Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

TDLM - bab 65

Setibanya di hadapan bilik Dhiya, Medina yang bergegas ke situ tidak jadi untuk masuk apabila melihatkan sekumpulan doktor dan jururawat yang berada di dalam bilik Dhiya.

"Cepat Dina sampai," ujar Lasti yang menunggu di luar.

"Dhiya macam mana? Dia okay je kan? Bila dia bangun?" terus ditembaknya Lasti dengan pelbagai soalan.

Lasti angguk kepala, "Kelihatannya baik-baik saja. Tadi, beberapa minit selepas waktu 11, terus saya telefon Kasyaf sama Dina."

"Itu di dalam doktornya sedang lihat-lihat keadaan Dhiya, katanya mahu lakuin pemeriksaan."

"Okay."

Walaupun dia tidak senang duduk, terasa seperti ingin terus masuk ke dalam bilik dan memeluk Dhiya, Medina tenangkan diri.

Perlahan-lahan punggungnya jatuh duduk ke atas kerusi ruangan menunggu. Peluh yang menitik ke dahi dikesat.

Dalam hati, Tuhan sahaja yang tahu banyaknya doa yang dia mohon agar Dhiya dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

Sesaat menjadi minit, menambahkan penasaran dalam hati.

Mendengar bunyi pintu dibuka dari dalam, Medina terus bangun. Beberapa doktor yang biasanya mengikut doktor Dhiya melakukan pemeriksaan dibiarkan beredar.

Beberapa saat kemudian, doktor itu keluar.

"Macam mana dengan Dhiya, doktor? Dia okay ke?"

Senyuman nipis diberikan. "Alhamdulillah, Puan Dhiya sudah sedarkan diri. Setakat ini keadaan Puan Dhiya stabil tapi kami akan jalan beberapa pemeriksaan, memandangkan dia baru sahaja bangun."

Dada diurut perlahan, lega. "Boleh saya masuk sekarang?" Medina intai ke dalam, masih ada dua orang jururawat.

"Boleh, tapi sekejap lagi kami perlu siapkan Puan Dhiya untuk lakukan pemeriksaan."

Kepalanya angguk faham dengan prosedur yang perlu dilakukan pada pesakit. "Terima kasih."

"Sama-sama."

Doktor itu berlalu pergi dan Medina pulas tombol pintu. Perlahan-lahan kakinya makin mendekati Dhiya.

Medina mendekat dengan jururawat perempuan. "Sekejap ya, nurse."

Mereka membalas dengan senyuman, faham denga napa yang dimaksudkan oleh Medina lalu mereka pergi, memberi ruang peribadi untuk Medina dan Dhiya.

"Dhiya." Panggil Medina lirih.

Dhiya angkat pandangan, bertentang mata dengan Medina yang matanya sudah berkaca.

Tapi apabila Dhiya ukirkan senyuman untuk sedapkan hati Medina, empangan wanita itu pecah membasahi pipi.

Lantas tubuh Dhiya dipeluk rapat dari sisi.

"Dhiya aku minta maaf Dhiya, aku tak sangka yang semua ni akan berlaku. Kalau aku tak bergaduh dengan Kasyaf hari tu, kalau aku temankan kau malam tu, kau takkan sakit macam ni." Tangisan halus Medina bergema.

Dhiya bernafas berat, mungkin kerana alat yang dimasukkan ke hidungnya menyukarkan Dhiya untuk bernafas lalu dia bernafas melalui mulut.

"Maafkan aku, Dhiya. Aku berdosa pada kau sebab aku cemburukan kau."

Mata Dhiya juga berkaca. Kata tak terluah pada bibir kerana sudah lama dia tidak sedarkan diri. Terasa perit di anak tekak.

Terketar-ketar tangan yang cuba diangkat, seolah-olah akal dan dayanya tidak selari.

Tapi Dhiya gagahkan juga untuk mengelus kepala Medina. "Ja—jangan—"

Air liur ditelan berkali-kali, tiub yang masuk dalam ke bawah anak tekak menambah perit. "Jangan— jangan minta maaf. Aku— aku juga bersalah."

Sehabis menuturkan kata, air mata jatuh mengalir ke baju hospital yang dipakainya.

Dhiya pusingkan tatapannya memandang jendela kaca. Sebagaimana tangisan Medina masih lagi kedengaran, Dhiya dapat melihat awan mulai mendung.


"KAU nak apa-apa tak? Nak makan apa-apa? Aku boleh order online?" soal Medina sebaik sahaja masuk ke dalam bili, baru menunaikan solat Maghrib.

Dhiya yang dari tadi hanya membuang pandang ke luar, melihat titisan hujan yang membasahi bumi tidak membalas soalan Medina.

Dengar, tapi tidak terasa untuk membalas.

Tadi sebelum ke pemeriksaan kesihatan, tiub di dalam saluran pernafasannya sudah dicabut, kata doktor juga Dhiya boleh makan, asalkan lembut.

Anak mata terhenti pada vas yang ada bunga lili makin layu. Lama sehingga bagaikan ingin tembus.

"Dhiya." Sambil namanya dipanggil, Medina sentuh bahu Dhiya, mematikan dia dari lamunan.

Keningnya hanya diangkat, sebagai tanda bertanya ada apa.

"Nak makan apa-apa tak?" soalan tadi diulang lagi.

Dhiya geleng lemah. Tiada selera.

"Nak apa-apa?"

Geleng lagi.

Medina hanya biarkan.

Tapi ada sesuatu yang bermain dalam fikiran Dhiya. Ada sesuatu yang ingin dia pinta, lebih kepada memberitahu kerana dia tekad.

"Dina," panggilnya tanpa memandang, masih lagi membuang pandang ke bunga lili.

Medina yang sedikit menjauh untuk mengambil telefon kembali mendekat dengan Dhiya. "Ya, nak apa?"

Hujung kuku ibu jari bermain dengan jari telunjuk. "Aku nak balik rumah."

Pinta Dhiya itu buatkan Medina senyum kecil. "Boleh, nanti aku cakap dengan doktor. Bila kau dah okay sikit, kita balik rumah."

Kepala Dhiya menggeleng. Bukan rumah itu yang dimaksudkannya. "Aku nak balik rumah aku, aku nak balik Kuantan."

Penjelasan Dhiya buatkan Medina terdiam. Dia memikirkan, cuba untuk mentafsir permintaan Dhiya.

"Aku rasa aku dah tak lama—"

"Dhiya." Dina memotong, tidak suka Dhiya berbicara seperti itu.

Tapi disangkal oleh Dhiya, itu fakta yang mereka semua harus terima. Ini tubuh badannya. Apabila terlalu penat, dia boleh rasakannya.

"—kalau apa-apa ajdi dekat aku, aku nak meninggal dekat sana, nak dikebumikan dekat sana."

Sambungan ayat itu buatkan Medina bungkam. Ditidakkan sejuta sekalipun, Medina tidak boleh mengelak dari keadaan Dhiya yang semakin merosot hari demi hari.

"Nanti aku bincang dengan doktor dan Kasyaf ya," memujuk.

Tapi Dhiya terus pusingkan pandangan kepada Medina. Air mata sudah jatuh.

Cengeng.

"Aku nak balik—" suara sudah pecah, menahan tangisan. "Kalau aku mati, aku nak mati dekat sana. Kalau kau dengan Kasyaf sibuk, tak apa. Aku boleh balik sendiri, aku boleh balik naik bas."

Medina tidak membalas, dia terus tarik tubuh Dhiya ke dalam pelukan. Medina biarkan Dhiya untuk menangis dalam dakapannya.

Saat itu dia terpandangkan Kasyaf yang melihat mereka dari luar pintu, mereka saling bertatapan.

Usai menenangkan Dhiya, Medina keluar dari bilik. Dia tahu Kasyaf menunggunya di luar, tidak masuk untuk memberikan mereka ruang.

Tempat kosong bersebelahan dengan Kasyaf didudukinya. Medina tidak berkata apa, selain melepaskan nafas berat.

"Dhiya nak balik Kuantan. Dia kata kalau apa-apa jadi dekat dia, dia nak itu terjadi dekat sana."

Kasyaf diam, faham akan permintaan Dhiya. Pada akhirnya itu lah tempat satu-satunya yang boleh membuatkan Dhiya terasa seperti di rumah.

"Doktor kata apa-apa? Bila Dhiya boleh discharge?"

Kepala menggeleng. "Doktor tak ada kata apa-apa."

Terasa matanya berpinar, Medina donggakan kepala ke atas. Lampu yang menyala menambah pinar lalu matanya dipejam.

Sepi.

Jururawat dan oranglain yang berada tidak jauh dari mereka seolah-olah tidak kedengaran.

Masing-masing Medina dan Kasyaf berfikir.

"Tapi you tahu, I dah tak nak paksa Dhiya," kata Medina yang membelah kesunyian. Walaupun singkat, dia tahu kata putus ini yang terbaik untuk mereka, terutama sekali Dhiya.

"I dah tak nak bagitahu Dhiya apa yang perlu dia buat, atau apa yang dia tak perlu buat. I nak buat apa yang Dhiya nak buat." Buat masa sekarang, Dhiya adalah keutamaannya.

Nafas ditarik dalam, Kasyaf mendengar di sebelahnya. "You tahu kan, banyak mana sekalipun ujian dilakukan ke atas Dhiya, doktor memang dah kata there is no miracle. So I nak ada untuk Dhiya."

"I faham." Kasyaf bersetuju. Sebagaimana mereka tabah, itu tidak akan dapat menandingi ketabahan Dhiya. Dhiya sudah lama bertahan.

Air mata yang turun tanpa sedar, diseka. "Esok I nak apply cuti, terus ke cuti maternity I. kalau you busy, I boleh temankan Dhiya. Lagipun dekat sana ada keluarga Dhiya."

Tangan Medina diraih lalu dibawa ke dalam genggaman. "I ikut sekali, I settle kan cuti I lepas tu kita balik ke Kuantan segera."

Medina peluk Kasyaf. Terasa lemah tapi tidak mahu menunjukkan semua itu di hadapan Dhiya.

Hatinya cuba untuk mula diredhai. Sahabatnya kian pergi.

Tak ada nyah, jangan risau. Tak ada apa yang berlaku dekat Medina 🤭🤭

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro