Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

TDLM - bab 35

Pakaian yang sudah sedia dilipat dimasukkan ke dalam beg bagasi kecil. Bagasi itu kemudiannya dizip dan diletakkan di tepi almari.

Esok giliran Kasyaf balik ke Kuantan. Begitu lah rutin mingguan Kasyaf hampir 6 bulan yang pejam celik, pejam celik masa beredar dengan pantas.

"Okay."

Medina masuk ke dalam bilik air untuk mencuci muka dan mengambil wuduk. Malam semakin larut, dia pula sudah semakin mengantuk.

Tidak lama, mungkin dalam 10 minit dia keluar kembali sambil mengelap muka menggunakan kain tuala kecil lalu dicampak masuk ke dalam beg laundry.

Dia daratkan punggungnya ke atas kerusi meja solek, mula mencalit alat penjagaan muka pada wajahnya.

"Oh ya, you jangan lupa ajak Dhiya, majlis hujung minggu ni."

Kasyaf yang duduk bersandar di kepala katil sambil membaca buku Surrounded by Idiots angkat muka. Dia tolak kaca mata yang turun sampai ke tulang lembut hidung.

"Perlu ke? I takut dia tak selesa." Lagi satu, Kasyaf tidak mahu Dhiya bertemu dengan uminya kerana wanita itu kurang selesa akan kehadiran Dhiya dalam keluarga mereka.

Dahi berkerut seribu? Soalan apa itu? Dia pandang Kasyaf kemudiannya bangun pergi ke arahnya lalu duduk di tepi katil, di tepi Kasyaf.

Tangan Kasyaf diraih, "Kenapa pula?"

"Umi."

Pendek tapi Medina faham. "I ada, you jangan risau." Tidak sedap pula rasa kalau tidak menjemput Dhiya kerana ini majlis keluarga.

Mereka diam.

Kasyaf kemudiannya kembali memandang buku membaca baris yang entah berapa kali dia tidak beralih kerana fokusnya sudah hilang.

Hubungan di antara Dhiya dan keluarganya terutama Puan Azizah agak rumit, boleh dikatakan seperti dalam drama-drama melayu di mana ibu mertua tidak menyukai menantu.

Ya, boleh dikatakan begitu.

Tetapi tidak lah teruk mana, tidak sampai tahap Puan Azizah menyuruhnya untuk menceraikan Dhiya. Cuma, tidak suka apabila nama Dhiya dipetik. Pasti akan mengelak.

"Sayang." Hangat tangannya memegang pipi Kasyaf yang sejuk, mungkin kerana angin penghawa dingin ditambah pula dengan kipas.

"Hmm." Mata tidak beralih dari memandang buku. Pandang sahaja, buka baca. Bila panggilan sayang disebut, ada lah tu yang Medina ingin dari dia.

Senyuman nipis dia ukir. "I tahu mungkin you masih tak boleh nak terima apa yang berlaku antara kita bertiga."

Telinga Kasyaf mendengar.

"Tapi I harap you boleh buka hati you untuk terima Dhiya, belajar untuk cinta dan sayang dia macam mana you cintakan I. You kena adil pada dia sebagaimana you lakukan pada I. Walaupun hati you dibahagikan kepada dua, I tahu rasa sayang dan cinta you pada I takkan berkurang sebab I ikhlas terima Dhiya."

Kasyaf masih diam.

Apa yang berlaku berbulan yang lalu, Kasyaf masih merasa bersalah. Itu hak Dhiya sebagai isteri tapi akalnya merasa bahawa dia seolah-olah mencurangi Medina.

Dia tidak mahu membuka pintu kepada Dhiya kerana hakikatnya Kasyaf tidak mampu untuk membahagiakan Dhiya apatah lagi menyayangi dan mencintainya sebagai isteri.

Untuk berlaku adil secara batin, Kasyaf tidak mampu.

Tangan dijatuhkan lembut. "I betul-betul ikhlas terima Dhiya. Tidak ada sebesar zarah rasa cemburu I pada dia."

Sudah hampir memasuki separuh tahun Kasyaf dan Dhiya berkahwin, tapi dapat Medina rasa masih ada jarak antara mereka. Dan Medina tidak mahu jarak itu ada.

Akhirnya anak mata Kasyaf bertemu dengan kepunyaan Medina. Dia cuba untuk mentafsir dan tiada apa yang dia lihat selain daripada keikhlasan seorang wanita.

Sedangkan dia sendiri mencemburui Dhiya kerana Medina sayangkan sahabatnya itu. Mungkin kerana itu Medina menerima takdir ini dengan ikhlas, kerana kasih seorang sahabat dari Medina kepada Dhiya.

"I masih mencuba."

Senyumannya mekar. "Thank you."

Kasyaf balas senyuman itu, walaupun dibuat-buat.

"Oh ya, Dhiya suka bunga apa?"

Sedikit lagi keningnya akan bertaut apabila mendengarkan soalan Kasyaf. "Kenapa?"

Medina bangun bertukar arah katil. Selimut ditarik menutupi kaki.

"Dhiya sekarang busy berkebun. Banyak pokok bunga dekat rumah." Teringat pula taman rumah Dhiya, cantik.

"Banyak betul masa dia. Tak busy ke? Kerja lagi, nak berkebun lagi."

Bahu diangkat, bibir dijuih kecil tanda tidak tahu. "Dia kata dia bosan, tapi kadang-kadang I tengok sampai mengah pun ada."

Medina dengar. Memang Dhiya sejak sekolah tidak suka melakukan aktiviti fizikal. Kalau hari sukan, sengaja buat-buat lemah dan tidak larat.

"Dia suka bunga apa? I nak bagi anak pokok," Kasyaf tanya lagi.

Dia sengih kecil. Tidak dijawab pula soalan tadi. "Dia suka bunga yang I suka, bunga ros."

"Dulu dia selalu beli bunga ros, bagi dekat I. Kalau I datang rumah dia dulu, banyak bunga ros dalam pasu. Segar-segar lagi."

Kepalanya angguk kecil. Banyak betul persamaan di antara Dhiya dan Medina.

BERKERUT dahi Dhiya apabila melihat CRV Kasyaf memasuki kawasan rumah. Dia yang duduk mencangkung sambil menggembur tanah bangun sambil melihat jam di tangan.

Pukul 6.30 petang. Biasanya sekitar maghrib baru sampai. Ini sudah sampai.

Kakinya berjalan mendekati Kasyaf. "Awal sampai?" dia tanya sebaik sahaja Kasyaf keluar dari perut kereta.

Kasyaf angguk kepala. "Tadi lepas solat Jumaat terus bertolak."

"Tangan kotor." Sekadar memberitahu apabila tangan tidak dihulur untuk bersalam dan Kasyaf hanya mendengar.

Mata mengintai ke dalam kereta. "Ada barang ke nak bawa naik?" soalnya apabila Kasyaf menekan butang untuk membuka bonet lalu dia terus ke sana.

Aneh apabila melihat dua anak pokok bunga ros. Beli untuk siapa? Mungkin untuk Medina kerana ini bunga kesukaannya.

Tapi kenapa di bawa ke sini? Anak pokok pula tu.

Kedengaran Kasyaf yang bermain dengan anak kunci mendekatinya. "Kenapa dengan anak pokok ni?"

Pandangan mereka bertemu. "Untuk awak tanam. Dina kata awak suka bunga ros."

Lama Dhiya pandang Kasyaf kemudiannya segaris senyuman tipis miniti di bibir. "Tu Medina yang suka. Saya beli dulu sebab dia yang suka."

Okay, sesuai dengan trend perkataan terkini, boleh dikatakan Kasyaf terciduk mendengarkan jawapan yang langsung tidak dia sangka.

Dhiya angkat kedua-dua anak pokok tadi. "Saya tak suka, banyak duri. Selalu terkena." Terus sahaja Dhiya berjalan pergi ke taman meninggalkan Kasyaf yang tercengang.

Langkah Dhiya yang semakin menjauh darinya dipandang lalu helaan nafas berat dihela. Tembok antara makin tinggi hanya disebabkan dua anak pokok bunga ros.

Kasyaf ambil beg bagasi dari perut kereta dan berjalan mendekati Dhiya. "Kalau awak tak suka, saya boleh bawa balik."

Tangan yang terkena tanah disapu. Dhiya sengih kecil sebelum menggeleng. "Takkan tak suka, awak yang bagi."

Kasyaf diam. Rasa seperti setiap ayat yang keluar dari mulutnya ibaratkan bata yang meninggikan tembok.

"Saya ada beli fruit juicer baru. Awak naik atas, mandi ke, nanti saya bawa naik." Dhiya tanggalkan sandal dan masuk ke dalam rumah, Kasyaf hanya membuntutinya dari belakang.

Tangan yang kotor dibasuh dengan sabun. "Buah berries boleh kan?" peti ais dibuka dan buah yang dia beli semalam dikeluarkan.

"Boleh."

"Okay."

Melihatkan Dhiya yang sibuk dengan juicer yang baru, perkataan terima kasih hanya terkubur dalam hati. Kaki dihayun mendaiki anak tangga untuk ke tingkat atas.

Apabila jus buah berries siap, Dhiya naik ke atas. Agak hairan apabila melihat bilik yang kosong. Beg bagasi ada di tepi almari.

Dia cuba pula tombol bilik air, tapi masih tiada orang. Ke mana pula Kasyaf pergi? Mahu kata keluar, kereta masih ada di bawah.

Dhiya keluar dari bilik. Anak mata menangkap pintu sliding door yang terbuka sedikit. Mungkin di situ jadi dia mendekati balkoni tersebut.

Ternyata memang benar Kasyaf ada di situ. Melihatkan dia yang bersandar pada sofa dengan mata yang ditutup rapat, dengan berhemah Dhiya mendekatinya.

Gelas air diletakkan di atas meja dan dia henyak lembut tempat di sebelah Kasyaf. Tidur ke?

Tangan dilambai kecil di depan muka Kasyaf, mana tahu akan tersedar tetapi tidak. Dia masih kaku seperti benar-benar tidur.

Dhiya helas nafas panjang. Ada sedikit rasa bersalah dengan percakapannya tadi dengan Kasyaf.

Lelaki itu ikhlas memberikan dia anak pokok itu, tetapi dia seperti menolak dan mungkin ada percakapan yang menggores hati.

Tapi dia tidak bermaksud seperti itu. Ia bukan niatnya.

Dia cuma ingin-

-Kasyaf tahu tentang dia.

Kepala dipusing memandang Kasyaf yang langsung tidak berganjak.

Entah apa yang merasukinya, Dhiya sandarkan kepala pada bahu Kasyaf. Berani mati sungguh perbuatannya.

Tetapi ini kali pertama untuk mereka, melakukan sentuhan seperti ini. Kali terakhir sewaktu di majlis akad nikah mereka di mana Kasyaf mencium dahinya.

Tapi tidak salah bukan jika dia ingin berada dalam dakapan Kasyaf? Kerana dia suami dan Dhiya isteri.

Matahari yang mulai terbenam memberikan permandangan yang indah apabila cahaya kuning bercampur oren terpancar. Laagi indah jika Kasyaf sedar.

Mata dipejam rapat apabila air mata memenuhi empangan. Dhiya sebak. Berapa lama lagi masanya berbaki?

Berapa lama lagi masa yang dia ada untuk mencintai dan membahagiakan Kasyaf? Adakah Kasyaf akan sedih dengan berita pemergiannya kelak?

Atau akan bahagia kerana akhirnya akan bebas? Hidup bahagia hanya bersama Medina?

Dhiya akui walaupun perit dan banyak memakan hati, hidup bergelar isteri kepada Kasyaf, itu adalah kenangan terindahnya.

Lelaki yang dia cintai menjadi suami.

Mata dicelik kembali apabila dia kekal dalam keadaan begitu lebih 10 minit. Perkara pertama yang dia lihat ada matahari yang sedang terbenam.

Indah sungguh ciptaan Tuhan.

Dhiya yang sandarkan kepala di bahu hanya dibiarkan.

Sebenarnya tadi dia tidak terlelap, hanya pejamkan mata untuk hilangkan penat memandu. Tetapi apabila Dhiya datang, tidak tahu kenapa dia keras membatu.

Sama-sama mereka berdua dalam keadaan seperti itu sambil melihat matahari yang digantikan dengan bulan sehingga kedengaran bacaan ayat al-Quran menandakan tidak lama lagi akan memasuki waktu maghrib.

"HUJUNG minggu ni saya tak balik."

Tangannya terhenti daripada membasuh pinggan. Dia pandang Kasyaf yang sedang mengelap meja seketika.

"Okay." Ada juga terkadang Kasyaf melangkau satu giliran kerana kerja, jadi Dhiya faham sahaja.

Hujung bibir digigit apabila Dhiya tidak bertanya. "Ada kenduri arwah abah saya." Dia memberitahu.

2 tahun yang lalu abahnya pergi menghadap ilahi, jadi setiap tahun keluarganya akan mengadakan majlis tahlil.

Air ditutup apabila semua pinggan sudah dicuci. "Okay." Dhiya faham jika dia tidak dijemput, dia hanya diibaratkan seperti seseorang yang datang tidak dialu-alukan.

Jeda.

"Awak turun KL, kita pergi sama-sama, dengan Dina."

Dhiya pandang Kasyaf, Kasyaf pandang Dhiya.

"Okay."


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro