Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

TDLM - bab 31

Malam itu menjadi malam yang agak istimewa dengan Dhiya yang menghias dirinya supaya kelihatan lebih cantik dari hari biasa.

Dia kenakan baju blouse yang bewarna putih kosong dengan seluar pleated bewarna biru langit dan warna tudung yang sama.

Kalau ikutkan hatinya mahu sahaja dia menempah khidmat jurusolek professional dan memakai dress labuh seperti makan malam istimewa.

Tapi rasanya itu agak keterlaluan. Nanti apa pula kata Kasyaf.

Jadi dia kenakan penampilan yang paling simple dalam kalangan penampilan yang berat.

Kasyaf yang duduk di hadapan menjadi tetapan bebola matanya. Apabila diperhatikan dekat-dekat seperti ini, rasa seperti makin jatuh hati pula.

Betul lah, masih tiada apa yang berubah. Cuma mungkin ada kedut-kedut kecil dan kulit yang gelap sedikit berbanding dahulu, mungkin kerana selalu terdedah kepada matahari.

Kaca mata yang dipakai oleh Kasyaf menambahkan lagi imej matang dan kekacakan lelaki itu. Biasa sahaja di mata orang lain, tapi istimewa di matanya.

"Selalu ke datang sini?" soal Kasyaf memecah kesunyian.

Dia perhatikan sekeliling restoran. Separuh dari ruang dipenuhi dengan pelanggan yang lain, mungkin disebabkan oleh hujung minggu.

Kepala menggeleng. "Tak ada lah, first time juga."

Disebabkan tadi sebelum menjamu selera Dhiya ada singgah di ECM untuk ke Parkson. Malas mahu susah-susah mencari tempat makan lain jadi mereka hanya mencari dekat-dekat dengan pusat membeli-belah itu.

Ada tempat untuk makan secara buffet tapi mungkin tidak disediakan pada malam ini. Usai menunggu beberapa minit, makana yang dipesan sampai.

"Tak tangkap gambar dulu ke?" soal Kasyaf melihatkan Dhiya yang terus mencapai sudu dan garfu.

Biasa kalau Medina, pantang makanan disentuh dahulu pasti disuruh tunggu sekejap untuk sesi penggambaran.

Soalan itu kedengaran agak lucu. Untuk orang yang tidak terlalu aktif di media sosial seperti Dhiya rasanya tidak perlu.

Tapi memandangkan malam ini makan malam pertama mereka, telefon dikeluarkan dari beg tangannya. Beberapa keping gambar diambil.

"Selfie dengan awak boleh?" mana tahu tidak sudi.

Tapi Kasyaf anggukkan kepala dan mula membuat gaya peace. Dhiya senyum saja sambil butang volume ditekan, susah kalau tekan butang tengah.

"Dah." Telefon disimpan kembali. "Jangan risau, saya tak post. Untuk simpanan peribadi je." Bukan apa, Dhiya tidak mahu menimbulkan percakapan orang lain terutama sekali dari Medina.

Dia memuat naik gambar di perkahwinan yang hanya menunjukkan cincin yang disarung oleh Kasyaf itu pun sudah ada komen-komen negatif.

Mana tidaknya, dah dia pergi kahwin dengan suami orang.

"Nak balik terus ke lepas makan?" sudu diusakan ke dalam mulut. "Ke awak ada nak singgah mana-mana?"

"Apa je yang best dekat Kuantan?"

Soalan itu membuatkan Dhiya berfikir sejenak. Susah ya soalan itu. Dengan Dhiya yang memang jarang keluar malam.

Takkan mahu pergi car boot sale? Atau, "Awak nak pergi Teluk Cempedak?" malam-malam macam ini, itu saja yang boleh dia fikir.

"Best ke?"

Dhiya sengih kecil. "Biasa je. Tapi ramai orang lah even malam-malam. Monyet pun banyak."

Kasyaf ketawa kecil. "Boleh je."

Lalu mereka menghabiskan makanan masing-masing. Malam ini mungkin salah satu malam yang Dhiya akan ingat.

Mungkin kerana Kasyaf ada bersamanya, atau mungkin disebabkan oleh Kasyaf yang lama-lama menjadi Kasyaf yang lama dia kenali di pulau.

"AWAK balik kan hujung minggu ni?" Dhiya sibuk menyusun bekas makanan ke dalam beg kertas.

Lebihan nasi dagang semalam masih ada. Jadi daripada dia simpan di rumah ini tidak bersentuh, adalah lebih baik jika dia bungkuskan untuk Kasyaf dan Medina.

Hari ini untuk tengahari sebelum Kasyaf bertolak pulang sebentar sahaja lagi, Dhiya masakkan lelaki itu sotong masak kunyit dengan ayam celup tepung sahaja.

"Insyallah balik, tapi sampai macam biasa lah around maghrib," jawab Kasyaf.

Dhiya angkat beg kertas itu lalu letakkan ke atas meja. Kasyaf sudah tahu itu untuknya dan Medina.

Melihatkan Kasyaf yang berselera tengahari ini sudah cukup membuatkan Dhiya gembira walaupun lauk yang dimasak biasa-biasa sahaja.

Kedua-dua tangannya menongkat dagu di meja makan, berhadapan dengan Kasyaf. "Awak ada apa-apa yang awak nak makan ke? Saya boleh masakkan."

Kepala diangkat memandang Dhiya. "Apa yang boleh awak masak?"

"Awak cakap je, kalau saya reti buat, saya buatkan. Kalau tak reti pun, saya boleh belajar buatkan." Tiada apa yang tidak boleh Dhiya lakukan untuk Kasyaf. Semua boleh.

Kasyaf berfikir sejenak. Apa ya? "Kalau nasi kerabu boleh?"

"Nasi kerabu?" Dhiya tidak lah pandai tapi rasanya mak su mesti tahu. "Boleh je. Minggu depan awak balik dah tersedia dah dekat meja makan."

Senyuman terukir. Entah lah, tapi Kasyaf merasa hatinya makin terbuka untuk Dhiya. Mungkin sebagai seorang yang bergelar istimewa itu belum, tapi cukup untuk dia rasa senang dengan kehadiran wanita itu.

Apabila Kasyaf bangun untuk membasuh pinggan, Dhiya segera menghalang. Pinggan diambil dari tangan lelaki itu. "Tak apa, biar saya basuhkan."

Tapi Kasyaf mengambil kembali pinggan itu. "Tak apa, setakat basuh pinggan saya boleh buat." Kedengaran air dari paip memancut keluar.

"Lagipun awak dah banyak dah buat kerja." Di rumah ini, Kasyaf terasa dia dilayan seperti raja.

Dhiya hanya Kasyaf yang membelakanginya. Ingin sahaja dia peluk tubuh itu dan meminta untuk jangan pergi.

Tapi Dhiya tahu dia tidak boleh tamak. Kasyaf ada Medina.

Mereka berdua berjalan seiringan ke pintu rumah. Kasyaf letakkan beg kertas di temat duduk belakang dan kembali kepada Dhiya yang hanya berdiri di daun pintu.

Tangan dihulur dan segera Dhiya sambut huluran itu dengan mencium tangan yang yang bersuhu biasa itu.

Kasyaf letakkan tangannya pada ubun-ubun Dhiya, mengelus lembut. "Elok-elok dekat rumah." Dhiya angkat kembali kepalanya lalu huluran terlerai.

Ayat-ayat itu kedengaran terlalu indah di telinganya, ingin dia abadikan selamanya dalam kenangan terindah di fikiran.

"Kalau ada apa-apa, call je saya."

"Okay."

"Saya pergi dulu."

"Ya." Tolong jangan pergi, kata-kata yang tidak terluah hanya mampu berkata dalam hati sahaja.

Kasyaf masuk ke dalam kereta dan Dhiya masih setia di pintu melihat kereta itu meluncur keluar dari kawasan rumahnya.

Apabila sudah masuk 5 minit, Dhiya masih menunggu di situ. Mahu berharap Kasyaf akan berpatah balik dan tinggal dengannya beberapa hari lagi tapi itu hanya angan-angannya sahaja.

Baru sahaja Dhiya ingin melangkah masuk, hon kereta kedengaran. Baru sahaja dia ingin melonjak kegembiraan kerana menyangka Kasyaf, senyumannya mati.

Bukan CRV Kasyaf yang datang tapi Toyota. Dia yang sudah tahu siapa yang datang bertandang menunggu orang itu untuk keluar dari perut kereta.

"Aku rasa aku ada nampak kereta Kasyaf tadi keluar cabang. Dia dah balik eh?" soal Iman sambil menutup pintu kereta.

"Ya." Mereka berdua berjalan sama-sama masuk ke dalam rumah, menuju ke dapur.

Tadi pagi dia ada menelefon Iman menyuruhnya untuk datang pada waktu tenghari tapi sudah dikhabarkan akan datang sedikit lambat kerana ada kecemasan di hospital.

Masih ada baki nasi dagang walaupun sudah diagihkan kepada Medina dan mak su, jadi ada baiknya juga jika dia berikan kepada Iman.

"Sedih je aku tengok kau ni," ujarnya yang meliatkan air muka Dhiya. Macam mati laki.

Dhiya tidak menjawab, dia ambil segelas cawan lalu diisi dengan penapis air coway kemudiannya diberikan kepada Iman.

"Nah, tapi tak ada lah banyak sangat. Cukup lah untuk kau dengan Hadi dan anak-anak makan." Beg kertas diberikan kepada Iman.

Beg diselak sedikit. Wangi dan itu sudah cukup memancing seleranya memandangkan perut masih kosong sejak dari pagi.

"Siapa ada jaga anak-anak kau dekat rumah?"

"Hadi ada."

Dia angguk faham. Kerusi ditarik dan dia duduk di kerusi makan.

"Suka aku tengok kau sekarang." Walaupun tadi macam sedikit monyok, tidak dinafikan ada seri di wajah itu.

"Kenapa?"

"Ya lah, dah ada suami. Siapa yang tak happy, kan?" usiknya diselangi sengih gurauan.

Dhiya senyum nipis. "Sementara je tu." Pendek tapi tersirat.

"Oh ya, Hanan tak ada contact kau ke?" rasanya tempoh hari ada dia lihat gambar di Instagram Medina. Berjumpa di Kuala Lumpur barangkali.

Kepala digeleng. Masih tiada khabar berita dari wanita itu. Kali terakhir dia menghantar mesej mungkin beberapa hari setelah perkahwinannya.

Apabila dibiarkan tidak dibalas, malahan tidak dibaca, mesej sudah tidak dihantar. Marah betul Hanan kepadanya.

"Kau?" dia tanya kembali.

"Tak kerap." Mungkin kerana Hanan lancarkan juga perang dingin terhadapnya.

Dhiya mengeluh lemah. Tidak tahu perlu kata apa.

Tangannya dipegang lembut oleh Iman,"Tak apa, kau jangan risau. Nanti aku try untuk slow talk dengan dia. Kau fokus dekat rawatan dengan perkahwinan kau je."

Tubuh dipeluk walaupun tidak sejuk. Harapnya salah faham di antara Hanan dan dia dapat diselesaikan dengan segera.

BREK tangan ditarik apabila keretanya masuk ke kawasan garaj rumah. Dia pandang kereta Medina yang ada sebelah tadi tidak batang hidung wanita itu.

Biasanya kalau dengarkan sahaja enjin kereta, terus pintu terbuka.

Dia ambil barang-barang yang dikirim oleh Dhiya sebelum masuk ke dalam rumah.

Sunyi.

Tapi Kasyaf berjalan lagi sehingga ternampak sekujur tubuh yang dia cintai sedang duduk di tepi kolam, berendam kaki mungkin.

Melihatkan Medina yang masih tidak sedar akan kehadirannya, Kasyaf berjalan dengan penuh berhati-hati mendekati isterinya.

Sesuatu yang dibeli sewaktu dalam perjalan pulang disembunyikan di belakangnya.

Kedua-dua mata Medina ditutup dengan tangannya. "Cuba teka siapa ni?" Kasyaf tersenyum simpul, saja bergurau.

Jelas sergahan itu membuatkan Medina yang sedang termenung terkejut. Hampir kecut perutnya.

Tapi mendengarkan suara itu, dia tersenyum. Suka apabila Kasyaf bergurau seperti ini.

"Siapa ya? Tak kenal lah." Dia ketawa lucu.

Jambangan bunga mawar yang disembunyikan diletakkan di hadapan Medina. Kasyaf alihkan tangannya menutupi mata Medina.

Jelas kebahagian terpancar di muka Medina melihatkan bunga itu, tidak sangka. "Sayang, kenapa tiba-tiba bagi bunga ni?"

Jambangan bunga beralih tangan. Bunga yang masih segar itu dibawa ke hidung. Wangi.

Kasyaf duduk di sebelah Medina, "Saja, you kan suka bunga."

"Thank you." Medina langsung tidak beralih dari melihat bunga itu, hatinya gembira dengan hanya mendapat jambangan itu.

Dia hanya memerhatikan Medina. Kasyaf ingat setiap kali dia pulang dari Kuantan, dia akan hadiahkan Medina bunga.

Bukan apa, Kasyaf tidak mahu Medina merasa dirinya diganti.

Dengan cara ini sedikit sebanyak dapat memberikan kepastian bahawa cintanya masih dan hanya untuk Medina.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro