《71》
🐰
"Dah nak balik dah ke?"
Jungkook menyoal, walhal dia tahu yang waktu sekarang adalah waktu untuk pulang. Dia hanya sengaja, sengaja nak dekatkan diri dengan gadis itu.
"Ahh ya" jawab Rachel ringkas, dia senyum segaris sebelum pandang ke hadapan semula. Jantung yang berdegup kencang macam nak meletup tu dia cuba kawal. Ekspresi wajah dikawal supaya tak terlalu ketara yang dia ni tengah nervous nak mampus!
"Ohh, balik dengan siapa?"
"Dengan Taehyung- alahh hujanlah pulak" Rachel memuncungkan bibir, bukan dia tak suka dengan kehadiran hujan ni, cuma, hujan ni datang tak kena waktu. Dahlah dia tengah galau ni, tambah udara sejuk lagi, rapuhlah hati dia!
"Dah lama ke kenal Taehyung?" Soal Jungkook, sut hitamnya dibuka sebelum diberikan pada gadis itu tanpa memandang Rachel langsung. Hanya huluran tangan saja yang beraksi.
"Ehh tak payahlah. Nanti awak sejuk pu-"
"Pakai" ringkas dan pakai arahan Jungkook. Mahu tak mahu, Rachel kena ikut arahan Jungkook. Dia pakai sut Jungkook dan melarikan pandangan bila badan Jungkook yang sedikit berotot tu terserlah disebalik kemeja putih lelaki itu. Pervertlah kau ni Rachel!
"Err.. saya kenal dia dah lama. Thank you for this" kata Rachel lalu menunjukkan jaket yang sedang dia pakai. Jungkook tidak merespon. Dia memandang ke atas, awan hitam yang menitiskan titik-titik hujan itu direnung. Ada sesuatu yang ingin dia katakan, tapi itu semua tak terucap dengan kata- kata.
"Do you know.. Rcjeonjeon?"
Rachel tersentak. Dia memandang Jungkook yang sedang merenung langit ketika itu. Bibirnya dikemam, air liur ditelan.
"Err Rc.. what?"
"She claims to be my fake wife"
"Helloo! Dalam zaman sekarang ni, siapa jugak yang nak jadi fake wife? Tak membawa sebarang untung sekalipun! Rcjeonjeon tu memang isteri awak. Tapi dia-"
"Jadi maknanya, awak kenallah Rcjeonjeon tu?"
"Aniya.. bukan itu maksud saya" Rachel mengetap bibir. Dia terlepas cakaplah pulak! Jungkook merapatkan diri, lengan Rachel ditariknya sehingga gadis itu hampir tersembam pada dadanya.
"Atau.. Rcjeonjeon tu, awak?"
Gulp!
Rachel mendiamkan diri, tak tahu apa yang hendak dijawab pada Jungkook ketika ini. Mereka saling berpandangan sebelum pandangan Jungkook perlahan- lahan jatuh ke bibir merah delima milik gadis itu. Kenapa Jungkook?
"Jungkook! Eheyy kenapa ni?"
Entah datang dari mana, Taehyung muncul dengan sekaki payung lalu memanyungi mereka bertiga. Cepat- cepat Jungkook melepaskan rangkulan pada lengan Rachel.
"Sorry, we'll talk again tomorrow. See ya!" Jungkook berjalan meninggalkan Rachel dan Taehyung, berlari meredah hujan untuk mendapatkan keretanya. Taehyung mengenyitkan mata, dia siku lengan Rachel perlahan.
"Sukalah tu"
"Mana ada, dia buat jantung saya hampir pecah awak tahu tak?" Kata Rachel lalu memukul lengan Taehyung. Tapak tangan diraup ke wajah. Gembira tu memanglah gembira, tapi, aisy!
"Dahlah tu, saya hantar awak balik dulu, lepastu kita pergi dinner sama- sama"
"Kat mana?"
"Adalah, restaurant Itali. Awak pasti suka, or maybe not. Tapi tak apalah, masuk kereta dulu, hujan ni, Yeontan pun ada kat dalam kereta."
"Mwo? Awak tinggalkan Yeontan dalam kereta? Sorang- sorang?"
"Iyalah-"
"Jahat! Jahat!"
Rachel memukul lengan Taehyung sekali lagi sebelum berjalan meninggalkan lelaki itu masuk kedalam perut kereta. Gelabah Taehyung melangkah mengejar langkah kaki Rachel sekaligus memayunginya.
"Hujanlah, nanti demam!"
"Biarlah!"
Jungkook menurunkan cermin kereta. Kedua manusia tersebut diperhatinya dengan penuh tanda tanya. Persoalannyanya masih belum terjawab. Dia mengeluh sebelum cermin kereta dinaikkan lalu memandu meninggalkan tempat kerjanya.
🐰
"So, macam mana dengan kerja?"
"Awak tahu tak? Dia hampir reject saya sebab dia tengok saya ni suka main- main. Geramlah saya dengan dia tu, dulu dia tak garang macam tu-"
"Dulu tak garang eah?" Usik Taehyung seraya menjamah spaggeti bolognesenya. Dia tersengih menampakkan gigi putinya. Rachel menjeling Taehyung, dia masukkan bebola daging kedalam mulut, buatkan mulutnya mengembang macam chipmunk.
"Dulu mana ada garang.. dulu dia comel, sweet dan-"
"Dan habiskan spaggetti awak tu cepat- cepat. Lepas ni ada banyak kerja yang Jungkook bagi pada awak kan?" Kata Taehyung lalu jus oren di teguknya dengan sekali teguk sahaja. Dia menjongketkan kening pada Rachel.
"Yeontan dah makan ke?"
"Tak payahlah risau pasal dia, dia awal lagi dah makan. Dah cepat habiskan, lepastu awal balik, awal awak siapkan kerja, awal juga awak tidur" ujar Taehyung. Dia mengelap mengelap mulutnya dengan sapu tangan.
"Ahh Tae, awak tahu tak Jungkook tanya saya pasal apa?"
"Pasal apa?"
"Pasal Rcjeonjeon-"
"Hah? Benda apa tu?" Berkerut dahi Taehyung mendengarnya. Rachel menelan makanannya lalu menyambung bicara.
"Itu nickname yang Jungkook beri pada saya sewaktu dia set nombor saya, comel kan-"
"Haah, comel sangat" ejek Taehyung lalu buat muka geli geleman. Setahu dia, Jungkook ni tak pernah lagi ber- sweet- sweet dengan perempuan. Selain Jieun, sebelum ni tak pernah. Itupun kalau Jieun tak menggila dahulu. Cesss, dasar perempuan gila!
"Taehyung, kenapa awak cakap yang dalam rekod pengalaman kat resume tu, saya berkerja dengan syarikat awak selama 3 tahun? Awak bohong eah?"
"Mestilah kena bohong, kalau tak Jungkook takkan terima awak-"
"Kalau macam tu, baik saya kerja kat syarikat awak je" jawab Rachel seraya memuncung.
"Boleh- boleh, esok letak jawatan, berhenti jadi PA Jungkook dan kerja kat saya-"
"Hesy! Tak naklah!"
"Tch, tak nak sudah. Makan cepat lepas tu kita balik"
"Arayo.."
.
.
Helloo readers hy yg tersayang.
Muahh ciket!!♡♡
Maafkan author sebab kejam T.T
Author tak berniat nak buat mereka macam tu!!!
Maafin gue!
Okaylah, gugurl nak chaw dulu.
Budak spm tumpang lalu dulu.
♡♡♡
Dan takkan ada update untuk seminggu ni, sbb author busy memanjang. 😭
Okay itu je, bye syg ai.💓
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro