TDLM - bab 46
Beg pakaian Dhiya diangkat oleh Kasyaf manakala Medina membantu Dhiya untuk keluar dari perut kereta. Kasyaf lajukan langkah untuk membuka pintu rumah.
Cukup 2 hari satu malam, Dhiya dibenarkan untuk keluar dari hospital. Kejadian tempoh hari yang berlaku adalah disebabkan oleh kurang rehat kerana rawatan kemoterapi.
"Kau nak naik atas ke?" mereka berhenti seketika di ruangan tamu.
Dhiya angguk kecil. Dia ingin berehat untuk beberapa ketika, dirasakan badannya masih belum mendapat rehat yang cukup.
Medina pandang Kasyaf seperti memberi isyarat tetapi kebiasan seorang lelaki apatah lagi seorang Kasyaf, tidak dapat membaca isyarat tersebut.
"You bawa Dhiya naik atas."
Beg pakaian yang dipenuhi dengan pakaian kotor diambil oleh Medina lalu bertukar tangan. "I kemaskan baju Dhiya sekejap." Tidak menunggu lama, Medina meninggalkan mereka berdua.
"Awak boleh berjalan?"
"Boleh."
Sekujur tubuh di hadapannya dipandang. Berjalan itu boleh, tapi mungkin untuk mendaki anak tangga akan menjadi sedikit mengah.
Tanpa sebarang kata, Kasyaf mencempung tubuh Dhiya lalu naik ke atas. Kali pertama mengangkat tubuh itu, Kasyaf akui memang tubuh itu ringan.
Apabila diangkat sebegitu, memang banyak isi daging Dhiya yang hilang diragut oleh kesan sampingan rawatan.
Perbuatan Kasyaf yang memang mengejutkannya tapi Dhiya tidak berkata apa-apa. Selama langkah Kasyaf membawanya ke atas, Dhiya hanya diam.
Jantungnya berdegup laju. Walau dingin, dia masih merasakan kehangatan Kasyaf yang mampu menenangkan resah di hati.
Dengan penuh berhati-hati Kasyaf meletakkan tubuh Dhiya ke atas katil dengan lembut. Dia ambil selimut yang berada di hujung kaki untuk menutupi separuh dari badan Dhiya.
Kasyaf berjalan mendekati suiz. Alat kawalan kipas dan penghawa dingin diambil kemudiannya dia mendekati kembali katil Dhiya.
"Nak kipas ke aircond?"
"Kipas je. Yang paling slow."
Menurutkan arahan, Kasyaf menekan alat kawalan kipas. Kedua-dua alat kawalan diletakkan ke atas meja kecil bersebelahan dengan katil, senang jika Dhiya ingin menukar tetapan.
"Ada apa-apa lagi yang awak nak?"
"Air?"
"Boleh juga," Dhiya menjawab kecil.
Baru sahaja Kasyaf ingin mengambil air di tingkat bawah, Medina sudah muncul di muka pintu membawa gelas dan air minuman.
"Kau nak air?"
Dhiya hanya angguk kecil.
Dulang dihulurkan kepada Kasyaf. Sengaja dia biarkan Kasyaf untuk melayani Dhiya. Medina tinggalkan mereka berdua di dalam bilik.
Gelas kaca yang berisi air disua pada Dhiya. Tidak banyak, mungkin satu per tiga sahaja yang diminum oleh Dhiya.
Kasyaf letakkan cawan ke atas meja lalu ditutup dengan penutup untuk mengelakkan dari habuk masuk. "Ada apa-apa lagi?"
Dhiya gelengkan kepala. Dia ratakan tubuh pada tilam menandakan ingin tidur.
"Kalau ada apa-apa, panggil je saya atau Dina."
"Okay." Matanya dipejam.
Untuk beberapa saat, Kasyaf memandang Dhiya dengan fikiran yang kosong. Pandang dan pandang hingga akhirnya dia keluar dari bilik itu.
Pintu ditutup dengan perlahan untuk tidak mengganggu lena Dhiya. Pintu sliding door yang terbuka menjadi perhatiannya. Dapat dia lihat sedikit bayangan Medina yang sedang duduk di kerusi balkoni.
Kakinya diatur menuju ke balkoni, melihat Medina yang sepertinya sedang termenung jauh entah ke mana. Kasyaf mengambil tempat di kerusi kosong bersebelahan dengan Medina membuatkan lamunannya terhenti.
"Dhiya dah tidur?"
Kepala diangguk sahaja.
Medina senyum kelat. Esok mereka berdua akan pulang ke Kuala Lumpur.
Mereka ada memohon cuti untuk menyelesaikan masalah ini namun hanya diluluskan untuk dua hari. Tidak boleh lama-lama kerana akan ada kerja yang tergendala.
"You." Ada sesuatu yang bermain dalam fikirannya.
Kasyaf pandang Medina, menanti apa yang ingin dikata.
"I ingat, I nak bawa balik Dhiya ke KL. I nak jaga dia dekat sana." Air liur ditelan.
"Kalau dia stay dekat sini, I tak sedap hati. Kalau apa-apa jadi dekat dia macam ni, tak ada siapa yang boleh tengokkan dia. Lagipun, mak su dah tua. Takkan lah dia yang nak jaga Dhiya kalau kita kan ada."
Membiarkan Dhiya seoang diri di Kuantan memang tidak boleh menangkan Medina. Itu yang mereka tahu Dhiya, yang Dhiya rahsiakan sakit, penat, Lelah mereka tidak tahu.
"Lagipun dekat KL banyak juga pakar and kemudahan. Mana tahu Dhiya boleh sembuh dengan cepat."
Sebelum Dhiya dibenarkan keluar dari hospital, Medina dan Kasyaf ada berjumpa dengan Doktor Amina untuk mengetahui akan keadaan Dhiya dengan lebih lanjut.
Tapi khabarnya tidak terlalu baik, tidak sepertimana yang dia harapkan. Ada terlalu banyak risiko dan doktor itu sendiri tidak mahu meletakkan apa-apa harapan yang mungkin akan memakan diri.
"Okay je, I setuju." Kasyaf juga tidak tergamak untuk meninggalkan Dhiya untuk tinggal seorang diri di sini.
Medina yang pada mulanya hanya membuang pandangan mengigit bibir apabila terasa seperti air matanya datang menyinggah untuk membasahkan pipi.
Apabila turun, dia hanya membiarkan dengan bibir yang bergetar menahan tangis. "I cannot give up on Dhiya. Not her." Suaranya tenggelam dalam kesebakan.
Segera Kasyaf menukar tempat dengan duduk bersebelahan dengan Medina sebelum menarik tubuh isterinya ke dalam dakapan. Bahu Medina diusap lembut.
"Dia bukan sekadar kawan, dia sahabat I dunia akhirat. I tak boleh biarkan dia tinggalkan I seawal ni. Not before angan-angan Dhiya untuk besarkan anak sama-sama." Tangisannya semakin laju.
Mengingatkan kenangan indahnya bersama Dhiya sejak dari bangku solak, membahagiakan hari-harinya dengan gelak tawa dan kehadirannya, Medina tidak boleh melepaskan Dhiya seperti ini.
"Shhh, we will save her, no matter what happen."
SELESAI mengaminkan doa, kedua-dua tapak tangan diratakan pada muka.
Kasyaf pusingkan tubuhnya kebelakang, tangannya dihulurkan kepada Medina untuk disalami kemudiannya disambut oleh wanita itu. Tangannya dicium dan dibalas pula dengan ciuman kecil pada dahi.
Tangannya beralih pula kepada Dhiya yang berada di sebelah Medina. Seperti Medina, Dhiya menyambut huluran Kasyaf.
Tidak seperti Medina, Kasyaf sekadar mengelus lembut ubun-ubun Dhiya. Bukan apa, hubungan mereka masih lagi kekok.
Apabila Dhiya ingin bangun, segera tangannya dicapai oleh Medina menghalangnya niatnya. "Dhiya, duduk dulu."
Bangunnya tidak jadi, dia kekal di tempatnya tadi. Medina yang sepertinya memberi isyarat mata dengan Kasyaf menjadi tetapannya.
Namun, sepertinya Kasyaf dan Medina masing-masing tidak mahu memberitahu kerana masih diam tidak berkata apa-apa.
"Kenapa? Nak cakap apa?" soalnya yang tidak betah. Berdebar bila seperti ada benda yang dikata tetapi tidak dikata.
Kedengaran Medina melepaskan deheman kecil. Rasanya adalah lebih baik jika dia yang memberitahu. "Aku dengan Kasyaf ada bincang tadi."
Okay, teruskan.
"Esok kan kita orang dah nak balik KL."
Percakapan Medina terhenti apabila dan Kasyaf kembali bermain isyarat mata membuatkan Dhiya tidak betah pula. "Lepas tu?"
Diam untuk beberapa saat.
Nafas ditarik dalam. "Kita orang ingat, nak bawa balik awak ke sana. Kalau dekat sini, awak seorang-orang."
Dhiya pandang Kasyaf dahulu kemudiannya diganti pada Medina.
"Betul tu Dhiya. Takkan lah kita orang nak tinggalkan kau seorang dekat sini. Tak ada sesiapa yang tengokkan kalau jadi apa-apa. Lagipun dekat sana lebih banyak opportunity, hospital lebih besar, doktor yang lebih baik."
Dhiya keluh kecil. "Mak su kan ada, doktor dekat sini pun okay."
Tangan Dhiya dibawa ke genggaman. "Mak su dah tua, Dhiya. Lagipun kau tanggungjawab aku, tanggungjawab Kasyaf." Dia cuba untuk meyakinkan Dhiya.
Hujung bbir digigit. Selama ini dia baik-baik sahaja di sini dijaga oleh mereka. Memang betul dia adalah tanggungjawab Kasyaf tapi dia tidak mahu menjadi orang tengah antara mereka di sana.
Tidak aneh kah apabila isteri yang berkongsi suami tinggal sebumbung. Mungkin Medina tidak akan merasai apa-apa, tapi dia mungkin.
Mungkin dia akan rasa cemburu. Sudahlah Kasyaf sayang benar pada Medina, ditambah pula dengan dia yang sedang mengandung. Nanti makin bertambah sayang.
"Kalau selama ni mak su dengan pak su yang jaga kau, izinkan aku dengan Kasyaf pula yang jaga kau," Medina memujuk lagi. Kali ini, Dhiya sedikit terpujuk.
Dia pandang kedua-dua pasang yang mengharap jawapan yang dari mulutnya tidak mengecewakan.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro