《79》
🐰
"Mama Jeon.."
Puan Jeon menyisip senyum lebar sampai ke telinga. Tubuh Rachel ditarik ke dalam pelukannya. Sungguh dia rindu untuk menatap wajah menantunya itu, bukan dia tak mahu nak jenguk, tapi perniagaannya mempunyai masalah sejak akhir- akhir ni. Jadi, dia terpaksa batalkan niat dari melawat Rachel.
"Rachel sihat?"
"Mama.. "
Rachel mengesat air matanya. Puan Jeon masih lagi memeluk gadis itu erat. Dia dapat rasakan yang perbagai perasaan terbuku didalam hati Rachel. Dia terseksa, gadis itu baru saja gugur, suami pulak hilang ingatan.
"Mama, Rachel sihat, Rachel baik- baik je. Mama pula?" Soal Rachel. Puan Jeon meleraikan pelukan sebelum mengangguk perlahan. Jungkook hanya membisu ditepi mereka, tak faham dengan situasi sekarang.
"Jomlah masuk dalam, lama- lama kat luar tak elok jugak. Dahlah sejuk, jom, jom" Puan Jeon menarik Rachel masuk kedalam rumah. Jungkook hanya mengikuti mereka dengan pandangan penuh curiga. Puan Jeon membawa mereka ke ruang tamu dan duduk diatas sofa.
"Macam mana sekarang? Okay?"
"Okay dah, mama. Tengah rest dan sekarang pun tengah temankan baby tua dalam diam.." bisik Rachel pada Puan Jeon. Baby tua yang dimaksudkannya adalah Jungkook. Puan Jeon menyengih, diikuti dengan Rachel.
"Mama bisik apa?"
"Tak ada apa, kamu tak perlu tahu" kata Puan Jeon buatkan Jungkook mencebik panjang. Dia longgarkan tali leher.
"Jungkook naik dululah, nak tukar baju. Lepastu kita dinner sama- sama" kata Jungkook sebelum melangkah naik ke tingkat atas, meninggalkan Rachel dengan Puan Jeon berdua.
"Perut dah okay?"
"Bolehlah mama, saya tak boleh makan benda pedas lagi. Manis apatah lagi. Saya dah mula buat aktiviti harian macam biasa. Sakit tu adalah, tapi tak banyak" jawab Rachel. Puan Jeon mengeluh kecil, tapak tangan Rachel diraih.
"Mama minta maaf, sebab mama, Rachel macam ni.."
"Hisy, apa pulak cakap macam tu. Mama tak salah apa- apa pun. Saya ni yang cuai, mama jangan fikirkan sangatlah. Lagipun saya dah okay. Mungkin belum rezeki saya nak mengandungkan anak waktu tu. Tak apalah mama, dah takdir.." kata Rachel. Tapak tangan Puan Jeon dia usap perlahan sebelum menggangguk tanda dia tidak apa-apa.
"Dengar kamu cakap macam ni, mama rasa lega. Tapi dalam masa yang sama, mama rasa terkilan. Sepatutnya perut kamu dah besar dah, and mama akan selalu melawat kamu, dan baby. Entahlah, mungkin mama pun belum bersedia lagi nak jadi nenek"
"Tak apalah mama, nanti bila Jungkook dah ingat. Kami try buat balik"
"Amboi, mentang- mentanglah dia tak ingat apa- apa, main hentam je cakap kan? Bila dia dah ingat nanti, ha mulalah nak jual mahal, main tarik tali dengan Jungkook." Puan Jeon menepuk paha Rachel bila gadis itu tersengih- sengih.
"Jungkook, ada nampakkan apa- apa perubahan tak masa dia dengan kamu? Iyalah, kamu ni dah official jadi wife dalam diam Jungkook, sekaligus jadi PA dia. Jungkook, ada tunjukkan apa-apa petanda yang ingatan dia akan kembali?" Puan Jeon menyoal. Rachel mengeluh kecil.
"Tak tahulah mama, ada tu memang ada. Cuma, sejak pertama kali saya jumpa, dia cakap muka saya familiar, mulanya saya lega sebab dia recognise me, tapi lama-kelamaan, dia macam takut. Dia akan rasa sakit bila dia cuma nak ingat saya, saya tak paksa mama, saya cuma berharap yang dia akan ingat saya. Walaupun sedikit" kata Rachel perlahan.
"Haaa mama tak tahulah Rachel. Jungkook tu, dia tak pergi hospital dah, sepatutnya hari ni dia pergi. Tapi dia tak pergi. Kalau dia pergi, mungkin dia akan tahu sendiri perkembangan dia-"
"Kenapa dia tak pergi pulak? Kan appoiment dengan doktor tu penting! Jungkook ni kan!"
"Dia cakap dia terlalu sibuk dengan kerja. Rachel pun kenal Jungkook kan? Dia takkan berhenti selagi benda yang dia buat tu tak siap" kata Puan Jeon buatkan Rachel mengangguk kecil. Tapi bibir dia tetap muncung.
"Yalah mama, saya faham. Tapi kerja tu kerja jugak, appoiment dengan doktor tu pun penting. Ianya melibatkan nyawa-"
"Melibatkan nyawa siapa?"
Serta merta Rachel terdiam bila suara serak serak basah Jungkook menegurnya. Gadis itu menelan liur, bibir dikemam. Puan Jeon menyisip senyum.
"Nyawa siapa?"
"Tak ada apa- apalah!"
Jungkook melabuhkan punggung diatas sofa berhampiran mereka. Puan Jeon menepuk paha Rachel sebelum berdiri.
"Mama pergi dapur dululah, siapkan pinggan, kamu berdua duduk dulu, bincang- bincang apa yang patut." Kata Puan Jeon sebelum melangkah masuk ke dapur. Kedua manusia yang ditinggalkan tadi mendiamkan diri. Jungkook pandang lurus ke kaca televisyen manakala Rachel mengemam bibir.
"Bincang dengan mama saya pasal apa?"
"Tak adalah-"
"Nampak macam serius je" kata Jungkook, dia sandarkan tubuh pada sofa lalu menoleh memandang ke Rachel yang sedang mengusap pipinya.
"Mana ada.. erk, mama awak cakap awak tak pergi hospital hari ni, skip appoiment dengan doktor. Kenapa?"
"Tak ada masa nak pergi. Nampak tak saya melekat 24 jam dekat ofis tu? Melekat dengan kerja.."
"Melekat dengan kerja ke melekat dengan saya?" Perli Rachel buatkan senyuman Jungkook melebar sampai ke telinga. Dia menggosok lehernya, lalu rambut hitamnya dia raup kebelakang. Rachel buat muka.
"Melekat dengan awak tak apa, jangan melekat dengan.."
"Melekat dengan apa?"
"Melekat dengan orang lainlah"
Rachel mengambungkan pipi. Nak balas cakap Jungkook, rasa tak patut pulak. Nanti kena cakap yang dia cemburulah, apalah, inilah. Jungkook senyum kecil, dia cuit sedikit lengan Rachel, bertujuan untuk menarik perhatian gadis itu. Rachel menoleh memandang Jungkook, kening diangkat satu.
"Kenapa diam?"
"Salah ke saya diam?"
"Tak salah, cuma awak buat saya serba salah. Saya ada cakap benda yang buat awak tersinggung ke? Kalau ada, saya minta maaf" kata Jungkook. Rachel mendiamkan diri. Sekarang dia pulak yang rasa serba salah.
"Tak adalah. Saya cuma.. saya cuma.."
"Cuma apa?"
Kata- kata Rachel terhenti bila suara Jungkook seakan menekan- nekan perasaannya. Renungan Jungkook buatkan Rachel berasa tidak senang duduk. Dia merenung Jungkook. Lelaki itu hanya mengenakan pakaian full black, t-shirt hitam dengan seluar slek hitam. Rachel mengetap bibir bila Jungkook menjongketkan keningnya satu.
"Cuma.."
"Cuma apa!"
"Cuma saya lapar! Nak momom!" Rachel terlepas kata buatkan Jungkook ketawa kecil.
"Awak nak momom? Hahah. Awak lapar rupanya. Kesiannya personal assistance saya ni, dah lapar rupanya" Jungkook mengusap rambut Rachel buatkan gadis itu memuncungkan bibirnya. Tangan Jungkook ditepis perlahan.
"Hisy, main-main pulak!"
"Mana ada saya main-main. Betullah apa yang saya cakap, awak laparkan?"
"Em-"
"Laparkan saya?"
"Eeee! Buat apa nak laparkan awak!"
Jungkook ketawa besar. Terhibur dia dengan wajah Rachel yang putih tu terus bertukar ke merah kerana mambahang.
"Kenyang apa makan saya-"
"Diamlah!"
"Jungkook! Dahlah tu, bawa Rachel ke dapur. Kita dinner sama-sama" panggil Puan Jeon serentak buatkan kedua mereka terdiam.
"Jomlah makan, awak kan lapar."
Mereka beriringan melangkah ke dapur. Puan Jeon menyambut mereka dengan senyuman lebar sampai ke telinga.
"Duduklah, kita makan sama-sama. Rachel pun nak balik awal kan? Nanti Jungkook tolong hantarkan. Bolehkan Jungkook?" Soal Puan Jeon kepada Jungkook yang sedang mencicipi lobak jeruk yang dihidang akan pinggan kecil. Lelaki itu mengangguk kecil.
"Eo-"
"Mama masak?"
"Ya, mama masak dengan pertolongan maid sikit-sikit. Kalau tak ada maid, tak adalah masak banyak sampai macam ni. Mama ada buat sup abalone, bagus untuk kesihatan lagipun kamu perlukan sedikit heal kan? Lepas dah macam- macam perkara berlaku" kata Puan Jeon. Rachel hanya senyum kecil. Jungkook hanya mengunyah, dia tak faham dengan omongan kedua wanita tersebut.
"Oh ya, Taehyung take part jaga kamu kan?"
"Ya, dia kerap datang rumah even bila dia sibuk sangat, dia akan tetap singgah rumah. Hantar Yeontan-"
"Mama nasihatkan dia sikit, perempuan mana elok bukakan pintu rumah untuk lelaki bujang macam Taehyung. Macam- macam boleh berlaku-"
"Lah, Taehyung tu kan budak baik. Mana mungkin dia akan buat benda tak elok dekat Rachel" kata Puan Jeon buatkan Jungkook mencebik seraya mengunyah makanannya.
"Mama ni. Cubalah support Jungkook.. ini tak" Jungkook memuncungkan bibirnya. Puan Jeon hanya ketawa kecil, Rachel hanya mengukir senyum sebelum menyudu sup abalone.
"Ha makan banyak- banyak, nanti lepas ni rehat kejap, Jungkook yang hantarkan pulang. Mama tak nak kamu balik lewat, tak baik."
"Ya mama"
.
.
Ram pam pam pam pam!
Maths💔
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro