Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

《41》

🐰

"Papa mana?" Soal Jungkook bila melihat Rachel menghampiri dirinya seorang diri. Rachel hanya memberi senyuman kecil saja kepada lelaki itu. Dia rapatkan diri ke dada Jungkook, nak sembunyikan wajah hodohnya daripada lelaki itu.

"Kau nangis?" Tanya Jungkook dan menunduk untuk pandang wajah isterinya. Tapi rachel menekup wajahhya dengan tangan. Tak nak bagi Jungkook tengok. Jungkook gelak kecil dan tarik badan Rachel agar merapat dengannya. Sesungguhnya dia tak peduli dengan pandangan pengunjung aquarium terhadap mereka.

"Jom, kita keluar"

Jungkook menarik Rachel keluar dari situ dan terus masuk kedalam lif. Dia rangkul bahu Rachel dan usap lembut rambut isterinya. Rachel mengesat air matanya dengan tangan. Dia tautkan jari- jemarinya dengan Jungkook bila dah dapat tenangkan dirinya sendiri.

"Uljima.. kau buruk bila menangis, jangan menangis lagi, sayang" bisik Jungkook dan sembamkan wajah Rachel pada dadanya sendiri. Dia tepuk belakang gadis itu dan cium dahinya. Rachel mencebik, dia pukul pelan dada Jungkook bila dengar lelaki itu mentertawakan dirinya.

Ting!

Rachel ditarik keluar dari lif dan mereka beriringan berjalan ke arah satu ruangan yang tertulis Heart Room. Rachel mengerutkan dahinya, dia pandang wajah Jungkook yang dah menyengih dari tadi.

"Kita buat apa dalam ni?" Soalnya, Jungkook tidak menjawab, sebaliknya menolak perlahan tubuh gadis itu masuk kedalam. Ruangan yang tadinya gelap menjadi terang benderang bila Jungkook mengetik salah satu suis di sudut dinding. Hanya ruangan luas dengan speaker dan pentas kecil. Di suatu sudut terdapat pula meja makan bulat dengan 2 buah kerusi.

Jungkook raih lembut tangan kecil Rachel dan menuntuti isterinya ke meja makan tersebut. Kerusi ditarik, bahu gadis itu dia sentuh pelan, menyuruh Rachel untuk duduk. Kemudian Jungkook mengambil tempat di hadapan Rachel.

"Awak.. sediakan semua ni?" Soal Rachel dan kelip-kelipkan matanya. Jungkook ketawa kecil dan mengangguk.

"I do this, just for you" bisiknya dan menuang jus oren ke dalam gelas tinggi. Rachel seperti hendak tergelak saja bila melihat Jungkook menuang jus oren, bukan wine merah atau minuman keras. Mesti dia takut kena terkam lagi lepas tu kan? Jungkook membuat muka.

"Disebabkan kau masih bawah umur, aku tak benarkan pekerja aku hidangkan alkohol untuk dinner ni. Nanti kau.." Rachel ketawa bila melihat ekspresi Jungkook yang menjelingnya itu. Jungkook menjegilkan anak matanya.

"Haaaa ketawa- ketawa jugak, makanan depan tu tak nak dijamah ke? Jangan pula kau merengek lapar dekat aku" kata Jungkook, dia potong daging stik perlahan dan celupkan dalam sos sebelum dibawa masuk kedalam mulutnya. Rachel mencebik, heish, tak romantiklah Jungkook ni.

"Apa ni?"

Rachel tunjukkan kacang berwarna hijau kepada Jungkook. Jungkook yang sedang meneguk jus oren terus tu terus menoleh kearahnya. Dia jongketkan kening. "Kacang pis?, itupun kau tak tau ke?" Perli Jungkook dan sambung makan balik. Rachel buat muka lagi.

"Saya kena pastikan saja, saya tahu ni kacang pis dan saya tak boleh makan, alergik" jawab Rachel dan ketepikan makanan yang banyak mengandungi kacang pis tadi. Dia capai pulak kek mousse yang terhidang ditepi lalu dipotong ke cebisan kecil sebelum disumbat masuk kedalam mulutnya. Jungkook hanya memerhatikan saja gelagat isterinya dengan senyuman kecil.

Banyak lagi yang dia perlu tahu.

Setelah berborak kecil dan makan, Jungkook keluarkan sekeping kertas dan pandang sekejap. Dia pandang Rachel yang tengah minum jus orennya itu.

"Kau.. masih ingat? Our marriage contract?" Soal Jungkook dan Rachel terus mematikan pergerakannya. Wajah serius lelaki itu dipandang. Rachel telan air liurnya. Pahit. Takkan Jungkook nak berpisah dengannya sekarang?

"Dah lebih 3 bulan tau kontrak ni. Aku bercadang nak-"

"Awak nak ceraikan saya?" Tanya Rachel dengan suara yang menggeletar. Dia tundukkan wajah, hujung sweeternya diremas kuat. Dia cuba untuk tenangkan perasaannya yang sekarang mulai tidak tenang. Hati dia rasa sakit. Dia tak pernah bayangkan kalau seandainya Jungkook menceraikannya sekarang juga.

Selepas apa yang dia lalui dengan Jungkook? Dengan memori indah macam tu? Boleh ke dia lupakan Jungkook? Macam mana dia nak lupakan lelaki itu sedangkan Jungkook adalah cinta pertamanya? How can?

"Yup, aku pun fikir macam tu.." kata Jungkook, dia sandarkan badannya pada kerusi. Mendengarkan itu sudah memadai buatkan air mata Rachel yang berkumpul di tubir matanya jatuh dengan deras. Rachel menekup wajah, tersedu- sedan menahan tangis.

".. tapi itu dulu, sekarang tak" Rachel mengangkat wajah. Jungkook dengan sengihan yang lebar tu di pandang dengan dahi yang berkerut seribu. Jungkook berdiri dari duduknya dan hampiri Rachel, tangan kekarnya dihulurkan ke Rachel yang berkerut tu.

"Come, follow me. I want to confess to you about something" ucap Jungkook. Rachel menggeleng tanda tidak mahu. Dia tepis tangan Jungkook dan kesat air mata dia menggunakan tangan. Eiiiiii, cari nahas betul anak jebon ni.

"Kejap je, sayang.." dia duduk mencangkung dihadapan Rachel yang dah memuncung tu. Rachel geleng lagi dan peluk badan dia. Jungkook senyum, dia berdiri dan kecup bibir Rachel sekilas sebelum tubuh kecil isterinya dicempung. Menjerit gadis itu jadinya.

"Turunkan saya, Jungkook!" Kata Rachel dan pukul bahu Jungkook yang dan melebarkan senyumannya itu. Jungkook turunkan tubuh Rachel dan sebelum sempat gadis itu melarikan diri, pinggangnya sudah ditarik rapat dengan tubuh Jungkook.

"Where are you going? Please don't go. Tadi, aku cuma bergurau, janganlah ambik serius sangat" bisik Jungkook. Rachel ketap bibir dan tarik telinga Jungkook kuat. Menjerit- jerit lelaki itu jadinya.

"Bergurau awak kata? Awak sedar tak yang awak sedang bergurau soal cerai?! Awak ni suka buat hati saya sakit kan!" Rachel sembamkan wajahnya pada leher Jungkook. Sesungguhnya wangian maskulin Jungkook boleh tenangkan dirinya dari menggila. Jungkook eratkan pelukan.

"Aku minta maaf, tak ada niat langsung. Janganlah menangis, sayang." Bisik Jungkook dan usap belakang badan Rachel sebelum dia kecup pelan leher gadis itu. Rachel masih wangi. Wangi baby. Aww my baby.

"A-awak betul- betul nak ceraikan saya ke? Nak ikut kontrak kahwin yang kita bu-"

"Lain kali dengar dulu apa yang aku nak cakap ni, jangan main redah je" kata Jungkook, dia leraikan pelukan kemudian melangkah ke meja makan tadi untuk ambil kertas kontrak kahwin mereka. Jungkook berjalan untuk mendapatkan isterinya semula.

"Masa aku buat marriage contract ni, aku langsung tak ada perasaan dekat kau. Dan.. aku tak pernah terfikir untuk hidup lama dengan kau, sebab tu aku buat marriage contract ni. Aku.. buat semua tu sebab, aku tak bersedia lagi nak berumah tangga dan aku tak bersedia lagi nak cintakan perempuan lain selain-"

"Jieun? Ex- girlfriend awak tu?" Potong Rachel dan berpeluk tubuh. Entahlah kenapa, hati dia rasa sakit bila mendapat anggukan dari Jungkook. Rachel palingkan wajah, tak nak pandang Jungkook.

"Ka- kalau awak masih ada hati dekat dia. Saya izinkan awak-" kata- kata Rachel termati apabila Jungkook mengoyakkan kertas putih tersebut ke cebisan kecil. Dahinya Rachel berkerut. Dia pandang Jungkook dan kertas yang bertaburan atas lantai selang seli. Hening.

"Dan kemudian aku sedar yang aku patut berubah. Aku.. cuba sayangkan kau, aku cuba cintakan kau. And guess what? I did it. Aku berjaya." Jungkook bergerak merapati Rachel, pinggang gadis itu dia tarik dan rapatkan ke tubuhnya. Dia renung anak mata hazel Rachel yang berkaca- kaca tu.

"Aku nak hidup dengan kau untuk 3 bulan, 1 tahun dan selama- lamanya Rachel Jeon. I want to spend the rest of my life with you. I want to do and share everything what i have to you. You' re my wife, my love even if you're not the first, but you're the last. I will dedicate all my life if i lost you. I love you Rachel, i really- really love you" bisik Jungkook sebelum bibirnya melekap di bibir mungil Rachel. Gadis itu teresak perlahan. Dia peluk leher Jungkook erat bila lelaki itu meleraikan tautan.

"I love you too, Jeon Jungkook" bisik Rachel, Jungkook tersenyum. Dia suka bila Rachel memanggilnya dengan nama penuh. Terdengar sangat menggoda ditelinganya.

Even if her voice can easily seduce him, how about another thing?

🐰

"Kenapa malam baru sampai?"

Soalan dari Yoongi itu hanya disambut dengan sengihan kecil saja dari Rachel. Lengan Yoongi dipautnya sebelum menghadiahkan kecupan sekilas di pipi. Yoongi menjeling, belum sempat dia membuka mulut, Rachel sudah berlari masuk kedalam mendapatkan min unnienya.

"Korang pergi mana? Malam baru sampai?" Pabila tidak mendapat jawapan dari Rachel, Jungkook pula yang menjadi sasaran. Jungkook palingkan wajahnya sebelum menjawab.

"Aku bawa dia jumpa Tuan Kim" jawab Jungkook. Yoongi terdiam, dia dongakkan wajahnya untuk pandang  Jungkook. Jungkook turut bertentang mata dengan lelaki itu. Yoongi hela nafas berat.

"Thank you, aku hargai jasa kau. Tapi tolong jangan bawa dia jumpa selalu, that may harm her." Kata Yoongi sebelum masuk kedalam rumah meninggalkan Jungkook terkebil- kebil dihalaman rumah banglo tersebut.

"Hoseok oppa dah move sini ke? Kenapa tak bawa Ren unnie?" Soal Rachel, dia dekatkan dirinya dengan Hoseok yang sedang mamai- mamai tu. Sebenarnya Hoseok baru bangun tidur, baru sampai dan akan menginap disini untuk beberapa hari. Nak settle hal kahwin dia dengan Ren, tunang berketurunan korea- jepun itu.

"Haah, aku pindah sini. Ren unnie tak dapat ikut, mungkin minggu depan kot datang sini. Dia nak tunda study dia dulu. Huaap. Datang sini dengan suami ke? Mana satu?" Soal Hoseok, matanya meliar memandang ke sofa, yang dia nampak adalah Namjoon, Yoongi, Minjoo dan.. who the heck is that? Tinggi dia, mak aih.

"Tu ke husband kau?" Bisik Hoseok ke Rachel. Rachel hanya mengangguk mengiyakannya.

"Waeyo?"

"Kenapa nampak macam sombong?" Soal Hoseok masih lagi dengan nada berbisik. Rachel ketawa kecil dan bisikkan sesuatu pada telinga abangnya itu sebelum tawa keduanya meletus. Jungkook hanya memerhati dalam diam. Dia sekarang tengah terbakar panas. Takpo kejap lagi kita bako!

"Okay, it's getting late now. Jom tidur atau kepada sesiapa yang masih belum mengantuk tu, tolong tutup tv kalau korang tidur. Jangan membazir duit aku nak bayar bil elektrik yang tetiba melambung tinggi pulak. Or jangan tanya kalau kenapa tiba- tiba aku terajang keluar" perli Yoongi sebelum dia mendaki anak tangga menuju ke tingkat atas. Hoseok mengembangkan hidungnya. Tak termakan pun dengan ugutan Yoongi mata sepet tu.

"Rachel naik dulu eah? Babai" Rachel terus mendaki anak tangga naik keatas diikuti Jungkook. Dia tak nak ditinggalkan sendirian dengan 'abang- abang' Rachel tu. Nanti disoal yang bukan- bukan. Hilang akal dia menjawab nanti.

"Betul ke abang je?" Soal Jungkook dan rebahkan badan dia diatas katil. Dia pandang Rachel yang sedang mengeluarkan pakaian dari bagasi. Rachel menoleh kearahnya dengan senyuman lebar.

"Yalah, kenapa? Eish Jungkook! Takkan dengan abang saya pun awak nak jeles? Tak senonoh betullah awak ni" kata Rachel dia keluarkan tuala mandi dan baju tidur lalu diletakkan diatas meja kecil. Dia keluarkan baju Jungkook juga.

"Aku tak percaya"

Rachel menggulingkan anak matanya keatas. Jeles, jeles, jeles dan jeles! Macam tak ada benda lain yang boleh dibuat. Rachel hampiri Jungkook yang duduk dibirai katil tu, kedua belah tangannya diletakkan diatas bahu Jungkook.

"Apa lagi yang saya perlu buat untuk awak percayakan saya? Yah, Jeon Jungkook! Jangan takut nak letakkan kepercayaan awak tu pada saya, saya dah mengaku semuanya, kenapa masih nak ragu lagi?" Tanya Rachel, dia raup rambut Jungkook ke belakang. Jungkook peluk pinggang Rachel dan mendongak memandang wajah isterinya.

"I'm just scared" bisiknya.

Rachel tekup pipi Jungkook dan kecupnya sekilas. Membuatkan Jungkook merengek- rengek sebab nak kiss lagi. Cissss

"Kenapa tak berbual dengan abang saya yang lain? Mereka dah andaikan yang awak ni sombong tau tak?" Kata Rachel, dia mainkan rambut depan Jungkook.

"Mereka nampak scary." Bisik Jungkook sambil buat muka takut. Rachel tergelak kecil. Alahai Jungkook, katanya awak sado, setakat abang saya pun awak takut. Mereka pun makan nasi, tak makan orang.

"Mereka tu happy go lucky tau, boleh bawa masuk air" kata Rachel, Jungkook tidak menjawab. Malas nak bahas soal benda tak penting tu dan tanpa babibu, dia cempung tubuh Rachel seperti bridal style.

"What now?"

"Aku rasa kita patut mandi bersama, untuk lebih menjimatkan masa dan ruang. Betul tak?" Kata Jungkook seraya sengih miang. Baru beberapa langkah dia untuk masuk kedalam bilik mandi. Rachel pukul kepala dia perlahan.

"Jangan buat kerja gila Jungkook!" Jerit Rachel, tapi dalam nada perlahan sebab tak nak orang dalam banglo tu dengar. Jungkook ketawa lagi, tapi kaki dia tetap laju melangkah masuk kedalam kamar mandi.

Huaa mata Rachel sudah dinodai!

.

.

Wehh kalau ff ni makin hambar or bosan. Habaq mai.

[Thank you for reading. Do vote and comment♡♡]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro