Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CHAPTER 9

" Tadaaa ~ The End "

Kata Woozi sambil mengangkat tangannya. Jimin hanya tertawa kecil melihat Woozi. Yoongi yang disitu hanya memandang dan diam. Yang lain, buat kerja sendiri. Kelas mereka sebenarnya tiada guru masuk sebab guru² sedang mesyuarat.

" Aha ~ Btw berani juga kau malukan Solar tadi kan? Aha.. First time aku nampak dia kena malukan dekat sini tau. Biasanya dia malukan orang adalah. "

Ujar Jimin sambil mengambil kerusi lalu duduk disebelah meja Woozi. Bukan duduk atas meja macam Rapmon tu. Rapmon tu buat kelas tu macam rumah dia je. Ok, balik cerita tadi.

Woozi hanya ketawa.

" Aku sebenarnya tiada niat nak malukan dia. Tapi yelah. Aku terlampau ikutkan hati. Siapa yang tak marah kalau kena buat macam tu.? Kiss, peluk bagai tanpa kebenaran. Pastu memaksa pula tu. Errgghhh.. "

Keluh Woozi. Jimin menepuk² bahu Woozi.

" Relax arhh.. Solar mang macam tu.. Playgirl la katakan. Semua lelaki dia nak. Termasuk aku. Tapi tu dulu. "

Kata Jimin tersenyum kecil. Woozi memandang Jimin sambil dahinya berkerut mengalah nenek² umur 50 tahun.

Woozi: Apa kau kata? -_- muka aku mengalahkan nenek² 50 tahun? --__--
Me: *buat tak tahu* lalala.. ~
Jimin: dah cepat sambung,.

" Jangan cakap kau pernah couple dengan yeoja tu? "

Woozi merenung Jimin sambil matanya disepetkan. Makin kecil la mata kau Woozi. Jimin ketawa kecil, dan angguk.

" Dah pernah pun. Tapi tak lama, selama sebulan je. Dia curang. Dia dating dengan jantan lain. Aku ternampak then .... hmm.. "

Jimin mengosok belakang lehernya. Woozi mengangkat keningnya.

" Then... ? Apa? "-Woozi

" Jimin tampar Solar. "

Yoongi menjawab bagi pihak Jimin. Jimin tersenyum kecil. Woozi buat muka ' jinjja ? '

" Aku pun tak sangka aku berani buat macam tu. First time and last time la tu. Nasib Suga hyung ada, kalau tak habis aku kena belasah oleh boyfriend baru dia tu. Ehe.. aku ni kalau marah, tak ingat Apa Dah. Aha.. "

Jimin tersenyum sambil mengosok belakang lehernya ' lagi ' . Yoongi hanya senyum. Woozi pula, tiba² tepuk amai² belalang kupu² XD

" Daebakk ah kau.. wahh!! "

Woozi menepuk² belakang bahu Jimin. Jimin hanya ketawa dengan eyesmile dia tu.

" Btw... muka kau macam muka Suga. Serupa betul! Jinjja! Mirip. "

Jimin menilik muka Woozi dan Yoongi. Mereka berdua berpandangan sesama sendiri. Dan ketawa pula. Jimin garu kepala dan buat muka ' apasal-dorang-berdua-ni '.

• SKIP •

Selepas kejadian itu, Woozi sudah tidak diganggu oleh Solar kerana Solar sudah pindah ke university lain. Dah malu nak bertembung Woozi. Aman juga hidup Woozi sikit.

Sudah 2 bulan Woozi menetap Seoul. Kini dia tinggal bersama Yoongi. Tetapi mereka belum kenal sepenuhnya. Yoongi tidak tahu lagi latar belakang Woozi sepenuhnya. Begitu juga Woozi. Pada mulanya Woozi agak terkejut melihat rumah Yoongi.

||| WOOZI POV |||

Rumah ni... familiar sangat.. Aku berjalan masuk ke rumah Suga dan memandang sekeliling rumah itu. Aku terkejut. Aku melihat tangga, bilik, dapur .. semuanya sangat familiar bagi aku. Takkan ni rumah aku? Atau kebetulan sama kot. Lagipun aku tengok rumah ni ada serba serbi kena ubahsuai. Btw aku gembira juga bila tinggal rumah Suga hyung. Aku buat rumah tu macam aku punya je. Aha. Suga hyung yang suruh buat macam rumah sendiri. Aku pun ikut je la XD

||| END POV |||

• SKIP •

- Malam -

Woozi turun dan menuju ke dapur. Yoongi tidak kelihatan. Entah dalam bilik mungkin . Desis hati Woozi. Woozi membuka tudung saji dan yang ada hanya habuk. Woozi membuat muka -_-

" Takpe la. Aku boleh masak. Nak masak apa ehh? "

Woozi meluru kearah peti ais dan buka. Woozi mendepakan tangannya.

" Wahh.. so cold ~ "

Woozi tersengih sendiri. Woozi memandang isi² dalam peti ais itu. Macam² ada. Mee, daging, telur... bla... bla...

" Jjangmyeon! " ( betul ke ejaannya? Yg Mee tu.. Aha.. faham² je la ya ;) )

Woozi merancang untuk memasak mee itu. Woozi mengambil mee dan bahan²nya untuk memasak.

•• Meanwhile

Yoongi terdengar bunyi²an kuali dan masakan didapur. Yoongi menuju ke dapur dan mengintip dari tepi dapur. Kelihatan Woozi sedang memasak. Yoongi tersenyum kecil. Niat Yoongi ingin membantu Woozi terbantut apabila terdengar bunyi telefonnya . Ada mesej masuk.

DARI CHIM²:
" Annyeong ~ hyung. Hyung ~ boleh tanya Woozi tak? Dia ada terbawa buku komik chim² ke? Chim² mesej Woozi tapi dia tak balas. "

Yoongi membaca mesej itu . Dia masuk ke dapur dan menyapa Woozi.

" Woozi ~ "

Woozi terkejut. Ketika itu dia sedang memotong bawang dan tiba² Yoongi memanggilnya. So, pisau itu terhiris jarinya comelnya.

" Ouch! "

Woozi memegang jarinya. Banyak darah mengalir keluar. Yoongi cuak melihat jari Woozi.

" 2 kali dah kena pisau jari comel aku ni.. uhuk.. uhuk.. T^T "

Keluh Woozi. Yoongi mendekati Woozi.

" Mianhaeyo! Hyung tak sengaja buat Woozi terkejut. Mianhae.. "

Yoongi rasa bersalah. Lantas diambilnya ' First aid(?) ' .. Dia menyuruh Woozi duduk di kerusi sambil itu Yoongi membalut tangan Woozi. Woozi hanya menurut. Risau benar riak muka Yoongi ketika itu. Woozi tersenyum simpul melihat Yoongi. Tiba² Woozi terpandang jari telunjuk (kiri) berdarah sedikit.

" Hyung... j-ja-jari hyung... "

Woozi tergagap sambil menunjuk jari Yoongi. Yoongi sedikit terkejut.

" Dari mana pula darah ni? "

Bisik hati Yoongi. Selesai sahaja dia membalut jari Woozi dengan plaster, Yoongi membalut jarinya. Tapi bertukar tangan pula. Woozi nak balutkan. Yoongi hanya senyum. Saat Woozi memegang tangan Yoongi yang putih melepak tu, entah kenapa tangan Woozi bergeletar.

" Kenapa dengan aku ni -_- "

Omel Woozi. Yoongi memandang Woozi. Yoongi meneliti wajah Woozi. Memang saling tak tumpah wajah Woozi dan dirinya sama.

" Woozi? Hyung nak tanya... "

Soal Yoongi selepas Woozi siap membalut jari Yoongi. Woozi mengangkat mukanya bermaksud ' apa-dia ? '

" Woozi.. ada terbawa balik ke buku komik Jimin? "

Laju je Yoongi bercakap. Woozi memikir.

" Komik.. komik... komik... tak ingat la.. jap nak pergi cek. "

Woozi bangun tetapi ditahan oleh Yoongi.

" Biar hyung cek.. Woozi sambung kerja Woozi tadi. Mian pasal tadi.. "

Kata Yoongi tersenyum. Woozi senyum dan angguk.

" Hyung tahu bukunya? "

Soal Woozi.

" Hyung tahu buku komik Jimin.. buku Jimin mesti ada nama dia. "

Ujar Yoongi dan terus naik tangga dan masuk ke bilik Woozi. Sebenarnya Woozi tidur dibilik ' WOOZI ' .. kiranya memang biliknya la. Aha.

- Bilik Woozi -

Yoongi masuk dan membiarkan pintu itu terbuka sedikit. Dia melihat bilik itu .. Kemas. Pandai juga Woozi jaga bilik ini. Bekas bilik adiknya telah menjadi bilik seorang mahkluk yang sama dengan nama adiknya iaitu Woozi ( juga ).

Yoongi sentiasa mengemas bilik itu semasa dia tinggal disitu keseorangan. Tetapi sejak Woozi ada, bilik itu tetap kemas dan bersih. Tetapi atas meja belajar sedikit berselerak la oleh buku² Woozi. Yoongi dengan baik hatinya mengemas meja belajar Woozi itu. Sedang dia mengemas, dia ternampak buku berjudul ' Doraemon ' .

" Ini ke? "

Yoongi mengambil buku itu. Tiba² nota biru Woozi jatuh. Nota biru itu berada dihujung meja bersama buku komik itu. So Yoongi mengambil buku komik dan nota biru itu jatuh. Yoongi segera ambil nota itu. Entahlah kenapa tangannya gatal sangat nak buka buku nota tu.

Yoongi membuka buku nota itu. Sehelai demi sehelai Yoongi menyelaknya. Tiba² ada sekeping gambar jatuh dari dalam buku nota itu. Yoongi kehairanan dan mengambil gambar itu. Saat Yoongi melihat gambar itu, riak muka Yoongi berubah.

" Ma-macam mana Woo-woozi... ada g-gambar ni? "

- TBC -
[#] Sorey kalau korang pening XD Aha.. masa saya tulis pun blank² juga T^T

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro