TDLM - bab 9
Usai menonton drama Natasha di slot lestary TV3, terus Dhiya naik ke biliknya. Encik Fauzi masih di ruang tamu menonton tv saluran sukan.
Terus sahaja butang 'on' pada komputer riba yang dihadiahkan oleh babanya sewaktu dia memasuki universiti 2 tahun lalu ditekan.
Buat masa sekarang hanya ada Dhiya dan Encik Fauzi di rumah kerana pengajian tahap diplomanya sudah tamat. Dhiya ingin mengambil rehat terlebih dahulu sebelum memohon penerapan untuk ijazahnya.
Telefon jenama Nokia di ambil. Keluhan panjang dilepaskan. Termasuk hari ini, sudah hari keempat mereka pulang dari percutian tempoh hari tapi Kasyaf masih lagi tidak memberikan mesej apa-apa.
Dhiya tidak boleh menghantar mesej dulu kerana dia perempuan. Tidak ada yang kata perempuan tidak boleh menghantar mesej dulu tapi Dhiya tidak mahu, dia rasa seolah-olah perasaannya tercalar jika dia berbuat begitu.
Apabila komputer ribanya sudah bercahaya, terus Dhiya menekan ikon imej mozila firefox. Aplikasi Facebook dibuka dan permintaan rakan baharu dibuka.
Anak matanya terhenti pada satu profil.
Ahmad Kasyaf.
Profil itu ditekan. Itu memang akaun facebook Kasyaf yang dia kenal apabila gambar percutian mereka di Pulau Perhentian disiarkan di akaun tu.
Permohonan Kasyaf sebagai rakan facebook diterima dan tidak lama selepas itu, sebuah mesej masuk.
Hai
10.10 pm
Mesej dari Kasyaf dibaca. Kulit pada hujung kuku digigit. Mahu merajuk boleh? Kasyaf ada nombornya tapi kenapa lelaki itu perlu sekarang?
Hai
10.11 pm
Ini betul Nadhiya kan?
10.11 pm
Ya
10.11 pm
Berhari-hari saya tunggu awak mesej saya
Kenapa awak tak mesej saya?
10.12 pm
Berkerut dahi Dhiya membaca mesej itu. Kasyaf ini biar benar.
Awak kan ada nombor saya.
Kenapa tak awak yang mesej saya
10.13 pm
Eh
Mana saya ada nombor awak
10.13 pm
Usai membalas mesej itu, terus Dhiya mencapai telefon nokianya yang berada di sebelah. Maklumat kenalan dicari dengan hanya menekan butang nombor 5 dua kali. Nama Kasyaf keluar paling atas dalam carian huruf K.
Dahi Dhiya berkerut. Bagaimana nombor Kasyaf boleh ada dalam telefonnya? Atau ini Kasyaf lain yang dia kenal? Tapi mana ada yang lain.
Kasyaf membalas mesejnya lalu segera Dhiya baca.
Haritu masa saya ambil telefon awak saya save nombor saya
Saya nak missed call awak tapi baki awak tak cukup.
10.14 pm
Balasan daripada Kasyaf membuatkan Dhiya diam seketika mengingatkan hari terakhir di asana. Betul, baki kredit mencukupi dan dia hanya sempat membelinya beberapa minit apabila tiba di stesen Kuala Besut.
Sorry :(
10.16 pm
Senyuman hadir di bibir. Serba salah pula apabila beberapa hari ini dia yang buruk sangka terhadap Kasyaf.
Terus Dhiya membetulkan bantal untuk disandar pada kepala katil. Komputer riba diletakkan di atas dada.
Bukan salah awak
Saya yang tak perasan
10.17 pm
Its okay then
Sihat?
10.17 pm
Sihat, alhamdulillah
10.17 pm
Apabila anak mata dirasakan sedikit pedih dengan cahaya dari komputer riba yang walaupun sudah dipasang paling kurang cahaya, Dhiya membuka lampu meja di sebelah.
Tidak tahu sehingga pukul berapa dia dan Kasyaf meluangkan masa dengan berbual di Facebook, mereka berdua hanya bercakap tentang masing-masing. Mungkin untuk mengenali masing-masing
SELUAR jeans jenis potongan but digayakan dengan jaket denim yang menutupi t-shirt putih. Rambutnya seperti biasa diikat tocang satu.
Apabila terdengar bunyi mesej masuk, segera Dhiya ambil beg tangannya dan meneruni anak tangga. Sudah dia tahu mesej dari siapa.
"Keluar dengan Iman ke?" soal Encik Fauzi yang sedang menonton filem Hindustan di TV3 hari Sabtu itu.
"Iya. Pergi Megamall lepas tu pergi Teluk Cempedak kot."
"Duit ada tak." Dia pandang anak tunggalnya.
"Ada. Ba, Dhiya tak dinner dekat rumah tau, terus makan dengan Iman. Baba makan lah dengan mak su pak su." Kabinet kasut dibuka. Sandal yang baru Dhiya beli jenama Bata disarung.
"Okay, jangan balik lambat sangat." Encik Fauzi mengingatkan. Memang Dhiya jarang balik lambat tapi jika bersama dengan Iman, dia perlu ingatkan. Selalu anaknya terbabas tidur di rumah Iman.
Giginya menguntum segaris sengihan. "Okay, Ba. Dhiya pergi dulu." Terus Dhiya masuk ke dalam kereta Persona Iman yang diparkir di hadapan rumah.
"Kira jadi lah kau dengan Kasyaf ni?" soal Iman setelah membayar air dan popcorn di kaunter. Diteguk air gas itu untuk menghilangkan dahaga.
Tiket filem Jangan Pandang Belakang dikeluarkan dari dalam poket beg tangan lalu dihulurkan kepada penjaga tiket. "Bukan dah jadi ke sejak dekat pulau lagi ke?" mereka berdua mencari dewan tayangan.
Pintu ditolak menggunakan bahu apabil tangannya penuh memegang minuman. "Tak lah, maksud aku macam dah official lah ni. Dah boleh panggil baby dengan sayang lah ni." Penat dalam kereta tadi dia dengar Dhiya bercerita tentang Kasyaf.
Tersengih sumbing Dhiya mendengar kata-kata Iman yang kemudiannya dibalas dengan gelengan kepala. Angau!
"Habis tu bila kau nak bagitahu Dina dengan Hanan?" mereka mengambil tempat duduk. Orang lain mula memenuhi dewan tayangan itu.
"Minggu depan kan kita nak pergi KL, dekat sana aku bagi tahu lah diaorang." Hari Selasa depan Medina dan Kasyaf akan pergi ke Jerman untuk semester yang baru. Mungkin itu waktu yang sesuai. Lagipun dia dan Kasyaf sudah berjanji untuk berjumpa.
Skrin di hadapan hanya menayangkan iklan daripada filem yang bakal ditayangkan. Masih berbaki seminit sebelum filemnya. "Tiket bas dengan kau kan?"
Tadi sebelum singgah ke Megamall, mereka membeli tiket untuk ke Kuala Lumpur dulu. Nanti jika beli lambat, habis. Walhal ketika dibeli masih banyak.
"Ya. Aku simpan lah eh."
"Okay."
Tayangan filem bermula dan mereka berdua terus mengubah fokus kepada filem seram itu.
APABILA selesai menonton filem jumaat malam di TV3, terus Dhiya naik ke bilik setelah menutup lampu. Baba awal lagi sudah tewas kerana mengantuk.
Terus Dhiya ambil telefon bimibit yang sedang dicas. Sudah seminggu lebih dia dan Kasyaf aktif berhubung. Setiap hari, setiap malam tanpa ada selang.
Sesekali mereka berbual tentang masing-masing, tentang Kasyaf di Jerman atau tentang Dhiya dengan kawan-kawanya. Mungkin lebih kepada Medina kerana dia paling rapat dan Medina yang akan belajar bersama Kasyaf.
Gembira Dhiya apabila melihat mesej dari Kasyaf yang masuk lebih kurang 3 minit yang lalu. Tadi dia ada pesan sebelum isyak yang Dhiya ingin menonton filem dengan Baba.
Apabila membaca mesej yang menyuruh jika Dhiya sudah habis untuk memberitahunya, terus Dhiya menekan butang untuk mendail nombor Kasyaf.
Sejak beberapa hari lalu mereka berdua sudah beralih ke panggilan. Lagi senang, tidak perlu taip-taip. Tidak menunggu lama, panggilannya segera dijawab.
"Hello, dah habis ke?" soal Kasyaf dahulu.
"Dah."
"Saya dah hantar gambar kita dekat pulau through email. Nanti awak boleh lah check."
Laju sahaja tangan Dhiya menekan butang tetikus untuk membuka akaun Yahoo! Perlu dia sabar untuk menunggu capaian ke emailnya.
"Dhiya."
"Ya."
"Thank you."
Dahi Dhiya berkerut. "For what?"
Kedengaran tawa kecil milik Kasyaf di hujung talian. "Sebab tolong saya."
"Tolong apa?" apabila skrin komputer riba memaparkan paparan email, terus dia buka email yang dihantar oleh Kasyaf.
Gambar-gambar yang dihantar oleh Kasyaf diperhatikan. Ada yang membuat dia hairan. Hampir keseluran gambar solo difokuskan kepada seseorang.
"For telling me everything about Medina. Saya rasa nanti dekat Jerman, saya boleh bagitahu yang saya suka dia."
Jantung Dhiya seakan berhenti. Otaknya tidak dapat memproses apa yang dikatakan oleh Kasyaf. Dia hanya melihat gambar yang kebanyakannnya gambar Medina.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro