TDLM - bab 51
Pintu diketuk dari luar lalu tanpa menunggu jawapan, Kasyaf terus menolak daun pintu. Kelihatan Dhiya yang sedang mencuci sikatnya, rambut semakin gugur.
"Tengah buat apa?" walaupun sudah nampak, Kasyaf sekadar memulakan perbualan.
Dhiya tunjukkan gumpalan rambut yang gugur. "Bersihkan sikat."
Gumpalan yang dibuang ke dalam tong sampah kecil di bawah meja solek menjadi tetapan Kasyaf.
Dia turut perasan akan rambut Dhiya yang semakin gugur. Kalau bangun pagi, memang banyak kelihatan di atas katil. Mungkin kerana rawatan kemoterapi dijalankan beberapa kali sudah.
"Awak."
"Ya."
"Ada pencukur kan?"
"Yang untuk cukur rambut, misai semua tu ke?"
"Ada, kenapa?"
"Kalau awak tolong cukurkan rambut saya boleh?"
Kasyaf yang duduk di kerusi rotan pandang Dhiya pula. "Tak apa ke?"
Kepalanya angguk. "Tak apa, penat lah nak kutip rambut. Kalau saya sembuh nanti, boleh tumbuh balik." Dia sedapkan hati.
Walaupun sudah beberapa kali membotakkan kepala, kali ini masih tiada rezeki lagi untuk menyimpan rambut. Dalam kata lain yang sebenarnya adalah, sembuh.
"Okay. Bila."
"Lepas makan?"
"Okay."
Pehanya ditampar perlahan. Lupa pula tujuan dia masuk ke dalam bilik Dhiya. "Oh ya, jom makan."
Dahinya mengerut. "Dina dah balik ke?" tadi pun dia solat maghrib dan isyak secara berjemaah dengan Kasyaf dan Lasti sahaja, masih di pejabat.
Kasyaf menggeleng. "Belum, dia kata ada kerja lagi so dia suruh kita makan dulu."
"Okay."
Dia bangun dari duduknya mengambil kerusi roda yang berada di hujung katil. Kasyaf membantu Dhiya untuk duduk di kerusi itu.
Usai selesai, kerusi ditolak menuju ke dapur di mana Lasti sedang menyediakan makan malam yang sudah selesai dimasak.
APABILA keretanya memasuki kawasan parkir rumah, Medina sandarkan tubuh pada kerusi, menghilangkan penat.
Tadi terdapat kesalahan pada pembentangan yang akan dibentangkan pada esok hari jadi dia dan pekerja bawahannya perlu membaikinya terlebih dahulu sebelum dibenarkan pulang.
Lagipun Medina bukan seorang yang membawa pulang kerja ke rumah. Dia lebih kepada seseorang yang akan menyiapkan kerja di pejabat atau akan disambung pada esok hari sahaja.
Beg tangan dan computer riba yang berada di tempat letak kaki penumpang sebelah pemandu diambil.
Sempat anak matanya melirik ke arah jam kereta, sudah pukul 10:14 malam.
Kereta dikunci lalu dia mengatur langkah masuk ke dalam rumah. Telinga menangkap bunyi televisyen dipasang, mungkin Kasyaf sedang menonton.
Kaki terhenti di ruang tamu melihat Kasyaf yang sedang mencempung Dhiya yang tidak sedarkan diri.
Dia agak cemas melihat Dhiya seperti itu. "Kenapa dengan Dhiya? Dia okay tak?"
"Shhh." Kasyaf menyuruhnya diam, atau lebih tepat sebenarnya adalah memperlahankan suara. "Dia tertidur."
Medina diam, menyembunyikan hati yang terasa. Rasanya suara dia tadi tidak lah kuat mana sehingga boleh mengejutkan Dhiya.
Anak mata pandang sahaja Kasyaf yang mencempung Dhiya masuk ke dalam bilik kemudian berhenti pada kerusi roda yang ada di tepi sofa.
Kerusi roda sudah dibelikan untuk memudahkan kerja jadi kenapa perlu dicempung bagai?
Biliknya dituju. Sempat dia memandang ke arah pintu sliding door biliknya yang boleh menampakkan pandangan bilik Dhiya yang bertentangan.
Kelihatan Kasyaf yang penuh berhati-hati meletakkan Dhiya ke atas katil.
Tidak mahu menyeksa diri, langsir yang lebih tebal ditarik untuk menutupi pandangan. Selendang bewarna lilac dibuka lalu dia pergi ke bilik air untuk membersihkan diri.
Medina pandang mukanya yang dipantulkan pada cermin. Lama. Fikirannya melayang entah ke mana.
Dia beralih pula memandang saki baki peralatan mandian Kasyaf yang berada di bilik air.
Tiada lagi berus gigi yang menemani berus giginya. Syampu dan sabun mandi juga sudah beralih tempat ke bilik air bilik Dhiya.
Nampak sangat Kasyaf sudah mula meluangkan masa di sana.
Nafas ditarik dalam untuk menghalau perasan cemburu yang boleh dikatakan semakin membuak-buak hadir sejak beberapa hari ini.
Mungkin kerana dia mengandung ditambah lagi dengan bebanan kerja membuatkan Medina menjadi lebih sensitif.
MATANYA celik apabila merasakan seperti ada pergerakan pada badannya.
"Sorry, saya kejutkan awak ke?"
"Saya tertidur ke?" soalan dibalas dengan soalan. Dhiya gosok matanya baru lah dia sedar dia sudah berada di dalam biliknya.
Kasyaf anggukkan kepala. Tadi usai makan, Dhiya mengajaknya untuk menonton televisyen.
Habis satu drama melayu, sedar-sedar sahaja Dhiya sudah terlentok di bahunya.
"Sorry, kenyang sangat."
Jawapan itu membuatkan Kasyaf senyum kecil. "Nak tidur dah ke?"
"Kata nak shave kepala, ke esok je?"
"Saya okay je, awak nak shave sekarang pun boleh."
"Ha, boleh lah."
"Okay, kejap tau."
Kasyaf berlari anak keluar dari bilik. Tidak sampai seminit, dia kembali dengan kerusi roda Dhiya yang berada di ruang tamu.
Sambil Kasyaf mengambil mesin pencukur yang sudah dia ambil dari biliknya bersama Medina, Dhiya mengubah tempat dari katil ke kerusi roda.
Terus dibawa ke dalam bilik air. Dua helai tuala kecil yang berada di dalam cabinet diambil lalu diletakkan pada bahu Dhiya, menghalang dari rambut masuk ke dalam baju.
"Boleh dah ke?"
"Boleh."
Mendapat kebenaran daripada Dhiya, Kasyaf mencukur rambut yang mungkin sepanjang 2 inci tumbuh di kulit kepala Dhiya. Tidak terlalu banyak dan nipis sahaja rambutnya.
Melihatkan imej yang terpantul pada cermin menunjukkan kepalanya botak lagi, Dhiya tidak dapat menahan daripada air mata berkumpul di kelopak mata.
Apabila jatuh, dia tundukkan anak matanya memandang ke bawah.
Kasyaf yang perasan akan Dhiya yang jatuh air matanya diam sahaja, tidak berkata. Dia yang seorang lelaki sendiri tidak akan membotakkan kepala, apatah lagi Dhiya yang seorang Wanita.
Jadi, dia faham sahaja dan biarkan Dhiya.
Selesai mencukur rambut, Kasyaff ambil tuala tadi dan biarkan rambut yang melekat pada tuala jatuh ke lantai. Nanti dia akan sapu.
Melihat ada rambut yang melekat pada leher dan muka Dhiya, Kasyaf ambil tuala tadi lalu sapukan pada yang ada rambut agar jatuh ke bawah.
"Nak mandi ke?" takut tidak selesa dan rasa berbulu dengan rambut.
"Kepala digeleng. "Tak nak, sejuk."
"Water heater kan ada."
"Tak nak, esok pagi je saya mandi."
"Okay."
Kasyaf tolak masuk kerusi roda ke dalam bilik. Dia bantu Dhiya untuk menjadi sokongan apabila beralih tempat ke katil.
"Awak tidur lah dulu, saya kemas bilik air kejap."
"Okay."
Kasyaf tidak jadi melangkah, dia tundukkan kepala pandang Dhiya lalu satu helaan nafas panjang dilepaskan.
Punggungnya dihenyak lembut pada sisi katil, bersebelahan dengan Dhiya kemudiannya tangan kiri Dhiya dibawa ke dalam genggamannya.
Tangan itu sentiasa hangat, mengundang ketenangan pada Kasyaf. "It's okay, saya kan ada." Lembut sahaja dia berkata pada Dhiya.
Dalam waktu seperti ini, amat lah penting untuknya memberikan semangat pada Dhiya. "Selagi saya ada, saya akan jaga awak. It's okay to cry and I will always be with you."
Perasaan sebak dihalau. Kalau ada air mata pun, itu adalah air mata kebahagian. Untuk pertama kalinya, Dhiya merasakan bahawa dia betul-betul mempunyai seorang suami.
"Thank you."
Kasyaf senyum. "Dah tidur, saya kemas bilik air."
"Goodnight, assalamualikum."
"Waalaikumussalam."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro