《23》
🐰
" jungkook.. " sayup- sayup kedengaran suara halus sedang memanggil- manggil nama jungkook yang sedang lena diulit mimpi. Terasa satu sentuhan hangat di pipi lelaki itu. Jungkook menggeliat kecil. Matanya dia celikkan sedikit dan pandang figura seorang perempuan yang sedang duduk berteleku disampingnya.
" bangunlah, awak tak kerja ke hari ni? " soal rachel, wajah jungkook yang mamai itu dia pandang seketika sebelum pandangannya dia alihkan ke jam didinding. 30 minit lagi sebelum jarum panjang tu berganjak ke angka 8. Jungkook mengiring kesamping, menghadap ke rachel. Wajah rachel dia tenung lama, kenapa rachel nampak lain pagi ni?
" awak dengar tak apa yang saya cakap ni? " kata rachel. Geram pulak dengan sikap jungkook yang manja segupe macam baby ni. Apa yang dia nak sebenarnya?
" tak nak " jawab jungkook sepatah dengan suara serak- serak basah dia tu. Suara orang yang baru bangun tidur. Jungkook meraih tangan rachel dan diletakkan diatas rambut miliknya.
" kenapa pulak? "
" rasa macam malaslah pulak nak pergi kerja hari ni " kata jungkook, rachel berdecit kecil. Jungkook menarik rachel hingga jatuh terbaring ditepinya. Berubah air muka rachel jadinya, terkejut dengan tindakan jungkook ni.
" tambah aku malas nak pergi kerja bila tengok kau pagi ni. kenapa eh? " kata jungkook, dia peluk pinggang rachel sambil kakinya dia naikkan ke atas tubuh gadis tu. Rachel pulak hanya mampu berdiam diri, kenapa pulak jungkook boleh jadi malas hari ni? Salah ke cara pemakaian dia hari ni? Serabut betul ke aku hari ni?
" jungkook.. "
" em? " jungkook mengusap rambut rachel dengan lembut. Pandangan mata lelaki itu sangat dalam. Jungkook melonggarkan pelukannya sedikit untuk memberi ruang kepada gadis itu. Kenapa rachel nampak lain sangat hari ni? Cantik? Ya, cantik tu memang, tapi lain sikit dari kelmarin dan hari- hari yang berikutnya.
" aku suka tengok kau hari ni " kata jungkook lembut. Rachel terkebil- kebil memandang jungkook. Lelaki itu mengecup bibir mungil rachel tanpa amaran. Terbeliak mata rachel akibat daripada perbuatan jungkook tu. Jungkook melepaskan tautannya. Mereka berpandangan beberapa detik sebelum rachel memulakan bicara.
" boleh tak jangan suka hati cuti kiss orang? tak ada kerja ke? " soal rachel, eii asyik kiss je jungkook ni. Tanpa kebenaran pulak tu. Memang nak kena hempuk ke apa.
" aku kiss je, bukan buat benda lain kan? lainlah kalau aku.. " jungkook menggantungkan ayatnya seraya mengeratkan pelukannya di pinggang ramping rachel. Memberi satu senyuman penuh makna. Rachel mengerutkan dahinya. Tidak faham dengan maksud yang jungkook cuba sampaikan.
" apa? awak jangan memacam ya " jungkook tergelak. Comel pulak bila lihat wajah gelabah rachel ni dari dekat.
" jungkook bangunlah, pergi mandi. awak kerja kan hari ni? " kata rachel dan bangun dari pembaringan apabila jungkook meleraikan pelukan.
" yup, kejap lagilah. Meh duduk sini " ajak jungkook seraya menepuk- nepuk ruang kosong disampingnya.
" tak nak, kalau saya duduk situ nanti awak tak nak bangun pulak. Dari saya layan awak ni, baik saya pergi tengok ikan emas dan buat breakfast untuk awak yang pemalas ni " kata rachel, mengatur langkah ke arah dapur meninggalkan jungkook yang sedang berbaring diatas sofa.
Jungkook menelentangkan badannya dan menggeliat kecil. Hasrat untuk tidur semula terpaksa ia batalkan apabila teringat akan kerja dan meeting yang perlu diselesaikan hari ni. Heish, dengan langkah yang malas, jungkook bangun dari pembaringan dan naik ke atas tigkat atas untuk mandi.
***
Drt drt!
Jieun
+ hai kookie!
+ kita ada meeting kan hari ni?
+ boleh tak awak ambik saya kat apartment.
+ kereta saya rosak
+ kat sini susah nak dapat teksilah, nanti saya send awak location.
Jungkook mengeluh malas, rasa macam tak nak datang kerja pulak hari ni. Phone tadi dia masukkan kedalam saku seluarnya. Kot hitam dia perbetulkan. Necktie hitam yang disangkut di penyangkut baju itu dia capai dan lilitkan di kolar baju kemejanya. Sambil itu, wajahnya dia tenung dihadapan cermin. Hensem au. Ehekehkhekhek. Memang nak ditampor anak jeon ni kot.
Seketika kemudian jungkook mencapai beg bimbit berwarna hitamnya dan melangkah menuruni anak tangga. Jungkook memasuki dapur dan mengambil tempat di atas kerusi. Rachel ketika itu hanya memerhati jungkook tanpa mengeluarkan suara.
" apa? " soal jungkook apabila rachel tidak lepas memandangnya. Rachel menggeleng kecil, sandwich telur dihidangkan diatas pinggan jungkook. Susu putih jugak dituang ke dalam cawan.
Jungkook menikmati roti telur tu tanpa menghiraukan rachel yang sedang memandangnya dengan pandangan yang dalam. Dalam diam, Jungkook jadi malu, tapi hal itu berusaha dia tutup dengan meneguk susu putih tersebut.
" kau pandang aku macam nak terkeluar biji mata, kenapa? " soal jungkook, jungkook menjongketkan keningnya satu. Nak jawapan atas dari soalannya tadi. Rachel tersenyum kecil.
" takdelah, cuma awak hensem sangat hari ni " jawapan dari rachel tu sudah buat jungkook tak dapat tahan diri dari senyum. Jungkook mengoncang- goncangkan gelas berisi susu tersebut, nak act cool.
" hensem sangat, sebab tulah saya tak dapat nak larikan pandangan saya pada awak " kata- kata rachel itu sudah boleh menghentikan lakonan jungkook yang berusaha untuk act cool tadi. Ciss tak dapat nak elak pandangan mata rachel pulak. Perlahan- lahan bibir jungkook menaik mengukirkan senyuman.
" aish, come here " rachel yang sedang berdiri itu jungkook tarik hingga jatuh terduduk diatas ribaannya. Keadaan mereka sangat rapat dan jungkook mengambil kesempatan ini dengan memeluk pinggang rachel. Memberi rachel ruang untuk memaut bahunya.
" jangan goda aku boleh tak? kang tak pepasal aku tak pergi kerja hari ni " protes jungkook disambut tawa kecil dari rachel. Gadis itu memainkan hujung rambut jungkook yang berjuntai tu dan menguaknya ke belakang. Jungkook memejamkan matanya, suka dengan cara isterinya melayaninya sekarang.
" wangi " tutur rachel lembut, tangan putih mulus rachel berjalan diatas kening jungkook, hidung dan akhirnya berhenti di bibir jungkook. Pandangan mata rachel terhenti di bibir jungkook. Lelaki itu tidak menyedari yang isterinya ini sedang memandang dua ulas bibirnya kerana sedang asyik menikmati sentuhan lembut rachel.
" kenapa berhenti? " soal jungkook seraya mencelikkan matanya, serentak itu mereka berpandangan seketika. Rachel tidak menjawab, hanya nafas hangat jungkook yang menerpa pipinya sekarang. Tanpa babibu, rachel mengecup bibir jungkook sekilas, hal itu sudah mampu membuatkan jungkook terkejut besar. Terkejut dengan tindakan mengejut rachel, jika dahulu dia yang mulakan dahulu dan rachel akan terkejut, tapi kini lain pulak jadinya, jungkook pulak yang terkejut, malahan blushing. Auu
" ke- kenapa kiss tetiba? " soal jungkook, suaranya bergetar menahan gemuruh di hati apabila merasakan jantungnya sudah berdegup kencang. Efek dari ciuman sekilas rachel. Hanya sekilas, tapi mampu memberikan impak yang besar kepada jungkook.
" tak boleh ke? " rachel berkata seraya menekup kedua pipi jungkook yang mulai memerah dan membahang tu. Huaaa, jungkook blushing! Rahang jungkook tergerak untuk mengatakan sesuatu, tetapi seakan tersekat dikerongkong. Ya tuhan, kenapa dengan kau ni jungkook?
" awak blushing ke? Kiyowo! " kata rachel, sekali lagi jungkook terdiam. Lelaki itu sukar untuk mengawal detak jantungnya yang kian berdegup dengan laju tu. Huaaa rachel, kau buat apa dekat jantung aku ni? Huf huf huf.
" tak nak kerja ke? " soal rachel mematikan lamunan jungkook. Jungkook menyengetkan kepalanya.
" ya, na- nak pergilah ni " kata jungkook, rachel berganjak ketepi, jungkook yang masih dalam posisi duduk itu memegang dadanya. Apabila merasakan yang detak jantungnya sudah kembali normal, jungkook berdiri dari duduknya dan keluar dari rumah. Rachel hanya menghantar pemergian jungkook melalui lambaian tangan saja.
" such a tease " kata jungkook sebelum keretanya menghilang dari pandangan.
^^^^^
Hai.😤
Miss me? Tak? Ohohohojkhojkhhokhokhokhokhikhikhehkhhekhek.
.
.
[Thank you for reading. Do vote and comment♡♡]
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro