh-jauh macam ni. Lepastu boleh pulak merajuk lagi padahal saya dah datang cari dah ni. Menyusahkanlah! Risau saya tau?" marah Jongin pula.
Telinga Seulki berdesing saat mendengar keluhan Jongin itu. Matanya berapi. Hujung rambutnya mulai bertukar warna sekarang.
"Jadi aku ni menyusahkan untuk kau? Kau tak fikir betapa menyampahnya aku bila tengok kau dengan betina-betina tu berfoya-foya sedangkan aku ni kekasih kau?" marah Seulki.
Jongin mencemberutkan mukanya, tidak berpuas hati.
"Ini hidup saya. Awak tak boleh kawal saya nak buat apa. Lagipun kita baru jadi pasangan kekasih. Bukannya suami isteri!"
Seulki melempar daun-daun dan ranting ke muka Jongin.
"Pergi matilah kau!" jeritnya.
Terhenjut-henjut Seulki melarikan dirinya daripada Jongin.
"Yahh Kang Seulki!!"
Seulki berlari sambil mengalirkan air mata. Dia dah penat dengan sikap playboy Jongin. Jongin memang tak guna.
"
What the f-Kang Seulki! Datang sini balik!"
to be continued
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro