Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

TDLM - bab 22

Hari itu Dhiya tidak melakukan apa selain lena di biliknya walaupun matahari sudah mahu ditenggelami oleh bulan. Ke pejabat pun tidak kerana sudah memohon cuti.

Hari ini hari pertama dia datang bulan jadi memang Dhiya tidak larat untuk buat apa-apa. Untuk celik mata pun terpaksa Dhiya kumpulkan sluruh tenaga yang tersisa.

Dhiya memang begitu, kepala berpusing seolah-olah baru sahaja menaiki merry go round berpuluh kali. Kaki kebas seperti urat terputus. Perut apatah lagi, terasa seperti disiat-siat senipis yang boleh.

Kepalanya terasa basah. Dhiya biarkan sahaja tuala itu diratakan pada seluruh kepalanya. Mungkin setitis dua air sudah membasahi bantalnya. Sedikit sebanyak, pening dikepala mulai ringan.

"Dhiya, Dhiya."

Suara itu membuatkan lenanya agak terganggu. Suara yang tidak asing darinya.

"Kesian anak mama kalau datang bulan." Kali ini kepalanya pula diusap perlahan membuatkan kehangatan tangan itu dirasai hingga ke kulit kepala.

Perlahan-lahan matanya dibuka. Sepasang mata memandang Dhiya dengan senyuman yang manis membuatkan tubir air mata dipenuhi.

"Mama?"

"Ya, sayang?"

Tubuh dikuatkan untuk bangun. Adakah dia sedang bermimpi? Air mata jatuh apabila wanita itu tetap memandangnya. Jika ini mimpi jangan kejutkan dia.

"Mama." Dhiya dakap tubuh mamanya. Subhanallah, tidak tertanggung rasa rindu dia kepada wanita yang telah pergi ini. Esakan Dhiya makin kedengaran memenuhi ruang biliknya.

Dahi Puan Suri berkerut. Sudah buang tebiat kah anaknya ini? "Kenapa ni sayang?"

"Kenapa mama tinggalkan Dhiya, ma? Kenapa papa pun tinggalkan Dhiya? Kenapa Dhiya seorang-seorang dekat dunia ni? Dhiya nak ikut mama dengan papa."

Pelukan dikuatkan seperti tidak mahu membiarkan mamanya pergi lagi apabila Puan Suri ingin meleraikannya.

"Pergi mana? Mama dengan papa ada je."

Tangisannya terhenti. Dia lepaskan dakapan itu dan pandang wanita itu dengan tidak percaya.

"Tipu. Mama pergi tinggalkan Dhiya dengan papa sebab kanser. Sekarang Dhiya pun ada kanser."

Tangan Puan Suri beralih memegang bahu Dhiya. "Sayang mama berangan ya? Mama sihat lah. Mana pernah mama sakit, Dhiya pun tak sakit. Dhiya berangan ya?"

Terkebil-kebil Dhiya. Mimpi apa ini? Baru sahaja Dhiya ingin tanya lagi tapi dapat dia rasakan sakit badannya mulai kebah. Tiada lagi sakit di perut seperti ingin mencabut nyawanya.

"Papa ada je dekat bawah tengah tengok cerita Hindustan dia." Pujuk Puan Suri lagi. Apabila Dhiya bangun dari katil keluar dari bilik, kepalanya hanya menggeleng sambil tersenyum nipis. Dari kecil sehingga ke besar anaknya tidak pernah berhenti berangan.

Pehanya ditampar sebelum bangun, mengikuti jejak Dhiya yang mungkin turun ke bawah.

Laju kaki Dhiya menuruni anak tangga. Telinganya menangkap bunyi lagu Hindustan yang dipasang di TV. "Baba?" satu badan yang bersandar di sofa asyik menonton filem Hindustan. Langkahnya terhenti di hujung anak tangga.

Encik Fauzi pusingkan kepala memandang Dhiya. "Hah, Dhiya. Jom tengok dengan baba cerita ni. Preity Zinta berlakon, Dhiya suka Preity Zinta kan?" audio dikuatkan.

Berlari Dhiya memeluk tubuh baba. Sekali lagi dia menangis melepaskan rindu. Tidak ada satu hari Dhiya melupakan mama dan babanya. Rindu yang tidak tertanggung dan tidak dapat diluahkan dengan kata.

"Kenapa dengan anak baba ni?" Encik Fauzi usap belakang Dhiya.

"Entah lah, bang. Tiba-tiba je saya kejutkan dia jadi macam ni, mengigau kot." Puan Suri yang sedang menuruni anak tangga menjawabkan. Dia ambil tempat di Dhiya yang sedang memeluk suaminya.

"Papa jangan tinggalkan Dhiya lagi, mama pun. Dhiya dah tak ada siapa-siapa. Dhiya seorang-seorang dekat sini, tak ada siapa sayang Dhiya," rayunya. Dia tahu ini semua mimpi, Dhiya sedar tapi sungguh jangan sesiapa kejutkan dia.

Dhiya ingin kekal seperti walau hanya sekadar bayangan. Tidak tertanggung rasa yang akan dia bawa nanti. Cuma mama dan baba yang dia perlu, tiada siapa lagi kecuali mereka.

"Dhiya." Suara Encik Fauzi kedengaran dari sudut lain. Wajah diangkatkan memandang kedepan. Kelihatan pasangan suami isteri memandangnya dengan penuh kasih.

Kepala digelengkan apabila melihat mereka dengan pakaian serba putih. Dia pandang kiri dan kanannya, sudah tiada siapa-siapa lagi.

Tidak! Mereka tidak boleh tinggalkan Dhiya lagi.

Keras.

Sudah cukup kuat Dhiya paksa tubuhnya untuk bergerak ke arah mereka namun badannya ibaratkan seperti lumpuh. Tidak patuh pada arahan akal sendiri untuk bergerak.

"Mama, Papa!" tangisannya makin kuat apabila tidak dapat bergerak.

Puan Suri juga turut menangis melihat anaknya dalam keadaan sebegitu sebelum bahunya dipeluk oleh Encik Fauzi. "Mama maaf sayang-"

"-mama tahu mama tinggalkan Dhiya dengan baba terlalu awal. Mama minta maaf, sayang." Sedu ditahan, Puan Suri tidak mahu anaknya melihat dia menangis.

"Sayang baba kuat kan? Jangan mengalah untuk hidup. Kita hidup Allah, jangan lupakan Allah," pesan Encik Fauzi.

"Dhiya nak baba, Dhiya nak baba," lirih Dhiya merayu walaupun dia tahu itu tidak akan menjadi kenyataan.

"Tak boleh sayang, ini belum masa Dhiya. Dhiya kena teruskan hidup Dhiya. Allah ada, Allah takkan tinggalkan Dhiya jadi jangan Dhiya tinggalkan Allah." Puan Suri tambah pesanan. Tahu dan faham kekecewaan dan betapa lemah Dhiya sekarang.

Mereka berdua ukir senyuman paling manis untuk Dhiya sebelum bayangan mulai hilang. Ketika itu tiada apa yang mampu Dhiya lakukan selain menangis dan menangis.

Keluhan panjang keluar dari mulut. Tuala basah yang digunakan untuk mengelap kepala Dhiya yang sudah mulai reda panasnya diletakkan ke dalam mangkuk.

"B...baba."

Dia pandang Dhiya yang sedang mamai dalam tidur.

"M...ma...mama."

Sayu hati melihat anak saudaranya dalam keadaan ini. Langsung tidak tahu keadaan Dhiya yang menahan sakit seorang diri.

Tergerak hati untuk Mak Su Nora untuk datang ke rumah Dhiya apabila dia telefon untuk memanggil Dhiya makan tidak dijawab. Kereta ada di rumah tapi lampu tidak dipasang apabila sudah malam.

"Dhiya dah okay ke?" soalan suaminya membuatkan Mak Su Nora usir sebak yang hadir. Dia bangun dari duduk di tepi katil.

Mangkuk yang berisi tuala basah tadi diambil. "Saya dah tuam kepala dia, tapi biasalah kalau hari pertama datang bulan."

Pak Su Razlan anggukkan kepala. Sedikit lega.

"Saya tidur dekat sini ya? Takut kalau apa-apa jadi dekat dia."

"Okay."

DAUN pintu dibuka dan Kasyaf masuk ke dalam rumah. Dia berjalan ke dapur tapi sedikit terkejut apabila melihat Medina yang sedang menyusun pinggan dan lauk di meja.

Kebiasaannya Medina tidak mempunyai masa untuk memasak makan malam kerana penat seharian bekerja dan hanya akan memasak untuk sarapan dan di hujung minggu. Tapi Kasyaf faham akan komitmen isterinya.

Cuma hari ini agak pelik apabila melihat Medina di dapur pada hari bekerja. Jam di tangan dilihat, baru masuk waktu maghrib. Kebiasaanya waktu sebegini Medina masih lagu sedang bertarung dengan kesesakan trafik.

Kasyaf berjalan ke meja makan. Lauk kesukaanya dilihat. "Kenapa tiba-tiba masak?" blazer diletakkan di kepala kerusi.

Medina yang sedang mengalihkan lauk dari kuali ke pinggang pandang Kasyaf beberapa ketika. "You dah balik? Solat lah dulu, lepas tu kita makan sama-sama."

Dengusan kecil kedengaran. "Kalau you buat semua ni sebab nak pujuk I terima idea you yang tak masuk akal tu-"

Tangan Medina berhenti membuat kerja. Diam diam menunggu Kasyaf untuk menyambung ayatnya.

"-tak perlu. I takkan terima." Blazer kembali diambil lalu Kasyaf berlalu masuk ke dalam bilik tidur mereka.

Hujung bibir digigit. Kuali ditangan diletakkan pada dapur kembali. Sejak dia utarakan hajatnya beberapa hari yang lalu, dapat Medina rasai perubahan Kasyaf.

Apabila Medina ajak berbincang untuk lebih memahami niatnya, Kasyaf akan tarik diri. Hubungan mereka kekal begitu.

Pinggan diletakkan ke atas meja makan. Tudung saji diambil untuk menutup lauk pauk yang sudah terhidang. Medina atur langkah ke bilik bersebelahan dengan bilik tidur mereka.

Tombol pintu yang tidak berkunci dibuka. Air mata tidak dapat ditahan melihat bilik yang disediakan untuk menyambut kelahiran anak mereka walaupun sudah 9 tahun.

Perempuan mana yang tidak sedih? Perempuan mana yang sanggup melihat dirinya dimadukan? Medina hanya ingin Kasyaf untuk memahami situasinya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro