Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 13 : Cedric's Back!


Keesokannya, Wendy keluar dari bilik dengan bersahaja. Dia sudah pun bersiap-siap untuk ke kelas.

Senior-seniornya tersenyum-senyum saat mereka bertembung diluar bilik. Kadang, mereka berbisik antara satu sama lain sambil memandang kearahnya.

"Hai, Wendy!" Sapa mereka semua.

Wendy membalas sapaan mereka walaupun terasa agak pelik. Macam ada sesuatu yang mereka sembunyikan daripadanya.

Sesampainya diruang tamu, dia melihat ada seorang lelaki yang sedang duduk membelakanginya.

"Cedric?" Panggil Wendy.

Lelaki itu memusingkan tubuhnya dan menayangkan wajah bersahaja.

"Hai Wen?" Sapanya.

Senyuman Wendy luntur.

"Ouh. Hai Louis," balasnya. Wendy terus keluar dari asrama menuju ke kelas dalam keadaan yang tidak berapa bagus.

Para penghuni Hufflepuff bertepuk tangan sesama sendiri sebaik sahaja Wendy hilang dari pandangan.

Wendy ingatkan Cedric yang sedang menunggunya tadi. Rupa-rupanya, cumalah Louis yang sentiasa suka mengenakan orang dengan menyamar. Dia masuk ke dalam kelas dengan wajah yang muram. Louis adalah seorang metamorphagus.

Hari ini, Wendy tidak seaktif seperti selalunya sampai membuatkan rakan sekelasnya agak kekok dan takut untuk masuk ke dalam kelas.

Yelah, biasanya ada tukang penjawab soalan untuk mereka sementara mereka berangan tetapi hari ini, mereka bagaikan termasuk ke dalam jerat pemburu.

Habis mereka dikerjakan oleh guru-guru memandangkan Wendy tidak terdetik pun untuk mengangkat tangannya yang sepatutnya ringan untuk menjawab.

Guru-guru turut sama merasakan apa yang sedang berlaku kepada Wendy tetapi mereka mengabaikannya dahulu.

Setiap seorang pelajar dimarahi kerana tidak dapat menjawab soalan dengan betul hari ini. Memang hari yang paling teruk buat mereka.

"Manalah Cedric ni.. Aku nak sangat pukul dia sebab buat Wendy diam harini sampaikan roak hari aku. Kalau bukan sebab dia—"

"Shh! Nanti Wendy dengarlah!"

Dua pelajar perempuan menutup mulut mereka kerana baru sedar Wendy berada bersebelahan dengan mereka. Mereka segera melarikan diri daripadanya.

Baru Wendy perasan yang hari ini, rakan-rakan sekelas seolah-olah menjauhinya. Kena pulau lagi ke ni?

Memang dia dah biasa bersendirian tapi bukan begini. Selalunya, Cedric akan memberitahunya terlebih dahulu sekiranya dia sibuk dengan latihan Quidditch atau ingin melepak bersama rakan-rakan lelaki yang lain. Selepas itu, barulah dia boleh hidup bersendirian dengan tenangnya.

Tiba-tiba, seorang pelajar lelaki berlari kearah Wendy dan memberi sekeping surat kepadanya dan melarikan diri secepat mungkin.

Wendy terpusing-pusing sebanyak tiga kali setelah dilanggar.

"Yahh!" Marahnya.

Surat yang diberikan oleh pelajar lelaki itu dibuka dengan wajah masam.

'Jumpa dekat padang sekolah!'

Wendy berkerut dahi membacanya.

Dia baru teringat yang Sehun ingin berjumpa dengannya selepas habis kelas. Dengan pantas, dia berlari kearah padang sekolah. Takut jika dia terlewat.

Habis segala orang dilanggarnya. Dia sudah tidak mempedulikan mereka.

Sampai sahaja di padang, dia berhenti ditengah-tengahnya. Sehun tiada disana.

Dia tercungap-cungap memandang sekeliling, menanti kelibat Sehun.

Dari atas langit, ada sesuatu yang terbang melintasinya. Wendy tak sempat menangkap objek tersebut.

Kemudian, dari sebelah barat, seseorang terbang menggunakan batang penyapu kearahnya. Tak, bukan seorang sahaja.

Tapi sekumpulan.

Mereka terbang diatas Wendy dan melempar confetti keatasnya.

Wendy menyepetkan matanya untuk melihat siapakah penunggang yang berani mencemarkan padang sekolah.

Satu banner besar dipasang dihadapannya.

'Selamat ulang tahun ke-lima persahabatan kita, Wendy!'

Cedric

"Shon Wendy, happy anniversary?" Ucap Cedric dari arah belakang Wendy.

"Cedric!

Buk!

Perut Cedric ditumbuk. Lantas, leher Cedric ditarik dan Wendy memeluk lelaki bertubuh sasa itu.

"Kau pergi mana?! Kenapa tak datang rumah?! Kenapa buat aku risau?! Dan kenapa kotorkan padang sekolah?!" Marah Wendy.

Cedric membalas pelukan sahabatnya itu.

"Untuk ini.." jawabnya.

Dia melepaskan pelukan dan mengeluarkan sesuatu dari dalam poketnya.


"Yellow. Because we are Hufflepuff. The most romantic amongs every houses..probably.." ujar Cedric.

Rantai yang sememangnya sukar untuk didapati didunia sihir itu ditunjukkan kepada Wendy tetapi tidak dapat dilihat oleh rakan-rakan yang lain memandangkan kedudukan mereka teramatlah rapat.

"Cedric.. tapi rantai ni.."

"Ya tahu. Susah nak dapat. Kena lawan elves yang perengus, kena lawan naga yada yada. Ya, aku tahu.." balas Cedric sambil tersenyum seperti kata-katanya itu tidaklah seberapa.

Wendy menumbuk bahu Cedric.

"Tapi benda tu bahayalah!"

"Untuk kawan aku, aku akan buat apa je," pintas Cedric.

Dia tahu yang Wendy suka dengan rantai tersebut. Sebab itulah sepanjang musim panas, dia berusaha ke Himalaya untuk mendapatkan rantai tersebut.

"Wendy, ada pepatah mengatakan. A Slytherin would kill you—sorry. A Gryffindor would die with you. A Ravenclaw would find a solution where's nobody's die. But, a Hufflepuff would die for you.."

Dan usahanya berhasil. Rantai itu diserahkan kepada Wendy. Dia mengusap pipi Wendy, sahabat sehidup sematinya.

"Pakai waktu majlis prom nanti ya?" bisik Cedric. Wendy mengangguk.

Dia mengagumi kecantikan dan kemewahan rantai tersebut.

"Tahniah Wendy! Tahniah Cedric!" Ucap rakan sekelas yang lain. Mereka membawakan kek hadiah buat Wendy dan Cedric.

Semuanya telah dirancang elok oleh Cedric.

"Jadi sebab itu ke kau tak datang semalam dan sebelum-sebelumnya?" soal Wendy. Cedric menggaru belakang kepalanya sambil mengangguk.

"Maaf. Aku janji tak buat lagi. Lagipun ayah aku ada kerja sikit. Hal kementerian," ujarnya.

Wendy mencubit lengan Cedric, geram. Suka buat di risau. Dia didukung oleh Wendy dan mereka berpusing-pusing disana sambil diraikan. Wendy ketawa besar kerana terlalu seronok.

Mereka sama-sama meniup lilin kek dan menikmatinya bersama dengan rakan-rakan yang lain.

Sehun yang merupakan salah satu yang membantu Cedric menghampiri mereka.

"Dah boleh senyum?" soal Sehun kepada Wendy.

Gadis itu menoleh. Dia terkejut. Terus dia meminta maaf kepada Sehun kerana baru teringat janji mereka.

"Maaf Hun. Kita nak jumpa kan?"

"Nah. Itu salah satu rancangan Cedric je. Pandai kan aku berlakon?" kata Sehun. Wendy mengangguk.

Rasanya, moodnya telah berubah sepenuhnya daripada sedih kepada gila babi gembira.

Wendy memandang sekelilingnya. Dia ternampak Bella yang berada dihujung sekali daripada rakan-rakan yang lain. Gadis itu sedang memandang Cedric.

Wendy menghampiri Bella dan cuba untuk mengajaknya bersama. Tapi sayangnya, Bella lekas menjauhinya dan beredar.

Ternyata, Chanyeol turut sama berada disana. Mereka berpandangan buat seketika.

Tak lama kemudian, Chanyeol pun pergi. Wendy menghantar kepergian Chanyeol dan Bella dengan matanya sahaja dalam keadaan sedih.

"Wen, sinilah! Tidsy ada hadiah untuk kita!"

to be continued

Ala sweetnya. Tapi kenapa dengan Chanyeol? Hm.

Btw sape sempat dengar Wendy baca cerita Alice In Wonderland dekat radio tadi? Kim sempat. Rindu gila kat dia 😭 Lantaklah tak paham korea pun asal dengar suara je dah cukup. Bucin kah aku?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro