17
Author POV
<< Hospital >>
Sekali lagi Chanyeol pergi ke hospital tetapi bukan untuk bertemu Baekhyun, dia mahu siasat sesuatu tentang Seungcheol.
Sempat juga dia terdengar perbualan Jaehoon dan nurse itu hari itu rupanya Jaehoon ialah doktor peribadi pada masa yang sama penjaga. Katanya hari ni dia masuk wad itu lambat kerana ada hal. Ada peluang la Chanyeol nak masuk wad itu.
Sampai sahaja di hadapan wad ICU itu, Chanyeol melihat sekeliling untuk memastikan semuanya selamat. Rasa seperti sudah selamat dengan berhati-hati Chanyeol masuk ke dalam wad itu.
Chanyeol melihat pesakit itu.
"Kau memang Seungcheol ke?" Chanyeol melihat nama pesakit itu.
Name: Choi Seungcheol
Chanyeol terpaku, jadi betullah tekaannya bahawa pesakit itu memang Seungcheol.
"Kalau Seungcheol kat sini? Jadi siapa yang bersama dengan Seventeen dan Bts??" Chanyeol mengerutkan dahinya.
Klik!
Chanyeol menoleh memandang pintu yang terbuka luas. Berkerut dahinya kerana secara tiba-tiba pintu itu terbuka luas.
Chanyeol menghampiri pintu itu lalu ditutup, ketika dia menutup pintu dia dapat rasakan seseorang sedang berdiri di belakangnya, pergerakannya terhenti seketika.
"Park Chanyeol" kata lelaki itu sambil mengacukan pistol di belakang kepala Chanyeol.
"J-jaehoon..." kata Chanyeol perlahan.
"Kenapa kau masuk wad ni?" Tanya Jaehoon keras.
"Aku nak kau jujur bukannya tipu" sambung Jaehoon. Sudah hilang perkataan 'hyung' yang selalu digunakan oleh Jaehoon pada Chanyeol.
"A-aku terfollow kau masuk wad ni and then aku ternampak Seungcheol terbaring sebab tu aku masuk wad ni" jawab Chanyeol jujur.
"Apa hubungan kau dengan Seungcheol hyung?" Soal Jaehoon kepastian.
"Aku dengan dia cuma kawan!!" Jawab Chanyeol kuat.
"Betul ni? Bukan musuh?"
"BETUL LA AKU KAWAN DIA JE BUKANNYA MUSUH HALAH KAU NI!!" Jaehoon menganggukkan kepalanya.
Chanyeol yang sedar ada peluang untuk melepaskan diri mula menyepak kaki Jaehoon lalu memusingkan badannya, belum sempat Chanyeol ingin menumbuk muka Jaehoon, Jaehoon terlebih dahulu menyepak kaki Chanyeol sehingga Chanyeol jatuh melutut, tangan belah kanannya mengunci kedua belah tangan Chanyeol dengan kemas manakala tangan belah kanannya mengacukan pistol di belakang kepala Chanyeol.
"Usaha yang bagus tapi aku lagi cepat Park Chanyeol" Jaehoon senyum kemenangan.
"Kau nak buat apa sekarang ni? Bunuh aku?" Chanyeol mencebik perlahan.
"Aku takkan bunuh kau tanpa sebab la bukan taste aku main bunuh-bunuh" jawab Jaehoon selamba.
"Lagipun aku ni doktor kerja aku selamatkan orang bukannya bunuh orang dan pistol ni hanya untuk perlindungan" sambung Jaehoon lagi.
"Kalau macam tu lepaskan aku?" Rayu Chanyeol.
"Tak boleh"
"Alorhhhh kenapa?!"
"Sebab kau dah tahu satu rahsia yang besar" Jaehoon menunjuk kearah Seungcheol yang masih tidak sedarkan diri.
Chanyeol meneguk air liurnya payah.
"Dan kalau hari ni kembar dia datang dan dia tahu kau dah tahu rahsia besar aku dah tak boleh nak tolong kau selamatkan diri ok" sekali lagi Chanyeol meneguk air liurnya payah.
"Aku just mampu pesan kau keluar je dari wad ni jangan datang sini lagi dah dan jangan bagitau siapa" Chanyeol menganguk mendengar pesanan dari Jaehoon.
"Tapi! Kalau kau bagitau orang lain juga dan kembar si Seungcheol ni tahu dan dia suruh aku cari kau, sorry to say aku akan betul-betul bunuh kau" Jaehoon melepaskan pegangannya pada Chanyeol.
"Dah baik hyung balik" kata Jaehoon malas, pistol dipegangnya dibuat garu pipi.
"Kau doktor ke psiko huh?" Soal Chanyeol blur.
"Doktor la! Kalau hyung bagitau rahsia tu tak lama nanti aku akan jadi dua-dua" jawab Jaehoon.
"Kau ni tak best la!!" segera Chanyeol keluar dari wad itu sempat lagi dia menjeling Jaehoon.
"Tak best huh!! Asal orang tengok nama aku je mesti tahu aku ni bengong tak bijak lepastu mental!! Nanti bila aku jadi normal atau jahat semua kecam!! Eiii geram pula aku!!" Bebel Jaehoon geram, dia menyimpan pistol itu semula lalu keluar untuk membeli makanan.
Tanpa Jaehoon sedar, jari Seungcheol sudah lama bergerak perlahan sebelum Chanyeol keluar dari wad itu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro