Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

TDLM - bab 67

Pagi itu sementara menunggu Medina dan Mak Su Nora untuk menyiapkan sarapan pagi, Dhiya duduk membuang bosan di balkoni.

Lagipun malam tadi hujan lebat membuatkan pagi ini terasa dingin dengan embun dan persekitaran yang lembap.

Ini cuaca kesukaan Dhiya.

Dhiya tidak mahu mengganggu nereka di dapur kerana ruang yang sempit apatah lagi dia yang menggunakan kerusi roda.

Ruang di dapur akan menjadi terhad.

Perasan akan langsir pintu yang diselak dari dalam, Dhiya angkat muka pandang Kasyaf yang mendekatinya.

Dhiya hadiahkan senyuman dan Kasyaf membalas.

Tangannya menepuk perlahan pada ruang kosong di sebelahnya jadi Kasyaf duduk di situ.

"Buat apa?"

"Tak ada buat apa."

Dengan berani Dhiya lentokkan kepala padu Kasyaf dan Dhiya lingkarkan tangan pada lengan suaminya.

Mereka jarang seperti ini, mungkin kerana masing-masing pernah merasa kekok antara satu sama lain.

Dulu pernah sekali Dhiya letakkan kepalanya pada bahu Kasyaf. Sekali ketika Kasyaf masih berulang alik dari Kuala Lumpur ke Kuantan.

Terasa tubuh Kasyaf mengeras, Dhiya senyum sahaja.

Masanya tidak lama jadi izinkan dia meluangkan masa dengan suami yang dia cintai sepenuh hati.

Jika ditanya apa sebab Kasyaf yang bertakhta di hati, jawapannya adalah semua.

Dhiya sukakan keperibadian Kasyaf. Waktu pertama kali bertemu, lelaki itu sangat manis. Baik dari perangai mahupun dari paras rupa.

Kasyaf boleh dikatakan dalam wajah yang memiliki raut Melayu, mungkin ada kacukan dari Asia Ternggara seperti Bajau, atau Jawa sedikit.

Jadi Kasyaf memang kacak, untuk Melayu tulen.

Lain daripada itu, Kasyaf seorang yang baik. Walaupun hadirnya dia dalam kehidupan lelaki itu bukan lah dari cara dan pilihan sendiri, Kasyaf sedaya upaya untuk memartabatkan tempat Dhiya sebagai seorang isteri.

Walaupun pada awal usia perkahwinan masing-masing agak kekok, Kasyaf melayaninya dengan baik.

Lelaki itu selalu menyenangkan hati Dhiya,

"Kasyaf." Lembut sahaja Dhiya memanggil nama suaminya.

"Hmm."

"Saya ni membahagiakan awak ke?"

Dengan hujung anak mata, Kasyaf mencuri pandang ke arah Dhiya yang hanya sedikit sahaja dia boleh nampak dari kedudukannya. "Awak isteri yang memberikan ketenangan pada saya."

Dia jujur, Kasyaf senang dengan hadirnya Dhiya, bagai melengkapkan hidupnya.

Dhiya senyum nipis. Matanya terpejam, cukup lah sekadar begitu.

Mereka berdua diam. Menikmati udara pagi yang segar dalam kehangatan pelukan tubuh.

"Ehem—"

Deheman nipis itu membukakan mata Dhiya. Mereka berdua pandang Medina yang ada disebalik langsir.

"Jom, makan. Breakfast dah siap."

Kepalanya diangkat dari bahu Kasyaf kemudian lelaki itu bangun.

Kerusi roda yang diletakkan semakin menjauh dengan Dhiya ditarik kembali.

"Tak apa lah, you angkat Dhiya ke bawah, I bawa turun kerusi ni." Serba salah pula kalau Kasyaf tolak Dhiya ke tangga dan perlu angkat Dhiya turun pula.

Kepala digeleng, tidak setuju. "You tu sarat, nak melangkah pun tak nampak kaki. Kalau tak cukup langkat masa turun tangga nanti macam mana?"

Medina sengih. Kasyaf sekarang makin banyak pula omelannya.

"You turun dulu, I angkat Dhiya. Nanti lepas makan kalau Dhiya nak duduk bawah, I bawa turun kerusi. Kalau nak rehat atas terus, tak payah bawa turun dah."

"Iyelah Encik Kasyaf."


KERETA Dhiya ditarik brek tangan setibanya mereka di Pantai Tembeling. Jika masih ingat, pantai ini memberikan banyak memori kepada mereka.

Memori zaman mudanya di sini usah disebut, ingatan bagaimana Dhiya pernah membuat kerja gila apabila kehilangan arwah babanya juga usah dipetik.

Terlalu banyak.

Sengaja Dhiya pinta untuk ke sini. Sudah lama tidak datang sejak beberapa tahun ini.

Lagipun keretanya yang sudah lama tersadai perlu digerakkan. Jadi ada baiknya dia keluar.

Hajatnya hanya Medina dan Dhiya sahaj yang ingin keluar tapi Kasyaf tidak harapkan kedua-dua isterinya.

Seorang sarat mengandung, seorang tidak sihat jadi dia ikut sekali.

Tapi Kasyaf faham sahaja kalau mereka ingin masa berdua.

"Tak payah lah bawa turun kerusi, lagipun sini berpasir." Nanti menyusahkan semua.

"Okay kalau macam tu you angkatkan Dhiya ke batu tu," cadang Medina.

Tapi dicegah Dhiya. "Aku nak jalan, lagipun aku bukannya tak boleh berjalan."

"Larat ke?" soal Kasyaf.

Kepala diangguk. "Larat."

"Sure?"

"Sure."

"Kalau macam tu you tolong angkat Dhiya turun benteng ni, tinggi pula." Ada benteng yang lebih satu kaki daripada pasir pantai dengan tempat parkir.

Dengan segera Kasyaf bantu Dhiya untuk turun. "You?" waktu dia tanya Medina sudah pun turun ke pasir jadi soalannya dibiarkan tidak berjawab.

"You, boleh tak belikan air dekat kawasan kosong tepi padang golf? Teringin pula air sejuk petang-petang macam ni?" tadi sewaktu melalui laluan ke sini, ada dia nampak gerai air yang dibuka.

"Nak air apa?"

"Teh ais, cincau lebih tau."

"Dhiya?"

Soalan itu dibalas dengan gelengan kepala. "Kongsi dengan Dina je." Maba dia mampu habiskan satu cawan air manis.

"Okay."

Melihatkan Kasyaf yang mulai beredar, Medina dan Dhiya bergerak ke pantai.

Hari ini biasa sahaja. Tidak terlalu ramai tidak terlalu sunyi. Ada lah juga beberapa orang yang datang dan beriadah.

Biasanya yang menjadi pilihan orang Teluk Cempedak, tetapi mereka tidak suka bersesak.

Sama sahaja, pantai juga. Yang membezakan ramai orang atau tidak.

Lagipun mereka ssampai sedikit lewat, bertolak dari rumah sahaja sudah pukul 6 lebih.

Dhiya berpaut hemat pada Medina. Walaupun dia boleh berjalan, kerana terlalu kerap bergantung pada kerusi roda, kakinya terasa kekok apabila berjalan sendiri.

"Duduk situ nak?" anak mata Medina terarah pada satu batu besar beberapa meter dari pantai dan Dhiya hanya setuju sahaja.

Mereka duduk bersebelahan di atas batu sambil membuang pandang ke arah pantai yang semakin bersinar kuning menunjukkan senja semakin tiba.

Tanpa sedar, Medina ukir senyuman melihatkan senyuman yang bertakhta di bibir Dhiya.

"Kenangan lama bermain dalam kepala?" soal Medina. Tempat ini merupakan salah satu kenangan sewaktu dia bersekolah dahulu.

Dhiya sengih. Ya.

"Dulu arwah baba kau wajib bawa kita datang sini. Kalau masa pulang bermalam ke, outing hujung minggu ke, like few minutes before pagar tutup wajib singgah sini."

"Kau ingat pokok tu?" Medina tunjuk pada satu anak pokok di tepi batu-batuan di tengah-tengah pantai. "Kau, dengan Iman nak sangat kan pergi situ, konon pulau lah. Tapi tak sedar diri pendek, tak reti berenang, air tengah pasang pula tu." Medina buka kisah lama.

Kedengaran ketawa kecil Dhiya. Bagaimana dia boleh lupa, konon ke pantai pagi-pagi ingin jogging, balik rumah basah lencun.

"Nasib baik ada baba kau."

"Mesti lah, baba aku perenang terbaik tau."

Medina turut ketawa. "Kalau tak, tinggal aku dengan Hanan je. Tak larat aku nak menghadap perangai kau dengan Iman, memang you jump I jump, you die I die."

Tawa Medina masih kedengaran apabila memori lama menggamit kenangan lama.

Dhiya pandang matahari yang menyinar semakin tenggelam.

Terasa hidupnya seperti senja.

Satu tempoh yang sekejap sebelum siang digantikan dengan malam yang gelap gempita.

Terasa masanya terlalu singkat, sebelum pandangannya menjadi gelap.

Cuba teka hari ni birthday siapa :DDDD

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro