Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

TDLM - bab 56

Kasyaf menolak kerusi roda yang sedang diduduki oleh Dhiya ke ruang tamu. Bersebelahan dengan mereka, ada Akhbar yang berjalan seiringan.

"Umi dengan Dee saja je datang. Dah Dee ajak dinner dekat-dekat dengan sini, alang-alang tu singgah lah."

Puan Azizah memberitahu tujuan mereka datang melawat pada hari bekerja seperti ini, sudah lah malam pula.

"Oh, umi dengan Kak Dee nak tidur sini ke?"

"Eh, tak ada lah. Melawat je." Soalan Medina dijawab lagi sekali oleh Puan Azizah.

Perbualan antara mereka bertiga semakin jelas di telinga Kasyaf dan Dhiya yang semakin mendekati mereka.

Apabila sampai, Kasyaf tekan brek kerusi roda bersebelahan dengan sofa yang dia dan Medina duduk.

"Eh eh, Dhiya. Tak apa, duduk je." Segera dia menghalang menantunya yang cuba bangun untuk menyalaminya.

Dhiya yang tidak jadi apabila dihalang kembali duduk.

Puan Azizah pandang Dhiya. "Dhiya sihat?" perempuan itu makin kurus dan kurang ceria berbanding dahulu.

Ironi bagaimana dia boleh lebih sihat berbanding yang lagi muda darinya.

Begitu lah takdir tuhan. Jika itu yang diinginkan berlaku, maka kun fayakun.

"Alhamdulillah, macam ni je lah." Dijawab dengan selitan senyuman.

Akhbar berlari anak mendekati Diana. "Mama, aunty Dhiya."

Tubuh kecil anaknya yang hampir memasuki 7 tahun diangkat lalu didudukkan bersebelahan dengannya. "Ya, aunty Dhiya."

"Dhiya, awak tahu tak Akhbar ni asyik nak jumpa je awak. Rindu katanya."

Pemberitahuan itu dia dengan senyuman. Tangan diangkat untuk membelai ubun-ubun Akhbar.

Sesuatu dikeluarkan dari poket kemudiannya ditunjukkan kepada Dhiya. "Bumblebee."

Dhiya senyum lagi. Mainan robot ini yang ditunjukkan oleh Akhbar dahulu.


TANGAN diraup ke seluruh wajah setelah selesai mengaminkan doa. Tadi belum sempat dia solat isyak dengan kedatangan tetamu.

Sengaja dia cepatkan bacaan doa apabila perasan Akhbar yang masuk ke bilik. "Akhbar nak apa, sayang?" soalnya.

Soalan itu tidak dijawab. Tangan kanan kecilnya itu menyentuh cadar Dhiya manakala sebelah tangan jarinya digigit.

"Aunty."

"Ya."

Walaupun tidak seberapa kuat, Dhiya tolong angkat tubuh Akhbar untuk duduk di katil.

"Nak apa?" dia tanya kembali soalan yang tidak dijawab.

Wajah Akhbar seperti takut takut. "Betul ke mama kata aunty sakit?"

Soalan itu buatkan Dhiya bungkam.

"Aunty nak mati ke?"

Okay, soalan itu buatkan Dhiya terdiam. Kanak-kanak, mana reti untuk berkias jadi langsung Dhiya tak ambil hati.

"Kenapa Keba cakap macam tu?"

Hujung jari digigit lagi, mengingat sesuatu. "Dulu atuk pun sakit, lepastu dia mati."

Bebola matanya cuba untuk membaca riak wajah Akhbar, mencari jawapan yang boleh difahami oleh kanak-kanak yang bersia 7 tahun.

"Aunty tak sihat je."

"Aunty akan sembuh lah ni?"

"Insyallah." Rasa macam jauh dari api.

Akhbar mengeluarkan sesuatu dari poket seluar lalu dihulurkan kepada Dhiya.

Robot kuning Bumblebee yang sudah bertukar kepada kereta itu dipandang aneh oleh Dhiya.

"Ni favourite Keba. Keba bagi dekat aunty so that aunty tak bosan seorang-seorang."

Kata-kata yang keluar dari mulut Akhbar membuatkan hatinya sedikit tersentuh sehingga dia menjadi sebak.

"Dah tu Keba nak main apa kalau Keba bagi dekat aunty?"

"Dekat rumah banyak lagi. Nanti kalau aunty sihat, aunty bagi lah balik."

Jawapan itu mengundang tawa Dhiya. Lucunya alahai. "Okay, thank you. Nanti kalau aunty dah sihat, aunty bagi balik."

"You're welcome."

Teringatkan sesuatu, Dhiya buka laci meja kecil sebelah dengannya. Satu plastic diambil lalu dia pula yang menghulurkan sesuatu kepada Akhbar.

"Nah, candy untuk Keba."

Ada lah juga Dhiya simpan gula-gula, untuk modal bila lidahnya terasa pahit atau kelat.

"Mama tak bagi makan candy sebenarnya, tapi Keba ambil juga sebab aunty yang bagi."

Lagi sekali petahan kata Akhbar buatkan Dhiya ketawa. "Okay, rahsia kita berdua."

Sedang akbar meneliti gula-gula yang diberikan kepadanya, Dhiya menyentuh ubun-ubun Akhbar dan dia senyum tanpa sedar.

Bagaimana agaknya jika dia boleh mengandung? Adakah anaknya akan sepetah Akhbar?

Teringat angan-angannya sewaktu bersekolah. Dalam kalangan mereka berempat, dia lah yang paling banyak berangan.

Kerana berangan itu percuma.

Kawan-kawannya lebih bersifat logical. Jadi selalu dia berangan itu dan ini. Konon nak jadi perempuan paling bahagia dengan suami dan anak-anak.

Tapi tengok lah dia sekarang. Hanya mampu menumpang kasih dari suami orang.

"Akhbar."

Panggilan Kasyaf memastikan lamunan Dhiya. Serentak dia dan Akhbar pandang Kasyaf.

"Jom, mama dengan nenek nak balik dah."

Gula-gula disimpan di dalam poket. "Bye aunty. Nanti Keba datang datang lagi." Tangan Dhiya disalami dan terus Akhbar berlari anak keluar dari bilik.

Melihat Dhiya yang ingin bangun dari katil, Kasyaf cepat cepat pergi ke arahnya. "Nak pergi mana?"

"Nak jumpa umi dengan Kak Dee."

Tubuh Dhiya ditekan kecil untuk kembali bersandar pada kepala katil. "Tak payah, diaorang suruh awak rehat je dalam bilik. Pastu diaorang kirim salam. Nanti diaorang melawat lagi."

"Waalaikumussalam."

Tanpa disuruh, Kasyaf urut kaki Dhiya. Ada bengkak sedikit. Biasa untuk pesakit kanser macam Dhiya.

Perbuatan Kasyaf buatkan Dhiya bahagia. Kasyaf suami yang baik, selalu memberi perhatian yang penuh untuknya.

"Tak tengok diaorang balik ke?"

"Tak apa, Dina ada."

"Nak tidur dah ke?" soal Kasyaf, sedari Dhiya hanya diam.

Jarum jam dipandang, 9.50 malam. "Boleh juga." Sudah merasa kantuk.

"Malam ni saya tidur dengan Dina tau, apa-apa panggil je."

"Okay."

Kasyaf bantu untuk tarik selimut lalu menutupi badan Dina. Langsir tingkap dilepaskan.

"Goodnight, assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Lampu ditutup dan Kasyaf berlalu keluar.

Walaupun mengantuk, tidak lah dia tidur lagi. Lampu di bilik yang memasuki bilik melalui sliding door memberikan cahaya pada biliknya.

Dhiya pandang robot Bumblebee yang diberikan oleh Kasyaf sebentar tadi.

'Nanti kalau aunty sihat, aunty bagi lah balik.'

Khabar berita yang diberitahu kepadanya pada sesi rawatan kemoterapi lebih kurang 2 minggu yang lalu kembali berulang tayang.

Tidak perlu diberitahu, Dhiya sudah dapat baca air muka doktornya. Keputusan MRI yang terpampam jelas di skrin komputer hanya dipandang sekilas.

Gambar rajah yang tidak pernah dia lihat, jadi boleh dia simpulkan itu tidak sama dengan yang pernah dia lihat sebelum-sebelum ini.

Skrin dipusingkan menghadap Dhiya, agar boleh doktor lelaki itu terangkan lebih jelas.

"Puan, seperti yang kami dah maklumkan sebelum ini kanser puan kali ini sangat aktif. Waktu puan buat rawatan di sini, ianya sudah merebak ke hati."

Berdebar, pernafasannya sudah tidak teratur. Lasti yang menemaninya dipegang tangan mencari kekuatan.

"Melalui keputusan MRI yang terbaharu, kami lihat ianya dah merebak ke organ yang lain iaitu paru-paru—" Kawasan paru-paru pada imej ditunjuk.

"—vagina dan abdomen perut. Kami juga dapat mengesan ianya sudah mula merebak ke tulang."

Dadanya berombak. Tangan sudah sejukdan terketar-ketar. Matanya dipejam rapat, jika ini mimpi sedarkan lah dia.

"It can't be controlled anymore. Kami cadangkan—"

"Berapa lama saya ada?"

Doktor itu diam, mungkin mencari jawapan yang sesuai.

"4 months or maybe less."

"With chemotheraphy?"

"Yes."

"Without?"

"Sangat tak lama."

Air mata turun lebat mengingatkan kembali berita itu. Terasa ingin muntah apabila setiap kali mengingatkannya.

Lasti dan doktornya sudah diberitahu supaya tidak memberitahu sesiapa. Katanya ingin memberitahu sendiri tapi sampai sekarang masih belum belum.

Kerana itu lah sejak dua menjak ini dia banyak berdiam diri. Perkara ini sangat mengganggu emosinya.

Pertarungan dia lebih dari setahun ini langsung tidak membuahkan hasil. Tapi memang Doktor Amina memberitahu dia Cuma ada masa kurang dari dua tahun.

Jadi, masa kurang dari 2 tahun itu makin tiba?

Tidak pernah Dhiya merasai ajalnya akan sedekat ini. Patutlah kematian itu rahsia Allah. Kerana dia sangat takut apabila mengetahui ajalnya hanya di depan mata.

Maaf Akhbar, nampaknya aunty tidak akan pernah sembuh.

Tangannya menggenggam kuat cadar, menahan darimengeluarkan bunyi. Dia hanya mampu untuk menangis dalam diam.

Agaknya korang dah boleh agak kan pengakhirannya macam mana :')

Saya juga membawa khabar yang tidak baik. Sebab kenapa saya rajin update sekarang sebab saya dah nak final actually.

So biasa lah, time final ni semuanya rajin nak buat kecuali study. Tapi kesedaran saya dah sampai so saya nak study lah.

Jangan risau, saya akan habiskan dengan segera after habis final sbb sikit sangat dah ni. Dah nak habis dah ni.

Komen lah banyak-banyak. Serius komen awak semua macam membangkitkan semangat nak tulis cepat-cepat. Paling suka baca komen <3

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro