TDLM - bab 64
Masing-masing menanti penuh debar dalam bilik doktor yang merawat Dhiya. Berdiri 1 meter dari mereka, dua orang jururawat bersama.
Duduknya dibetulkan. Sekejap pada bahagian kiri, sekejap bahagian kanan kerana tidak selesa.
Masa berlalu dengan pantas. Lebih dari dua minggu Dhiya terlantar di hospital, masih belum menunjukkan sebarang peningkatan.
Pagi tadi Medina dimaklumkan oleh Lasti bahawa Dhiya dibawa untuk pemeriksaan MRI jadi dia dan Kasyaf sebagai penjaga akan dimaklumkan oleh doktor.
Kasyaf mengintai ke arah Medina melalui hujung anak mata. Tangan sejuk isterinya diraih.
Seperti Medina, Kasyaf juga berdebar. Tapi sebagai ketua keluarga, dia harus lebih kuat.
Kedengaran keluhan kecil dilepaskan dari doktor itu. Mereka berdua angkat muka, memandang.
Dari riak muka, mereka seperti dapat mengagak.
"Kanser Puan Dhiya sememangnya makin merebak melalui tulang. Disebabkan keadaan Puan Dhiya yang masih belum sedarkan diri, kami tidak boleh nak lakukan rawatan kemoterapi atau jenis rawatan alternatif yang lain, selain tubuhnya sendiri yang juga lemah."
Remuk.
Tapi Dhiya faham, tiada sesiapa yang mampu untuk membuat apa-apa dalam situasi seperti ini. Baik doktor, baik mereka, atau baik Dhiya sendiri. Hanya Allah sahaja yang boleh menjawab doa mereka.
"Macam mana pula dengan peratusan untuk Dhiya sedar?"
Soalan aksyaf mendapat anggukan dari Medina yang bersetuju. "Dhiya masih ada harapan untuk bangun kan doktor?"
Wajah Kasyaf dipandang silih berganti dengan wajah Medina. "Saya tak dapat nak bagi jaminan. Berdasarkan ujian MRI, otaknya tidak menunjukkan sebarang aktiviti. Puan Dhiya juga tidak menunjukkan sebarang reaksi dengan ubat-ubatan yang kami berikan."
"Jadi boleh ada kemungkinan untuk Dhiya pergi macam tu sahaja?"
Lambat-lambat, tapi kepalanya dianggukkan juga.
Melihatkan jawapan itu, Medina tekup mulutnya dengan tapak tangan kanan. Air mata berkumpul allu pecah.
Kasyaf peluk bahu Medina, memujuk lembut.
"Tapi saya akan perhatikan Puan Dhiya dari masa ke semasa, masih ada kemungkinan untuk sedar. Sama-sama kita doakan."
HARI Sabtu itu Medina hanya duduk di rumah memandangkan sejak dua menjak ini badannya cepat penat.
Usia kandungannya juga sudah memasuki bulan ke-8, jadi wajarlah dia cepat lenguh-lenguh dan kepenatan.
Kasyaf pula berada di hospital, menemani Dhiya di sana.
Mereka sudah tidak lagi bermalam di sana, kecuali pada hari minggu. Ketika mereka bekerja, Lasti akan menemani Dhiya di sana.
Tidak sampai hati untuk menyuruh Lasti tidur di sana, pasti tidak selesa.
Hanya pada hujung minggu sahaja Kasyaf akan menemani atau menginap di sana.
Kasyaf pula tak benarkan Medina selalu kerap ke hospital. Kerana dia makin sarat dan bebanan kerja.
Lagipun sudah hampir mendekati 1 bulan.
Cepat sungguh masa berlalu. Terlalu pantas. Dan Dhiya masih begitu.
Iman dan Hanan masing-masing telah datang beberapa minggu yang lalu untuk melawat Dhiya.
Begitu juga dengan keluarga Kasyaf, dan keluarga Medina. Tidak ada hari Dhiya berseorangan di sana.
Kaki yang bengkak diangkat ke atas katil. Terasa seperti berdenyut lantas minyak angin diambil dari meja bersebalahan katil.
Tapi entah bagaiman, ia terlepas dari tangan lalu jatuh ke lantai.
Medina mendengus perlahan. Punggungnya menggelongsor penuh berhemah ke lantai vinyl.
Urut di bawah sahaja kerana nanti jika minyak angin tumpah ke cadar, tinggalkan kesan dan bau pula.
Minyak angin yang bergilak sedikit dalam ke bawah katil diambil, tapi anak mata terhenti pada satu kotak yang diletakkan di bawah.
Medina terdiam tapi kemudian kotak itu ditarik.
Kotak yang sudah lebih dari sebulan disimpan di situ disapu sedikit kerana sudah berhabuk.
Itu hadiah yang dia beli untuk hari lahir Dhiya, tapi kerana rajuknya pada Dhiya dan Kasyaf, hadiah itu hanya tersimpan di bawah katil.
"EH you buat apa dekat sini? Datang dengan siapa?" kepalanya mengintai ke luar, mungkin Lasti ikut sama.
Medina balas dengan senyuman pada Kasyaf yang bangun dari sofa mendekatinya. Beg kertas yang membawa bekal dihulurkan dan berganti tangan.
"I datang seorang. You tak makan lagi kan?"
Kasyaf gelengkan kepala. "Belum, tadi bersihkan Dhiya lepas tu duduk sini sekejap."
"Tu Lasti masakkan untuk lunch, so I bawakkan. You dah solat?"
"Belum juga."
"Kalau macam tu, you pergi lah makan dengan solat dulu. I temankan Dhiya sementara tu," Medina berikan cadangan.
"Okay, you lama ke nak stay sini?"
Medina gelengkan kepala. "Sebelum Asar I balik."
"Okay, I pergi dulu."
"Okay."
Kasyaf berlalu pergi, meninggalkan Dhiya dan Medina dalam bilik.
Medina pandang Dhiya dari jauh kemudian diam akin mendekat. Anak mata terhenti pada bunga lili yang berada dalam vas kaca.
Nampak seperti masih segar jadi Medina agak Kasyaf yang membilanya sewaktu ke sini.
Dulu awal-awal dia akan belikan bunga ros, tapi aksyaf menegurnya mengatakan itu bukan bunga kesukaan Dhiya dan ceritakan hal yang betul mengapa dulu rumah Dhiya banyak dengan bunga ros.
Bodohkan dia? Sejauh itu Dhiya sayangkan dia, tapi yang Medina rasa adalah cemburu yang membawa kepada kebinasaan.
Kerusi bersebelahan dengan katil ditarik hingga menghasilkan bunyi. Medina ambil tempat dan dia pandang lagi Dhiya.
Sudah sebulan Dhiya begitu.
Tangan dingin Dhiya diraih.
Tidak pernah begitu, tangan Dhiya akan selalu hangat. Sewaktu di sekolah dulu, kalau Medina sejuk pasti dia akan memeluk Dhiya kerana memang Dhiya selalu hangat.
Senyuman nipis timbul apabila teringat kejadian di sekolah dahulu.
Zaman-zaman mereka bagaikan isi dengan kuku.
Beg kertas yang dibawa sekali diangkat ke riba. Kotak yang dia jumpai tadi di bawah katil turut dibawa bersama.
Apabila dibuka, sehelai skaf satin bercorak ditarik. Dilipat kecil dan Medina bangun dari kerusi.
Skaf itu diikat lembut pada sekitar leher Dhiya hingga menyembunyikan kesan chemo port yang ada di situ.
Dhiya selalu mengeluh betapa dia tidak suka akan kesan alat chemo port yang timbul dan membuatkan Dhiya merasa ada kurang pada dirinya.
Jadi sengaja dia belikan skaf itu agar boleh Dhiya pakai.
Medina duduk kembali dan tangan Dhiya diraih lagi. "Dhiya—"
Tangan dibawa ke pipi. Kali ini giliran di aitu menghangatkan Dhiya.
"Aku tahu kau kuat. Aku tahu kau akan bangun. Aku akan tunggu kau."
"PUAN Medina, ini laporan dari Hasyri pasal material."
Dokumen itu beralih tangan. "Terima kasih."
"Sama-sama."
Usai pekerja bawahannya berlalu pergi, telefon bimbit Dhiya berbunyi meminta diangkat.
Melihatkan nama Lasti sebagai pemanggil, segera dijawab oleh Medina. "Hello, Lasti. Ada apa?"
"Dina, Dhiya nya sudah bangun."
Khabar itu jelas menimbulkan kejutan kepada Medina. Tapi dia tersenyum lebar, gembira. "Betul ke ni Lasti? Bila?"
"Benar. Tadi, sekarang doktornya sedang melihat Dhiya."
"Erm, o—okay." Suaranya kedengaran teruja. Penantian lebih dari sebulan akhirnya tiba.
"Dah bagitahu Kasyaf ke?"
"Sudah, tapi Kasyaf nya ada meeting. Selepas meeting Kasyaf datang. Dina mahu datang sekarang?"
Waktu poda skrin komputer dipandang. 11.20 pagi, kepala cuba diingatkan jika dia ada kerja dan temujanji yang penting.
"Iya, saya datang sekarang."
"Baik Dina, hati-hati memandu."
"Okay."
Alamakkk, ada apa-apa ke jadi dekat Medina time on the way 😲😯 hehehehhe
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro