TDLM - bab 39
Dhiya duduk berpeluk tubuh di buaian besi. Pandangannya tidak ke mana-mana hanya di taman bunga yang semakin membuahkan hasil.
Dia nampak Mak Su Nora yang keluar dari rumahnya. Tadi wanita itu meminta sedikit tempoyak. Niatnya untuk mengambil dihalang mak su kerana katanya dia boleh sendiri.
Sejak kejadian tempoh hari apabila Puan Azizah datang ke rumahnya, Dhiya banyakkan berfikir. Berfikir arah tujuan perkahwinannya.
Patut atau tidak dia terukan perkahwinan ini atau mengundurkan diri membiarkan hanya Medina wanita yang bertakhta di hati Kasyaf.
Mak su ambil tempat di hadapan Dhiya. Anak saudaranya dipandang sekilas.
Sejak akhir-akhir ini dia banyak termenung, berkurung dalam rumah. Hari ini baru nampak bayang di luar.
"Dhiya okay? Fikir pasal apa?" semua ini berlaju setelah wanita itu datang. Tempoh hari dia ada nampak rumah Dhiya yang didatangi orang.
Apabila ditanya siapa, Dhiya jawabkan sahaja ibu mertuanya yang datang. Ditanya kenapa datang, katanya melawat.
Tapi Mak Su Nora tidak rasa itu sebab Azizah datang memandu seorang diri dari Kuala Lumpur seorang diri. Pada hari bekerja pula tu, seakan-akan tahu Dhiya ada di rumah.
Lagipun perubahan yang berlaku pada Dhiya terjadi selepas Azizah datang. Jadi dia mengagak semuanya berkait.
"Mak su."
"Ya." Pandangan mereka bertemu.
Bibir dikemam, "Mak su rasa—" Dhiya kembali jatuhkan pandangannya. "Andai kata Dhiya ini bukan anak saudara mak su, tiada kaitan apa-apa, mak su rasa Dhiya ni perampas ke?"
Rupanya itu yang difikirkan oleh Dhiya sejak dua menjak ini. Adakah Azizah datang dan menyerang Dhiya? Lagipun dia tahu ibu mertua Dhiya tidak berapa berkenan dengannya.
"Dhiya ni perosak rumah tangga orang ke?" tambahnya lagi. Suaranya mendatar, tidak berperasaan.
Nora mengeluh panjang. Susah soalan ini. Dia percaya setiap orang mempunyai pandangan masing-masing bergantung pada situasi. "Mak su akan menjawab secara general."
Dhiya pandang mak su kembali, telinga dipasang sedia untuk mendengar.
"Tidak ada mana-mana perempuan yang menyayangi suami dan perkahwinannya sanggup bermadu. Mak su sendiri tak sanggup. Tapi kita bercakap tentang rahsia jodoh, perkara yang sudah tertulis di luh mahfuz. Jodoh kita dengan siapa, setakat mana, bagaimana semua itu sudah tertulis."
"Jadi sudah tertulis dalam takdir Allah jodoh Dhiya adalah dengan Kasyaf, melalui Medina. Bagaimana dan mengapa kita sendiri dapat melihat. Medina yang seorang kuat kerana dapat menerima semua ini, begitu juga dengan Dhiya," berhenti seketika, Nora membasahkan bibir kemudiannya menarik nafas.
"Tidak istilah untuk mengatakan Dhiya seorang perampas sedangkan Dhiya tidak merampas apa-apa dari Medina, iaitu Kasyaf. Kamu berdua hanya berkongsi. Itu ada lah jalan cerita takdir kamu bertiga. Medina masih isteri Kasyaf, mak su percaya Kasyaf masih mencintainya seperti mana dulu dan tidak pernah berkurang. Jadi Dhiya tidak merampas."
"Dan untuk perosak rumah tangga, adakah Dhiya merasakan perkahwinan dan hubungan di antara Medina dan Kasyaf mulai goyah selepas Dhiya hadir? Mereka ada bergaduh?"
Setahu Dhiya tidak, mereka nampak seperti biasa-biasa sahaja. Tapi tidak tahu pula jika mereka yang menyembunyikannya dari Dhiya.
"Kalau tidak ada, Dhiya tidak merampas. Adakah setiap perempuan yang mengahwini suami orang perampas dan perosak rumah tangga sedangkan hubungan suami dan isteri yang lama masih sama? Ketika si isteri sudah redha dan ikhlas menerima kehadiran perempuan baru dalam hidup suaminya?"
"Jadi kalau begitu, adakah Saidatina Aisyah merampas Rasulullah dari Saidatina Saudah?"
"Tapi Rasullah berkahwin dengan Saiditina Aisyah kerana suruhan Allah, begitu juga dengan isteri-isterinya yang lain, kerana Rasulullah ingin membela nasib mereka." Situasi mereka tidak sama.
"Dan begitu juga dengan perkahwinan Dhiya dan Kasyaf, aturan Allah, tertulis dalam lembarannya," Mak Su Nora meyakinkan Dhiya, jangan sesekali meragui qada dan qadar Allah.
Dhiya terdiam mendengar penjelasan mak su. Penjelasan seperti itu amat diperlukan olehnya. Bukan untuk situasinya, tetapi untuk lebih memahami pemahaman mengenai perempuan mengahwini suami orang.
Mulutnya menghela nafas lemah. "Tapi Dhiya dapatkan Kasyaf dengan cara yang tidak betul. Dhiya tipu dia dan Dina."
Tangan Dhiya dipegang erat oleh Mak Su Nora. "Dhiya, mengadu pada Allah. Minta petunjuk dari Dia untuk keliruan Dhiya. Insya Allah Dhiya."
Dia tidak mampu untuk menolong lebih, jawapan tidak terletak di tangan mereka, rahsia Allah buka dalam bidang kuasanya.
Hujung bibir digigit. Pandangannya terhenti pada bunga ros pemberian Kasyaf tempoh hari yang semakin mengiring dan sudah bertukar menjadi warna kuning.
Sepertinya anak pokok itu akan mati dan tidak mampu untuk hidup subur. Puas dia lakukan pelbagai usaha tapi masih tidak hidup.
Adakah ini salah satu jawapan untuk hubungannya dengan Kasyaf? Akan mati sebagaimana anak pokok itu?
USAI menunaikan solat hajat dan mengaminkan doa, telefon Dhiya yang tadi diletakkan di atas katil berbunyi.
Tersenyum lebar apabila melihat apabila nama pemanggil. Laju sahaja dia menjawab panggilan itu. "Hello, assalamualaikum."
"Waalaikumussalam." Kedengaran suara Kasyaf yang menjawab salam di hujung panggilan.
Tadi sebelum solat Isyak, Dhiya ada menghantar mesej mengucapkan selamat hari lahir yang 36 tahun. Tidak sangka pula Kasyaf akan menelefon.
"Untuk wish tadi terima kasih."
Hampir sebak Dhiya mendengarkan suara Kasyaf yang sudah dua kali hujung minggu tidak balik. Katanya satu projek baru sudah bermula. Medina sendiri sering mengadu Kasyaf tidak mempunyai masa untuknya walaupun tinggal serumah. Apatah lagi dia yang tinggal di lain negeri.
"Sama-sama."
"Esok saya balik."
Hampir meloncat kegembiraan Dhiya mendengar khabar itu. Akhirnya, rindunya untuk melihat wajah Kasyaf akan tercapai. "Oh ya ke?"
"Kalau macam tu saya masak special sikit boleh? Sambut birthday awak walaupun sebenarnya hari ni. Esok tak ada lah lambat sangat kan?" dia memberi cadangan, lama tidak makan semeja.
"Boleh, tapi jangan banyak sangat. Kita berdua je nak makan."
Kedengaran tawa kecil di hujung ayatnya. Dhiya senyum simpul. "Okay. Busy ke? Dekat rumah ke tu?"
"Tak, dekat off—"
"Sayang!"
Terkejut Dhiya apabila mendengar suara Medina yang entah dari mana muncul. Walaupun perlahan, Dhiya dapat dengar Kasyaf membeitahu Medina yang dia sedang bercakap dengannya.
Nampak seperti Medina sampai perlu ke pejabat Kasyaf untuk menyambut ulang tahun Kasyaf. Sibuk betul.
"Tak apa lah kalau awak ada hal dengan Dina."
"Sorry."
"Eh tak apa. Esok kita jumpa juga."
"Alright, assalamualaikum."
"Waalaikumussalam." Panggilan dimatikan dan Dhiya genggam erat telefon dan dibawa ke dada. Ini kali pertama dia menyambut hari kelahiran Kasyaf, pelbagai menu sudah terbayang untuk menyambut kepulangan suami.
Mungkin ini lah jawapan kepada kekeliruannya. Setiap malam dia bangun untuk menunaikan solat istikharah, akhirnya dijawab oleh Allah.
KEK yang dibeli di Secret Recipe dikeluarkan dari dalam peti ais kemudiannya diletakkan di meja makan. Dhiya mana reti buat kek jadi dia beli sahaja.
Di meja makan, terhidang lauk kesukaan Kasyaf pais patin. Ada juga dia memasak daging goreng berlada dan kerang rebus. Di dapur ada tomyam campur tidak terhidang, mungkin kalau Kasyaf masih lapar boleh diajmu dengan bihun.
Nampak banyak tapi dia hanya masak dengan bahagian yang sedikit sahaja. Boleh Kasyaf merasai semuanya walaupun secubit.
Dhiya agak berpuas hati dengan masakannya hari ini. Tidak sia-sia dari pagi dia keluar mencari bahan-bahan untuk memasak.
Apabila bunyi enjin kereta Kasyaf memasuki perkarangan rumah, tudung saji digunakan untuk menutup makanan. Dhiya berlari anak mendapatkan Kasyaf.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam." Tangan Kasyaf diambil untuk bersalaman.
Perkara pertama yang Kasyaf perasan adalah bau masakan yang memasuki rongga hidungnya. Seperti banyak pula Dhiya sediakan untuk kepulangannya hari ini.
"Awak nak solat maghrib dulu ke?" tapi rasa macam sudah masuk waktu isyak. Mana tahu Kasyaf ingin qada.
Kepala digeleng. "Saya dah solat tadi, dekat rnr gambang."
"Nak makan dulu ke nak solat isyak dulu?" tolong lah makan dulu.
Dapat Kasyaf lihat wajah Dhiya yang seperti tidak sabar untuk dia menjamah masakannya. "Makan dulu lah."
Perasaan gembira disembunyikan. Harap Kasyaf akan gembira.
Telefon Kasyaf berbunyi sewaktu mereka berjalan menuju ke dapur.
"Ya, kenapa Kak Dee?"
Ada apa pula Diana menelefon Kasyaf malam-malam begini? Sempat dia mencuri telinga mendengar perbualan mereka.
Wajah Kasyaf bertukar menjadi cemas. "Kenapa dengan Dina?"
Perasaan Dhiya tidak sedap. Kenapa dengan Medina.
"Okay Kak Dee, Kasyaf balik sekarang."
Luluh jantung Dhiya melihat Kasyaf menutup panggilan.
Tapak kaki Kasyaf yang mendekati Dhiya dipandang. Tolong jangan. "Saya kena balik, Dina pengsan."
Tidak sampai 5 minit Kasyaf sampai di rumah, kini mahu berpatah balik Kuala Lumpur? Tudung saji yang menutup makanan belum sempat diangkat.
"Awak, dah malam dah ni. Bahaya, balik esok. Lepas subuh ke?" dia memberi cadangan. Kalau tidak sempat merasa masakannya walaupun secubit, tidak mengapa.
Asalkan Kasyaf pulang dalam hati yang tenang. Kalau dalam keadaan cemas seperti itu, takut apa-apa pula yang akan terjadi.
"Saya risau, saya balik dulu." Sempat dia memandang sekilas kek yang tersedia di meja makan. "Saya minta maaf, minggu depan saya balik."
Tanpa sempat Dhiya berkata apa, dia hanya mampu melihat bayangan Kasyaf yang meninggalkannya. Berkaca mata dia melihat pintu yang menghilangkan Kasyaf dari pandangannya.
Tangan dikepal kuat. Segala perasaan bercampur aduk. Marah, sedih, terkilan, cemburu. Pertama kali dia merasa seperti ini.
Medina, Medina, dan Medina. Asyik-asyik Medina. Memang tidak pernah kah Kasyaf fikirkan perasaannya.
Kenapa hanya Medina? Jika bukan sebagai seorang yang dicintai, tidak boleh kah sekali sahaja Kasyaf lebihkan dia?
Tudung saji dipandang lalu dia angkat. Turun naik dadanya melihat makanan yang langsung tidak terusik oleh Kasyaf, lihat juga belum sempat lalu air matanya jatuh.
Perasaan marah menguasai dirinya. Satu persatu pinggan dibawa ke tong sampai. Semua makanan dibuang sahaja.
Dhiya yang seharian tidak menyentuh makanan kerana sibuk untuk memasak sudah hilang rasa lapar.
Akhir sekali, kek yang dibelinya turut dibuang ke dalam tong sampah.
Berlari kakinya mendaki anak tangga untuk ke tingkat atas dengan air mata yang makin lembat.
Tangisannya semakin kuat apabila sampai di bilik tidur. Hatinya makin sakit. Untuk pertama kali dia merasa dia tidak diadili dengan betul.
Kasyaf tidak pernah adil. Selama ini Kasyaf lebihkan Medina dan dia hanya biarkan. Dhiya tidak berada di tempat di mana di boleh mengadu tentang itu.
Sekarang baru dia sedar. Memang Kasyaf bukan untuknya. Rasanya ini baru Allah menjawab doanya. Tangisannya makin kuat memenuhi setiap inci bilik ini.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro