TDLM - bab 7
Pakaian yang bersih dan kotor diasingkan dalam plastic yang berlainan lalu disimpan ke dalam beg bagasi yang kemudiannya dizip dengan rapi. Yakin dengan semua barangnya sudah dikemas, beg ditolak ke depan pintu.
Iman yang baru keluar dari bilik air dipandang sekilas. Dia membaringkan tubuhnya ke atas katil. Feri mereka untuk ke kuala besut pukul 12 tengahari nanti. Sekarang sudah pukul 9 pagi.
Mereka berjanji untuk mengisi perut yang kosong terlebih dahulu kerana nanti tidak sempat untuk makan tengahari bila sampai di Kuala Besut.
Bas mereka ke Kuantan pukul 2 nanti manakala penerbangan Medina dan Hanan ke Kuala Lumpur pukul 4 petang nanti.
"Nak main kamus kejap." Kamus bestari milik Hanan yang sudah dicas malam tadi diambil.
"Okay, tapi nanti cas balik before pergi makan. Nanti nak main dalam bas." Rambut yang basah dikeringkan dengan pengering rambut.
Dhiya ralit bermain dengan kamus sementara menunggu Iman bersiap untuk bersarapan dengan yang lain pukul 9.30 nanti.
"Eh nanti ayah kau ambil kita dekat stesen kan?" tuala disidai pada penyangkut.
Duduknya dibetulkan. "Ya. Nanti dia hantar kau rumah terus. Alang-alang." Sejak berkenalan di bangku sekolah, bukan sahaja Iman dan Dhiya sahaja yang rapat, malahan ibubapa mereka juga.
Cuma yang berbeza Dhiya hanya ada ayahnya. Arwah ibunya sudah meninggal sewaktu dia berumur 10 tahun disebabkan oleh kanser.
Dengan daya berbaki tulang empat kerat, berjawatan sebagai pengetua di sebuah sekolah menengah ayahnya membesarkan Dhiya dengan penuh kasih sayang seorang diri. Dia lah ayah, dia lah ibu, dia lah segalanya untuk Dhiya.
Rambut yang sudah kering disikat. Iman mendekati Dhiya yang duduk di katil. Jam tangan yang ada di meja lampu dipakai. Sudah pukul 9.25 pagi.
"Jom." Pinggang Dhiya ditampar lembut lalu Iman menyarungkan kasut ke kaki.
Kamus bestari dimatikan lalu dicas. Dia membetulkan bajunya yang sedikit terangkat lalu membuntuti Iman yang sudah keluar dari bilik.
Kelihatan Medina dan Hanan sudah tunggu di luar. Pelik, jarang mereka berdua siap awal. Seketika mata Dhiya meliar mencari seseorang.
"Kasyaf mana? Tak join kita ke hari ini?" Hanan menghulurkan kepala melihat ke chalet yang diduduki oleh Kasyaf. "Tak ada kasut pun dekat luar."
"Keluar kot." Mereka berempat berjalan menuju ke kedai makan.
"Ke dah balik?" sangkal Medina.
"Eh, tak kan lah. Awal betul dia balik."
"Hah, Dhiya. Takkan tak tahu mana Kasyaf pergi?" Hanan tanya.
Dahi Dhiya berkerut. "Mana lah aku tahu. Aku bukan isteri dia pun." Setiba mereka di kedai makan pinggan diambil. Hari ini terasa mahu makan nasi kerabu pula.
Muka Iman mencebik mendengarkan ayat Dhiya. "Kalau korang nak tahu kan, Dhiya kan..."
Mata Dhiya dijegilkan memandang Iman, mengugut supaya jangan memberitahu. Ini bukan masa yang tepat juga bukan tempat yang tepat.
"Kenapa?" Medina menanti Iman menyambung ayatnya.
"Eh! Tu bukan Kasyaf ke?" serentak mereka memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Hanan. Dari jauh Kasyaf melambaikan tangan sambil senyum.
"Tu ada pun dia." Kelihatan Kasyaf membuat isyarat seperti mengajak mereka untuk makan bersama. Selesai mengambil makanan, mereka terus ke meja yang Kasyaf duduki.
Kerusi di sebelah Kasyaf ditarik. "Awal keluar. Pergi mana?" soal Iman. Dhiya duduk di sebelahnya. Semua mengambil tempat masing-masing.
"Tengok sunrise. Lepas tu saja jalan-jalan tepi pantai, ambil gambar siki."
Iman angguk faham.
Dengan hujung anak mata, Dhiya mencuri pandang melihat Kasyaf. Namun perbuatannya diketahui oleh lelaki itu yang kemudiannya memberikan senyuman.
Senyuman tipis diukir untuk membalas. Dia terus menyuakan makanan ke dalam mulutnya. Jujurnya dia merasa seperti digantung.
Kasyaf langsung tidak menyentuh soal semalam. Adakah apa yang Kasyaf ucapkan semalam itu betul dan jujur dari hati? Atau sekdar untuk mengusik hatinya?
"Korang balik pukul berapa?" Kasyaf memecahkan suasana sepi di antara mereka.
"Pukul 12 feri, Dhiya dengan Iman balik Kuantan naik bas pukul 2. Saya dengan Dina naik flight pukul 4 nanti." Air tembikai disedut oleh Hanan setelah menjawab soalan Kasyaf.
Kepala diangguk faham.
"Balik pukul berapa?"
"Feri pukul 2. Lepas tu kawan datang ambil duduk rumah dia sehari dua baru balik KL." Soalan Iman dijawab.
Perbualan mereka disambung dengan beberapa topik. Dhiya hanya menghabiskan makanannya. Tidak berminat untuk menurut serta dalam perbualan mereka.
DHIYA sedikit ketinggalan daripada kawan-kawannya. Mereka sudah jauh ke hadapan tapi Dhiya masih lambat-lambat berjalan.
Sedar-sedar sahaja mereka semua sudah masuk ke dalam chalet masing-masing. Masih ada 1 jam setengah sebelum pukul 12. Mereka berempat sudah berjanji akan bertolak ke jeti pukul 11.30 nanti.
Naik ke balkoni chalet, terus dia berdiri sambil tangannya bertongkat pada jeriji kayu balkoni. Ini lah tempat pertama kali dia bertemu dengan Kasyaf.
"Hai."
Sapaan itu mengejutkan Dhiya dari lamunan. Terus dia pandang Kasyaf yang berada di balkoni bahagian chaletnya, dengan pakej senyuman sekali.
"Hai." Agak kekok tapi dia balas juga.
Jeda. Dhiya hanya memandang ke hadapan. Sesekali apabila angin menolak rambutnya, dia sisipkan pada telinga.
Tidak lama selepas itu, sedikit sebanyak jantungnya mulai berdebar. Lebih-lebih kali apabila seperti ada sesuatu yang Kasyaf ingin katakan.
"Dhiya."
"Ya." Kasyaf dipandang dengan hujung anak mata.
"Saya nak minta maaf pasal semalam. Saya tahu ianya agak tergesa-gesa jadi saya harap awak lupakan. You don't need to give your answer." Tangannya dikepal. Ada sesal yang dirasa kerana jujur.
Gigi atas menggigit bawah bibirnya. "Macam mana kalau saya cakap ya?"
Mereka berdua saling berpandangan.
"Maksudnya?
"Saya setuju."Kasyaf kaku. Masih tidak percaya namun lama-lama dia senyum lalu dibalas oleh Dhiya sehingga menimbulkan lesung pipitnya.
"Bagi saya telefon awak." Tangan kanan dihulur.
Dhiya pelik tapi tanpa menyoal kenapa telefon yanga Da dalam seluar jeans diletakkan ke atas tapak tangan Kasyaf.
Tidak tahu apa yang lelaki itu buat dengan telefonnya tapi dia biarkan sahaja sebelum telefon dipulangkan kembali.
"Saya dah bagi nombor telefon saya. Nanti awak bagi mesej email awak sebab gambar awak semua saya nak hantar. Nanti bila dah balik nanti, kita boleh mesej."
Telefonnya Dhiya pandang lalu berganti kepada Kasyaf. Adakah ini lelaki yang dia cari selama ini?
TUBUH Medina dipeluk erat seperti tidak mahu dilepaskan. Air mata mula berkumpul dan dia tidak mencuba untuk menghalau ianya dari datang.
"Nanti dah sampai mesej aku tau." Pelukan dilepaskan. Mereka sedang berada di stesen bas kuala besut. Lagi 10 minit mereka akan menaiki bas yang sudah sampai.
Terasa berat untuk melepaskan sahabatnya. Apabila semakin meningkat usia, bukan makin rapat. Makin berjauhan makin ada lah. Lagi-lagi dengan Medina.
Untuk berjumpa bukan senang kerana masing-masing mempunyai komitmen sendiri.
"Dah lah, naik cepat. Nanti tertinggal bas." Selepas bas Dhiya dan Iman bertolak nanti, dia dan Hanan akan naik bas untuk ke Kota Bharu.
Tangan dilambaikan kepada Hanan yang sudah dia peluk tadi. Dhiya dan Iman masing-masing menaiki bas yang sudah dipenuhi dengan orang lain.
Dari luar bas mereka masih melambaikan tangan dan apabila bas itu sudah hilang dari pandangan Medina dan Hanan, mereka menuju ke bas yang bergerak ke Kota Bharu selang 1 jam.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro