Part 15 : Friend?
Hari untuk lawatan telah pun tiba. Para pelajar yang telah mendaftarkan dirinya berkumpul tak jauh daripada Hogwarts. Pengangkutan mereka akan sampai tidak lama lagi.
Hagrid akan bersama sebagai tour guide diikuti oleh Headmaster Mcgonagall. Para pelajar memegang tiket masing-masing. Mereka menunggu kereta kuda untuk datang menjemput.
Sebaik sahaja kereta kuda tiba, mereka diarahkan untuk menunjukkan terlebih dahulu tiket supaya tidak tertukar kerusi. Bella pergi terlebih dahulu diikuti oleh Chanyeol.
Bella memeluk lengan Chanyeol dengan erat seperti tidak mahu melepaskannya. Dia naik dibantu oleh seekor elf. Tiba giliran Chanyeol, dia tidak dibenarkan naik bersama Bella. Katanya, kereta kuda miliknya adalah ke-dua belakang sekali.
Chanyeol menayangkan wajah tidak berpuas hati.
Dia merenung Jongin yang berada dihadapan kereta kuda didepannya. Lelaki itu nampak cemas dan terus masuk ke dalam kerana takut.
Elf tua itu dijeling Chanyeol menayangkan wajah berpuas hati. Bukan apa, dia malas nak bertukar tempat banyak kali.
Mahu tak mahu, Chanyeol terpaksa mengalah. Dia bertembung dengan Cedric yang turut sama tertukar kereta kuda. Chanyeol mahu menukar tiket tapi daripada dia merumitkan keadaan, bagi dia follow the flow sahaja.
Sampai dikereta kudanya, Chanyeol menyerahkan tiketnya. Dia masuk ke dalam dan menghempas punggungnya dengan kuat. Elf yang menjaga tiket memarahinya kerana telah membuat kudanya sakit.
Chanyeol memandang ke hadapan. Dia menjegilkan matanya saat berpaut mata dengan Wendy.
"Engkau lagi," ujarnya. Baekhyun yang berada disebelah Wendy menggeleng kecil kerana kelakuan kurang ajar Chanyeol.
"Yeon, cubit Chanyeol," arah Baekhyun.
Taeyeon menjeling Baekhyun.
"Kau ingat aku mak kau, kau nak arah macam-macam?!" marah Taeyeon. Baekhyun terasa seolah-olah dia menjadi kecil sekarang.
Dia nak duduk disebelah Taeyeon tapi gadis itu tidak membenarkannya. Terpaksa dia duduk disebelah Wendy.
"Aku berdendam lagi dengan kau pasal kes dalam perpustakaan tu eh?" kata Chanyeol kepada Wendy, sekadar nak mencipta senario.
"Diamlah lelaki yang makan free dekat rumah orang tapi tak ucap terima kasih pun," balas Wendy.
Baekhyun yang mencuri dengar perbualan tersebut mulai menunjukkan minatnya.
"Fuyoo ada apa ni? Chanyeol makan free? Bila Chanyeol pergi rumah kau Wendy?" tanya Baekhyun, penyibuk. Padahal dia sudah tahu tentang hal itu.
Wendy tidak menjawab pertanyaan Baekhyun.
Manakala Chanyeol, dia terus menyepak kaki Baekhyun agar tidak masuk campur dalam urusannya dengan Wendy.
"Kan aku dah letak terima kasih dalam nota!"
"Yelah lepastu letak dekat mangkuk tandas! Ikhlas sangat lah kan?!" balas Wendy.
"Bersyukurlah aku ingat nak ucap terima kasih!"
"Tak ucap lagi baguslah!"
"Tadi macam beria sangat nak orang hargai!"
"Kau bagi balik segala lobster, kerang, sotong gurita dengan daging lembu yang mak aku masakkan demi kau tu!"
"Haa ambik-ambik! Uweekk uwekk!!"
Chanyeol dan Wendy mulai bergaduh. Wendy menolak wajah Chanyeol yang mendekat kearahnya kerana lelaki itu sedang berpura-pura memuntahkan semula makanan yang telah dimakannya. Chanyeol pula membalas dengan menampar tangan Wendy dan menampar mukanya.
Taeyeon menutup telinganya. Kemarahannya hampir memuncak. Baekhyun memeluk begnya kerana takut.
"Chanyeol-Wendy- berhenti-0 gais.." pinta Baekhyun. Dia menggigil saat melihat wajah Taeyeon yang semakin merah itu.
Tiba-tiba,
"YAHH!!!"
Kereta kuda milik mereka berhenti secara mengejut. Wendy dan Chanyeol terhantuk sesama sendiri. Manakala elf yang membawa kereta kuda terjatuh ke tanah.
Burung-burung lari berterbangan kerana terkejut.
"KALAU KORANG TAK BERHENTI! KORANG JALAN KAKI PERGI SANA!!"
Chanyeol dan Wendy diam, mengikut perintah Taeyeon. Akhirnya, perjalanan diteruskan. Mereka kini terbang diatas udara, menuju ke Perancis, tempat dimana sekolah Beauxsbaton berada.
Sepanjang perjalanan, Chanyeol tak henti-henti merenung Wendy.
Setiap kali Wendy memandangnya, pasti Chanyeol pura-pura merenung ke luar jendela.
Tahukah Chanyeol yang Wendy tak senang duduk sekarang? Siapa yang tak panas punggung bila crush sendiri pandang-pandang walaupun sebenarnya kau tengah berdendam dengan kau. Wendy rasa dia dah gila.
Dia baru je bergaduh dengan Chanyeol tapi dia rasa gembira. Tadi kan mereka terhantuk?
Dia rasa nak ulang lagi je. Gila.
Baekhyun tersenyum-senyum memandang Wendy. Dia seronok membaca fikiran Wendy. Sahabatnya itu sedang berusaha kuat untuk tidak menjerit.
Baekhyun menekup mulutnya supaya tidak ketawa. Wendy agak melucukan bagi dia.
Comel pun ada.
Nak je dia masukkan dalam guni. Aik?
Taeyeon memijak kaki Baekhyun setelah nampak mata Baekhyun yang selang dua minit asyik menoleh kearah Wendy. Dia cemburu agaknya.
"Jangan pandang Wendy!" marah Taeyeon.
"Aduh.. Pandang Wendy pun salah. Habis nak pandang siapa? Awak?"
"Tak boleh pandang siapa-siapa! Chanyeol pun! Tutup mata kau!" arah Taeyeon.
"Alamak. Susahlah orang cemburu ni," usik Baekhyun.
Taeyeon terus membacakan sihir untuk menutup mulut Baekhyun. Baekhyun menggelupur saat mulutnya dizip oleh Taeyeon. Baru puas hati gadis itu.
"Maaf ya? Kecantikan Wendy dan Taeyeon tak layak untuk ditayang pada orang-orang tak guna macam kau. Bukan, korang berdua maksudnya," jelas Taeyeon kepada kedua Baekhyun dan Chanyeol.
"Aku pulak!" marah Chanyeol.
"Dah kau pun senyaplah-"
"Confundus.."
Wendy membacakan sihir untuk menidurkan Taeyeon dan Baekhyun. Keadaan didalam kereta kuda hening sekarang.
"Nasib baik kau ni bijak. Baru tenang sikit," puji Chanyeol pada Wendy.
"Kau pun diam Park Chanyeol kalau tak nak kena," ugut Wendy. Chanyeol diam.
Dia memerhati Wendy yang sedang membaca buku cerita tanpa mempedulikannya. Fokus sahaja gadis itu.
Chanyeol menongkat dagu merenung Wendy. Entah kenapa mata dia tak boleh terkatup sekarang. Seolah-olah ianya mengarahkannya untuk fokus pada Wendy sahaja.
"Hodoh jugak kau ni eh?"
"What?!"
Chanyeol ketawa. Wajah Wendy sekarang melucukan baginya. Entah kenapalah dia terfikir untuk memulaukan gadis itu tempoh hari. Tapi, dengan adanya mereka di Perancis nanti, berkemungkinan besar ini sahajalah masa untuk dia dan Wendy kembali menjadi kawan secara tidak rasmi.
"Kau ni cepat sangat melenting lah. Aku nak bergurau pun tak boleh," ujar Chanyeol.
"Sebab lawak kau tu hambar. Buat orang sakit hati adalah," balas Wendy. Chanyeol merampas buku Fantastic Beasts milik Wendy dan meniliknya sebentar.
"Niffler? Comel," ujar Chanyeol tanpa menghiraukan kata-kata Wendy tadi. Mata Wendy bersinar semula saat Chanyeol tertarik dengan haiwan-haiwan didalam buku tersebut.
"Kau tahu niffler?" tanya Wendy.
"Gila tak tahu? Menatang ni selalu curi rantai kakak aku sampai kitorang terpaksa cari pembunuh haiwan-" Chanyeol tak jadi meneruskan ayatnya saat ternampak wajah ketakutan Wendy.
"-Jangan risaulah. Tak bunuh pun. Kitorang panggil supaya diorang boleh tolong carikan niffler tu," sambungnya. Wendy menghembus nafas lega.
Dia seorang pencinta haiwan. Jadi dia agak sensitif sedikit tentang hal-hal sebegini.
"Ouh ya, apa kata kita jadi kawan?" cadang Chanyeol. Buku tersebut diserahkan kepada Wendy semula.
"Kita?"
Chanyeol mengangguk sementara Wendy kelihatan kaku.
"Jangan risaulah. Aku takkan curi Cedric dari kau,"
Wendy tergelak.
"Ke situ pulak kau," kata Wendy.
"Jadi, nak tak?" soalnya. Wendy memandang tangan Chanyeol yang kini sedang dihulur kearahnya. Matanya memandang lama ke bawah.
Perlahan-lahan, dia menyambut huluran tersebut.
"Baik, kita berkawan."
to be continued
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro