Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

TDLM - bab 58

Tubuh lemah Dhiya dicempung keluar dari bilik air.

Setelah memujuk untuk beberapa hari dengan pengawasan dari doktor akan keadaannya, Dhiya akhirnya akur untuk melakukan rawatan kemoterapi.

Disebabkan oleh rawatan baru dilakukan semalam, Dhiya masih ditahan di wad hospital.

Kebiasan sekarang memang begitu. Biasanya dahulu tanpa perlu menginap di hospital juga sudah boleh keluar. Tetapi disebabkan keadaannya yang semakin memburuk, doktor perlu mengawasinya terlebih dahulu.

Apatah lagi kesan rawatan semakin mempengaruhi kesihatan Dhiya. Tadi sahaja dia baru memuntahkan isi perut di bilik air.

Medina yang duduk di kerusi bersebalahan katil bangun dari duduknya, membantu Kasyaf untuk menyelimuti Dhiya.

Mereka berdua baru sahaja sampai. Memandangkan hari ini hari Khamis. Balik dari kerja, bersihkan diri lalu terus ke sini.

"Nak air?"

Dhiya angguk lemah. Terasa pening dan mual-mual.

Air mineral yang baru dibeli dalam perjalanan dituang ke dalam gelas. Disua ke mulut Dhiya dan hanya diteguk beberapa kali sahaja.

"Makan nak? Aku boleh belikan dekat cafeteria."

Kepalanya menggeleng tidak mahu. Nanti dia muntah lagi.

"Tak apa lah, rehat." Medina tidak mahu memaksa, keadaan Dhiya masih lagi lemah.

Matanya dipejam, rasa sakit-sakit badan membuatkan dia hanya ingin tidur.

"You nak tidur sini ke malam ni?"

Kasyaf yang berada di belahan katil yang bertentangan dengan Medina mendekati isterinya dan mereka berdua duduk di sofa panjang.

Lasti yang turut ada menemani Dhiya dari pagi kelihatan membetulkan selimut Dhiya.

"Tak, I balik dengan you." Semalam dia sudah tidur di sini.

Memandangkan semalam keadaan Dhiya lebih teruk dengan demam panas. Hari ini walaupun masih ada kesan, tapi lebih baik dari semalam.

"Lasti kan ada." Tambahnya lagi.

"Okay."

"Dina."

Suara lemah Dhiya memanggil Medina dan mereka serentak memandang wanita itu yang kembali membuka mata.

"Kenapa, awak nak apa?" Kasyaf segera mendekati katil Dhiya kembali.

Silih berganti dia memandang Medina dan Kasyaf tapi pada akhirnya dia memandang Lasti. Bibir menggumam seperti ada kata yang tak terluah.

Pagi tadi, Lasti menasihati Dhiya untuk berterus terang kepada Kasyaf dan Medina akan keadaannya.

Dan difikir-fikirkan, mereka berhak tahu. Walau hakikatnya dia tidak mahu membuatkan mereka risau akannya.

"Saya ada benda nak bagi tahu." Tuturnya lemah dengan mulut yang terasa kering lagi.

"Apa dia?"

Diam. Bagai ada sesuatu yang menyekat anak tekak untuk berbicara.

"Erm—"

Masing-masing menunggu untuk Dhiya memberitahu, walaupun agak lama dia membisu.

Kepala akhirnya digeleng sahaja. "Dekat rumah nanti saya bagitahu."

Tidak jadi. Bukan apa, kalau dia beritahu di sini, sekarang nanti mereka akan meluru ke doktor. Jadinya Dhiya tidak mahu mereka tanya apa-apa. Biar lah dia sahaja yang menerangkan.

Kasyaf dan Medina saling berpandangan.

Jujurnya mereka tahu ada yang disembunyikan oleh Dhiya dan itu lah yang membuatkan sikapnya berubah beberapa minggu ini tapi mereka tidak mahu memaksa. Apabila Dhiya bersedia, baru lah diberitahu.

"Okay, tak apa. Awak rehat je."


TELEKUNG ditanggalkan lalu disidai pada hanger. Sekilas dia pandang Kasyaf yang melipat sejadah.

Telefon yang berada di hujung katil diambil, membuka aplikasi Whatsapp untuk mesej peribadi, mesej dari kerja diendahkan.

"Bila appointment you dengan doktor?" kopiah putih dilipat dua, Kasyaf duduk di sisi katil, memandang Medina yang duduk di sofa.

Medina angkat muka dari memandang skrin telefon. "Lusa, 9 pagi."

"I temankan ya, lagipun tu untuk tahu gender baby kita."

"Dhiya keluar hospital bila?"

Kasyaf gelengkan kepala, tidak tahu. "Tapi biasanya dua malam je kan dekat hospital. Insyallah esok discharge. Sementara I temankan you, Lasti boleh jaga kan dia dekat rumah."

Medina senyum kecil. "Okay."

Jarum jam dinding dipandang, sudah menghampiri 11 malam. Tadi balik sahaja dari hospital, terus mereka solat Isyak berjemaah.

"Tak nak tidur lagi?" soalnya.

"Kejap lagi, nak reply mesej."

"Okay, I masuk tidur dulu."

"Okay, goodnight."

"Goodnight."


"BUKU pink ada dah kan?" brek tangan ditarik apabila keretanya memasuki kotak parkir kereta berhadapan dengan klinik yang biasa dikunjungi Medina.

"Ada." Walaupun sudah memeriksa dua kali di rumah, Medina buka sedikit tote beg yang dia letakkan buku temujanji, ada.

Telefon yang sedang dicas pada usb kereta ditarik, bawah 50% tetapi cukup lah tu. Bukannya dia selalu sangat main telefon di tempat awam.

"Jom." Kasyaf keluar dari kereta, berlari anak menuju ke belah sisi Medina, membantu isterinya untuk keluar.

Serentak dia menekan punat untuk mengunci kereta, telefonnya berbunyi menandakan ada panggilan yang masuk.

Medina biarkan Kasyaf menjawab panggilan tersebut sementara dia membuka langkah mendekati pintu masuk utama hospital.

Ketika dia pusingkan kepala memandang Kasyaf yang baru menutup panggilan, dia perasan akan wajah serba salah suaminya.

"Kenapa you?"

Kasyaf berjalan mendekati Medina. "Lasti telefon."

"Kenapa?"

"Dhiya dah boleh discharge." Isi pipinya digigit, serba salah kerana sekarang dia menemani Medina.

Kirakan Dhiya boleh pulang semalam, tetapi kerana tubuhnya masih lemah, dia ditahan sehingga ke hari ini.

Air muka Kasyaf cuba untuk dibaca oleh Medina. "Tak apa lah, you pergi lah ambil dia."

"You macam mana?"

"I check je lah dekat dalam."

"Okay, nanti I ambil dia, terus I datang sini balik."

"Eh tak apa, you hantar dia balik rumah dia dulu. Takut tak selesa lah nak tunggu kalau I lambat. Hari ni kan Sabtu, takut lama."

"Okay."

"You nak datang balik ke ambil I? Tak apa lah, I balik dengan grab je, kesian you nak ulang-alik."

"Eh, I datang balik lah. I kan ada, tak perlu grab semua tu."

Medina senyum, "Okay."

"Kalau you dah siap, call I. Takut I lambat atau apa."

"Baik."

"Kalau ada apa-apa pun call I."

"Okay."

"Bateri tadi cukup tak?"

"Cukup."

Pegangan pada tote beg dikemaskan. "I masuk dulu."

"Nanti I datang balik."


BERHENTI sahaja kereta Kasyaf di garaj kereta, cepat cepat Lasti membuka pintu yang dikunci manakala Kasyaf mengeluarkan kerusi roda dari kereta.

Sedang Lasti menolak kerusi roda ke muka pintu, Kasyaf mencempung Dhiya keluar dari kereta lalu diletakkan dengan lembut pada kerusi roda.

"Lasti, awak nak mandi dulu ke apa, boleh lah. Saya tengokkan Dhiya sekejap."

"Baik Kasyaf."

Sedang Lasti membuka kembali pintu kereta untuk mengambil beg pakaian Dhiya dan dia, Kasyaf menolak kerusi roda menuju ke bilik.

Dia membantu Dhiya untuk ke katil. "You nak air?"

Dhiya hanya mengangguk kecil untuk soalan itu.

Anak mata melihat pada meja kecil bersebelahan dengan katil Dhiya, biasanya akan tersedia jag air tapi disebab sudah beberapa hari di hospital, dia telah membersihkannya tempoh hari.

"Sekejap, saya ambil dekat dapur." Dengan segera Kasyaf menuju ke dapur.

Tapi sekembalinya dia ke bilik, Dhiya sudah melelapkan mata.

Langkahnya yang tadi laju diperlahan. Jag air dan cawan disusun pada meja. Selimut ditarik sehingga menutupi bahu Dhiya, kelajuan kipas diperlahan.

Apabila dia ingin melangkah pergi ke Medina, telinganya menangkap kecil helaan nafas berat Dhiya.

Badannya didekatkan kembali dengan katil lau dia sentuh dahi Dhiya. Suam, mungkin kerana demam yang baru kebah.

Pintu bilik air dibuka dan dia ambil tuala yang biasa dia gunakan untuk menuam kepala Dhiya jika dia demam.

Kembali ke katil, Kasyaf duduk di tepi dan menuam kepala Dhiya dengan tuala yang sudah dibasahkan.


SAYUP-sayup kedengaran bunyi iqamah solat Zohor yang sudah masuk waktu mungkin 10 minit yang lalu.

Fikirannya tidak ke lain apabila tiba di rumah yang sunyi itu, terus ke bilik.

Apabila pintu bilik dibuka, turun naik dadanya menahan nafas apabila melihat dua kujur badan yang sedang tidur di atas katil.

Menahan perasaan yang bagaikan dipukul ombak deras, bila-bila masa sahaja empangan air matanya akan pecah.

Melihat Kasyaf yang mula mencelik mata, tersedar akan kehadirannya, Medina terus pusingkan badannya ingin beredar.

Finally paper saya sudah habisss!!!

Also expect the conflict dekat chapter seterusnya :'')

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro