TDLM - bab 66
Perjalanan yang mengangambil masa selama 3 jam lebih dari Kuala Lumpur ke Kuantan tamat apabila CRV Kasyaf memasuki perkarangan rumah.
Keretanya bersebelahan dengan kereta Honda Dhiya yang hanya tersadai di situ. Ada dia pesan kepada Pak Su Razlan untuk memanaskan enjin, atau gunakan sahaja jika mahu.
Kawasan rumah menjadi tatapan anak mata Dhiya, sejak tinggal bersama Medina dan Kasyaf, tidaka pernah sekalipun lagi dia pulang.
Jadi mungkin sudah lebih dari 5 bulan dia tidak pulang.
Kepalanya dipanjangkan sedikit untuk melihat halaman, langsung tiada yang berubah.
Taman bunganya yang menjadi hobi suatu ketika dahulu masih segar dengan bunga yang bewarna-warni.
Itu semua pasti kerja Mak Su Nora yang menjaga tamannya.
Anak matanya beralih pada pintu rumah yang dibuka dari dalam, kelihatan suami isteri yang semakin dimamah usia mendekati mereka.
Kasyaf keluarkan kerusi roda dari bonet kereta manakala Razlan membantu Dhiya untuk beralih tempat.
"Abang tolong saya angkat beg diaorang, kesian Kasyaf kena angkat Dhiya." Bonet kereta yang masih belum tertutup didekati oleh Mak Su Nora.
Kasyaf yang baru sahaja selesai membantu kerusi roda untuk mendaki anak tangga tidak jadi untuk masuk ke dalam.
"Eh tak apa, Kasyaf boleh angkat kan." Menghalang mereka untuk mengeluarkan beg bagasi yang agak berat.
"Kasyaf mesti penat memandu, apa lah sangat angkat beg ni." Razlan menolak, dia sudah menolak dua beg bagasi besar untuk ke rumah.
"Kalau macam tu, mak su tolong tolak Dhiya ke dalam boleh, Kasyaf angkat beg yang lain."
Mak Su Nora senyum nipis. Dhiya yang berada di muka pintu ditolak kerusi rodanya Dhiya yang makin sarat untuk ke dalam.
"Dhiya nak duduk mana? Bilik Dhiya ke bilik bawah? Semua bilik mak su dah kemas, dengan rumah Dhiya sekali mak su dah kemaskan." Bibirnya masih menguntum senyuman walaupun hatinya rapuh melihat keadaan anak saudaranya.
Makin kurus, terlalu berbeza.
Sewaktu Dhiya dalam keadaan koma, ada beberapa kali dia datang ke sana untuk melawat.
Hajatnya dia dan suami ingin ke Kuala Lumpur apabila dikhabarkan Dhiya sudah sedar dua hari yang lepas, tapi tidak jadi apabila dimaklumkan bawa mereka yang akan ke Kuantan.
Dan dia faham benar akan maksud disebalik kepulangan itu.
Beg pakaian dikumpulkan bersebelahan dengan tangga. Masing-masing berkumpul di ruang tamu.
"Kalau Dhiya nak duduk bilik bawah, senang sikit nak ke mana-mana, tak turun tangga," tambah Mak Su Nora.
Dhiya diam, berfikir sementara.
"Tapi kalau awak nak duduk bilik awak, saya boleh je tolong." Kasyaf bersuara apabila Dhiya kelihatan berat-berat untuk menjawab.
"Sure?"
Kepala diangguk memberikan kepastian.
"Bilik Dhiya je lah, lama tak tidur situ," jawabnya memberi keputusan.
Semua hanya diam, tidak mempertikaikan jawapan Dhiya.
"Ni semua dah makan ke belum? Mak su dah masak untuk makan siang." Walaupun baru masuk ke angka 12 tenghari, dari pagi tadi lagi dia sudah sibuk berperang di dapur, anak saudara kesayangannya ingin pulang.
"Awalnya mak su masak," Medina menegur mesra.
Senyuman di bibir Mak Su Nora melebar, "Kan semua nak balik, excited lah mak su masak."
"Bagus juga, tadi sebelum bertolak tak sempat nak breakfast. You nak makan tak?" seraya menjawab, Medina bertanya kepada Kasyaf.
"Boleh juga."
"Jom, kita makan." Mak su angkat punggung, dia tolak kerusi roda menuju ke dapur yang diiukti oleh orang lain.
"Mak su masak apa?"
"Nasi dagang. Nanti kalau Dhiya ke Medina ke Kasyaf nak makan apa-apa, bagitahu je. Nanti mak su masakkan."
Dhiya mengukir senyum tanpa sedar melihat mereka yang sibuk membantu untuk persedian makan tengahari, menghargai setiap lebihan masa yang ada.\
"JAUH termenung."
Teguran itu mematikan lamunan Dhiya. Dia lihat segelas air kosong yang diletakkan pada atas meja kemudiannya anak mata beralih melihat ibu saudaranya.
"Termenung apa?" soalnya lembut.
Dia senyum nipis. "Tak ada termenung apa pun. Lama tak duduk sini je, alih-alih dah pandang jauh."
Tangannya mengelus lembut pada sofa yang diletakkan pada balkoni. Biasa dahulu sementara menunggu senja dia akan duduk di sini.
Ada kalanya pada hari Jumaat, dia akan tunggu Kasyaf untuk sampai dari Kuala Lumpur di sini.
Dan dulu, jika kawan-kawannya pulang ke rumah pada hari pulang bermalam, memang mereka akan lebih melepak di sini.
Masanya agak banyak diluangkan di balkoni ini.
Terasa tangannya disentuh oleh tangan hangat Mak Su Nora membuatkan Dhiya memandang wanita itu.
Tiada kata yang mampu keluar apabila melihatkan air muka ibu saudaranya yang sudah dianggap sebagai seorang ibu.
"Mak su jangan nangis, nanti Dhiya pun nangis." Pesannya apabila telinga menanggap bunyi esakan yang halus.
Sewaktu dia memandang mak su, pipi wanita itu sudah basah.
"Mak su," panggilnya memujuk. Di bibirnya dia selitkan satu senyuman, memberitahu bahawa dia bahagia.
"Kalau Dhiya ditakdirkan untuk pergi sekarang, tak ada sesalan dalam hati Dhiya. Dhiya dah cukup bahagia, ada mak su yang anggap Dhiya maca manak sendiri, ada pak su, ada suami, ada kawan-kawan," tambahnya memuju lagi.
"Tapi Dhiya muda lagi." Mula-mula kakaknya, sekarang ini anak kakaknya. Sekurang-kurangnya, sempat untuk kakaknya melahirkan zurita.
Tapi Dhiya? Usahkan zuriat, suami pun menumpang suami orang lain. Jadi bagaimana mampu untuk dia lepaskan Dhiya?
Dia berdehem untuk seketika. "Muda atau tua hanya usia sahaja. Pada akhirnya, sesiapa pun boleh meninggal pada bila-bila masa. Dan pada Dhiya, tiada penyesalan. Dhiya dah cuba sedaya upaya untuk bahagia."
"KALAU kau nak sedih-sedih, baik kau balik. Tak kuasa aku nak melayan," bagitahu Dhiya sambil senyum senget.
Sedar dirinya menjadi perhatian wanita itu sejak dari tadi.
Iman yang berdiri sambil bersandar pada pintu sliding door mencuri pandang ke arah orang lain yang sibuk di dapur.
Anak-anaknya pula sibuk bermain dengan cucu Mak Su Nora jadi dia biarkan sahaja.
Dia mendekati Dhiya, duduk pada kerusi kayu di hadapan pintu sliding door. Tidak dia bangkitkat apa-apa kepada Dhiya kerana sebagai seorang doktor sendiri, Iman faham keputusan yang diambil Dhiya, jadi dia terima sahaja.
"Ni mana kau tahu aku balik sini?" soal Dhiya sedari Iman hanya diam.
"Iman bagitahu tadi, dia ajak aku datang melawat kau kalau aku ada masa."
"Lepas tu terus lah kau datang rumah aku malam-malam ni?" sengaja bergurau.
Iman sengih lalu mengangguk. "Nanti tiap-tiap hari aku datang."
Dahi Dhiya berkerut sambil dia menggeleng laju. "Seminggu sekali boleh, tiap-tiap hari aku kunci pintu. Dah lah mak su aku tu dah warning nak jaga aku juga."
Kepala tertunduk, jarinya bermain dengan sesama sendiri kemudian dia pandang kembali Dhiya. "Ni kau balik for good ke apa?"
"Ya, kalau aku meninggal pun—"
"Kau ni, kau tak nak aku sedih-sedih lah, cakap pasal ajal lah apa lah, tapi kau yang mention dulu."
Rungutan Iman mengundang tawa kecil Dhiya. "Dengar je lah apa yang aku nak cakap."
"Pastu kalau kau balik sini, Kasyaf dengan Medina macam mana?" keningnya terangkat sambil anak mata melirik ke dapur.
"Medina kata dia nak teman aku, berpantang dekat sini. Tapi aku macam tak sedap lah, Dina kan ada family dia. So kalau aku lama, aku maybe balik sana for few days."
Iman angguk faham. "Kasyaf?"
"Kasyaf kan kerja, cuti dia apply kali ni pun tak lama sebab dia dah selalu minta cuti nak jaga aku. Hari ahad ni dia balik KL, and hujung minggu dia datang sini."
Iman sandarkan tubuh pada kerusi. Terasa seperti angin malam mencengkam hingga ke tulang lantas dia berpeluk tubuh.
"Kau tak sejuk ke?" Dhiya sudah berbalut dengan selimut nipis pada tubuh.
"Sejuk, tapi aku suka angin malam."
Sorry lah, saya demam sebab perubahan cuaca. Pastu demam booster lagi sampai menggelembung ada air tempat cucuk tu. So I'm back for a daily update
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro