
CHAPTER 2
Yoongi mengemas bekas makanannya. Di bawa ke dapur. Sedang Yoongi mencuci pinggan, tiba² kepalanya sangat sakit. Macam dikapak sahaja kepalanya. Yoongi memberhentikan kerjanya. Yoongi memicit perlahan kepalanya.
" Arghh.. kenapa sakit sangat ni kepala aku.. "
Ujar Yoongi sendirian. Dia gagahkan diri untuk teruskan kerjanya tadi. Dia membuat kerja perlahan² dan kepalanya kembali sakit. Tetapi ia lebih sakit dari yang tadi. Kebetulan Yoongi memegang gelas kaca. Oleh kerana gelas itu licin, ianya terlepas dari genggaman tangan Yoongi dan jatuh ke lantai dapur.
KCANGGG! (Ak tk pndai buat bunyi kaca jatuh XD )
Yoongi pegang kepalanya. Dan dengan perlahan² dia jatuh pengsan.
***
||| WOOZI POV |||
Aku menyentuh dahi aku. Kenapa sakit sangat ni? Haishh.. Aku memicit perlahan kepala aku. Hmm.. aku sebenarnya dah sampai Seoul. Tapi aku masih dalam bas. Ehe. Aku tak tahu dekat mana aku nak tinggal nanti. Hotel? Hmm bukan boleh selama²nya. Takpe la, sementara aku tinggal Hotel, aku cari rumah. Ehe.. tapikan, cakap pasal rumah. Rumah aku yang dulu tu, masih ada ke? Aku teringin nak tengok rumah tu. Nak tidur rumah tu. Bilik aku.. hyung... hyung... Yoongi hyung, masih hidup ke hyung? Woozi teringin nak jumpa hyung balik. Kalau hyung dah takde, sekurang²nya Woozi boleh lawat kubur hyung. Aku bermonolog sendirian, sehingga bas itu berhenti. Dah sampai ke?
||| END POV |||
Woozi mengambil beg²nya dan turun dari bas itu.
" Huarghhh.. Seoul.. Ehe.. "
Woozi mengeliat kecil. Dia ' flip hair ' ke belakang.
" Ok! Min Woozi! Fighting! "
Bisik hati Woozi sendirian. Dia berjalan menuju ke sebuah hotel yang berdekatan.
••SKIP••
Yoongi terbangun dari pengsannya. Dia memegang kepalanya. Pening. Dia memandang sekeliling. Dia memandang sebelahnya. Ada gelas pecah. Yoongi mengingati kejadian semalam.
" Haishh.. "
Keluh Yoongi kecil. Dia bangun dan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.
***
Beberapa minit kemudian ~
Yoongi siap membersihkan diri dan pergi ke dapur semula untuk mengemas. Dia memandang sekeliling dapur itu. Teringat semasa dia dan Woozi berebut makanan.
••• FLASHBACK •••
" Hyung!! Ini Woozi punya!!! "
Woozi berebut ayam goreng dengan Yoongi.
" Aniyo!! Ini hyung punya! Woozi ambil yang lain la!! "
Bantah Yoongi sambil menarik ayam goreng itu. Terjadi lah sesi rebut - merebut.
" Ini Woozi punya, hyung!! Eihh!! "
Woozi masih belum berputus asa. Woozi menarik ayam itu dengan kuat dan Yoongi tergerak ke hadapan. Yoongi terkejut.
" Yahh! "
Jerit Yoongi. Woozi smirking. Woozi menarik tangan Yoongi dan mengigit tangan Yoongi.
" Arghhhhh!!! Woozi!! Omma!!!! "
Jerit Yoongi kesakitan. Ayam goreng itu terlepas dari tangan Yoongi. Woozi segera tangkap dan membawa lari ke bilik.
" Yeahh!! Woozi dapat ayam!! "
Jerit Woozi kegembiraan. Yoongi memegang pergelangan tangannya.
" WOOZI!!!! "
||| END FLASHBACK |||
Yoongi tersenyum kecil.
" Kalau la masa boleh berulang lagi. Aku boleh rasai semula. Tapi, hmphhm. . Itu semua... mustahil. "
Kata Yoongi then ketawa kecil. Sebenarnya hati Yoongi rasa sebak bila ingat semua memori lamanya bersama Woozi. Yoongi segera lap air matanya dari jatuh .
" Perlukah aku lupakan semua tu? Woozi.. Hmm.. "
Kata Yoongi sendirian. Dia menyambung mengemas gelas kaca itu. Ketika dia mengutip cebisan² kaca, jarinya terluka akibat tusukan kaca itu.
" Haishh! "
Keluh Yoongi. Dia terus mengutip dan buang di tong sampah.
|| Sementara itu...
" Auchh! "
Woozi mengaduh kesakitan. Dia melepaskan pisau ditangannya. Dia ingin makan epal. Sedang dia memotong epal, jarinya terkena pisau. Woozi lap darah itu dan cuci jarinya. Then dia balut dengan plaster.
" Macam mana la aku boleeh tersalah potong.. ? Haishh nasib jari aku tak terpotong. Ughh. . Kalau tak, jari aku tak sempurna dan tak comel lagi T^T. uhukk.. "
Rengek Woozi sendirian. Dia menghalakan tangan ke hadapan. Dia memerhati jari²nya yang baginya ' comel ' .. ( me: erghh. -_- )
***
Selesai sahaja Yoongi membalut jarinya, dia menuju ke dapur untuk mengambil makanan anjingnya, Sangchoo.
***
Dia membuka plastik makanan anjing itu. Yoongi mengeluh kecil.
" Haishh. .aku lupa.. makanan Sangchoo dah habis... terpaksa lagi aku keluar pergi beli. "
Ujar Yoongi. Dia keluar dari dapur dan bersiap² untuk keluar.
***
" Sangchoo! "
Panggil Yoongi mesra sambil mengusap² kepala Sangchoo. Yoongi bercangkung(?) dihadapan Sangchoo. Sangchoo mengesel²kan kepalanya di lutut Yoongi.
" Hee ~ kajja! Kita jalan... "
Kata Yoongi sambil menarik Sangchoo keluar dari perkarangan rumah. Sangchoo hanya mengonggong(?) .. Yoongi tersenyum kecil.
***
Woozi bersiap untuk keluar. Dia ingin membeli makanan, sambil² juga cari rumah.
" Hmm.. handsome.. "
Puji Woozi sendirian depan cermin. Dia mengenakan baju t-shirt putih, seluar jean. Dia mengambil jaketnya, dan topi berwarna hitam.
" So simple.. huahua. "
Kata Woozi lagi sambil tersengih..
***
Yoongi sedang memilih makanan anjing. Dia ternampak makanan yang selalu dibelinya untuk Sangchoo, dan dia mengambil makanan anjing itu. Sedang dia menuju ke kaunter, dia seperti ternampak kelibat seseorang. Wajah seperti Woozi, adiknya.
" Khayalan aku je kot.. "
Kata Yoongi lagi. Selepas dia membayar, dia segera keluar. Sangchoo diikat di luar kedai. ( bukan kena ikat dengan badan sekali. Kan anjing ada tali di leher. Ehe .. faham² jelah ya^^ ) Yoongi membuka ikatan tali Sangchoo.
" Kajja! "
Kata Yoongi. Sangchoo hanya menurut. Semasa mereka berjalan, entah kenapa tali dileher Sangchoo longgar. Semasa Yoongi menarik Sangchoo, tali itu terlepas dari leher Sangchoo. Kebetulan, Sangchoo ternampak anak kucing berlari. Sangchoo segera mengejar anak kucing itu.
" Sangchoo!! "
Panggil Yoongi. Dia terus mengejar Sangchoo.
" Sangchoo!!! "
Panggil Yoongi lagi. Dia terhenti sekejap kerana kepenatan berlari. Dia bangun dan terus kejar Sangchoo.
***
" Sangchoo!! Huh.. Huh.. penat.. "
Keluh Yoongi sambil bongkokkan(?) badannya kehadapan. Tangannya memegang lutut. Tiba² ada seseorang menghampiri Yoongi bersama seekor anjing putih berbulu lebat.
" Hurm.. ni anjing kau ke? "
Kata orang itu. Yoongi mengangkat mukanya. Yoongi tergamam. Mulutnya seolah² terkunci. Dia terkejut melihat orang dihadapannya.
- TBC -
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro