Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

22

Junhui menggigit jari manakala Hansol menggelengkan kepalanya.

"Macam mana ni? Aku terpukul dia" soal Junhui takut.

"Kita lari" cadang Hansol.

"Kalau dia kejar kita macam mana? Aku tak nak mati awal" Junhui menatap S.Coups yang sudah tidak sedarkan diri akibat dipukul olehnya.

"Kita ikat dia" Hansol mengambil dua utas tali lalu diberikan pada Junhui.

"Hyung ikat kaki dia, aku pula ikat tangan dia" kata Hansol lalu mula mengikat tangan S.Coups.

Nak tak nak Junhui pun ikat kaki S.Coups.

Selesai sahaja mereka mengikat S.Coups, mereka memandang antara satu sama lain.

5 saat.

10 saat.

Mereka terus berlari keluar lalu mengunci pintu dari luar. Lantak kau la sekop kau mampus kelaparan dan kehausan pun takpe la.

"Ok nak masuk kanan ke kiri?" Junhui memandang dua laluan di hujung blok itu.

"Kanan! Sebab kanan labih afdal!!" Hansol menarik lengan Junhui lari di laluan kanan dan mereka menjumpai lif.

"Aku tak perasan pun bangunan ni ada lif"  kata Hansol.

"Berfungsi ke lif ni?" Sambung Hansol sambil memegang pintu lif itu.

"A-aku rasa lif ni berfungsi" kata Junhui tiba-tiba.

"Maksud hyung?" Hansol memandang Junhui yang sudah pucat wajahnya.

"Kau tengok nombor ni lif ni naik ke tingkat atas" Junhui menunjukkan nombor yang kini bergerak seperti lif itu naik ke atas.

"Hyung tahu kan orang suruhan S.Coups ada dua orang" ujar Hansol tiba-tiba.

"Aku tahu, seorang Hoonjae lagi seorang aku tak tahu" balas Junhui, matanya masih memandang nombor itu.

Tiba-tiba nombor itu berhenti pada tingkat 46 iaitu blok mereka.

Ting!

"Ahh shit"

+++

Klik!

Jeonghan menjegulkan kepalanya untuk memeriksa keadaan di luar. Dia dapat buka pintu selepas hampir sejam dia cuba buka dengan menggunakan besi kecil yang entah mana dia jumpa.

"Dah selamat" kata Jeonghan lalu keluar sambil memapah Wonwoo manakala Taehyung di-piggyback oleh Seungkwan.

Macam mana Seungkwan selamat?

S.Coups tak tikam dia pun cuma dia HAMPIR kena tikam oleh S.Coups.

Bersyukur juga la dia sebab tak mati dengan cara macam ni.

"Hyung bangun la kena pukul kat kepala je lembik" hambur Seungkwan geram, yelah dia dah tak larat nak angkat Taehyung.

Berat namatey.

Taehyung apa lagi lempang Seungkwan perlahan tetapi matanya masih lagi tertutup.

"Amboi sempat lempang aku nampak" Seungkwan merengus geram, nak je dia tinggalkan si Taehyung ni kat tengah-tengah jalan.

"Shhh diam la aku tahu la kau baru je selamat daripada maut" Jeonghan menjeling Seungkwan.

"Wihihihi sorry hyung" Seungkwan tersengih bagi Jeonghan lembut hati sikit tapi hampeh.

"Hyung aku tak larat la" kata Wonwoo lalu mengaduh sakit.

"Alah tahan la sikit Wonu, kalau kita berhenti kejap S.Coups boleh kejar kita" pujuk Jeonghan walaupun dirinya pun amat penat sekali.

Tap! Tap! Tap!

Tiba-tiba mereka mendengar derapan kaki yang makin menghampiri mereka.

"Hyung aku takut" kata Seungkwan seperti ingin menangis.

"Alah lek la kalau tu S.Coups cakap je kita nak pergi tandas" balas Jeonghan selamba.

"Hebat alasan hyung" sindir Wonwoo.

"Korang!!" Mereka berempat terus menoleh kebelakang apabila terdengar suara seseorang yang mereka sangat kenal.

"Seokjin hyung!!!" Jerit mereka teruja tetapi tak lama lepas Seokjin memberi arahan untuk diam.

"Korang ok kan?" Soal Seokjin risau.

"Amboi hyung cantik soalan tak nampak ke muka dan badan kami ni?" Jeonghan menatap Seokjin dengan datar.

"Yelah aku nampak sekarang jom naik atas" ujar Seokjin tegas.

"Pi mano? Seungkwan penat la" Seungkwan mengeluh perlahan.

"Pergi tingkat 50 kat sana ada yang lain lagi selamat jom!!" Seokjin menolong Seungkwan piggyback Taehyung lalu pergi ke tangga.

"Macam mana hyung boleh terlepas?" Soal Wonwoo.

"Hoho nak tahu tak aku pukul orang suruhan S.Coups lepastu aku terus cabut waduh waduh hoho" jawab Seokjin diva lalu naik atas dengan menaiki tangga diikuti yang lain.

Berharap masing-masing selamat dan tidak berjumpa dengan syaiton-syaiton itu.

+++

"Hyung cepatlah!!!" Jerit Seungcheol siap pukul lengan Chanyeol lagi.

"Sabarlah!! Keselamatan diutamakan juga!!" Chanyeol menepis tangan Seungcheol, hilang fokusnya nak memandu.

Sekarang mereka sedang menuju ke bangunan itu dengan menggunakan bas.

Diorang tak pinjam tapi curi perghh Chanyeol dah mula buat jenayah.

Tapi takpe Chanyeol ada tinggalkan beberapa keping wang berserta nota untuk pemandu basnya.

"Hyung dah call polis?!" Soal Seungcheol panik.

"Kena ke call?!" Soalan dibalas soalan yang paling dungu.

"Kena la hyung!!! Bak sini telefon tu!! Aku nak call nanti masuk hutan takde signal!!" Belum sempat Chanyeol nak bagi Seungcheol merampas terlebih dahulu.

"Amboi rampas"

"Orang nak cepat ok" Seungcheol terus mendail nombor kecemasan.

Usai sahaja mereka menelefon polis, masing-masing terus diam.

"Harap-harap la diorang selamat" kata Chanyeol bagi memecahkan kesunyian yang melanda.

"Ye aku pun harap macam tu" Seungcheol memandang ke luar tingkap. Walaupun dia nampak tenang tapi hati dia siapa yang tahu kan.



___________

Jemput la baca story aku hiks

Acik Cleaner S.1 [C] & S.2 [OG]
||Seventeen × Bts ||

Jemput baca ye

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro