TDLM - bab 60
Selimut dilemparkan ke tepi. Medina bangun dari pembaringannya, langsung tidak lena untuk tidur.
Tempat tidur yang biasanya menjadi tempat pembaringan Kasyaf ditatap lama sebelum dia pejamkan mata dan melihat jarum jam yang menghampiri 2 pagi.
Tubuhnya diangkat dari katil sambil merengus kecil kemudiannya meraup kasar rambut ke belakang, sudahlah esok dia kerja.
Kaki diatur keluar dari bilik. Dapur menjadi perhentiannya dan satu gelas kaca diisi dengan air untuk menghilangkan dahaga.
Lama dia diam dan termenung di dapur yang gelap, hanya lampu jalan dan cahaya bulan menerangi malamnya.
Sejak kejadian siang tadi, rumah hanya sunyi. Sama ada dia atau Dhiya masing-masing mengunci diri dalam bilik.
Hanya ada Lasti yang memasak untuk makan malam. Itu pun Medina menjamu makan malamnya di dalam bilik.
Kasyaf?
Entah.
Entah balik atau tidak dari siang tadi. Mungkin ada dalam Dhiya, atau tidak. Medina tidak tahu.
Perlanggaran antara cawan dan lantai mematikan lamunan Medina. Serta merta anak mata tertancap pada bilik Dhiya.
Lama, dan turut kedengaran bunyi batuk-batuk kecil.
Medina mengandai Kasyaf berada di bilik dan membantu Dhiya. Tapi apabila diperhatikan lampu bilik tidak ada yang terpasang, memusykilkan dia.
Lagipun seingatnya dia, tidak pula dia dengar kereta Kasyaf memasuki bilik.
Dia ambil keputusan untuk menuju ke pintu utama. Langsir diselak sedikit untuk mengintai ke luar dan pastilah dia bahawa hanya ada Dhiya seorang di bilik.
Lama Medina tunggu, berharap supaya Lasti akan bangun, tapi apabila batuk Dhiya makin kuat kedengaran, Medina rendahkan egonya untuk ke bilik.
Daun pintu ditolak, Medina lihat tubuh Dhiya berbongkok pada sisi katil untuk mengutip serpihan cawan yang sudah pecah di lantai.
Sempat dia pandang segenap inci bilik itu, masih tiada Kasyaf. Dhiya berseorangan tanpa suami sepertinya.
Apabila wajah sugul Dhiya diangkat bertemu pandangan Medina, Medina larikan pandangan dan berjalan ke katil.
Tanpa sebarang kata, serpihan cawan yang besar dikutip kemudiannya dibuang ke tong sampah.
Penyodok dan penyapu yang berada di sudut bilik digunakan untuk membersihkan sepihan yang lain.
Masih lagi diam, Medina tuangkan air ke dalam cawan kosong yang sudah disediakan di bilik itu.
Medina andaikan Dhiya ingin air, mungkin kerana itu cawan terjatuh.
Kemudian Medina angkat kaki untuk keluar.
"Dina," panggil Dhiya lirih dalam kelam malam mendinginkan lagi suasana antara mereka.
Tapak kaki terhenti. Tapi Medina bagaikan dipaku disitu, tidak memandang Dhiya hanya membelakanginya.
Ada rasa pedih, tapi ada rasa ingin mendengar Dhiya.
Melihat kedinginan Medina, mata Dhiya terpejam rapat lalu decelikkan semula. Nafas panjang ditarik, merasa saluran pernafasan sempit.
"Aku minta maaf Dina. Sumpah demi Allah, aku tak ada niat nak rampas perhatian Kasyaf dari kau. Kalau aku tahu dan sedar yang Kasyaf tak berlaku adil pada kau, aku mesti akan suruh dia untuk lebihkan kau. Tidak ada sekelumit perasaan dalam hati aku untuk ambil masa dia dari kau." Air mata jatuh ke pipi, tapi dia tidak mendengarkan tangisan.
Terasa berdenyut kepala, Medina pejamkan mata. Kakinya terasa tidak stabil, rasa beputar.
Dhiya kesotkan punggungnya pada katil, untuk lebih mendekat dengan Medina, terasa jarak antara mereka terlalu jauh walaupun hanya dalam bilik.
"Aku— aku—" sebak membuatkan dadanya terasa sesak, menyukarkan dia untuk bertutur.
"Aku janji tak lama Dina untuk aku tumpang kasih sayang kau dan Kasyaf. Mungkin 3 bulan atau kurang. Kalau— kalau—"
Nafas ditarik beberapa kali, terasa tidak cukup udara di dalam bilik. "Ka— kalau lebih dari 3 bulan, aku janji yang aku akan minta cerai."
Mendengarkan ayat itu, terus Medina pandang Dhiya. "Kau nak minta cerai untuk apa? Untuk nampakkan aku yang jahat dan tak boleh berkongsi kasih dengan kau?"
"Macam tu?"
Kepala menggeleng laju, menidakkan. "Tak Dina, aku tak bermaksud macam tu."
Perasaan marah kembali mengusai diri dan Medina kembali memalingkan tubuhnya, menyembunyikan tubir mata yang mula penuh dengan air mata.
"Aku tak pernah berniat mengahwini Kasyaf untuk rampas dia dari kau. Aku hanya nak menumpang kasih sebelum aku pergi."
"Tanpa dia, aku boleh jaga kau. Aku boleh jaga kau lebih baik dari Kasyaf. Aku anggap kau kawan terbaik aku, yang aku tak pernah akan bayangkan aku akan berkongsi kasih dengan kau, atau sesiapa pun."
"Kau gunakan sakit kau untuk dapatkan Kasyaf." Tapi dia gagal juga apabila setitik demi setitik air mata turun.
"Kau kata pada aku kau akan mengandungkan zuriat dia, jadi aku percaya dekat kau. Tapi siapa tahu masa tu, hanya kau dan Tuhan yang tahu kau dah tak mampu untuk berikan dia zuriat bila kau dah buangkan rahim kau."
Air mata diseka. Dia sendiri sebak dan sakit. Tipulah jika dia tidak merasa tertipu. "Kau tipu aku, kau tipu Kasyaf. Kau tipu semua orang disekeliling kami."
Ayat itu disambut dengan anggukan lemah dari Dhiya.
Memang tidak dinafikan, dia penipu. Mengambil peluang dalam keterdesakan Medina sebagai seorang isteri.
Separuh kepalanya dipusingkan, cukup untuk dia melihat Medina di sisi katil dengan hujung anak mata. "Kau tahu Dhiya, walaupun kau kata kau tak pernah berniat untuk rampas Kasyaf dari aku, pada saat kau katakan pada aku yang kau nak kahwin dengan Kasyaf, itu ada lah niat kau untuk rampas dia dari aku."
Habis menuturkan kata yang menusuk jauh ke dalam hati Dhiya, Medina menapak pergi menuju ke biliknya.
Pergi sahaja Medina, Dhiya tersedu menghembuskan air matanya.
Kata-kata yang dia dengar pada hari ini terlalu tajam tapi itu yang harus dia terima kerana itu lah kebenarannya.
"Apa yang I buat pada Dhiya, adalah tanggungjawab I sebagai seorang suami. Tapi apa yang I buat demi you, sebab I cintakan you."
Ayat yang keluar dari mulut Kasyaf tenghari tadi pada Medina cukup meletakkan dia pada tempat di mana Kasyaf tidak akan mungkin pernah membalas perasaan yang sama dengannya.
Hingga pada akhir nafas Dhiya, ini akan tetap menjadi cinta bertepuk sebelah tangan.
"Pada saat kau katakan pada aku yang kau nak kahwin dengan Kasyaf, itu ada lah niat kau untuk rampas dia dari aku."
Itu lah perkara yang paling kejam yang pernah dia lakukan. Berlakon sok sok suci dan lemah sedangkan memang itu niat yang selama ini dia sendiri terlepas.
Mungkin ini akan kekal menjadi cerita cinta seperti ini.
Dalam setiap cerita antara Dhiya dan Medina, Dhiya akan tetap menjadi watak pembantu yang biasanya berniat jahat untuk merampas kebahagian.
Tangan kanan yang dari tadi disebumbunyikan di bawah paha ditarik. Darah yang sudah kering ditatap lama.
Bangunnya Dhiya pada malam ini kerana sakit di dada. Tadi ketika dia ingin mencapai cawan untuk menelan ubat, tangannya terlepas.
Dan ketika itu lah, untuk pertama kali dia batuk mengeluarkan darah.
Doktornya ada berpesan kerana kanser yang sudah merebak ke paru-paru, ada kemungkinan dia akan batuk berdarah.
Ianya, betul-betul berlaku...
Tubuh mengiring lemah ke katil. Dadannya terlalu perit membuatkan dia mengurut kecil dada.
Malam terlalu rasa dingin dan sunyi.
Dhiya batuk lagi dan lebih banyak dari keluar dari mulut sehingga meninggalkan kesan pada bantal.
Mata terasa lemah sehingga nafas terlalu sukar untuk dia bernafas.
Jika malam ini malam terakhirnya, matikan lah dia dalam kalangan orang-orang yang beriman, bukan sebagai seorang pendosa.
Asyhadu al—
Nafas ditarik kecil lalu dihembuskan. Dia batuk lagi dan darah mengalir keluar.
Al— Allah...
Saya tulis chapter ni sambil dengar lagu Rapuh by Agnes Monica pastu macam ehhhh, nak nangis. tiberhh
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro