Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

TDLM - bab 42

"Are you sure its okay?" soal Kasyaf was-was, lebih kepada risau dan cuak sebenarnya. Medina yang berada di sebelahnya dipandang seketika sebelum kembali fokus pada pemanduannya.

Soalan itu mengundang tawa pada Medina. "Kita dah nak sampai dah pun."

"At least call lah Dhiya dulu, kalau dia tak ada dekat rumah macam mana?"

Entah apa yang merasuki Medina, tiba-tiba sahaja selepas makan tengahari tadi dia mengajak pulang ke Kuantan. Katanya sudah lama tidak datang dan ingin bertemu dengan Dhiya.

Kasyaf pula, dia tidak tahu bagaiman ingin berhadapan dengan Dhiya sejak kata sepakat perceraian tempoh hari. Langsung mereka berdua tidak berhubung.

Tadi sebelum bertolak, dia sempat menghantar mesej melalui aplikasi whatsapp namun sehingga sekarang masih satu tanda lagi.

"Kan I cakap yang dia ada hal minggu ni. Kalau kita mengganggu dia macam mana?" sebenarnya itu alasan yang Kasyaf sendiri reka.

"Tapi I kan nak surprise kan dia." Kelihatan biir Medina sedikit memuncung.

Kereta diperlahan memasuki Tol Gambang. "Ni kalau dia tahu kita dah nak sampai dah cukup terkejut dah dia ni."

"Call ya, bagitahu dia dulu." Kasyaf memujuk lagi.

Medina mengalah apabila dia mengeluarkan telefon dari dalam beg. Nombor Dhiya terus didail dengan segera.

SEBAIK sahaja panggilan dimatikan, rasa takut dan gelisah menguasai Dhiya.

Manakan tidak apabila mengetahui Kasyaf dan Medina dalam perjalanan ke rumahnya dan akan sampai tidak lama lagi sedangkan dia masih di hospital.

Sepatutnya pada hari kebiasaan dia perlu ditahan di wad sehari sahaja selepas melakukan rawatan tetapi Doktor Amina mengatakan keadaannya agak lemak membuatkan dia tidak boleh dilepaskan lagi.

Jadi apa yang dia harus lakukan? Takkan lah mahu biarkan mereka berdua ke rumahnya dan di masih di sini?

Air liur ditelan beberapa kali kerana anak tekak dirasakan kering dan pedih.

Jarum yang mencucuk tangannya untuk membekalkan air pada badan ditanggalkan sehingga darah memercik keluar.

Tisu di atas meja diambil untuk menghentikan pendarahan.

"Apa yang awak sedang buat, Dhiya?"

Mukanya diangkat memandang Doktor Amina yang muncul entah dari mana. Mungkin waktu untuk melakukan pemeriksaan.

Dhiya bangun dari katil namun disebabkan ia dilakukan secara tiba-tiba, kepalanya terasa pitam membuatkan dia kembali terduduk ke katil dan cuba disambut oleh doktor itu.

"Dhiya." Tiba-tiba sahaja pesakitnya ini seperti ini.

Terketar-ketar tangannya memegang Doktor Amina. "Doktor, saya kena balik. Saya kena balik sekarang."

"Tapi awak masih belum stabil."

Matanya sudah mulai berair. Ya, dia dapat rasakan badannya sengal-sengal tapi itu tidak penting sekarang. "Tapi saya kena balik."

"Kenapa? Apa yang terjadi?"

"Suami saya-"

Hujung bibir digigit. Dia tahu akan perkara ini dirahsiakan dari suaminya. Dan dia juga tahu situasi apa yang menyepit Dhiya kerana ibu saudaranya ada bercerita dengannya.

"Tolong, saya janji esok saya datang balik. Kali ni je, tolong saya," rayunya lagi.

Doktor Amina diam. Sepatutnya dia tidak harus membiarkan perkara ini dari terjadi tapi, "Please, jangan buat apa-apa dekat rumah. Just rest, elakkan dari buat kerja berat, even kerja ringan."

Kepala mengangguk laju walaupun sebenarnya dia tidak peka, yang dia tahu dia cuma mahu balik dengan segera.

"Awak tak stabil dan please, please datang balik sini kalau awak rasa makin lemah." Dia mengingatkan.

"Okay, I will."

Dia pandang jururawat yang sedang mendengar perbualan mereka. "Nurse," panggilnya sebelum dia datang untuk membantu Dhiya mencuci darah yang membasahi pergelangan tangan.

Usai membersihkan diri, Dhiya paksa diri untuk menukar baju dengan ala kadar dan menempah grab dengan segera.

Sebaik sahaja sampai ke rumah, kereta Kasyaf sudah terparkir di hadapan. Mereka tiada, mungkin sudah masuk ke dalam rumah memandangkan lelaki itu masih menyimpan kunci rumahnya.

Kakinya diatur melangkah masuk dan Medina yang sedang duduk di ruang tamu mendekatinya sebelum memeluk tubuhnya untuk beberapa saat.

Tapi apa yang menjadi perhatian matanya adalah Kasyaf yang seolah-olah mengelak untuk bertemu mata dengannya.

"Kau pergi mana?"

"Eh, kau okay tak ni? Pucat semacam je." Belum sempat Dhiya menjawab soalan sebelum ini, Medina tanya lagi.

Punggung berlabuh di sofa apabila kepala dirasakan berpusing. Tadi di dalam grab juga dia sempat terlelap sekejap.

Kepala angguk lemah, "Aku okay, tadi aku keluar sekejap tak sempat nak berhias, itu yang nampak pucat tu." Dia memberi alasan.

Medina hanya mengerti walaupun sedikit was-was apatah lagi melihat Dhiya yang semakin kurus tapi dia mengetepikan semua itu lalu mengambil duduk di sebelah Dhiya.

"Kenapa kau balik tiba-tiba ni?" dia pandang Kasyaf sekilas sebelum berhenti pada Medina.

Senyuman disimpul menyembunyikan sebuah rahsia. "Saja." Dia masih belum mahu memberitahu perihal dia mengandung lagi.

"Oh ya, aku teringin nak makan pais patin kau." Sebenarnya mengidam, itu salah sebab dia mengapa dia datang secara mengejut seperti ini.

"Mengandung ke?" sengaja dia bergurau.

Keningnya terangkat sebelah, dia dan Kasyaf yang sejak dari tadi tidak bersuara saling berpandangan. "Ya ke? Mungkin."

Jarum dinding dilihat, sudah pukul 5 petang. Sekejap lagi akan masuk waktu malam. "Kalau macam tu, sekejap lagi aku masak. Kau dengan Kasyaf rehat lah dulu."

"Bilik atas je ke ni?"

"Ya, masuk je." Kebiasaannya jika Medina datang atau tetamu yang rapat lain datang bertandang, itu bilik yang mereka akan menginap.

Beg tangan diraih, mahu naik ke atas untuk solat Asar. "Oh ya, jangan pedas sangat tau. Nak mild je." Takut pula jika perutnya memulas.

"Okay."

KEPALA yang berat ditambah lagi dengan segala sendi dan urat yang terasa sakit membuatkan ingin sahaja Dhiya rebah tapi ditahan kerana Kasyaf dan Medina ada di depan mata.

"Sedapnya Dhiya, dah lama aku tak makan," puji Medina berselera yang sudah memasuki pinggan keduanya.

Bibir yang kering membataskan Dhiya untuk tersenyum jadi dia pandang sahaja Medina dengan hati yang senang.

Bagaimana agaknya jika Medina tahu bahawa dia dan Kasyaf akan berpisah kelak? Masih bolehkan mereka makan di satu meja yang sama seperti ini?

"Pelan-pelan, nanti tercekik." Kasyaf menegur, laju sungguh Medina makan. Ikan sudah dimasak, tidak akan berenang ke mana-mana.

Medina hanya sengih. Dia pandang Kasyaf, membuat isyarat mata agar lelaki itu memberitahu Dhiya. Tapi Kasyaf membalas kembali agar dia sahaja yang melakukannya.

"Dhiya."

Jari yang sekadar menguis nasi kerana tidak mempunya selera berhenti. Dia angkat muka pandang Medina, menanti apa yang ingin diberitahu.

"Aku sebenarnya ada sebab aku datang sini."

Sudah Dhiya agak, takkan lah tiada angin tiada hujan tiada rebut mereka tiba-tiba mahu datang. Secara mengejut pula itu.

"Aku sebenarnya-"

Medina pandang Kasyaf seketika. Aneh, sejak dari tadi lagi mulutnya seolah-olah berkunci. Ibartkan datang ke rumah orang yang tidak dikenali.

"-aku mengandung."

Pemberitahuan itu dibalas dengan senyuman nipis. Dia gembira dan bahagia untuk mereka berdua. Cuma keadaannya sekarang membataskan dia memberi dia rekasi yang besar.

"Tahniah."

"Thank you."

Selepas itu diam. Dhiya sudah tidak membalas apa-apa, seperti ada yang ditahan.

"Dina."

"Ya?"

"Aku naik atas dulu boleh tak? Ada benda yang aku nak kena buat."

"Okay." Dia tidak bertanya kerana fikiran Dhiya sepertinya tidak berada di sini. Medina pandang sahaja Dhiya yang membasuh tangan sebelum berlalu ke tingkat atas.

KENINGNYA bertemu apabila hairan melihat Kasyaf yang membaringkan tubuh ke atas katil.

"You dah nak tidur dah ke?"

"Ya, kenapa?"

"Dekat sini?"

"Kenapa?" soalan dibalas dengan soalan.

Medina mengeluh. Kasyaf ini sudah kenapa? Hubungannya dengan Dhiya tidak baikkah? "You kan baru balik sini after few weeks, takkan lah nak tidur dengan I."

Rasanya Kasyaf faham apa yang ingin dimaksudkan oleh Medina.

"Temankan lah Dhiya."

Kasyaf kembali bangkit dari katil. Walaupun terasa aneh kerana Dhiya dan dia sudah tidak seperti dulu, dia tidak mahu menimbulkan apa-apa syak wasangka Medina.

"You," Medina panggil Kasyaf yang sedang memulas daun pintu. "Kalau you ada apa-apa perselisihan faham dengan Dhiya, bincanglah elok-elok."

Kasyaf diam. Dia pandang Medina untuk seketika sebelum mengangguk lalu berlalu ke bilik sebelah.

Sewaktu Kasyaf memasuki bilik Dhiya, wanita itu sedang meneguk air menghilangkan dahaga.

Dia merapati katil. "Sorry, Dina yang-"

"Tak apa."

Hening. Sumpah kekok yang teramat tetapi wanita itu seperti tidak mengambil pusing dengan kehadirannya.

Kedengaran Dhiya menarik laci meja lalu mengeluarkan satu sampul surat. "Surat dari mahkamah dah sampai."

Tubuhnya yang membelakangi Dhiya dipusing menghadap Dhiya yang juga membelakanginya. Diam mengambi huluran sampul surat itu.

Duduknya dibetulkan kembali. Sampul surat itu dibuka kemudiannya mmebaca tarikh untuk mereka hadir.

"Saya minta maaf kalau susahkan awak kena ulang alik." Sebenarnya dia tidak larat. Tadi dia sudah tidur dan terbangun kembali kerana perut yang sakit.

"Tak apa, saya boleh datang."

Diam lagi.

"Saya-" katanya terhenti apabila sewaktu dia pandang Dhiya kembali, wanita itu sudah berbaring di katil. Mungkin sudah lena, mungkin tidak mahu diganggu.

Kasyaf lepaskan helaan nafas panjang sebelum meletakkan sampul surat itu ke atas meja.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro