Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

TDLM - bab 59

Tersedar dari lenanya apabila cahaya menembusi kelopak matanya. Di muka pintu, Kasyaf dapat melihat Medina memandangnya dengan kekecewaan.

Apabila pandangan mereka bertemu, Medina pusingkan tubuh untuk pergi.

Mulai sedar dengan apa yang sedang berlaku, Kasyaf segera bangun dari katil untuk mendapatkan Medina, meninggalkan Dhiya yang masih tidur.

"Dina, wait." Kasyaf berlari anak untuk meyaingi langkah Medina.

Panggilan Kasyaf diendahkan, empangan mata sudah pecah dan makin melebat. Sungguh hatinya hancur!

"I— I boleh jelaskan—" walaupun sekarang emmang salahnya.

Lengan Medina cuba diraih namun ditarik kasar oleh Medina. Tidak sanggup berada lama-lama di rumah ini. Boleh kenyang makan hati berulam jantung.

Di ruang tamu, Kasyaf kuatkan pegangannya menghalang Medina untuk terus pergi.

"Lepas," kata Medina tegas.

"Tadi suhu Dhiya naik, I—"

"Lepas Kasyaf, lepas!" suara Medina sudah naik tingga hingga bergema di setiap Kawasan rumah.

Mukanya tertunduk, tahu memang dia yang bersalah. Entah bagaimana dia boleh terlelap dia sendiri tidak tahu.

"4 jam I tunggu Kasyaf, 4 jam! Dengan perut macam ni, dengan panas dekat luar tu, 4 jam I tunggu. Macam orang bodoh!" amarahnya dilepaskan.

"I call you macam orang gila, you tak jawab langsung! Kalau I tahu macam ni, dari tadi lagi I balik sendiri."

Menunggu lebih dari 1 jam lagi Medina sungguh berhasrat ingin pulang menaiki Grab. Tapi memikirkan yang mungkin Kasyaf dalam perjalan mengambilnya dan jika dia dalam perjalanan pulang, akan menyusahkan Kasyaf. Lagipun Kasyaf sudah pesan untuk mengambilnya, jadi dia agak berharap.

Akhirnya dia menunggu dan terus menunggu hingga jarum jam menunjukkan ke angka 1 petang. Hanya untuk dia pulang melihat suaminya senang-senang tidur di atas katil.

Telefon dikeluarkan dari poket. Melihat panggilan yang langsung tidak dijawab. Bagaimana boleh dia lupa jika hujung minggu memang dia letakkan telefon dalam mod do not disturb.

"I— I tak sedar, I'm sorry okay."

Maaf? Senangnya Kasyaf bercakap. "You ingat maaf you tu boleh sejukkan hati I?"

"Kita bincang dalam bilik, dekat sini Dhiya boleh dengar. Dia tengah rehat."

Mendengarkan nama itu menambahkan sebal di hati. Dhiya, Dhiya, Dhiya! Semua ini berlaku kerana Dhiya. Sejak perempuan itu datang ke sini, tidak pernah ada satu hari pun dia rasa hubungannya dengan Kasyaf sama seperti dulu.

"You memang tak habis-habis dengan Dhiya. Memang Dhiya je ke yang you kena cara sekarang ni?"

Keningnya berkerut. Medina sudah salah faham. "Apa you cakap ni? Dua-dua I peduli. Tapi Dhiya kan sakit, I kena—"

"I mengandung Kasyaf!" teriakan Medina kali ini lebih kuat berbanding tadi, malahan paling kuat yang pernah sesiapa dengar.

Air mata makin melebat. Biar, biar Kasyaf nampak semua itu. Sudah penat dia makan hati selama ini.

Dan biar Dhiya dengar. Biar Dhiya tahu yang hadirnya sudah mula merobohkan istana bahagia dia dan Kasyaf.

Hanya sakit Dhiya yang Kasyaf peduli. Penat lelah dan sakitnya selama ini? "I mengandungkan anak you." Dia tolak bahu Kasyaf menggunakan jari telunjuk apabil perkataan 'anak you' menegaskan itu adalah keturunan Kasyaf yang sah.

"I tak faham lah kenapa semua orang lebihkan Dhiya. I ni 9 tahun tau tunggu anak, sakit keguguran semua tu. Jadi apa kurang sakit I dengan sakit Dhiya? Sakit Dhiya tu lebih sakit daripada sakit dan kesedihan yang I rasa selama ni ke?"

Mengucap Kasyaf dalam diri mendengarkan kata-kata Medina. Rasa sekarang amarah sudah menguasai Medina sehinggakan menutur kata yang sepatutnya tidak harus terucap.

"You cakap apa ni? I tak pernah lebihkan you dan dia. Tak pernah I bezakan sakit you dan dia."

"Dah tu kenapa you tak adil Kasyaf? Kenapa you bagi masa you hanya untuk dia? I macam mana? I isteri you juga, I yang you pilih." Tangisannya makin kuat. Biar Kasyaf tahu perasaanya.

"I dah cuba berlaku adil, Dina. I dah cuba buat yang terbaik." Sungguh dia sudah cuba sedaya yang mungkin. Dalam dia menjaga Dhiya, sehabis mungkin dia menjaga Medina juga.

"Kalau you dah berlaku adil, kenapa I masih terluka?" Medina tanya lagi.

Kasyaf meraup rambutnya. Terasa kusut kepala saat ini, rasa bagai kepalanya berdenyut tapi masih cuba untuk bersikap tenang walaupun dadanya sendiri berombak.

"Kalau I kena jaga hati you dan Dina, siapa yang jaga perasaan I?"

Bibir Medina berdecit mendengarkan soalan Kasyaf. "You jangan nak ubah topik jadikan ni pasal perasaan you. Ini pasal perasaan I."

Kepala angguk kecil, Kasyaf akui tewasnya dia. "You selfish, Dina."

Hampir melopong mulutnya dengan kata-kata Kasyaf. Hatinya bagaikan ditembak dengan peluru.

"Pernah you fikirkan pasal perasaan I masa you suruh kahwin dengan Dhiya? Ada you dengar masa I cakap I tak kisah pasal anak tapi you tetap dengan keputusan you nak I kahwin dengan dia?" alang-alang semua nak meluahkan perasaan, biar Medina juga tahu hancurnya hati dia.

"Ada you fikirkan apa yang Dhiya rasa masa perkahwinan I dengan dia dulu, mungkin I tak dapat terima dia dan I takkan boleh bahagiakan dia? Ada pernah tak you terfikir kenapa I dengan Dhiya ambil keputusan untuk bercerai?" persoalan lama dibangkitkan.

Tapi Medina tetap memandangnya terus, tidak faham kenapa Kasyaf perlu ungkit akan hal ini.

"Mesti tak kan? Kalau you faham, kalau you fikir, you takkan suruh I cancelkan perceraian tu. Kalau I dengan dia berpisah sekalipun, I sanggup jaga dia macam mana I jaga dia sekarang. Sebab apa? Sebab selama ni, apa yang I buat, I buat sebab I fikirkan pasal hati dan perasaan you, Dina."

"Apa yang I buat pada Dhiya, adalah tanggungjawab I sebagai seorang suami. Tapi apa yang I buat demi you, sebab I cintakan you."

"Jadi sekarang ni you nak putarkan semua ni jadi salah I pula? Macam tu?" Medina larikan pandangan dari Kasyaf. Hati ini sudah tergores.

Mata dipejam rapat. Sungguh Medina tidak pernah faham. "I tak kata salah you. I dah redha dan terima semua ni. Cuma I tak faham bila you kata I tak cuba untuk jadi adil."

"Padahal setiap kali I mendatangi you, you akan suruh I temankan Dhiya. Setiap kali I letakkan perasaan you tinggi dan lebih dari apa pun, you akan tetap suruh I pergi pada Dhiya."

"Jadi I dah cuba yang terbaik."

Diam dan hening.

Kasyaf cuba baca air wajah Medina walaupun mereka tidak bertentang mata. Diakuinya apa yang berlaku hari ini memang salahnya tapi apabila hal ini berbangkit, Kasyaf sendiri jadi tidak faham.

"I'm sorry, tapi I tetap tak faham dengan cubaan terbaik you."

Kata-kata itu buatkan Kasyaf menjadi hampa. Bagaiman boleh Medina menjadi serumit ini.

"I rasa I tak boleh nak hidup macam ni. I ingat I boleh terima hidup bermadu, tapi mungkin ada betulnya juga yang I tak kuat."

Terdengar helaan nafas kuat tapi kecil milik Kasyaf. "You cuba nak cakap apa ni?"

Mungkin apa yang dia katakan akan melihatkan dia jahat, tapi seperti Dhiya, dia juga ingin pentingkan diri. "I atau dia."

"Ya Allah, Dina. You sedar tak apa yang you cakap ni?"

"Tahu, I tahu. Tapi apa-apa pun, you cintakan I kan? You akan pilih I kan? Kan you tak pernah cintakan dia." Yakin bahawa dia akan menjadi pilihan.

"Dina."

"Kalau you lepaskan dia, I izinkan you jaga dia macam mana you jaga dia sekarang."

"Dina." Suaranya naik sedikit, tidak bersetuju dengan apa yang disulkan. Mudah untuk Medina berkata-kata.

Suara Dina makin sebak apabila Kasyaf seolah-olah tidak bersetuju. Walaupun sekarang mereka begini, Medina tidak akan mampu untuk melepaskan Kasyaf pergi.

"Ataupun, you nak berpisah lain cara dengan dia?"

"Apa you cakap ni?"

"Kan Dhiya kan dah tak nak buat treatment untuk kemo—"

"Dina." Suara Kasyaf makin naik, sungguh tidak masuk akal apabila dia dapat menangkap maksud Medina.

Kepala menggeleng laju tidak mahu mendengar Kasyaf, walaupun dia tahu ini idea gila dan tidak masuk akal. "Kita tak payah lah bagi dia buat kemo. Biar Dhiya—"

"Medina!" suara Kasyaf bergema di setiap inci ruang tamu.

"You lepaskan lah Dhiya!" teriakan dibalas jeritan.

Kesabarannya makin menipis dengan sikap Medina lalu untuk pertama kalinya tangan diangkap lalu dilayangkan. Medina sudah memejamkan matanya.

"Kasyaf!"

Tangan Kasyaf terhenti di udara. Masing-masing Kasyaf dan Medina memandang ke arah hujung ruang tamu.

Kelihatan Dhiya dengan air mata yang berkumpul memandang mereka sambil menggelengkan kepala.

Walaupun badan terasa lemah, dia gagahkan juga untuk menapak ke sini apabila jeritan suara antara mereka berdua bergema.

Dari awal sehingga akhir Dhiya dapat mendengar apa yang dipergaduhkan oleh mereka dan sungguh dia sedih dan merasa bersalah mengetahui dia lah punca.

Tangan Kasyaf turun jatuh ke bawah. Cuba untuk meredakan diri. Tidak pernah dia terbayang untuk menaikkan tangan pada mana-mana perempuan apatah lagi Medina.

Mata Medina berkaca. Ini kali pertama. "Kau tengok lah Dhiya, apa yang kau dah buat dekat rumah tangga aku dengan Kasyaf."

Apabila Medina cuba untuk pergi, Kasyaf pegang kuat tangan Medina, mengahalang. "You stay, I yang pergi."

Lalu Kasyaf keluar dari rumah menaiki keretanya, meninggalkan kedua-dua isterinya, Medina dan Nadhiya.

Air mata diseka. Medina pandang Dhiya dengan mata yang mencerlung.

Tanpa berkata apa-apa, Medina membuka langkah masuk ke bilik dengan menghempas pintu.

Merasakan lututnya yang lemah, Dhiya hampir terduduk ke lantai. Segera Lasti yang tadi hanya diam dan memasang telinga dan mata mendapatkan Dhiya.

Hanya esakan yang ditahan Dhiya kedengaran.

Panjangnyaaa TT..TT

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro