《53》
🐰
"Eo? Ren unnie!"
Rachel yang baru melangkah masuk kedalam rumah, terus meluru mendapatkan wanita berusia 20- an bernama Sakura Ren, kacukan korea-jepun, bermata bulat dan merupakan tunang Hoseok. Sememangnya cantik. Ren menjongketkan kening, Rachel yang sedang bergayut dilengannya dia pandang serba- serbi.
"Ehh Rachel?" Ren tersenyum kecil lalu dia tepuk lengan Rachel supaya gadis itu berganjak sedikit darinya. Rachel ni memang, semua orang dia nak peluk, taklah semua, i mean, mereka- mereka yang dia kenal aje. Jungkook hanya memerhati dengan pandangan pelik, dia ambik tempat duduk diatas sofa, didepannya Yoongi sedang menghirup kopinya yang masih berasap kecil.
"So, problem dah selesai?" Soal Yoongi dengan nada suara yang sedaya upaya direndahkan. Dia pandang gerak geri Rachel, Ren dan Minjoo yang sedang bergelak ketawa didalam dapur kemudian dia pandang Jungkook balik. Jungkook senyum segaris sebelum tersengih kecil, alah malu- malu kucing gitu. Yoongi anggukkan kepala, faham.
"Hyung.. thank you sebab benarkan aku bawa Rachel pergi- err.. bercuti" kata Jungkook, sedikit tergagap bila dia menyebut perkataan 'hyung', serentak ketiga- tiga kepala memandang kearahnya, siapa lagi kalau bukan Namjoon, Hoseok dan Yoongi yang turut serta dalam perbualan tersebut. Yoongi hanya menyengih saja, sekarang, dia sudah mampu meletakkan 80% kepercayaannya kepada Jeon Jungkook untuk menjaga Rachel. Manalah tahu, sesuatu yang tak baik berlaku pada mereka, manalah tahu kan? 20% lagi? Fuhhh tak tahulah nak terangkan macam mana.
Sejujurnya Yoongi masih ragu lagi dengan Jungkook. Lelaki itu, dia rasakan seperti ada aura lain pada Jungkook. Entahlah apa itu, yang pastinya Yoongi boleh merasainya bahkan sekarang juga. Dia renung tepat kearah anak mata Jungkook, buatkan lelaki tertunduk, see, there's something fishy.
"Lepas ni kau nak masuk office balik ke?" Tanya Namjoon, dia capai remote tv yang ada ditepi paha Yoongi sebelum dia tukar ke siaran yang lebih menyenangkan, kemudian dia capai biskut cip coklat dan disumbat masuk kedalam mulutnya. Jungkook hanya berdehem, tanda ya. Kemudian dia pandang Rachel yang sedang mendaki anak tangga naik ke tingkat atas.
"Ahh hyung, aku naik dululah" kata Jungkook sebelum dia meluru mengikuti Rachel naik ke tingkat atas. Rachel yang baru hendak membuka pintu bilik terus menoleh bila Jungkook dah berura- ura mahu merempuhnya. Refleks tubuhnya tersandar pada pintu bilik kerana Jungkook merapatkan dirinya dengan Rachel.
"Ya- yah nak apa?"
"Kau, aku nak kau" bisik Jungkook seraya tombol pintu dipulas dan refleks tubuh Rachel tertolak masuk. Nasiblah tak tersembam jatuh ke lantai kalau Jungkook tidak menahan badannya. Laju saja Jungkook menolak pintu bilik menggunakan kakinya sementara tangannya yang satu lagi membuka butang baju kemejanya. Anak mata Rachel terbeliak besar.
"Yahh!!! Apa awak nak buat hah?!" Rachel tolak tubuh Jungkook buatkan lelaki itu terjarak dengannya. Jungkook naikkan keningnya satu, mengendahkan suara bebelan Rachel sementara dia sudah selesai melepas bajunya sendiri. Rachel telan air liur bila Jungkook mengatur langkah menghampiri Rachel dalam keadaan half naked.
"Kau rasa apa aku nak buat? Think positive sayang.." kata Jungkook, rambut hitamnya dia raup kebelakang, dia smirk nakal bila tengok Rachel yang dah macam tercekik tulang ikan tengok Jungkook yang sedang meregangkan badannya. Sengaja nak nampakkan otot- otot musclenya itu. Tch, Dasar Bunny!
"Nak senaman huh?"
"Pabo" sepatah perkataan terpacul di bibir merah mereka Jungkook sebelum dia bergerak ke katil dan hempaskan badannya diatas katil. Rachel larikan pandangan mata, nanti tak pasai- pasai dia kena cap tengah meng-usya body Jungkook. Haaa. Dia berjalan ke arah almari dan mencapai tuala mandi disana. Entahlah badan rasa melekit saja. Rasa tak selesalah pulak.
"Nak pergi mana?"
"Mandilah, habistu nak buat apa lagi?" Ujar Rachel lalu rambut hitamnya yang diikat satu dilepaskan, buatkan rambut tersebut mengurai jatuh. Sedang enak Rachel menyisir rambutnya seraya melihat pantulan dirinya pada cermin, dia sedar yang Jungkook sedang merenungnya juga.
"Nak apa?" Soal Rachel buatkan Jungkook menyengih kecil lalu melentokkan kepalanya diatas katil, baring melintang menghadap siling.
"ilwa bwa"
"No"
"Aaaahhhhhhhhh baby waeeeeeeeeeeeeeeeee..." rengek Jungkook seraya memukul- mukul alas katil. Merengek macam budak- budak tak cukup umur. Katil yang tadinya elok terus kusut macam kena langgar lori, semuanya angkara Jeon Jungkook. Mahu tak mahu, Rachel pergi juga ke Jungkook dan duduk di birai katil dengan muka malas ya ampun.
"Nak apa? Cakap cepat saya nak man-"
Belum sempat pun Rachel habiskan ucapannya,langsung saja tubuh kecilnya dipeluk Jungkook mengunakan kakinya yang panjang lalu dengan paksa merebahkan tubuh Rachel diatas katil. Terus membebel laju mulut Rachel jadinya.
"Tak payahlah mandi, kan dah wangi ni" kata Jungkook lembut lalu perlahan- lahan tubuhnya mengesot menghampiri Rachel dan memeluk gadis itu menggunakan seluruh lengannya. Termuncung- muncung bibir Rachel kim jadinya bila Jungkook dah bertindak manja macam tu. Bukan dia tak kenal Jungkook, bila dah manja tu, tak nak lepaslah jawabnya.
"Kau sayang aku tak?"
"Eh mestilah saya sayang!" Jawab Rachel laju, tah apa punya soalanlah yang Jungkook bagi ni. Takkan dia tak sayang Encik Suami ni pulak? Berkerut dahi Rachel bila disoal begitu, tak pernah- pernah lagi Jungkook berkelakuan begini. Cheesy huh?
"Waeyo?"
"Ani.. aku cuma rasa yang kau tak sayang aku.."
Pulak dah.
Dahi Rachel yang tadinya berkerut makin berkerut, macam orang tengah tahan nak berak. Wajah Jungkook yang berhadapan dengannya dipandang. Refleks tapak tangan Rachel menaik untuk mengusap rambut hitam milik Jungkook.
"Kenapa awak rasa macam tu?"
"Tak adalah, benda tu terlintas je kat fikiran aku" kata Jungkook lalu dia baring menghadap siling bilik yang berwarna putih. Mata dipejamkan. Rachel hanya perhatikan gerak geri Jungkook dengan pandangan pelik. Hem, what happen to Jungkook?
Drt drt!
Smartphone aku yang aku letakkan didalam poket seluar bergetar kuat kerana aku simpan dalam mode vibrate. Aku keluarkan phone dari poket seluar dan slide untuk bukak kunci. Chat dari Taehyung?
K.Taehyung
+free tak esok?
Kenapa tanya?
+saja tanya 😥
+ actually, tae tngah alone skrang ni
+ nak hang out tak?
+ berdua? 😶
Tae mabuk ke?
+ Aniya😅
+ sbenarnya Tae ada benda nak discuss
Apa dia?
Tae tengah cari partner ke?
+ bukanlah
+ tae nak kluar negara 2 hari
+ business trip
+ nak minta tolong jagakan Yeontan boleh tak?
+ please🙌
Saya tanya Jungkook dulu
+ okayy
"Jungkook?"
"Hem?" Jungkook menjawab dengan deheman suara husky- nya yang sedikit menggoda. Tapi dalam posisi yang sama, lengannya masih berada dibawah kepala aku.
"Can i ask you a favor?"
"What is it?"
"Taehyung kan nak keluar negara hujung minggu ni, tak lama pon, hanya 2 hari. Dia minta saya jagakan Yeontan, kalau awak tak keberatanlah-"
"Bila kau contact dia?"
"Baru je, alaaa 2 hari je. Lagipun saya sunyi. Awak benarkan tak?" Soal Rachel.
"Dia cakap apa?"
"Dia nak tinggalkan Yeontan dekat saya-"
"Tak lebih dari tu?" Potong Jungkook buatkan Rachel terkebil- kebil seketika.
"Mestilah tak lebih haish. Payahlah nak deal dengan awak ni. Saya pergi mandi dul-" baru je Rachel berura- ura nak melompat turun dari katil, Jungkook dah lingkarkan lengannya pada perut Rachel lalu menarik gadis itu kedalam pelukannya semula. Muncung lagi bibir gadis itu jadinya.
"Hey listen, aku cuma nak pastikan yang kau tak buat benda bukan- bukan. Please jangan salah faham, i'm sorry sebab over, please faham aku. Jangan pergi" ucapan Jungkook buatkan Rachel terkebil- kebil sekali lagi sebab tak faham dengan apa yang Jungkook cuba sampaikan.
"Please, jangan pergi.."
"Okay, okay saya tak pergi" jawab Rachel yang masih binggung dengan semua ni.
"Saya rasa awak perlukan rehat.." ucap Rachel, dia pusingkan tubuhnya untuk menghadapa Jungkook yang masih pejamkan matanya. Eh? Dia ngigau ke apa ni? Rachel tepuk perlahan pinggang Jungkook, lagak seperti hendak tidurkan lelaki itu.
"Jungkook.."
"Hem?"
"Jalja"
"Goodnight too.."
.
.
"I just want to show you how much i love you. Don't get it wrong, i love you so much"
.
.
I just wanna blow your mind.
Ya sya tahu sya dah lama tak update. Homework banyaklahhh😭.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro