31
"Wonwoo!! Soonyoung!! Siapa korang bawa tu?!" Jeonghan terus menghampiri mereka terlihat luka Junhui dan Hansol membuatkan Jeonghan hampir menitiskan air matanya.
"Jangan risau diorang ok" ujar Soonyoung cuba menenangkan Jeonghan.
Tiba-tiba Chanyeol mengacukan pistol pada Wonwoo atau lebih tepat lagi belakang Wonwoo.
"Asal kau ikut diorang?! Ni perangkap ke?!" Hoonjae mengangkat tangannya tanda menyerah.
"Nope aku datang nak serah diri aku dah penat nak buat kerja kotor ni so yeay berterima kasih sikit ye aku yang tolong bagi ubat kat dua orang tu" jelas Hoonjae sambil menunjuk Junhui dan Hansol yang masih tidak sedarkan diri.
"Kalau macam tu thanks tolong" ujar Seungkwan, Hoonjae hanya mengangguk.
"Hmmm aku risau ni yang lain tak muncul lagi" Seokjin memandang membernya, tak semua yang ada Yoongi, Namjoon dan Jungkook masih belum muncul.
"Aku tau diorang kat mana kecuali Mingyu dan Jungkook, diorang memang suka lari ek asal terserempak dengan orang je lari pecut pula tu btw si Yoongi dan Namjoon tu still kat tingkat 50" bebel Hoonjae, sempat lagi dia mengadu pada mereka.
"Aku dengan Taehyung pergi cari diorang" Chanyeol mengangguk sempat dia memberikan pistol kepada Seokjin dan Taehyung untuk pertahanan diri.
Usai sahaja, Seokjin dan Taehyung masuk ke dalam bangunan itu semula. Mereka mula mendiamkan diri.
"Jisoo hyung pun tengah cari Minghao harap dapat jumpa la" celah Wonwoo setelah lama mendiamkan diri.
"Seungcheol hyung pula mana?" Soal Seungkwan.
"Dia cari S.Coups so dia kena selamatkan Chan, budak tu dalam bahaya" Soonyoung menggeleng perlahan.
"Aku suruh dia selamatkan yang lain bukannya bagi diri tu kena tangkap" gerutu jejaka bermata sepet itu seorang diri.
"Harap-harap la diorang selamat sampai" ujar Chanyeol, jikalau ada sesuatu berlaku pasti dia tidak akan dapat memafkan dirinya.
+++
"Arghh!! Mian hyung mian!!" Mingyu dan Jungkook meringis perlahan apabila telinga mereka ditarik oleh Seungcheol.
"Aku boleh maafkan si Jungkook ni tapi kau Mingyu! Bukan sebulan tau kau kenal aku tapi lebih 5 tahun tetap kau tak kenal aku macam mana?! Hish penat tau kejar korang!!" Seungcheol melepaskan kedua-dua telinga mereka berdua itu habis merah menyala telinga masing-masing.
"Mian la hyung! Aku takut sangat lagipun hyung koma mana aku boleh agak hyung nak sedar" ujar Mingyu sambil mengusap telinganya.
"Dah la aku baru je kena racun hiks dapat layanan macam ni lagi"
"Habistu aku? Bangun dari koma terus selamatkan korang tau!!" Mingyu memeluk Seungcheol bagi menghentikan jejaka itu membebel.
"Ye faham, thanks selamatkan kitaorang btw rinduuuuuu hyunggggg!!" Mingyu mengeratkan pelukan.
"Y-yah jangan la buat macam tu malu la Jungkook tengok" wajah Seungcheol mula kemerahan, dia menolak muka Mingyu jauh darinya apabila Jungkook memandang mereka semacam.
"Wahh bahagia hidup"
"Diam la kau" Seungcheol mengerutkan dahi, baru dia perasan sesuatu dipandang wajah Mingyu dan Jungkook silih berganti.
"Dah kenapa orang tua ni?
"Kenapa?" Soal Mingyu dan Jungkook serentak.
"Sejak bila korang rapat? Bukan grup aku dengan grup kau bermusuh ke?" Mingyu dan Jungkook menepuk bahu jejaka itu.
"Sejak kitaorang masuk dalam bangunan ni"
"Sekarang kita dah rapat so ajom keluar dari sini" Seungcheol mengiyakan jawapan dari mereka berdua itu lalu mengikut Mingyu dan Jungkook keluar.
"Tak semudah itu" celah seseorang dari belakang. Mereka bertiga pusing kebelakang, manusia di depan mereka sekarang ni adalah S.Coups.
"Oyemji" Mingyu membuat muka ingin menangis manakala Jungkook dah pasang muka redho.
"Miss you Seungcheol" jejaka itu memandang kembarnya dengan tajam.
"Kau buat kawan aku terseksa!"
"Kawan or musuh?" S.Coups memandang Mingyu dan Jungkook lalu tersenyum sinis.
"Diorang kawan aku, kau pula adalah musuh aku" senyuman S.Coups terus mati setelah mendengar apa yang dikata oleh Seungcheol.
"Aku kembar kau"
"Then? Kembar aku takkan buat aku macam ni, kau bukan kembar aku!! Kembar aku dah mati!!" S.Coups mula mengenggam penumbuknya.
"Mingyu, Jungkook, kejap lagi polis sampai aku nak kau cari Chan sekarang, dia kat tingkat 40" Jungkook mengangguk tapi tak pada Mingyu.
"A-andwae! Gyu tak nak hyung tinggalkan kitaorang lagi biar Gyu tolong hyung" Seungcheol menggeleng perlahan, Mingyu terus mengenggam tangan jejaka itu.
"Jebal, hiks. Gyu tak nak jadi penonton lagi dah dulu Gyu mampu tengok je hyung kena langgar now Gyu tak nak benda ni berulang" Seungcheol mengeluh perlahan, sempat lagi budak galah itu buat muka comel depan dia.
Tau tak dia tak boleh orang yang dia sayang buat muka macam tuuuu. Lemah i.
"Ok fine, Jungkook kau bolehkan pergi sendiri?" Jungkook mengangguk lalu berlari menaiki tangga.
"Sekarang ni adalah perlawanan antara aku dan kau" ujar S.Coups sambil membuang pistol dan pisau.
"Ok boleh" Seungcheol mara kedepan, sempat dia memberi isyarat supaya Mingyu tidak berbuat apa-apa terlebih dahulu.
Mingyu menutup matanya, dirinya berdoa agar dia dan hyungnya selamat dari benda yang akan jadi sebentar lagi.
__________
Citer ni dah nak habis gais hahahahaha
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro