TDLM - bab 10
"Saya tak sangka masa saya kata saya sukakan Medina hari tu, awak akan tolong saya untuk kenal dengan dia."
Kepala Medina cuba untuk mengingati kembali kejadian lebih seminggu yang lalu di pesta api, malam di mana Kasyaf memberitahu bahawa dia menyukai seseorang yang Dhiya anggap itu dia tapi bukan.
"Saya sukakan-"
Sorakan orang ramai membuatkan Dhiya tidak mendengar nama yang Kasyaf sebutkan.
Dhiy-
Tidak!
Dina.
Lidahnya menyentuh lelangit dua kali membuatkan kali ini Dhiya sedar bahawa nama yang disebutkan adalah nama Medina bukan namanya.
Bodohnya dia saat ini. Menyangka bahawa selama ini Kasyaf menyukainya, menyangka bahawa selama ini mereka bualkan adalah untuk mengenali hati budi masing-masing tapi sebaliknya tentang Medina!
"I really appreciate it." Suara Kasyaf di corong telefon mematikan lamunan Dhiya. Sekarang kepalanya rasa berat, penuh dengan kebodohan sendiri.
"Erm, Kasyaf."
"Ya."
Hidungnya terasa pedih. Air mata yang ingin muncul segera Dhiya tahan. "Saya mengantuk. Kita cakap lain kali, ya." Bodoh amat lah jika dia masih berlagak biasa.
Kasyaf juga, kenapa dalam mereka berhubung, tidak langsung menyebut dia menyukai Medina. Kenapa perlu biarkan dalam angan-angan bahawa lelaki itu menyukainya.
"Okay."
"Alright, goodnight."
Dhiya ingin menutup panggilan itu tapi dia dengan Kasyaf memanggil namanya. Telefon itu kembali diletakkan pada telinga, menanti apa lagi harapan yang Kasyaf ingin berikan kepadanya.
"Awak datang kan hari Selasa nanti?" dia tanya dan Dhiya hanya mampu mengigit hujung bibir.
Datangkah dia? Mampu kah dia datang untuk melihat lelaki yang memberikan harapan palsu ataupun Medina yang dia kira sudah mengambil perhatian daripada lelaki yang dia suka?
"Datang."
"Okay, goodnight."
Panggilan dimatikan dan suasana hening menemani Dhiya. Tangannya yang lemah masih memegang telefon kemudiannya dilemparkan ke atas meja. Apa dia kisah? Itu jenama Nokia.
Email yang dihantar oleh Kasyaf tadi dilihat. Tetikus diambil lalu butang padam ditekan. Dia tidak mahu melihat semua itu.
Tubuh dijatuhkan ke atas katil. Mukanya ditutup dengan batal menghalang daripada air matanya jatuh tapi dia gagal. Perlahan-lahan air mata mula memabasahi bantal.
Hatinya bagai dirobek, dicarik-carik. Apa yang dia rasa sekarang ini adalah pengkhianatan dari Kasyaf. Dan tidak adil untuk dia katakan tapi hatinya membisik bahawa Medina telah mengambil Kasyaf darinya.
DAUN pintu ditolak lalu bilik yang gelap tanpa ada cahaya yang masuk dipandang sekilas sebelum anak matanya berhenti pada sekujur tubuh yang dibaluti oleh selimut tebal. Helaan nafas panjang dilepaskan sebelum kakinya diatur pada katil.
"Dhiya." Panggil Iman lalu mendaratkan punggungnya pada tilam. Dia cuba untuk tarik selimut itu tapi tangan Dhiya pantas menghalang.
Iman sudah tahu apa yang terjadi pada Iman. Malam itu juga Dhiya menelefon untuk mengadu dan apa yang dia katakan, ini semua salah faham, tidak ada yang salah.
Dhiya tersalah faham bahawa Kasyaf menyukainya manakala Kasyaf pula tersalah faham menyangka bahawa Dhiya tahu dan sedang membantunya.
Tapi dia faham jika Dhiya sedang melakukan protes seperti ini. Jika dia jadi Dhiya, dia juga akan melakukan perkara yang sama. Siapa yang tidak kecewa jika perkara itu berlaku?
Cuma yang Iman tidak setuju apabila Dhiya seolah-olah ingin menyalahkan Medina dan mengelak darinya. Buktinya sekarang.
"Kau sungguh ni tak nak pergi KL?"
Matanya dipejam seketika. "Ya." Dia tak nak, dia tidak mahu melihat Medina atau Kasyaf. Dhiya takut dia akan makin menghukum mereka.
Hanya keluhan yang keluar. Apabila Dhiya mengatakan dia tidak mahu ikut menghantar Medina ke lapangan terbang esok, jujur Iman kecewa. Seolah-olah perkara ini akan menjejaskan hubungan mereka.
"Pergilah, Iman. Nanti tertinggal bas pula." Perancangan awal, sepatutnya mereka berempat tidur semalaman di rumah Medina. Tapi bila sudah jadi begini, hanya mereka bertiga sahaja.
"Dhiya." Kali ini suaranya lirih. Mana tahu Dhiya akan terpujuk tapi dia kenal sahabatnya itu. Hatinya keras.
"Aku tak nak cakap apa-apa, Iman. Masalah ni berpunca daripada aku. Jadi bila I found out that hati aku seolah-olah menyalahkan Dina, I need time." Suara yang sedikit sebak ditahan. Sudah penat dia menangis sehari dua ini.
Iman hanya pandang Dhiya. Anak mata mengerling ke arah jam tangan. Sudah pukul 9.30 pagi, basnya dijadualkan lagi 40 minit.
Dia angkat punggung dari katil itu. "Aku pergi dulu. Apa-apa, call."
"Okay, kirim salam dekat semua."
Iman tidak membalas. Dia keluar dari bilik dan dia senyum pada ayah Dhiya yang sedari dari tadi hanya berdiri di luar bilik. Walaupun tidak berkata apa-apa, Iman tahu lelaki tua itu risau akan Dhiya.
"Uncle dah letakkan pais patin dekat dalam kereta Iman. Nanti makan dengan semua, kirim salam dekat keluarga Medina," pesan Encik Fauzi sambil menguntum senyuman nipis.
Kepala diangguk faham lalu Iman meminta izin untuk pamit setelah mengucapkan terima kasih dan memberi salam.
Encik Fauzi kembali berjalan ke bilik Dhiya yang pintu masih terbuka. Dhiya tidak menceritakan apa-apa tapi dia agak ini mungkin berlaku disebabkan oleh lelaki yang Iman dan Dhiya bualkan tempoh hari.
Sepertinya ini melibatkan Medina dan agak rumit. Jika tidak, mana mungkin Dhiya akan melepaskan diri dari menghantar Medina. Dia tahu benar betapa Dhiya sayang akan Medina.
Dengan berkurung dalam bilik, turun ke bawah langsung tidak mahu. Setiap hari, Encik Fauzi yang membawa naik makanan ke atas.
Dia tidak mahu mendesak Dhiya. Apabila Dhiya ingin bercerita, Encik Fauzi akan sentiasa ada untuk mendengar luahan anak kesayangannya itu.
"TERUK ke demam dia?" Medina letak pinggan pais patin yang baru dipanaskan ke atas meja makan. Iman tarik kerusi disebelah Hanan.
Nasi disenduk ke dalam pinggan. "Teruk lah juga." Sedikit serba salah Iman menjawab soalan ibu Medina dengan hanya mereka alasan, tidak mahu menimbulkan apa-apa sangkaan buruk.
"Bibik, bawa air sekali."
"Iya, iya sebentar." Mangkuk yang berisi patin tempoyak diletakkan ke atas meja. Pembantu rumah yang sudah bekerja dengan mereka untuk 5 tahun kembali ke dapur lalu membawa air.
Medina dan keluarganya bukan lah dari keluarga yang kaya raya, cuma keluarga senang dan mampu. Ibu bapa Medina sama-sama bekerja sebagai peguam dan mempunyai firma sendiri.
"Esok pun dia tak boleh datang lah ni?" agak kecewa apabila dia tahu Dhiya tidak dapat datang. Lagi kecewa apabila Dhiya langsung tidak memberitahu apa-apa.
Biasanya Dhiya akan lakukan apa-apa untuknya. Inikan hanya demam, Dhiya tidak mahu datang. Sudah lah dia akan pergi jauh. Dengan Dhiya yang sejak dua menjak acuh tidak acuh sahaja apabila berhubung.
"Nampak gayanya macam tu lah."
TELEFON didail nombor yang sama berulang kali selang beberapa minit. Dimesej juga tidak berbalas. Sudah 3 hari begitu.
"Weh Kasyaf, kau call siapa?" soal Azlan sedari dari tadi lagi Kasyaf seperti tidak senang duduk.
"Tak ada apa." Kasyaf simpan telefon. Dari tempat duduknya dia dapat melihat sekumpulan pelajar sedang berkumpul dan dia nampak Medina, Hanan dan Iman tapi tidak Dhiya.
Pelajar baru yang akan diterbangkan secara berkumpulan dan dia sebagai pelajar lama pulang bersama kawan-kawannya yang lain secara rawak. Dia agak mereka akan satu kapal terbang.
"Kejap, aku ada hal." Dia angkat punggung berjalan ke kumpulan itu. Iman yang sedang berbual kosong dengan Hanan dipanggil.
Iman ikut langkah Kasyaf yang memanggilnya agar menjauk kelompok pelajar dan keluarga itu. Tangannya bersilang pada dada. "Kenapa?"
"Dhiya mana?" sesaat matanya meliau. Mana tahu ternampak kelibat Dhiya keluar dari tandas, mungkin.
"Tak datang."
Dahinya berkerut. "Hah? Kenapa?"
Dengusan kecil dilepaskan. "Tak sihat."
"Oh ya ke?" agak kecewa apabila mendapat jawapan itu. Dhiya sudah berjanji untuk bertemu disini. Sudahlah kelakuan Dhiya lain sekarang.
Baru Iman ingin melangkah pergi, dia berhenti kembali. Iman pandang Kasyaf, "Kasyaf, jangan hubungi Dhiya lagi, untuk kebaikan semua orang." Iman melangkah pergi, meninggalkan Kasyaf yang terpinga-pinga.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro