Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

TDLM - bab 15

Lauk ayam masak merah yang baru sahaja masak dipindahkan masuk ke dalam pinggan kaca jernih. Kasyaf yang berada di meja makan membantu Medina dengan menuangkan air oren ke dalam gelas, hanya makan ala kadar.

Iman yang sedang menuruni anak tangga diperhati sehingga akhirnya menarik kerusi kosong di meja makan dengan muka yang kosong.

"Dhiya dah makan?" sepatutnya tengahari ini dia dan Kasyaf pulang ke Kuala Lumpur tapi disebabkan kejadian yang berlaku hari ini, terpaksa mereka tangguh niat itu kepada esok. Keadaan Dhiya masih belum stabil.

Persandingan mereka berbaki 2 hari lagi tapi Medina langsung tiada keterujaan untuk bersanding. Ingin sahaja dia tangguh tapi semua persediaan sudah hampir siap sepenuhnya.

Itu pun tadi Dhiya tidak mahu dihantar ke hospital. Katanya dia baik-baik sahaja dan ingin berehat di rumah. Mereka malas mahu paksa-paksa.

"Dah, tapi tak habis. Dia kata nanti dia habiskan." Iman hanya menyenduk sedikit nasi ke dalam pinggan. Hari ini dia penat dan tidak mempunyai selera untuk makan.

"Sekarang dia tengah buat apa?" Medina tanya lagi. Tadi dia dan Kasyaf sibuk membeli barang dapur untuk memasak jadi mereka tidak sempat menjenguk keadaan Dhiya sejak dari petang tadi.

"Berehat. Lepas isyak tadi dia terus tidur."

Suasana di meja makan sunyi. Hanya bunyi perlanggaran di antara pinggan dan gelas kaca memecahkan kesunyian di antara mereka.

"Tahlil buat ke?" saja Kasyaf tanya, suasana di meja makan agak kekok saat ini.

Kepala yang dari tadi menunduk sahaja diangkat. "Pak su kata buat, tapi buat dekat masjid je." Tadi pak su ada memberitahu Iman akan niatnya memandangkan jika buat di rumah, banyak kerja yang perlu dibuat. Jika buat di masjid, ada orang masjid yang akan tolong.

Kasyaf hanya angguk faham, sekali lagi meja makan menjadi sunyi.

Pinggan yang tidak licin dengan separuh nasi masih berbaki ditolak ke tepi. Iman bangun dari duduk dan membawa pinggan itu ke sinki untuk dibasuh.

"Dina, Kasyaf, maad tau tapi aku rasa aku tak pergi majlis sanding korang. Sorry-" pinggan yang sudah dicuci tadi disusun pada rak.

Iman kembali ke meja makan. Air oren tadi diteguk untuk menghilangkan dahaga. "Sebab aku rasa aku nak duduk sini sehari dua. Dhiya belum okay, so aku tak yakin untuk tinggalkan dia." Satu helaan nafas panjang dilepaskan.

Diam sahaja Medina pandang Iman. Jujur dia agak kecewa, hari itu sepatutnya menjadi hari bahagia mereka kerana dapat berkumpul setelah sekian lama.

Tapi siapa dia untuk menidakkan perkara yang berlaku. Medina perlu faham keadaan Dhiya sekarang. "It's okay, aku faham." Senyuman palsu diukir.

Apabila Iman bangun dari duduk untuk membasuh gelas, segera Medina halang. "Tak apa, biar je. Aku basuh." Medina bangun dan ambil pinggan lauk pauk yang sudah kosong ke sinki yang bersebelahan dengan kerusinya.

"Sikit je ni. Gelas je pun."

"Tak apa, alang-alang."

"Thank you."

"Welcome." Medina mula basuh satu persatu cawan dan gelas.

Kerusi ditolak masuk ke dalam meja. "Aku naik dulu tau. Nak rehat, penat."

"Okay."

APABILA Iman memberitahu Dhiya tidak berada di bilik dan mungkin berada di balkoni, Medina berjalan ke sana. Angin malam dingin menerbang masuk langsir putih kerana pintu sliding yang tidak ditutup.

Dia dapat melihat Medina yang termenung jauh duduk di sofa panjang. Dulu sewaktu mereka sering ke rumah Dhiya untuk pulang bermalam, di sini selalu menjadi tempat mereka lepak. Biasanya Hanan kan bermain gitar dan mereka akan nyanyi sama-sama.

Tiada waktu yang terbuang begitu sahaja kerana mereka akan selalu meluangkan masa. Waktu persekolahan yang menjadi memori terindahnya singgah sebentar, menggamit ingatan.

Medina mengambil tempat di sebelah Dhiya. "Jauh termenung." Cawan air teh panas diletakkan ke atas meja yang berada di hadapan. "Untuk kau."

Lamunan Dhiya mati. Dia pandang cawan kemudiannya memandang Medina sesat sebelum kembali kepada cawan. "Thank you." Cawan diambil dan kerana panas, dia hanya hirup sekali.

"Kau dah okay?" Medina berpeluk tubuh. Dia pandang langit di atas, sepertinya hari akan hujan lagi malam ini.

"Better than yesterday. Thank you." Gelas di tangan dipegang erat. Sedikit tangan yang sejuk kembali hangat. Hujung bibir digigit. Dhiya serba salah dengan Medina, dengan Iman dan juga dengan Kasyaf.

"I'm sorry."

Dia senyum nipis. "For what?"

"For today. It was not what I meant."

Diam. Entah, Medina tidak mampu baca sama ada Dhiya memang berniat untuk mati pagi tadi atau tidak.

"It feels like I was possessed." Teh yang sudah semakin sejuk dihirup lagi.

Kedengaran Medina lepaskan satu helaan nafas panjang. Dia pandang ke arah lampu jalan. "Kita ni Dhiya, manusia. Iman naik dan turun, dan apabila turun, senang untuk iblis berbisik pada kita. Lagi-lagi bila kita kehilangan orang yang kita sayang, tipu lah kalau kita tidak mempersoalkan takdir."

Dhiya diam, mendengar nasihat Medina. Dulu waktu zaman sekolah, Medina juga yang selalu memberikan nsihat kepadanya.

"Aku akui Dhiya, I don't feel you pain, aku tak tak tahu rasa kehilangan yang orang aku sayang tapi Dhiya, aku nak kau tahu yang aku sayang kau dan aku tak nak kehilangan kau-" apabila suaranya ditenggelami dengan sebak, Medina berhenti seketika.

Tuhan sahaja yang tahu betapa takut dia pada hari ini. Tidak pernah Medina terbayang akan melihat sahabtnya sendiri akan ditelan oleh laut seperti tadi.

Medina tarik nafas panjang. "Aku tahu kau sayangkan arwah uncle, kitaorang pun sayang, dia ayah kau, dia je yang kau ada tapi kau pun ada kitaorang. Kitaorang selalu ada untuk kau, walaupun tak sama dengan kasih sayang seorang ayah, kitaorang tetap sayang kau."

Air mata yang ditahan sudah jatuh mengalir di pipi. Sungguh Dhiya menyesal dengan tindakan bodoh tadi. Tidak semena-mena dia sudah menyusahkan mereka bertiga.

Tangan Medina menyentuh tangan Dhiya. Dapat dia rasakan betapa sejuk tangan Medina. Perlahan-lahan Dhiya angkat muka memandang Medina. Seperti dia, Medina juga turut menangis.

"Berdoa Dhiya, Allah ada."

Air mata Dhiya jatuh lagi, sungguh dia lalai.

"Minta keredhaan Allah supaya tempatkan arwah baba kau dalam kalangan orang yang beriman. Hanya doa dari anak yang solehah dapat membantu baba kau. Berdoa pada Allah supaya dosa kita dimaafkan oleh-Nya dan kita dijauhkan dari iblis, Dhiya."

Sungguh Dhiya tidak mampu menahan sebak, terus sahaja dia menangis disitu dengan teresak-esak sebelum tubuhnya ditarik ke dalam dakapan Medina. Dalam dakapan itu, Dhiya rasa selamat.

MALAM itu Dhiya tidak dapat tidur kerana masih terngiang-ngiang pesanan Medina lalu akhirnya dia bangun dari katil untuk menunaikan solat hajat.

Setelah memberikan salam, Dhiya hanya duduk membeku di tikar sejadah. Lampu tidak dipasang langsung kerana tidak mahu mengganggu lena Iman. Hanya cahaya dari bulan setelah hujan renyai tadi menerangi Dhiya.

Ketika ini, Dhiya tidak ubah seperti seorang pesalah yang dihadapkan di mahkamah. Dia dapat merasa betapa hina dan kerdil dia ketika menunaikan solat tadi.

Kedua-dua tangan diangkat separas dengan dada. Belum dia berkata apa-apa sebak sudah mendatang di dada. "Ya Allah, kau ampuni lah dosa-dosaku, sesungguhnya aku telah melakukan dosa yang Engkau murkai, aku manusia yang lalai dan lemah-"

"Kau berikan lah aku keredaan dan berikan lah aku hati yang ikhlas untuk menerima takdirMu. Kau cucurilah mama dan baba rahmatMu, ampuni dosa mereka, Kau jauhkan lah api neraka dari mereka, Kau jauhkan lah seksaan api neraka dari mereka, Kau tempatkan lah mereka dalam kalangan orang-orang yang beriman Ya Allah."

Sungguh Medina tidak dapat menahan sedih yang datang bertandang. Dada menjadi senang keraa tangis yang ditahan. Kau berikanlah Dhiya kekuatan, Ya Allah.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro