TDLM - bab 6
Untuk malam ini, Dhiya memilih untuk memakai baju dress labuh bercorak bunga bewarna kuning.
Tadi dia berkira-kira untuk memakai topi tapi nanti dipandang pelik. Malam malam pakai topi, pertunjukan api pula tu.
Bedak talkum Enchaunter disapu rata pada seluruh muka sebelum bibirnya dicalit dengan lip balm Silkygirl yang bewarna pink. Minyak wangi Izzy disembur pada sekitar badan.
"Amboi! Minyak wangi tumpah ke?" perli Iman apabila bilik mereka semerbak dengan minyak wangi. Malam ini dia mengenakan dress separas betis bewarna biru muda.
Dia hanya menguntum segaris sengihan. "Diaorang dah siap ke?" alat soleknya disimpan kembali ke dalam beg kecil.
"Dina belum lagi, sekejap je lagi katanya."
"Tak apa lah, kita tunggu dekat luar je lah." Dhiya tidak membawa apa-apa untuk keluar kerana semangnya dia tidak suka untuk memegang apa-apa. Biasanya dia hanya menumpang beg sesiapa yang besar.
Pintu bilik dikunci lalu disimpan oleh Iman. Senyuman terbit di bibir Dhiya apabila melihat Kasyaf sudah menunggu di hadapan chalet. Mereka sudah berjanji untuk pergi bersama-sama.
Seperti biasa, lelaki itu hanya mengenakan pakaian yang santai dengan seluar slack bewarna kulit dengan t-shirt hitam yang dipadankan dengan kemeja bercorak petak dibiarkan tidak dibutang. Tidak dilupakan juga, kamera kesayangannya.
"Hai."
Teguran itu membuatkan Kasyaf memusingkan tubuh berhadapan dengan Dhiya. Senyuman Dhiya dibalas, gadis itu tidak pernah lokek dengan senyuman.
"Hai."
"Lama tunggu?" mereka berjanji untuk berkumpul pada pukul 8.45 tapi sekarang sudah pukul 9.10 malam.
Kepala yang tidak gatal digaru. "Tak ada lah, standard tunggu perempuan bersiap."
"Lama lah tu." Jawapan Dhiya mencetuskan tawa di antara mereka.
"Kejap tau, tunggu Medina. Dia kalau bersiap memang lama. Tapi awas, jangan banyak komen pasal dia, nanti dia..." Jari telunjuk dinaikkan ke atas kepala membuat gaya seperti tanduk dan Kasyaf hanya tergelak kecil.
Kedengaran bunyi pintu dikunci. Medina dan Hanan sudah siap dengan Medina yang hanya memakai dress labuh bewarna putih kosong. Tudung bawal bewarna kuning cair dihiasi manik melengkapkan gayanya.
Memang di antara mereka tidak dinafikan Medina lah yang paling cantik dan lawa. Medina tarik nafas pun paling cantik.
"Sorry, sorry. Tadi berebut bilik air dengan Hanan." Medina tergesa-gesa menyarungkan sandalnya. Mereka berlima berjalan sebaris menuju ke pantai.
"Alah, mandi je lah sekali."
Tidak semena-mena Medina mencubit lengan Dhiya, mungkin kerana tidak suka dia berkata seperti itu apabila Kasyaf ada dengan mereka.
Mereka tidak boleh menyembunyikan wajah mereka yang terpesona dengan pesta api yang ditunjukkan di tepi pantai yang sudah dipenuhi dengan pengunjung baik tempatan mahupun luar.
Ada yang memarakkan api dengan hanya meniup menggunakan mulut, ada yang membuat lingkungan api dan ada juga yang membuat persembahan secara berkumpulan.
Peluang itu segera diambil oleh Kasyaf untuk menangkap gambar sebanyak yang boleh. Medina juga turut mengeluarkan kamera polaroidnya.
"Tolong tangkap gambar aku dengan Dhiya." Kamera diberikan kepada Hanan. Dengan berlatar belakangkan pesta api, butang pada kamera ditangkap.
"Kasyaf." Itu mungkin adalah kali pertama Dhiya memanggil Kasyaf membuatkan lelaki itu berhenti daripada menangkap gambar.
Kamera dihulurkan kepada lelaki itu yang kemudiannya disambut. "4 copy." Medina berhajat untuk memberikan seorang satu gambar mereka yang ditangkap menggunakan polaroid.
Kasyaf memberikan semua filem dan kamera kembali kepada Medina. Sempat dia berkan segaris senyuman tipis dan disambut lambat-lambat oleh Medina.
"Dhiya."
"Hmm?"
Tubuh Dhiya ditarik lembut lalu dia dekatkan Dhiya dengan Kasyaf. "Aku tangkapkan gambar korang."
Kasyaf dan Dhiya saling berpandangan dengan perbuatan Medina. Belum sempat pun mereka berposing, Medina sudah menekan butang.
"Dina." Rengek Dhiya apabila kawannya tidak menunggu dia bersedia.
"Sekali lagi."
Kali ini ini mereka bersedia terlebih dahulu sebelum Medina menekan butang. Dua keping filem polaroid diberikan kepada Dhiya lalu Medina menghilang mengikuti Hanan dan Iman yang duduk tidak jauh dari mereka.
Dhiya asyik melihat gambar itu. Sekeping di mana dia dan Kasyaf saling berpandangan manakal sekeping lagi mereka berdua tersenyum sambil membuat gaya peace.
"Saya nak yang ni boleh?" gambar di mana mereka membuat gaya peace diberikan kepada Kasyaf, sekeping lagi dia simpan.
Kepala hanya diangguk sambil meyambut huluran itu. Beberapa saat dia tengok lalu disimpan di dalam poket seluar slack.
Dari jauh, mereka berdua asyik memandang ke pertunjukan api yang semakin menghampiri ke kemuncak.
"Terima kasih."
Kata yang diucapkan oleh Kasyaf membuatkan Dhiya hairan. Bercakap dengan dia kah? Tiba-tiba? "Dengan saya ke? Kenapa?"
Kasyaf sengih kecil. "Ya lah, awak lah. Saja." Hujung kaki menguis pasir di bawah. "Sebab welcoming me into your vacation. It should be you and your friends tapi tiba-tiba ada saya. Saya takut kalau saya menggangu."
"Oh, mana ada lah. Kitaorang okay je." Dia menyedapkan hati Kasyaf. Untuk dirinya sendiri, kehadiran Kasyaf di antara mereka langsung tidak menganggu malahan dia lebih suka.
Sekurang-kurangnya ada yang menjadi jurufoto mereka.
"Dhiya." Lama-lama Kasyaf memanggil Dhiya.
Dia agak tersentak apabila Kasyaf memanggil namanya kali ini. Suara itu itu kedengaran lain dari tadi dan jangan tanya kenapa jantungnya mulai berdebar.
"Ya." Dia tidak memandang Kasyaf yang berada di sebelahnya.
Kedengaran Kasyaf menghela nafas panjang. "Saya tahu perkara ini agak mengejut. Dengan kita yang baru kenal." Nafas panjang ditarik.
Jantung Dhiya bagai nak pecah. Dia menanti apa yang ingin dikatakan oleh Kasyaf. Dengan hujung anak mata, Dhiya pandang Kasyaf.
"Saya..."
Dia pandang Kasyaf. Ingin sahaja Dhiya memukul Kasyaf disitu apabila bercakap sepatah-sepatah.
Lelaki itu menundukkan kepala lalu diangkat kembali. "Saya sukakan..."
Nama yang disebut oleh Kasyaf tidak kedengaran apabila pengunjung disekeliling bersorak kuat apabila pertunjukan api sampai di klimaksnya.
Tersentak Dhiya lalu dia pandang ke depan. Api besar dengan pancaran cahaya yang kuat terbentang di matanya. Dia agak kagum tapi itu bukan yang berada di fikirannya.
Walaupun tidak dengar nama yang disebuatkan oleh Kasyaf, dia dapat menangkap bibir Kasyaf mengungkapkan huruf d.
Adakah lelaki itu baru meluahkan bahawa dia menyukainya? Jantung Dhiya berdegup kencang. Ada hal yang dia ingin tanya namun mulutnya seolah-olah membeku.
"Dhiya!" panggilan Hanan yang sedikit ditenggelami oleh pengunjung membuatkan dia tersedar dari lamunannya.
"Mari lah sini. Nampak ke duduk dekat belakang tu?" Hanan menghampiri dia lalu tangan ditarik mendekati mereka yang lain.
Wajahnya dipusingkan dan dia hanya sempat melihat muka Kasyaf dengan senyuman nipis.
"KAU okey tak ni?" lampu bilik di buka. Tidak sedar jarum jam sudah menunjuk ke angka 12.40 malam. Rasanya baru sekajp sahaja mereka di pesta api tadi.
Sekilas dia pandang Dhiya yang dari tadi asyik tersenyum. Iman duduk di sofa untuk menghilangkan lenguh pada kaki sebelum Dhiya turut duduk di sebelahnya.
Muka Iman dipandang. Dia tidak tahu sama ada dia patut cerita atau tidak. Kasyaf selepas itu langsung tidak menyentuh hal ini. Dia hanya berlagak biasa.
Cuma dia perasan yang Kasyaf makin senyum. Sebelum berpisah tadi dia juga sempat mengucapkan selamat malam padahal sebelu ini tidak pernah.
"Kenapa?" peha Dhiya ditampar. Boleh pula termenung.
"Kasyaf."
"Kenapa dengan dia?"
"Dia kata dia suka aku."
Terbuntang mata Iman tidak percaya. "Seriously? Bila?"
"Tadi."
"Habis tu kau cakap apa?"
"Aku tak cakap apa-apa."
"Kenapa?"
"Awal sangat. Mungkin aku lebih perlukan masa untu kenal dengan dia sebelum aku bagi jawapan." Nafas kecil dihela.
"Betul. Aku setuju. Baru kenal 3 hari takkan kau dah nak kata ya. Habis tu macam mana kau nak kenal-kenal dengan dia? Nombor tak ada. Email ke?"
Bantal empat segi didakap. "Dia yang confess dia lah yang usaha."
Iman tergelak kecil. "Amboi kau. Dah tak single lah lepas ni. Tak sabar nak merasa nasi minyak. Tak sangka kau yang paling awal kahwin." Sengaja dia mengusik.
Bantal tadi digunakan oleh Dhiya untuk mengempuk Iman. "Kau, kalau bercakap." Dhiya bangun mencapai tuala sebelum menghilang ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Esok mereka semua termasuk Kasyaf akan meninggalkan pulau ini.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro