《26》
🐰
Jungkook memarkirkan keretanya di tempat letak kereta, rachel disamping dia toleh sekilas. Gadis itu nampak macam gelabah saja, maklumlah baru first time dapat jumpa family jungkook dan err.. family rachel?
Rachel keluar dari kereta diikuti dengan jungkook. Gadis itu mendongak untuk memandang rumah agam yang sudah hampir kelihatan seperti istana ini. Ish, kalau tinggal kat sini, konfem patah pinggang nak mengemas bagai, fikir gadis itu. Jungkook melonggarkan tali leher hitammya, rambut dikusutkan. Ada motif ya? Selepas itu, jungkook melirik rachel yang sedang asyik menikmati permandangan didepan matanya ini. Lelaki itu berdehem kecil.
Rachel menoleh, jungkook mendongak dan tarik lengan rachel pelan agar gadis itu berhadapan dengannya.
" nak apa? " soal rachel, wajah jungkook yang sedang tersenyum dia pandang aneh. Sebelum menjawab, jungkook melingkarkan tanggannya ke pinggang rachel, menarik gadis itu agar lebih rapat dengannya.
" betulkan " arah jungkook, rachel mengerutkan dahi, tapi tangannya tetap dinaikkan untuk membetulkan tali leher jungkook.
" saya nampak oke je tadi, awak sengaja eah? " kata rachel, kali ini tangannya dia naikkan ke atas, rambut jungkook yang sedikit kusut itu dia perbetulkan. Jungkook tersengih suka, seketika kemudian lelaki itu memejamkan matanya, menikmati sentuhan lembut isterinya.
" wangi " bisik jungkook pelan, tapi masih boleh didengari rachel. Kening diangkat satu sambil wajahnya mulai merapat ke bahu rachel yang agak terdedah tu.
" jungkook, i know what are you talking about. Jangan nak menggatal jungkook. Jangan sampai saya cubit awak. " kata rachel lalu menolak pelan tubuh jungkook. Jungkook mencebik, niat untuk menghujani isterinya dengan kiss tak menjadi. Wajah cantik rachel dipandang sebelum lelaki itu berjalan meninggalkan rachel dibelakang. Terkedek- kedek rachel berlari dengan high heels warna hitam dia tu.
Jungkook pula hanya buat muka selamba je sambil cepatkan lagi langkah kaki dia tu. Memang nak kene baling dengan pasu agaknya anak jeon ni kan. Dia enak- enak jalan, isterinya malah ditinggalin. Ehhh— indon ni tang mana datang?
Jungkook memasuki rumah agam disambut oleh para pekerja yang digajikan oleh puan jeon sebagai penyambut tetamu. Lelaki itu menghentikan langkah kakinya apabila menyedari yang rachel tidak ada disamping.
Para pekerja wanita yang sedang berdiri di tepi pintu tu tiba- tiba saja memerah pipinya. Mungkin perasan yang jungkook sedang merenung dirinya. Ciss pala hotak engko, aku tunggu rachel, bukan nak tenung muka kau desis jungkook dalam hati.
" yah— " rachel tercungap- cungap, gadis itu mengambil nafas sebelum membuka mulut untuk memarahi jungkook. Belum sempat dia berkata- kata, tubuhnya ditarik, dan pinggangnya dilingkari dengan lengan sasa jungkook.
" lambat " ucap jungkook sepatah. Rachel mencebik dan membuang pandang ke tepi, pekerja wanita disitu sedang memandangnya tajam. Ecececececececece kome nak jeles eah? Jeles sebab jungkook peluk aku?
" aw— "
" pedulikan mereka " potong jungkook dan menarik rachel memasuki rumah agam tersebut. Masuk- masuk je dalam rumah tu, automatik semua mata tertumpu pada mereka berdua. Membuatkan rachel tertunduk malu. Adakah pemakaiannya pada malam ini sangat melebih?
" yo jungkook! " rumah agam yang tadinya sunyi dengan kehadiran mereka tu terus menjadi hingar bingar balik. Rachel memandang ke satu sudut, seorang lelaki berkot hitam sedang menghampiri mereka dengan senyuman yang makin melebar. Manis.
" heii, bila masa kau balik? kenapa tak inform? " kata jungkook, tangan di hulur untuk berjabat tangan dengan lelaki tersebut.
" ahh kau tu, bukannya nak pun ambik aku kat airport, asyik berkepit je, maklumlah baru kahwin. Eh ni, isteri kau ke? " tanya lelaki tersebut sambil memandang ke rachel. Gadis itu menunduk tanda menyapanya, dapat dia rasakan yang pelukan di pinggangnya makin dieratkan. Jungkook, waeyo?
" ya dialah isteri aku. Rachel Kim, rachel perkenalkan, ni Jeon WonWoo, sepupu dan merangkap bussiness partner aku " kata jungkook. Lelaki yang diperkenalkan sebagai wonwoo itu tersenyum dan menghulurkan tangan untuk berjabat tangan.
" no need " ujar jungkook datar. Wonwoo mencebik, faham bebenor dengan perangai jungkook ni. Yalah, lelaki ni, bila dah sayang, semuanya akan dijaga dengan rapi. Takda makna nak kongsi- kongsi bagai. Kau kacau, makan penumbuklah jawabnya. Ya, sama macam dia melayan jieun dulu, cuma kalini, jungkook mengetatkan lagi prinsip yang apa dah jadi miliknya, maka semuanya akan jadi miliknya. Berbeza dengan jieun dulu, boleh lagi dia berborak kosong dengan gadis itu, tapi kalau dnegan rachel? Sentuh pun tak boleh. Aihh
" jungkook, mari sini " panggil satu suara sambil melambai- lambaikkan tangannya. Jungkook yang perasan akan kehadiran ibunya itu mulai melangkah mendekati mereka. Rachel jugak ditarik bersama. Tak nak tinggalkan budak ni dengan wonwoo yang tah apa apa tu.
Jungkook melabuhkan punggung diatas kerusi, begitu juga dengan rachel. Sepanjang mereka disini, gadis itu mulai sedar yang salah seorang dari keluarga mereka tak menyukai kehadirannya. Nampak macam sebaya puan jeon. Itukah puan kim? Ibu tirinya?
***
" so jungkook, how's life? After marrying rachel? " soal puan jeon membuka bicara apabila suasana di meja makan itu tiba- tiba saja sunyi. Ya, dia tahu sebabnya, puan kim tidak menyenangi kehadiran anak tirinya, bukan salah rachel. Siapa jugak yang gatal sangat nak lari time wedding tinggal beberapa hari lagi? Anak siapa tu?
" ya, i'm happy. " jawab jungkook, gelas berisi wain merah tersebut dia capai dan teguk hingga tinggal separuh. Rachel yang melihatnya ikut membuat benda yang sama, tapi lengannya ditahan jungkook yang sedang meneguk wain tersebut. Dahi gadis itu berkerut.
" waeyo? "
" no. I never allow you to drink this " ucap jungkook sepatah dengan suara yang mendalam. Tangan kecil rachel ditarik dan dibawa kedalam genggaman tangan sasanya. Tangannya bermain dengan ibu jari kecil rachel. Jungkook tersenyum kecil, entahlah.
Even a small gesture what rachel has made, can make jungkook can't stop smiling.
" sepatutnya tak macam ni kan? kalaulah somi tak lari, mesti jungkook akan tersenyum lebar kan sekarang? Haii kesian kamu jungkook, terpaksa kahwin dengan orang yang salah " ujar satu suara, membuatkan suasana di meja makan tersebut kembali sunyi, tapi tidak dengan keadaan sekeliling yang bising dengan kehadiran anak buah dan saudara mara. Majlis ini sepatutnya majlis untuk meraikan kepulangan jeon wonwoo, tapi wonwoonya mana? Disuruh berucap malah kabur.
Jungkook mengetap bibir. Wajah puan kim ditenung dengan tajam. Puan jeon pula menggigit bibir, ingin saja dia mencelah yang dia tidak pernah berharap agar somi menjadi menantunya. Liar, gadis itu sangat liar. Mustahil jungkook akan hidup bahagia dengan somi. Puan jeon memandang ke rachel, gadis itu hanya memerhati dengan wajah polos. Tak tau apa yang sedang berlaku sekarang.
" kalau somi tak lari, tentu kamu tak menderita kan? Yalah, kamu tak pernah pun jumpa rachel, budak ni bukan kamu tau sangat pun asal usulnya. Tiba- tiba saja muncul manalah tau dia dah berisi. Kamu pulak jadi pak sanggup. Kamu patut cek be— "
" enough " jungkook berkata pelan, namun nadanya masih kedengaran sangat tegas. Genggaman ditangan kecil rachel dia eratkan. Nak bagitau yang dia marah sangat sekarang ni. Apa sebenarnya motif dia untuk memburuk- burukkan rachel? Nak sangat ke rasa pelempang? Aku rasa tangan aku ni dah lama berdenyut- denyut nak lempang pipi perempuan tua ni.
" jungkook.. "
" kau cakap macam tu, kau tak rasa ke yang anak kau tu pun macam mana? Liar tak bertempat? Huh? Kau kata kau orang kaya, dah bagi didikan yang baik dekat somi, tapi asal masih tak cukup kain ha? Orang miskin pun berusaha nak tutup badan dia, ni pulak kau, orang kaya. Ciss, sesedap hati kau je nak kutuk isteri aku. Kau kena cermin diri kau sendiri, fikir balik apa benda yang kau ajar kat anak kau sampai liar macam tu. Nak kata makan— "
" jungkook! " rachel menekup pipi jungkook menggunakan kedua belah tangannya. Dapat dia rasakan yang jantung jungkook sedang berdetak hebat sekarang ni, sebab marah.
" ki- kita balik " kata rachel sebelum menarik jungkook untuk berdiri, lelaki itu ditariknya keluar dari rumah agam tersebut. Puan jeon yang melihatnya tersenyum, dia tau yang rachel akan menjaga anaknya dengan baik. Jungkook tak pernah menuruti perintah seorang gadis dengan mudahnya, dulu saja, bila dengan jieun itupun kalau gadis itu mulai memaksa. Semua kemahuannya akan dituruti jungkook.
***
Rachel melirik jungkook dari ekor mata. Dapat dirasakan ketegangan ketika lelaki itu sedang memandu.
" jungkook— "
" kenapa kau tarik aku keluar? " soal jungkook, lelaki itu masih panas hati dengan puan kim. Rasa macam nak pak pak je muka perempuan tu tadi. Eii
" awak dah berkasar— "
" ceh, dia memang tak layak pun untuk dihormati. Pernah ke kau tengok orang marah lembut- lembut? " tanya jungkook. Rachel menggeleng pelan.
" tapi awak tak patut— "
" jadi kau sukalah? Suka bila difitnah macam tu? Hah? " jungkook mengeraskan nada suaranya. Rachel terdiam.
Srett!
Jungkook menghentikan keretanya secara mengejut. Hampir saja dahi rachel mencium dashboard. Eii sabo jelah.
" turun " arah jungkook tegas. Rachel pulak gelabah buka seatbelt dan keluar dari kereta. Jungkook, masih dengan wajah beku dia juga keluar dari kereta, dia mendekati rachel.
" buka kot tu sekarang " arah jungkook sekarang. Rachel mengerutkan dahi, kot hitam milik taehyung yang menutupi tubuhnya dipandang.
" kenapa pulak? sejuklah kalau buka "
" buka jelah " kata jungkook, rachel membuka kot hitam tersebut. Jungkook mengambilnya dan mencampak kot hitam tersebut ke seat belakang. Kali ini, jungkook membuka kot hitamnya dan diberikan ke rachel. Gadis itu menatapnya aneh, jungkook awak jeles?
" good " ucap jungkook, lelaki itu menilik badan rachel. Sebenarnya tadi, em yeah, dia jeles. Erk.
" jangan tanggal benda ni kalau kau tak nak mati kesejukan " kata jungkook.
" kita tak balik ke? " soal rachel, dia memandang ke hadapan, sungai han? Macam mana dia boleh tak sedar pulak ni?
" kejap. Aku nak release tension jap. " kata jungkook sebelum tubuh rachel ditariknya, sekali lagi pinggang rachel dipeluknya. Nak berdua- duaan dengan rachel sekarang ni, hanajsbajabzgsb.
" yeke? awak sure ke awak nak release tension ni? Bukan nak menggatal? " kata rachel, jungkook tersengih. Tanpa amaran, leher rachel dia kecup tanpa henti. Asal menggoda sangat ni? Rachel terjerit kecil.
" yah, behenti! Jungkook stop, saya geli, jungkook! " ucap rachel, geli dengan kecupan tersebut. Jungkook berhenti sambil tersenyum lebar. Niatnya untuk menghujani leher isterinya dengan kiss termakbul jua.
" kau yang goda aku "
" mana ada saya goda awak, perasanlah awak ni " kata rachel seraya memeluk leher jungkook. Kehangatan tubuh jungkook membuatkan gadis itu bertindak sebegitu.
" tch, menipu je kerja. " balas jungkook, rachel mencebik dan berjengket sedikit, rambut jungkook dia mainkan. Jungkook hanya biarkan saja, asal rachel tak pergi jauh sudah.
.
.
Heyyy🙌
Silent reader🙈
[Thank you for reading. Do vote and comment♡♡]
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro