TDLM - bab 61
Bunyi bising di luar biliknya mengejutkan Medina yang sedang membaca al-Quran sementara menunggu waktu Subuh.
Disebabkan langsir sliding door biliknya sudah ditutup, Medina tidak dapat mengintai apa yang terjadi.
Cuma dia terdengar sayup-sayup kedengaran Kasyaf.
Lelaki itu sudah balik.
Wirid dihentikan, Medina bangun dari duduknya di sejadah dan menuju ke pintu.
Hanya sedikit sahaja yang dibuka, cukup untuk mengularkan kepalanya bagi melihat apa yang berlaku.
Dengan jelas dia melihat Kasyaf yang berlari anak sambil mencempung Dhiya yang sepertinya tidak menyedarkan diri.
"Lasti, cepat buka pintu."
"Baik Kasyaf." Wanita asal dari Indonesia itu menyaingi langkah Kasyaf untuk membuka pintu rumah.
Tangan yang memegang tombol pintu digenggam erat.
Mahu saja dia mendekati mereka, bertanya apa yang terjadi tetapi egonya masih menguasai diri.
Waktu enjin kereta Kasyaf sudah tidak kedengaran menandakan mereka sudah beredar, Medina masih lagi terpaku di muka pintu biliknya.
Helaan nafas panjang dan berat dilepaskan, Medina hanya mampu untuk kembali ke tikar sejadah menyambung bacaan al Quran.
Fikirnya Dhiya akan baik-baik sahaja. Memang pernah Dhiya pengsan tidak sedarkan diri selepas rawatan jika badannya terlalu penat.
Ditambah pula dengan kejadian semalam yang mungkin membuatkan Dhiya dalam tekanan yang berat.
Jadi mungkin dalam dua tiga hari lagi keadaan Dhiya akan baik-baik sahaja.
DI ruang menunggu, Kasyaf duduk di kerusi sambil kedua-dua kakinya bergetar, satu tabiatnya.
Kasyaf masih dalam pakaian semalam sebelum dia keluar dari rumah, menunjukkan yang dia tidak ke mana-mana.
Hanya keluar untuk meredakan amarahnya pada Medina, untuk mengelakkan jika dia melampaui batas seperti apa yang dia hampir lakukan pada Medina.
Dan untuk dia larikan diri dari Dhiya juga sebenarnya.
Kerana apabila dia menatap mata Dhiya ketika mengahalang dia, cukup jelas ada riak kekecewaan.
Itu—
Membuatkan dia merasa bersalah.
Tidak ke mana-mana semalam. Selepas keluar membawa keretanya tanpa tujuan hingga malam, dia hanya memarkir di luar pagar rumah.
Tidak mempunyai kekuatan untuk masuk ke dalam rumah kerana merasa bersalah pada kedua-dua Dhiya dan Medina.
Tadi dia beranikan diri untuk masuk ke rumah. Ketika Kasyaf masuk ke bilik Dhiya, dia sudah lihat cadar dan bantal dipenuhi dengan darah.
Wanita itu, sudah tidak sedarkan diri.
Yang lebih parah, dia sudah hampir tidak dapat mengesan denyutan nadi Dhiya kerana terlalu lemah.
Andai semalam dia tidak keluar dan menemani Dhiya, hal ini tidak akan berlaku. Jika malam tadi dia terus pulang selepas keluar, ini semua boleh dielakkan.
Sumpah, andai berlaku apa-apa pada Dhiya, Kasyaf tidak akan pernah mampu untuk memafkan dirinya.
"Penjaga Puan Nadhiya?"
Kedengaran seorang jururawat perempuan memanngil secara umum. Mungkin kerana di ruangan menunggu itu ada beberapa orang lain juga.
Lagipun sudah lebih 2 jam dari waktu Subuh tadi. Wajar lah jika makin ramai orang.
Laju sahaja Kasyaf menuju ke arah jururawat itu, Lasti yang ikut bersamanya juga menghampiri mereka.
"Macam mana dengan isteri saya?"
"Ikut saya Encik, doktor nak bercakap dengan Encik."
Jururawat itu mengetuai laluan dan mereka berdua seperti anak itik hanya ikut.
Dari laluan yang lurus itu, Kasyaf dapat melihat doktor yang selalu merawat Dhiya sedanag bercakap dengan doktor yang lain.
Sempat dia terpandangkan sandal perubatan yang berlainan warna tersarung di kaki doktor yang tua beberapa tahun darinya.
Mungkin tergesa-gesa datang ke hospital kerana Dhiya. Ketika mereka sampai tadi masih lagi gelap di luar.
Doktor yang lebih muda berlalu pergi setelah habis perbicaraan.
Kasyaf mendekati doktor lelaki itu. "Macam mana dengan Dhiya, doktor?"
Dari raut wajah lelaki itu, Kasyaf mengagak ianya tidak lah seberapa bagus, menambahkan debar di dada. Tolonglah, baik-baik sahaja.
"Berapa lama ya Puan Dhiya dalam keadaan macam tu?" soalnya kerana ketika dia sampai, darah sudah mengering menunjukkan sudah lama tetapi tidak disedari.
"Erm— Mungkin—" mana bisa dijawab, kerana di tidak tahu.
Kepala mengegleng kecil. "Saya tak pasti."
Dia hanya mendengar jawapan itu. Mungkin kerana berlaku waktu malam.
"Macam ni Encik Kasyaf, saya boleh katakan yang keadaan Puan Dhiya tidak terlalu baik sebab ini mungkin berlaku 3 ke 4 jam sebelum dia dibawa ke hospital. Dan jantungnya sempat berhenti sebelum kami retrieve dia kembali. Kami dah cuba yang terbaik, tapi dia masih belum sedarkan diri."
"Tapi dia akan sedarkan diri?"
Diam, mungkin mencari perkataan yang sesuai untuk diberikan. "Keadaan Puan Dhiya tidak terlalu baik, kami tak boleh nak bagi jaminan bila dia akan sedar, atau kami sendiri tak boleh nak kata sama ada dia mampu atau tidak untuk sedar."
Allah— hampir gugur lutut Kasyaf apabila mendengarkan penjelasan itu.
"Encik."
"Ya?"
Dia perhatikan suami pesakitnya, cuba untuk membaca. "Puan Dhiya tidak ada bagitahu apa-apa?"
Kening Kasyaf berkerut. Tidak faham. "Tak ada. Ada apa-apa ke yang perlu diberitahu."
Doktor itu pandang Lasti, masih lagi ingat ketika dia memberitahu berita buruk itu, Lasti ada bersama dengan Dhiya.
Kasyaf turut memandang Lasti yang sudah takut-takut jika dimarahi oleh Kasyaf kerana dia merahsiakan akan hal itu.
"Lasti?"
"Saya—"
"Kanser Puan Dhiya dah merebak, hampir ke seluruh organnya dan sudah mula merebak ke tulang. Kami panggil situasi ini sebagai kanser metastik di mana ianya sudah sampai ke tahap keempat. Dalam stage begitu, pesakit biasanya mempunyai survival rate yang sangat rendah, kurang dari 0.8%."
Terasa telinganya berdesing. Bagaikan tidak percaya dengan berita itu.
"Untuk kes Puan Dhiya, kami dah tak mampu untuk kawalnya lagi. Rawatan hanya mampu untuk perlahankan keaktifan sel kanser, tidak lagi untuk menyembuhkan. Jadi apa yang boleh saya sarankan, luangkan masa dengan Puan Dhiya."
Walaupun sayup-sayup kedengaran, dia masih dapat memproses lagi apa yang masuk ke dalam telinganya. "How long does she have time left."
Dia pandang Dhiya dari ruangan kaca kecil yang menampakkan sekujur tubuh yang tidak sedarkan diri. Hujung bibir digigit. "Saya pernah bagitahu Puan Dhiya, mungkin dia ada 3 bulan."
Katanya terhenti. Dia tarik nafas lagi. "Tapi disebabkan kejadian hari ini, dengan tubuhnya yang makin lemah, saya andaikan dan bercakap dari segi medical mungkin 1 bulan."
Apabila terasa dirinya tidak stabil, Kasyaf berpaut pada dinding, cuba untuk mencari kekuatan.
Tidak tahu untuk berbuat apa-apa, dan ini merupakan satu rutin yang biasa dia perlu lakukan untuk memberitahu keadaan pesakit kepada penjaga. "Saya minta diri dulu. Encik boleh masuk ke dalam untuk tengok Puan Dhiya."
Dada yang senak ditahan, terasa pedih tapi Kasyaf tidak mampu untuk luahkan.
Apa yang telah dia lakukan?
"Maaf Kasyaf, saya sudah pesan ke Dhiya untuk bagitahu Kasyaf dan Medina. Hari itu di hospital di bilang ke kalian mahu bagitahu di rumah, tapi tidak sempat kerana semalam—" Lasti tidak menyambung ayatnya apabila teringat apa yang berlaku semalam.
Sebagai seorang suami dia tidak tahu akan semua itu?
Kakinya dikuatkan kembali. Dari luar dia melihat Dhiya yang entah apa saluran dimasukkan ke dalam mulut dan hidung.
Air mata ditahan, untuk Dhiya dia harus lebih kuat.
Itu semua, pasti menyakitkan.
Saya kan selalu macam gambarkan Medina yang selalu nampak Dhiya dari sliding door bilik dia. So semalam saya pun ke Canva buat lah plan rumah diaorang (tiberhhh) supaya macam nampak lah.
Itu je saya mampu buat dengan ketidakpakaran saya so don't laugh at me. Tak kena ke, tak cukup besar ke, tak cantik ke asalkan nampak gambaran Medina intai ke bilik Dhiya yang bertentangan.
Also saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang membaca. I am really thankfull sebab masih membaca :')
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro