23
<< Tingkat 43 >>
"Macam mana ni? Walaupun kita berpecah aku tak jamin diorang selamat" Soonyoung mengelap peluhnya di dahi.
Chan dan Jisoo hanya mengangkat bahu, masing-masing kepenatan berlari macam orang gila untuk menyelamatkan diri daripada dibunuh oleh orang suruhan S.Coups.
Disebabkan orang suruhan S.Coups mengejar mereka, jadi mereka terpaksa berpecah. Jisoo, Soonyoung dan Chan terpaksa melengahkan orang suruhan S.Coups manakala Yoongi, Namjoon dan Jungkook mengambil peluang itu untuk bawa Mingyu ke tingkat 50.
Nasib mereka bertiga baik kerana orang suruhan S.Coups tidak dapat kejar mereka kerana Chan pergi tolak dia. Bergolek dia ke bawah.
Syabas Chan!!
"Sekarang ni aku tengah pening, macam mana nak cari jalan keluar satu bangunan ni kita dah pusing muak tau" ujar Jisoo bengang.
"Ada air tak?" Soal Chan tiba-tiba.
Tetapi soalan Chan dibiarkan sepi.
"Ada air tak?!" Soal Chan sekali lagi tapi lagi kuat.
"Kalau ada air kat sini dah lama aku bagi kau" Soonyoung menjeling Chan geram.
"Lek lek hyung"
"Rilek kepala hotak kau! Macam mana nak keluar sekarang ni?!"
Jisoo menggelengkan kepala, sekarang budak dua orang tu dah mula bergaduh mentang-mentang dah selamat tapi tak semestinya betul-betul selamat.
Tiba-tiba Jisoo mendapat idea.
"Hah korang! Apa kata kita pergi tingkat bawah sekali! Kita cuba pecahkan pintu tu" cadang Jisoo.
"Boleh juga tu" kata Soonyoung.
"Tapi lagi seorang kena la pergi tingkat atas, bagitau kat member yang lain. Siapa nak buat?" Chan memandang Jisoo dan Soonyoung.
Masing-masing diam.
"Aku la yang buat" Soonyoung mengangkat tangannya.
"Ohmygosh Soonyoung hyung, pertama kali hyung sanggup berkorban demi kami" ucap Chan terharu, siap lap air peluh lagi.
"Yeah! Aku berkorban demi NEGARA!" Soonyoung menepuk dadanya, bangga jadi warga Korea.
Pak!
"Adeh hyung sakitlah!!" Soonyoung mengusap kepalanya yang berbisa akibat diketuk oleh Jisoo.
"Engko merepek sampai mana ni? Rusia? Eropah? Ke US?"
"Aku merepek sampai JEJU"
Pak!
"Ni memang tempah maut budak ni" Jisoo menggelengkan kepala, sempat lagi mamat mata sepet ni cuba buat lawak.
"Hehehehehehehe" Soonyoung tersengih sambil mengusap pipinya yang baru sahaja dilempang oleh Jisoo.
Hambekkk.
"Baiklah hyung tersayang, sampai disini saja la pertemuan kita" ujar Chan lalu berjabat tangan dengan Soonyoung yang masih blur.
"Kau macam minta aku mampus je" Soonyoung menjegilkan matanya.
"Aku tak kata la aku just kata perpisahan. Bertemu dah perpisahan adat manusia BIASAAAAA"
Pak!
"Pfft padan muka" ujar Soonyoung menahan tawa.
Chan menjeling Jisoo yang sedang mengusap tangannya.
"Apa pandang-pandang? Nak kaki?" Jisoo menayangkan kakinya yang semerbak itu.
"Tak nak!!"
"Ok la hyung aku pergi dulu ye" Soonyoung tersenyum nipis memandang hyung dan saeng kesayangannya.
"Jaga diri tau hyung! Kalau hyung jumpa penjahat tu hyung tumbuk je takpun hyung jerit macam perempuan confirm telinga dia berdarah" pesan Chan.
Soonyoung memeluk bahu Chan tanda faham lalu memandang Jisoo yang masih diam, berharap hyungnya yang satu itu memberikan dia semangat berjela-jela.
Jisoo memegang bahu Soonyoung dan memandang dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.
"Soonyoung..."
"Ye hyung?" Mata Soonyoung mula bersinar.
"Take care"
"Syaitan"
"Apa pula main syaitan-syaitan ni?!!" Jisoo menolak bahu Soonyoung.
"Aku ingatkan hyung boleh la bagi semangat berjela-jela kat aku!! Last-last dapat ayat TAKE CARE TU JE?!"
"Ok apa aku bagi ayat take care?"
"TAK OK!!"
"Dah la tu jom kita gerak, korang ni asyik gaduh je buang masa tau tak" tegur Chan atau lebih tepat lagi memberikan mukaddimah.
Jisoo dan Soonyoung memandang Chan tajam. Hampir terkencing dia kat situ.
"Habistu yang kau gaduh dengan Soonyoung tak buang masa la?" Sindir Jisoo.
"Auch hyung" Chan memegang dadanya.
"Aku soal je yang nak auch auch ni dah kenapa?"
Sekali lagi Chan memegang dadanya lebih kuat. Dah teruk budak ni.
"Dah la aku naik dulu bye... jaga-jaga kat bawah tu hehe" Soonyoung mula mengeluarkan suara seram sambil memberikan wajah yang sengaja dia seramkan.
"Celupar punya mulut" hampir sahaja Jisoo ingin membaling kasutnya tapi dia batalkan niat itu.
Niatnya sekarang ni nak keluar dari bangunan seperti neraka ni.
"Jom Chan"
"Nae, hyung"
+++
<< Tingkat 50 >>
Bam!!
"Kau dah kenapa tendang pintu?" Soal Yoongi datar.
"Eh biarlah aku nak tendang ke nak luku ke apa" jawab Jungkook selamba.
"Nasib baik kita dalam situasi bahaya kalau tak lebam kau dikerjakan aku" Yoongi menjeling Jungkook yang sedang menjelirkan lidah padanya.
"Korang cari peti kecemasan tu!! Gaduh pula" arah Namjoon selaku leader yang baik hati hak puih.
"Ok!" Yoongi dan Jungkook mula mencari peti kecemasan itu disetiap tempat manakala Namjoon membaringkan Mingyu.
"Ermm.." Mingyu membuka matanya perlahan.
"Mingyu, kau dah bangun!!" Jerit Namjoon teruja.
"Hah Mingyu dah bangun?!" Jungkook mula menghampiri Mingyu tapi ditahan oleh Yoongi.
"Cari peti kecemasan tu dulu!!" Ditariknya Jungkook ke tempat lain, dia pun mampu berhuhu je.
"Kau tunjuk apa Mingyu?" Namjoon bingung, tiba-tiba Mingyu tunjuk satu bilik yang tertutup di hujung sekali.
"Kat situ ke ubatnya?" Soal Namjoon dan Mingyu mengangguk.
Tiba-tiba Mingyu terasa sesak nafas, makin gelabah Namjoon dibuatnya.
"Korang!! Ubat tu kat dalam bilik tu!! Cepat ambil!! Mingyu dah nazak!!" Laung Namjoon.
Yoongi dan Jungkook segera pergi ke bilik itu dan cuba memulasnya.
"Shit, pintu ni berkunci" Yoongi menumbuk pintu itu.
"Kita tendang sama-sama" cadang Jungkook.
"Mingyu, kau tolong bertahan sekejap!! Kejap je please!!" Rayu Namjoon, air matanya jatuh melihat keadaan Mingyu sebegitu.
Mingyu menganggukkan kepalanya, cuba untuk melawan racun itu.
Yoongi dan Jungkook pula sedaya upaya menendang pintu itu.
"Mingyu!! Walaupun kita saling bermusuhan!! Aku nak kau tahu yang aku sayang kau!! Aku nak kau hidup! Nanti kita boleh lepak sama-sama!! Tolong la bertahan!!" Jerit Jungkook sambil menendang pintu itu bertub-tubi, sesekali dia mengelap air matanya.
"Please bertahan!! Kau kuat!!" Kata Yoongi pula, cuba memberi semangat pada Mingyu.
Bammm!
Akhirnya, pintu itu terbuka. Jungkook terus mengambil peti kecemasan itu lalu berlari ke arah Namjoon dan Mingyu diikuti Yoongi.
"Mingyu, tahan sikit je lagi" pujuk Namjoon apabila Mingyu dari tadi mula menggelengkan kepalanya.
"Hyung!! Ni ubatnya!!" Jungkook terus memberikan pada Namjoon, tanpa berlengah lagi dia terus membuka peti kecemasan itu.
"Mingyu, tolong bertahan" Jungkook mengusap kepala Mingyu tetapi hanya dapat gelengan darinya.
Namjoon terus mengambil picagari itu, disuntiknya pada urat lengan Mingyu dan serentak itu dada Mingyu tidak berombak lagi.
"Mingyu? Yah Mingyu" Jungkook menggoncang bahu Mingyu, tetapi tiada sebarang pergerakan.
Yoongi jatuh terduduk, air matanya mula mengalir.
"Tak.. tak mungkin..." terlepas picagari itu di pegangan Namjoon.
"Mingyu, bangun!! Jangan takutkan kitaorang!!" Makin kuat goncangan di badan Mingyu, menangis teresak-esak Jungkook disitu.
"Jungkook jangan buat macam tu!!" Yoongi memeluk Jungkook, cuba untuk tenangkannya.
"Mingyu tak mati!! Kita sempat selamatkan dia!! Kan hyung?!" Jungkook memandang Namjoon dengan penuh harapan tetapi hanya dapat gelengan sahaja.
Namjoon meraup wajahnya, macam mana dia nak bagitau pada Seventeen tentang Mingyu?
"H-hyung?"
Semua terdiam apabila mendengar suara itu.
Jungkook yang tadi nangis teruk pun mula berhenti.
"M-mingyu, kauuuuu?? Hidup lagi?!" Namjoon memandang Mingyu yang tiba-tiba tersengih.
"Hai.." Mingyu melambai pada mereka bertiga.
"WARGHHHHH!! MAYAT HIDUPPPP" kebelakang mereka bertiga.
"Rilek la ni aku Kim Mingyu, aku tak mati lagi cuma hampir mati" Mingyu bangun dari baringnya dengan perlahan, badannya masih lagi lemah.
"Kau bukan mayat hidup?" Soal Jungkook takut.
"Bukan"
"HUWAHHH!! MINGYU KAU HIDUP LAGI!!" Hampir tumbang Mingyu dibuatnya apabila mereka bertiga memeluk Mingyu serentak.
"Lepas!!" Mingyu meronta minta dilepaskan, mahu patah tulang dibuatnya.
"Hehehe sorry"
"Thanks tau tolong selamat aku, sayang korang!!!" Kali ni Mingyu pula yang memeluk mereka bertiga.
"Lepasssssss!! Geli la!!" Yoongi menolak Mingyu.
Masing-masing dah keluarkan perangai syaitan balik. Bertuah betul.
"Mingyu, kau baru je selamat pergi rehat" arah Namjoon, dengan malas Mingyu kembali ke tempatnya.
"Sekarang apa?" Soal Jungkook.
"Entah kita tunggu jelah kat sini bagi Mingyu rehat" jawab Yoongi.
"Harap-harap ada orang la yang datang selamatkan kita" kata Namjoon.
"Aku pun harap macam tu"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro