TDLM - bab 55
3 bulan kemudian...
Dari muka pintu, Iman pandang Dhiya yang duduk bersandar di kerusi bersebelahan dengan tingkap sambil membuang pandang ke luar.
Dia berpeluk tubuh, dari Kuantan dia datang ke sini untuk melawat Dhiya. Tidak lah selalu tetapi dalam sebulan tu ada lah sekali dua dia akan datang, kalau tak sibuk.
Tapi walaupun Iman tidak lah selalu datang, kali ini dia perasan akan perubahan Dhiya. Memang lah kesihatan Dhiya tidak menunjukkan sebarang peningkatan, tidak lah juga menunjukkan penurunan.
Cuma, Dhiya lain.
Dhiya banyak diam dan termenung. Kalau dulu ada lah juga dia menjawa dengan tawa. Kini hanya sepatah-sepatah.
"Dhiya."
Tidak dijawab panggilannya membuatkan Iman berjalan mendekati Dhiya.
Bahu disentuh, mungkin termenung. Tapi tak beriak mengandaikan bahawa Dhiya dengar sahaja dia memanggil.
"Jom, aku dengan Dina dah siap masak. Kita makan sekali."
Kepala Dhiya geleng kecil, tidak mahu.
Iman lepaskan helaan nafas panjang. "Kenapa? Kau tak ada selera? Aku dengan Dina dah masak lauk favourite kau."
Namun Dhiya masih begitu, diam.
"Kau okay tak? Hmm?" risau.
Kali ini Dhiya anggukkan kepala pula.
Melihatkan Dhiya, Iman sandarkan tubuh pada jeriji tingkap, menghadap Dhiya. "Kau ada apa-apa ke nak bagi tahu aku ke?"
Pandangannya dilarikan, tidak memandang Iman. "Aku okay, cuma tak ada selera," memberi alasan.
"Sure?" bukan dia tidak tahu ada perkara yang bermain dalam fikirannya.
Dia angguk lagi.
Iman dipandang, "Kalau aku lapar, aku pergi."
"Okay, panggil je kitaorang." Akhirnya dia biarkan sahaja, tidak mahu memaksa.
Kakinya diatur menuju ke meja makan, yang lain sudah menunggu di sana.
"Dia tak nak makan sekali?"
Soal Medina itu sekadar dijawab dengan gelengan. Dia ambil tempat di sebelah Hadi. Adam dan Syifa juga turut hadir serta.
Kasyaf pandang bilik Dhiya dari jauh. Dia dapat lihat Dhiya yang duduk sahaja di kerusi melalui sliding door.
Pinggan dihulurkan kepada Iman kemudiannya diberikan kepada Syifa. "You nak panggil dia ke?" Medina tanya.
Kasyaf menggeleng. "It's okay. Bagi lah dia rehat."
DARI tadi lagi Hadi curi pandang melihat ke arah isterinya. "Awak okay tak? Senyap je."
Sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan, senyap sahaja Iman. Ini sudah mahu masuk ke Tol Gambang pun diam lagi.
Memang biasanya jika mereka melawat Dhiya, pergi hari balik hari. Kerjaya sebagai doktor memrlukan mereka untuk sentiasa bersedia bagi merawat pesakit.
Kedengaran Iman melepaskan keluhan nafas yang panjang dan berat.
"Panjang sangat mengeluh tu. Pasal Dhiya ke?"
"Saya risau lah pasal Dhiya ni. Saya rasa macam ada something yang dia sembunyikan."
Iman pandang Hadi. "Abang rasa patut tak saya tanya doktor Dhiya? Kalau nak harapkan Dhiya memang dia tak bagitahu apa-apa lah."
"Ishh awak ni. Tu kan private and confidential between doctor and patient. Kita ni siapa je, kawan. Kalau nak cakap from perspective of health care, kita bukan doktor dia juga." Tidak bersetuju dengan cadangan Iman.
"Tahu." Dia peluk tubuh. "Tapi saya tak sedap hati."
Kereta diperlahankan apabila memasuki Tol Gambang. Palang terbuka apabila membayarnya dengan TnG dan kereta kembali dilajukan.
"Tak apa, awak fikir yang elok-elok je. Kalau Dhiya nak bagitahu, dia akan bagitahu. Bagi dia masa dan ruang."
Mukanya cemberut. Masih tidak berpuas hati.
Syifa yang terbangun dari tidur membuatkan Iman memusingkan tubuhnya melihat anak perempuan itu, memujuknya untuk tidur kembali.
"RANCAK main Facebook. Tengok apa?" saja Medina tanya kepada Kasyaf yang kusyuk duduk di sofa sambil bermain telefon.
Fokusnya terganggu lalu dia lihat Medina. "Ini ada video viral dekat Facebook."
"Pasal apa?"
"Hanafi, kantoi dengan isteri curang."
Medina sengih kecil. "Ohh." Dia tidak lah selalu dengan media social tapi dia juga ada tahu akan isu tersebut apabila di forward di Whatsapp group.
Kasyaf lepaskan keluhan panjang lalu dia letakkan telefon ke atas meja bersebelahan dengan sofa. "Macam-macam zaman sekarang ni."
Melihat Medina yang duduk di birai katil, senyumannya muncul apabila melihat perut Medina yang makin membesar.
Sudah 6 bulan usia kandungan itu. Kalau ada rezeki, dalam 3 bulan lagi mereka akan menimang cahaya mata.
Senyumannya makin melebar apabila melalui baju kelawar yang dipakai Medina menunjukkan dengan jelas ada pergerakan pada perut isterinya.
Lantas dia angkat punggungnya lalu duduk di sebelah Medina. "Anak ayah tak sabar dah nak keluar ya?"
Medina senyum nipis.
"Oh ya, bila you nak gender test?" kaca mata yang sejak dari tadi licin mendekati batang hidungnya ditolak kembali ke atas.
"Lagi seminggu."
Patutnya boleh buat ketika kandungannya berusia 5 bulan lagi, tapi terlampau sibuk. Banyak kerja yang perlu disiapkan apatah lagi dia akan bercuti lama.
Kasyaf angguk faham. "Nanti I minta cuti hari tu."
Medina pandang Kasyaf yang sibuk melihat perutnya yang masih lagi menendang. "Tapi jangan janji." Takut nanti dia sendiri yang terasa hati.
Malam makan malam mereka bukan kali terakhir. Dalam 3 bulan ini banyak yang terpaksa dia diamkan dan makan hati sahaja. Malas mahu bergaduh.
Tambahan pula dia perhatikan yang kesihatan Dhiya tidak menunjukkan sebarang peningkatan.
Siang tadi bukan pertama kali Dhiya bersikap seperti itu. Banyak kali Dhiya tidak menjamu bersama mereka lagi.
Masa banyak dihabiskan di dalam bilik. Jika tidak termenung, berehat. Jika tidak, tidur sahaja.
Kemoterapi juga tidak lah seacap dulu kerana doktor perlu mengawasi prestasi kesihatan Dhiya terlebih dahulu sebelum memulakan rawatan.
Dan seperti yang telah disebut tadi, tiada peningkatan.
Kasyaf diam. Dia faham apa yang cuba disampaikan oleh Medina. Memang patut pun dia diperli seperti itu.
"Malam ni you nak tidur mana?" Medina tukar topik apabila Kasyaf diam, tidak menjawabnya tadi.
"Dengan you..."
Ayatnya tidak diteruskan apabila mereka berdua dapat mendengar akan bunyi Dhiya yang sedang terbatuk walaupun halus dek factor jarak billik.
Medina memandang langsir yang menutupi sliding door, tidak pernah dibuka lagi sejak kejadian dahulu.
"Tak apa lah, you pergi lah ke dia."
Suruhan Medina tidak dijawab. Lagipun kalau Kasyaf menjawab sekalipun, pada akhirnya dia tetap akan disuruh untuk ke sana.
Punggungnya diangkat dan apabila tangannya ingin menyentuh pipi Medina, isterinya cepat-cepat baringkan tubuh membuatkan niat Kasyaf tidak kesampaian.
Selimut yang tidak menutupi Medina, Kasyaf bantu untuk menutup separuh badan Medina.
"Esok I temankan you."
"Nanti tolong tutupkan lampu." Medina pejam mata, cuba untuk memnunjukkan bahawa dia sudah ingin tidur.
Mulutnya beku. Kasyaf bertindak untuk mencium dahi Medina walaupun isterinya itu sudah buat-buat tidur.
"Goodnight, I love you so much."
Akhirnya dia berlalu pergi setelah menutup lampu, menuju ke bilik Dhiya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro