Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 10 : Loket


Wendy dan Chanyeol menuju ke taman permainan lama yang telah ditinggalkan oleh penduduk selepas ianya dikatakan berhantu. Mereka diam sahaja sejak semalam. Cuba ada sesuatu sahaja yang buatkan Chanyeol tidak puas hati.

"Kenapa aku? Kenapa aku yang kena curi rantai tu?"

Chanyeol menggeleng tidak mahu. Dia tak nak mencuri daripada goblin jijik yang tidak bertuan. Tapi menurut Wendy, dia perlukan satu loket untuk dibuat azimat.

"Aku Slytherin! Tak ada orang boleh arah aku!" tegas Chanyeol.

"Dan aku ada tongkat sakti kau! Kalau kau tak buat, aku patahkan sekarang!" ugut Wendy.

Chanyeol hampir mengangkat tangannya dan mengarahkan Wendy agar tidak melakukan apa sahaja yang gadis itu fikirkan. Dia masih sayangkan tongkat sakti yang telah bersamanya selama hampir empat tahun.

"Baiklah baiklah! Aku cari sekarang! Apa-apa jelah yang pasti jangan apa-apa kan tongkat aku!" rayu Chanyeol.

Mereka pergi ke sebuah hutan tak jauh dari sana. Disana, ada sebuah rumah kosong yang telah ditinggalkan selama dua belas tahun. Kata Wendy, goblin suka dengan tempat-tempat sebegini.

Ding! Dong!

Dia menekan loceng rumah tersebut tanpa sedar. Chanyeol menekup mulutnya.

"Gila ke aku ni?"

"Nasib baik tak ada benda menakutkan keluar,"

Chanyeol masuk ke dalam dengan senyap. Dia cuba mencari kelibat goblin dengan kaca mata yang diberikan oleh Wendy. Katanya itu hadiah daripada kawan Ravenclaw gadis itu. Saat dia tiba diruang tamu, dia ternampak seekor goblin yang sedang tertidur pulas dengan seutas rantai dilehernya. Makhluk tersebut sangat menjijikkan dimata Chanyeol.

"Tolonglah cakap yang ini mimpi."

...

Wendy mematahkan tongkat sakti Chanyeol sambil ketawa. Tongkat sakti itu berubah menjadi kayu biasa sebaik sahaja sihir yang dikenakan keatasnya habis.

Ya, Wendy cuma memperbodohkan Chanyeol sahaja. Kenapalah dia bukan dalam Ravenclaw ya?

"Repello Muggletum,"

Wendy mulai membacakan mantera disekeliling taman supaya dia tidak diperhatikan oleh manusia biasa.

Sementara itu, dia bermain ditaman itu dengan riangnya. Sepanjang berada di Hogwarts, dia tak sempat menghabiskan masa kecilnya seperti orang biasa.

Mana tidaknya, sejak berumur 11 tahun, dia perlu belajar tentang sihir-sihir yang tidak pernah dia ketahui kecuali matematik.

Wendy menikmati Popsicle sambil bermain buaian. Teringat pula saat dia bermain Quidditch apabila angin menerpa kearah wajahnya. Itu adalah salah satu kenangan paling manis yang Wendy pernah ada.

Kalau bukan disebabkan Cedric yang menyelamatkan dia dahulu, mungkin dia akan minta diberhentikan daripada belajar di Hogwarts.

Tak lama kemudian, Chanyeol datang sambil membawa seutas rantai ditangannya. Wajah lelaki itu masam.

Dia kelihatan kusut dengan baju yang separuh terkoyak dengan muka yang dikotori dengan air liur. Wendy menutup hidungnya saat Chanyeol berada dihadapannya.

Rantai itu diserahkan kepada Wendy.

"Euu! Kenapa tak lapik dulu?" soal Wendy. Menjijikkan betul.

"Hello? Jangan nak persoalkan sekarang boleh tak? Aku dah tak boleh rasa tangan aku sekarang ni!" Marah Chanyeol.

Wendy mengambil sapu tangan dan membersihkan loket tersebut. Selepas berpuas hati, dia menyimpannya didalam poket.

Wendy memandang pula kearah Chanyeol. Lelaki itu merenungnya dengan renungan tajam dan tidak berpuas hati.

"Apa?"

Chanyeol mengeluarkan tongkat saktinya dari poket bajunya. Terketar-ketar tangan lelaki itu kerana terlalu geram.

"Kau hampir-hampir buat aku mati kena makan goblin tahu tak?!"

Chanyeol mempertaruhkan nyawanya untuk mencuri loket tadi. Sudahlah digigit, dikejar pula tu. Dengan air liur meleleh lagi, mana tak jijik Chanyeol tengok makhluk itu?

Dia juga diseret ke dalam sebuah bilik dan hampir dimakan tadi. Nasib baiklah dia meraba tubuhnya sendiri dan terjumpa tongkat saktinya.

Dia tak kenakan sihir pun, cuma dia mencucuk mata goblin itu dengannya. Buta sudah goblin menyeramkan itu.

"Hehe. Maaf," ujar Wendy, langsung tidak rasa bersalah.

Chanyeol mendengus geram. Dia membersihkan tangannya dengan air. Kalaulah tangan mereka boleh tumbuh semula, dah lama dia potong dekat situ juga.

"Jadi, apa kita nak buat dengan loket tu?"


"Aku perlukan masa. Kita kena tunggu hari hujan,"

"And then?"

"And then, baru kita boleh buat sihir pertahanan dalam loket ni,"

"Habistu kalau orang nampak. Silap-silap, masuk Azkaban kita," ujar Chanyeol.

"Kita? Excuse me?"

"Okey-okey. Kau je," usik Chanyeol lantas ketawa.

"Tak lawak okey,"


"Ye tahu. Habistu macam mana ni?" soal Chanyeol.

Wendy tersenyum memandang sekelilingnya.

Tangannya menunjuk keatas langit.


"Repello Muggletum," ujar gadis itu.


"Kenapa dengan-"

"Dan sebab itulah Mr.Park, kita kena fokus waktu dalam kelas. Bukannya berkhayal," sindir Wendy.

"Bla bla bla. Aku dapat tempat no.3 lah dalam O.W.L,"

O.W.L, singkatan kepada Ordinary Wizarding Level. Satu peperiksaan penting untuk naik ke tahun seterusnya. Ianya telah diwajibkan kepada pelajar pada setiap tahun sekarang.

"Dan aku dapat tempat pertama Mr.Park," balas Wendy.

Chanyeol terdiam. Dia memandang sahaja Wendy yang sedang mengemas barang untuk balik.

"Oh ya, Cedric tempat kedua. Kesimpulannya, kami lagi bijak dari kau,"

Chanyeol menggulingkan bebola matanya. Dia tahulah apa kegunaan sihir tadi. Saja je dia bertanya. Chanyeol memandang Wendy yang sedang menayangkan loket tersebut tanpa menyentuhnya.

Salah satu basic untuk menjadi ahli sihir adalah mereka perlu berjaya menggerakan sesuatu tanpa menyentuhnya. Jelas sekali, Wendy sangat berbakat.

Sangat-sangat berbakat.

to be continued

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro