Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 11 : He left


Selepas lima hari, Wendy kembali semula ke taman permainan yang dilindungi itu. Memang tiada kesan sesiapa disana. Bermakna, sihirnya menjadi.

Wendy mengeluarkan botol kecil yang terisi posyen untuk melindungi seseorang daripada Vendigo dalam kuantiti yang sedikit. Hal ini demikian kerana, setitik posyen sahaja sudah mencukupi. Lagipula ianya teramatlah berharga dan boleh membawa maut kepada makhluk bernama Vendigo, dan merupakan racun kepada manusia yang terminumnya.

Wendy menggenggam cecair tersebut dengan berhati-hati.

Dia mengeluh perlahan.

"Bella..Bella.. Beruntungnya kau," gumam Wendy perlahan.

Satu lagi bekas posyen yang telah disembunyikan oleh Wendy daripada pandangan Chanyeol dikeluarkan. Ianya merupakan posyen dimana ianya boleh menjadikan seseorang itu merbahaya kepada Vendigo. Apabila makhluk pengubah bentuk itu menyentuhnya, dia akan tercedera dengan serta-merta.

Tak lama kemudian, awan gelap tiba. Ianya membawa angin yang agak deras ke sana. Wendy meninggalkan loket tersebut disana dengan harapan hujan dapat meratakan keseluruhan posyen tersebut.

Wendy menambahkan lagi kuasa sihir ditaman permainan tersebut dan berjalan pulang ke rumah.

Dia berhenti sebentar dihadapan sebuah kedai yang dilihatnya tempoh hari. Kedai baju aneh yang membuatkan muggle berpusu-pusu masuk untuk membeli-belah.

Wendy membatalkan niatnya untuk masuk ke dalam sana. Dia sedar diri. Dia tidak sesuai memakai baju yang sememangnya sempurna untuk seorang gadis seperti Bella Swan.

"Ah! Pedulikan! Bukan dia je yang boleh pakai," bentak Wendy. Dia akhirnya masuk dan membeli juga pakaian yang dia mahu.

Setelah itu, Wendy terus berlari pulang ke rumah. Dia menyapa ibu dan bapanya terlebih dahulu kemudian naik keatas untuk menukar baju. Dalam perjalanan ke bilik, dia nampak yang lampu bilik Chanyeol tidak bernyala.

Dia terus mengetuk pintu bilik Chanyeol berulang kali dengan kuatnya. Tuan dan Puan Son memandang satu sama lain. Fikir mereka, Wendy dan Chanyeol bergaduh lagi.

Wendy terus menerjah masuk ke dalam bilik dan mencari Chanyeol. Lelaki itu ada dimeja bacaan sedang mendengar lagu menggunakan pemain MP3 miliknya.

"Wany? Kau buat apa dalam bilik aku ni?" soal Chanyeol, pelik.

Wendy melepaskan nafas lega. Hampir tercabut jantungnya tadi.

"Aku.. Aku ingatkan kau dah pergi," jelas Wendy.

Wendy sangkakan Chanyeol sudah pun pergi tanpa mengambil posyen itu. Dan lelaki itu pula bingung melihat Wendy yang kebasahan sekarang.

"Pergi sebab apa?" soal Chanyeol.

Wendy diam sebentar. Dia mengeluarkan botol kecil yang ada didalam poketnya lantas ditunjukkan kepada Chanyeol.

"Ini bekas posyen yang aku buat. Loket tu akan siap tak lama lagi," kata Wendy.

Chanyeol tak memberi reaksi pada awalnya namun dia seperti tersedar sesuatu saat Wendy hampir menyebut nama Bella lagi. Lelaki itu bangun dengan wajah yang bahagia.

Badan Wendy dipeluk.

"Terima kasih Shannon!"

Wendy terus ditolak keluar dari bilik. Gadis itu cuba untuk masuk semula namun Chanyeol nampaknya tidak berminat.

"Haish.. dia ni.." Rungut Wendy.

Sementara itu, Chanyeol membuang pemain mp3 ditelinganya dan duduk dihujung katil. Kalau loket yang Wendy buat dah siap, maknanya sudah tiada alasan lagi untuk dia tinggal disini.

Saat itu, seekor burung hantu menerjah masuk ke dalam rumah, menghantar sepucuk surat kepada Chanyeol.

"Milky—" adalah nama kepada burung hantu tersebut.

Chanyeol membuka surat tersebut dan membacanya didalam hati. Kemudian, beg bajunya dipandang.

"Rose.."

...


Beberapa hari kemudian,

"Wendy pergi panggilkan Chanyeol. Makan malam dah sedia," arah Puan Son.

Wendy menjawab dengan senang hati. Makanan disusun dengan rapi diatas meja. Dia membuka apron dan menyimpannya ditepi kabinet dapur. Kakinya melangkah menuju kearah bilik Chanyeol untuk memaklumkan lelaki itu.

Rambutnya disikat dengan jari agar terlihat lebih rapi. Bajunya dikebas agar kotoran turun.

Wendy mengetuk pintu bilik dan menunggu Chanyeol untuk keluar. Tapi, malangnya tiada sahutan datang dari dalam sana.

Wendy memulas tombol pintu dan masuk ke dalamnya. Dia terkedu saat melihat meja belajar yang sudah pun bersih daripada sampah-sampah yang dibawa oleh Chanyeol tempoh hari.

Katil juga telah dikemas. Cadar juga telah dibasuh dan dilipat. Wendy memeriksa almari pula. Tiada satu pun baju-baju milik Chanyeol didalamnya.

Dia masuk ke dalam bilik air dan ternampak satu nota ditinggalkan diatas mangkuk tandas.

'Dear you,

Bila kau baca surat ni, bermakna aku dah mati.

Hehe gurau gurau.

Terima kasih atas posyen yang kau tolong buat. Aku janji akan jaga Bella sebaik mungkin. Bella mesti akan selamat!

Nanti dah sampai Hogwarts, cubalah pikat Cedric. Kawan aku tu tak makan orang pun. Jangan pendam-pendam nanti kau jugak yang sakit.

Yang kacak lagikan benar,
Park Chanyeol 😎'

"Dia.. serius.. ke?"

Wendy hampir mengeronyokkan surat tersebut. Chanyeol dah ambil loket yang dia buat tanpa pengetahuannya?

Chanyeol pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal kepadanya. Ini ke yang Chanyeol balas selepas dia membantunya?

"Dia dah pergi ya?" soal Tuan Son, baru sahaja tiba.

Wendy mengangguk sambil mengalirkan air mata. Sangka Tuan Son, Wendy bergaduh dengan Chanyeol a.k.a teman lelakinya.

Lelaki itu datang dan memeluk Wendy. Kepala Wendy diusap. Esakan mulai kedengaran.

"It's not fine—" adu Wendy sambil tersedu-sedan.

"Nak, jangan nyanyi dulu boleh tak?" pinta Tuan Son yang menyangkakan Wendy sedang menyanyi dalam masa-masa serius sebegini.

"Appa!" marah Wendy. Tuan Son tergelak kecil.

"Nanti sampai Hogwarts, kamu baling dia dengan telur. Balas dendam sebab dah buat kesayangan appa menangis," arah Tuan Son.

Wendy ketawa. Dia mengelap air matanya sambil menggeleng. Tahulah Tuan Son betapa sayangnya Wendy pada Chanyeol sampaikan suruh baling telur pun tak sanggup.

"Kalau dia sakiti kamu, jangan teruskan ya nak? Tapi kalau kamu tak serik, cubalah lagi sampai menjadi. Permulaannya memang sakit. Tapi pengakhirannya, tak ada siapa yang tahu," ujar Tuan Son.

Puterinya itu ditenung dengan rasa sayang yang mendalam.

"Sebelum apa-apa, kamu kena berusaha dulu. Tapi appa mohon jangan sampai seksa diri," rayu Tuan Son.

"Cuma dia yang boleh buat Wendy berdebar, appa. Appa faham kan?" soal Wendy.

"Cinta kalau setakat gertak jantung, dekat hospital pun doktor ada alat untuk gertak jantung. Yang bagi orang hidup tu. Kamu nak?" Gurau Tuan Son. Wendy menggeleng sambil tersengih menampakkan giginya.

"Cinta tu tolenransi antara dua pihak, Wendy. Kalau seorang je yang berusaha, itu bukan cinta. Tapi makan diri sendiri je. Ramai lagi dekat luar sana yang menunggu kamu. Cuma kamu je yang tak nampak ataupun memang tak nak pandang langsung sebab kamu butakan diri sendiri demi orang yang belum tentu mahukan kamu. Cinta kalau setakat sparkle sparkle bling bling, kamu tak layak lagi untuk bercinta nak. It's a big responsibility to be hold. You're carrying someone's heart," sambung Tuan Son lagi.

Wendy terdiam.

"Tapi kalau itu keputusan kamu, appa sokong je. Cuma jangan seksa diri, Wendy. Berhenti bila kamu dah tak boleh tahan lagi. Appa akan sentiasa ada untuk kamu,"

"Nanti turun makan ya? Jangan sedih-sedih lagi," pinta Tuan Son.

"Nae appa..."

"Nanti ajak jugak Cedric datang rumah. Dah lama appa tak main besbol dengan dia. Rindu pulak," arahnya lagi.

Dia pergi meninggalkan Wendy sendirian disana.

Membiarkan gadis itu berfikir, siapa kaca dan permata yang sebenarnya.


to be continued

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro