
《13》
🐰
Taehyung yang sedang bersandar di kerusi di tempat seat pemandu itu menoleh ketepi apabila seseorang membuka pintu dan masuk kedalam perut kereta.
taehyung merenung rachel, dari atas hingga bawah. kenapa dia rasa yang rachel ni peribadinya lain dari yang lain?
" apa yang awak tengok? " soal rachel dan ikut sama melihat penampilannya. tidak ada yang kurang, rasanya.
" ehem! tak ada apalah " jawab taehyung seraya menggosok belakang lehernya.
fikirnya, rachel seorang yang mementingkan tatatertib dan selalu mengikut peredaran fesyen seperti somi. tapi tidak, rachel baginya tidak tau menahu pasal hal itu.
rachel hanya memandang gelagat taehyung tidak mengerti.
" erm, kita nak kemana dulu eh? " soal lelaki itu seraya memanaskan enjin kereta.
" manalah saya tau, saya masih baru lagi ni. tak tau selok belok jalan yang kita nak pergi " jawab rachel, gadis itu menarik seatbelt dan memakainya.
taehyung tergelak kecil, ya tak ya jugak eh.
" geure, kalau macam tu kita ke pusat bandar dululah, sambil cari barang dapur, kita pergi cuci mata. " saran taehyung dan mulai memulas stereng kereta.
°°°
rachel hanya membuntuti taehyung dari belakang, taehyung berhenti, dia pun ikut berhenti, sampai naik rimas lelaki itu jadinya.
" rachel " taehyung memusingkan badannya menghadap ke rachel, rachel mengangkat keningnya seraya tersenyum riang.
" waeyo? " soal gadis itu, di tangannya terdapat gula- gula kapas yang baru dibelikan taehyung untuknya.
" boleh tak jangan berjalan dekat belakang saya? saya rimaslah " ucap taehyung lalu berpeluk tubuh.
" dahtu, awak nak saya berjalan dekat mana? atas awak? tepi awak? " rachel mengelip- ngelipkan matanya.
taehyung merengus pelan. patutlah jungkook minta dia jaga rachel, perangai tak serupa dengan umur rupanya.
" awak tak nak? " rachel menghulurkan gula- gula kapas dihadapan wajah taehyung. kening lelaki itu terangkat.
" kalau ya macam mana? awak nak ke kongsi dengan saya? " soal taehyung dan memandang ke segenap wajah rachel.
mata bening gadis itu dia tatap lama. cantik.
" kalau awak tak nak saya boleh je habiskan " ujar rachel tapi taehyung cepat- cepat merampas gula- gula kapas dari tangan rachel lantas dimasukkan kedalam mulutnya.
" ahh sayanglah kalau saya tak nak " ucap taehyung sambil mengunyah gula- gula kapas tersebut. rachel tersenyum.
" kita tengok wayang nak? " ajak rachel dan disambut gelengan dari taehyung.
" main game nak? " sekali lagi kepala lelaki itu menggeleng.
" kenapa tak nak? " rachel mengerutkan dahinya.
" kalau saya kata tak boleh tu, tak bolehlah jawabnya " taehyung berkata seraya berjalan dua tiga langkah kehadapan.
tapi lelaki itu berpatah balik kerana tidak menyedari kehadiran rachel disisinya.
rachel sedang berdiri didepan mesin arked sambil memandang salah satu patung yang terdapat didalam mesin tersebut.
" awak " rachel menoleh ke taehyung yang sedang mengunyah gula- gula kapas.
" saya rindu yoongilah " ucap rachel, pandangan matanya dia alihkan semula ke patung gummy yang comel itu.
automatik segala aktiviti taehyung terbantut. kunyahannya juga berhenti. kecut perut lelaki itu apabila terdengar nama 'yoongi'.
" sejak saya dikahwinkan, yoongi oppa tak pernah datang nak jenguk saya, min unnie pun sama. ahh saya rindukan merekalah " rengek rachel sambil memandang taehyung.
taehyung menelan air liur nya yang tetiba rasa pahit. aish, takkan nak ikut kehendak rachel pulak? pergi jumpa yoongi? nak cari nahas tu.
" tae pernah jumpa dengan dia? " soal rachel, wajah taehyung ditatapnya lama. lelaki itu memandang keatas, gaya berfikir seketika.
" erm, pernahlah jugak " jawab lelaki itu, belakang lehernya dia gosok. bohonglah kalau tak pernah, malah selalu.
ya, selalu. yoongilah yang mengarahkan taehyung untuk memerhatikan segala gerak geri rachel mulai dari hari itu.
" tae jumpa dia dekat mana? kenapa tak jumpa saya? " rachel mendongak memandang taehyung yang sudah terkulat- kulat disitu.
" erk, saya jumpa dia secara kebetulan je. eh jomlah! kita pergi tengok bahan makanan yang diperlukan, nanti lambat pulak kita balik " taehyung cepat- cepat mengubah topik. lelaki itu sudah mengorak langkah kedepan.
jangan tinggalkan dia sorang.
kata- kata yang baru dilemparkan yoongi kepadanya tadi terus bermain main didalam kotak fikirannya.
lelaki itu sudah sedia maklum tentang arahan yang dibuat yoongi yang kalau rachel hendak keluar kena inform dia dulu. aish. kadang- kadang taehyung berfikir juga, yoongi ini lelaki psyko atau apa hah? bukan apa, pandangan matanya sungguh menakutkan. eii creepy doh.
" jom " taehyung tanpa pamitan terus merangkul bahu rachel sampai gadis itu memandangnya pelik.
°°°
Jungkook memarkirkan keretanya kedalam garaj kereta. enjin kereta dimatikan dan dia keluar dari perut kereta.
dahi jungkook berkerut seribu, lampu rumahnya masih terpasang dan terang benderang. takkanlah budak tu belum tidur lagi.
perlahan- lahan dia mengatur langkah memasuki villa itu dengan hati yang ragu- ragu.
" ugh tae! ini saya punyalah! "
" sikit je kan "
masuk- masuk saja didalam rumah, dia dapat menangkap suara rachel dengan taehyung.
kakinya laju saja diaturkan ke ruang tamu. benarlah, ada taehyung dan rachel disana.
" korang buat apa ni? " jungkook berkata sambil berpeluk tubuh, keningnya dia angkat.
serentak rachel dan taehyung menoleh untuk memandang jungkook.
" tengok movie, nak join? " ajak rachel, dia menepuk- nepuk lantai kosong disampingnya itu. taehyung juga ikut mengangguk- anggukkan kepalanya.
" korang ni bisinglah! " jungkook merenung tajam ke taehyung yang sedang tersengih macam kerang busuk itu.
" hah kau pulak ! kenapa tak balik lagi? " jungkook menundingkan jarinya ke taehyung yang sedang mengunyah popcorn.
" kau minta aku temankan dia, aku tengah temankanlah ni " ucap taehyung sambil matanya tidak lepas memandang ke skrin televiseyen 21 inci yang sedang menayangkan movie Annabelle 2.
" tak! tak! kau balik sekarang " arah jungkook seraya bercekak pinggang.
taehyung mencebik, dia berdiri dari duduknya diikuti rachel.
" kau ni, aku dah tolong tak nak ucap thank you ke, gomawo ke, ini dihalaunya kita. ciss jeon tak mengenang budi " ejek taehyung dan mengatur langkah ke pintu keluar.
" bye, tae! " ucap rachel seraya melambai- lambaikan tangannya ke taehyung yang semakin menghilang disebalik pintu. jungkook hanya menjadi pemerhati.
" awak ni, tak baiklah halau dia " kata rachel seraya memuncungkan bibirnya.
" ahh peduli apa aku " jungkook berjalan menuju ke dapur, peti sejuk dia bukak dan susu putih dia capai.
" awak nak makan ? " soal rachel, jungkook menggeleng dan matanya tertangkap ke dalam mangkuk jernih yang terdapat dua ekor ikan emas didalamnya.
" kau beli? " soal jungkook dan membuang pandang ke rachel. gadis itu mengangguk.
" satu untuk awak, satu untuk saya " ucap rachel dan tersenyum riang.
" tapi aku tak suka ikan emas " jungkook meneguk susu putih dan duduk dikerusi meja makan. tali leher dia longgarkan dan kotnya dia buka.
" awak suka apa? " rachel memandang ikan emas tersebut.
" tak ada apa apa " jawab jungkook. rachel mengerutkan dahinya.
" kalau macam tu, kedua- dua ni saya punyalah " rachel tersenyum memandang ikan emas itu.
" tak, tak! kau dah belikan untuk aku. mana boleh tarik balik " jungkook berkata dan rachel menatapnya pelik.
" eii saya tak fahamlah dengan awak ni " jungkook hanya mengangkat bahu.
" alang- alang ikan emas ni awak punya. awak nak bagi dia nama apa? " rachel berkata seraya melabuhkan punggungnya diatas kerusi.
" nama? perlu ke? lecehlah " ucap jungkook dan bersandar dikerusi, wajah rachel dia pandang sejenak.
" mestilah! "
" oke, kalau macam tu aku bagi nama dia rachel jelah " ucap jungkook dan mengundang kerutan di dahi rachel.
" kenapa nak guna nama saya? " soal rachel, pelik dengan jungkook. kenapa pulak nak guna nama dia padahal nama lain banyak yang berlambak diluar.
" sebab bibir dia asyik muncung jer, samalah macam kau " ucap jungkook seraya menjentik dahi rachel. rachel mencebik.
" kalau macam tu, saya pun nak namakan dia jungkooklah " ujar rachel dan tersenyum riang.
" kenapa pulak? " giliran jungkook pulak yang berkerut dahi.
" sebab dia nampak macam golden hope, iyela, sebab ramai orang yang tengah harapkan dia sekarang. " ucap rachel sambil membuang pandang ke ikan emas itu lagi.
" kau harapkan aku? " jungkook bertanya sambil matanya tidak lepas memandang rachel. dia inginkan kepastian.
" mungkin juga. tapi kalau awak tak nak tak apalah, saya dah ada ikan emas ni pun dah cukup untuk buat hari hari saya bahagia. " ucap gadis itu seraya tersenyum riang.
jungkook hanya mendiamkan diri. lelaki itu tidak tau ingin menjawab apa.
vote juseyo.
.
.
[Thank you for reading. Do vote and comment♡♡]
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro